mereka yang hebat

Friday, February 24, 2012

kerak nasi


aku dengan partner praktikum aku, jiji telah ditakdirkan mengajar di sekolah kebangsaan seremban jaya selama 3 bulan. sebuah sekolah yang terletak kat senawang. lebih kurang 15 minit perjalanan dari bandar seremban.

hari ni, 24 februari 2011, bersamaan dengan hari lahir ayahanda GB sk seremban jaya ni, genap sebulan aku dan jiji dah 'bersekolah' kat sekolah ni. walaupun baru sebulan, tapi dah macam macam pengalaman yang kitorang lalui. lepas satu.. satu lagi. dan lagi. dan lagi. dan lagi. ada yang melibatkan murid murid, ada yang melibatkan cikgu cikgu, sampailah ke tenaga sokongan macam mokcik cleaner, mokcik guard, dan mokcik kantin. setiap seorang daripada warga kerja kat sekolah ni ada peranan dan watak masing masing. sampaikan kalau aku dan jiji imbas balik apa yang dah berlaku  antara kitorang dengan mereka, mesti ada je kenangan yang membuatkan kitorang tersenyum dan ketawa sendiri. macam orang tak betul dah tapi waras lagi sebenarnya. hahaha. oke tak kelakar.

1. cons : masa mula mula masuk sekolah ni, aku dan jiji dah 'dihadiahkan' dengan jadual maksimum untuk seorang cikgu praktikum. ya. kitorang dapat 12 masa bersamaan dengan 360 minit dalam seminggu. 5 waktu untuk subjek major dan 1 waktu untuk subjek minor. ini first time dalam hidup aku untuk dapat jadual maksimum. jadi agak letih jugak bila datang part nak buat RPH (rancangan pengajaran harian) dan siapkan ABM (alat bantu mengajar). hari hari berdating dengan RPH je kerja aku walaupun perkara paling malas untuk aku lakukan dalam dunia ni ialah membuat RPH. 

tulah. siapa suruh jadi cikgu? kan dah.. hahaha. 

pros : walaupun aku agak kemalasan bila berhadapan dengan RPH, tapi aku paksa jugak rasa malas tu untuk pergi jauh jauh. syuhh. syuhh. jangan goda aku ye, encik malas! sebab nanti bila dah jadi cikgu betul betul nanti, lagi banyak waktu mengajar dan kelas yang aku kena handle. nasib baik waktu tu RPH akan jadi makin ringkas seringkas ringkasnya. huh. puas hati aku! haha.

nasib baik jugak ada praktis dengan the dodoi's hujung minggu masa minggu pertama dan minggu kedua. kira macam reward myself jugak la tu. 

2. cons : aku dan jiji dapat kelas KSSR. kitorang la manusia paling bahagia dalam dunia ni bila dapat subjek KSSR *tangan di bahu*. sebab bila dapat kelas KSSR, automatik kitorang akan jadi pentaksir merangkap penilai *tiba tiba* dan automatik jugak kitorang kena bukak satu folder khas untuk KSSR. wah.. seronoknya! *tangan di bahu lagi* 

pros : walaupun kitorang dapat KSSR, banyak benda baru yang kitorang pelajari. let's say kitorang tolak untuk amik KSSR tu, lambat laun kitorang : cikgu cikgu muda yang single-hot-available ni akan menerima jugak tugas tugas jadi penggubal soalan, pentaksir dan segala bagai yang berkaitan dengan KSSR ni jugak. ya ya i knew i always have time for these things. haha. masa tu nanti takkan baru terhegeh hegeh nak belajar semua benda? time and tide wait for no man. 

by the way, kitorang berusaha untuk hias folder KSSR dengan cantiknya. excited la katakan. mentang mentang la satu kelas je. cuba kalau banyak kelas KSSR yang dipegang? kirim salam la jawabnya nak menghias paling cantik di dunia.. yang penting kemas dan ada semua isi penting. *gelak jahat*

3. cons : waktu jadual yang disusun rapat dan berturut turut. contohnya pukul 8-9 pagi ada kelas tahun 2, pukul 9-10 pagi sambung pulak kelas tahun 5. aku ada satu habit iaitu suka sarapan pagi dalam pukul 9 ke 10 pagi. selalunya time tulah perut aku macam ada security alarm yang mengeluarkan siren berupa lagu dangdut dan rock kapak. nasib baik dah biasa makan lambat. jadi gastrik aku yang dulu asyik datang tak diundang dah macam segan nak datang pulak sekarang. malas aku nak manjakan sangat sakit tu. biarkan dia main jauh jauh.

pros : bila jadual disusun berturut turut, penat yang datang tu sekali harung je. contohnya lepas habis 2 jam kat kelas, lepas tu dah relax gila gila, pergi makan sedap sedap kat kantin mak timah yang cemerlang, kemudian boleh sambung buat RPH dan ABM kat meja sendiri. 

heaven!

4. cons : masa mula mula datang dalam minggu pertama, aku masih ingat lagi, cikgu cikgu kat sekolah ni memang kuat mengusik sampaikan ada satu tahap tu aku naik rimas gila gila. disebabkan tak suka diusik dan ditanya banyak soalan yang tak berkaitan, aku lebih banyak diam daripada bercakap. ada jugak sesetengah cikgu yang bila kitorang tegur.. even hadiahkan senyuman yang paling lemak manis berkrim bajet disukai ramai sekalipun, tetap tak dapat mencairkan hati mereka untuk balas senyuman dan teguran kitorang tu. kadang kadang bila fikir, ada ke salah yang kitorang dah buat? ada yang tak kena ke? risau jugak. almaklumlah. aku hanya.. seorang pendatang.. kebetulan pulak minggu pertama tu aku betul betul tak sihat. batuk yang teruk.. tambah dengan selesema. suara jadi sengau macam itik serati. memang pakej terbaik ah sampai tak mampu nak beramah mesra lelebih sangat. huh. emosi terganggu betul.. 

last last kitorang hanya mampu berfikir positif. mereka busy kot..

pros : masuk minggu kedua.. ketiga.. dan seterusnya, bila kesihatan makin terjaga, atas nasihat seorang cikgu yang baik.. *credits to kak aishah* aku dengan jiji pakat senyum sokmo nanananana ganu kiteee kat semua cikgu cikgu kat situ. ya. semua termasuk la staf sokongan. tegur dengan semua orang walaupun mereka mungkin akan pelik dan merasakan sesuatu yang aneh telah berlaku pada diri kitorang. entah. mungkin penangan makan sarapan pagi setiap hari kat kantin mak timah yang cemerlang kot.. mungkin dalam masakan di kantin mak timah yang sedap itu, mokcik kantin telah membubuh doa syifa' sebagai resipi rahsia ke.. mana la tau, kan? alhamdulillah. lembut hati i, noks!

selepas kitorang 'mentebiatkan' diri beberapa lama, perubahan positif pun berlaku. cikgu cikgu pun dah selalu senyum bila kitorang senyum. give and take. tak kira la siapa pun yang senyum dulu. kalau dulu kitorang yang pergi bertanya pada cikgu cikgu, sekarang ni cikgu cikgu tu pulak yang prihatin tanya macam macam soalan kat kitorang.. daripada soalan yang paling simple macam :

"asal mana dik?"
"kau ni orang jawa eh, dik?"
"dik.. korang taknak balik ke dik?" 

sampailah ke soalan yang complicated macam :

"dik.. macam mana nak install printer ni?"
"dik.. youtube kat facebook akak takleh main la dik.. adik tau camne nak install adobe flash player, tak?"
"dik.. kau dah ada boyfriend?"

=.=

5. cons : salah satu kelas yang kitorang ajar terdiri daripada kelas hujung. sebenarnya, takde salah dan masalahnya pun untuk mengajar kelas hujung. normal la tu. yang menjadi cabaran tu ialah kebanyakan murid tak boleh menulis, mengeja, membaca.. dan ada antara sebab sebab berikut menjadi faktor kepada murid kurang faham atau kurang jelas dengan arahan daripada cikgu. bila tak faham, kelas jadi bising. yang kedua, selalunya kelas ni terdiri daripada murid murid yang sangat aktif. stamina dan kadar percakapan serta tenaga diorang yang banyak mungkin menyebabkan cikgu jadi mengah untuk mengawal kelas. 

pros : sila rujuk entri aku yang ini : bukan tin kosong. sesi apresiasi.

murid murid sekolah ni pun tak terkecuali. tiada diskriminasi. sebenarnya, makin kita berusaha untuk kenal anak anak murid kita, makin kita sayang pada diorang. entah la. sebab bagi aku, makin kita kenal dengan diorang, makin banyak benda baik yang kita boleh nampak kat diorang yang orang lain tak nampak. diorang oke je sebenarnya. cuma pendekatan kita pada diorang yang berbeza. baik caranya, baik la penerimaannya. 

simple.

kesimpulannya, ada dua pengajaran yang aku dapat bila berpraktikum kat sekolah ni.

1. cabaran tu kalau tak datang sekarang, dia akan datang kemudian. kalau datang awal, lebih awal la kita belajar. vice versa. 


2. mak aku pernah cakap.. kerak nasi kalau disimbah air hari hari, lambat laun lembut jugak. orang dewasa ke.. bebudak ke.. kalau yang jenis hardcore, hari hari kita cakap elok elok, kita tegur cara baik, kita sentuh hati dia dengan kasih sayang, lama lama jadik softcore jugak. ada ke softcore? bedal jelah janji korang faham. hehe.

lain kali aku cerita lagi pengalaman yang lain pulak sepanjang waktu praktikum aku dan jiji bersekolah kat sini. terlalu banyak sampai aku nak kena detail kan satu satu. sabar ye. sabar tu kan sebahagian daripada iman.. huhu. 

jumpa lagi dalam entri lain. sekian terima kasih. 

*gambar ehsan google images*

Tuesday, February 21, 2012

aku, anak muridku, dan ujian jawi..



20.02.2012
lokasi : kelas 3 delima

ujian bulanan 1, kertas jawi. 11.55 pagi.

budak budak.. kalau dah comel tu, comel jugak.

aku masuk kelas 3 delima untuk jaga ujian hari ni. kebetulan masa tu ialah kertas jawi. jadi aku seperti biasa melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi. (ewah ayat.. macam la hebat. haha).

ini expectation aku bila masuk kelas..



dan ini ialah realitinya..



rupa rupanya budak budak ni belum faham konsep ujian. kalau ujian kena senyap. jangan meniru. jangan bercakap. jangan berjalan. jangan main. jangan buat kerja lain. jangan itu. jangan ini. muka selamba je boleh bincang jawapan dengan kawan sebelah. tepuk dahi aku tengokkan budak budak ni.

lepas aku bagitau sikit peraturan 'jangan, jangan, jangan' tu, barulah kelas jadi oke sikit.. oke SIKIT je tau.



dipendekkan cerita, takkan la aku nak duduk kat meja guru kat depan kelas tu sambil melopong tengok diorang semua jawab ujian. jadi, atas dasar keprihatinan serta kasih sayang yang melimpah ruah dalam diri ini, dengan penuh dedikasinya aku pun berjalan antara meja ke meja. macam macam pesen posisi meja diorang ni. ada yang senget ke tepi, senget ke tengah, senget ke depan, yang rapat gila antara satu sama lain pun ada. ni strategi nak meniru ke apa ni? risau aku dibuatnya. (cheh cheh cheh.. sucinya ayat). yang mana meja rapat rapat tu aku dengan selamba kodok tolong renggangkan meja tu bagi pihak diorang. cikgu baik kan? miahahaha *gelak jahat* baru lega sikit rasa hati ini.. hai, senangnya dalam hati!.. lalalala..

tak sampai lima minit aku meronda satu kelas, aku repeat-peat-peat-peat-peat lagi berjalan dan berjalan pusing satu kelas sampai aku rasa dah macam F1 dah. entah berapa lap aku round pun aku tak ingat. tetiba ada la salah seorang anak murid aku datang menghampiri aku sambil menghulur kertas ujian dia pada aku.

anak murid : cikgu, soalan ni cakap apa? saya tak faham.
(sambil membaca sekali lalu arahan soalan, aku pun terjemahkan kat dia..)
aku : tulis jawapan dengan perkataan yang sesuai. 
anak murid : terima kasih cikgu!

tetiba datang lagi sorang..

anak murid : ustazah, ni apa ni? apa tu 'kata pinjaman bahasa arab?
aku : ain (bukan nama sebenar), cikgu bukan ustazah ye.. (sambil senyum tak terkata apa apa)
anak murid : oh sori sori. cikgu, ni apa ni? apa tu 'kata pinjaman bahasa arab?
aku : aaaa... kata pinjaman bahasa arab tu maksudnya perkataan tu dalam bahasa arab, tapi ada jugak dalam bahasa melayu.
anak murid : tak faham. cikgu bagi la contoh..

bulat bijik mata aku bila dengar. macam nak mintak jawapan je gaya gaya dia cakap? unbelievable.. *terkebil kebil aku tengok budak tu*

aku : takpelah. macam ni. awak cuba buat dulu. letak je apa apa jawapan yang awak tau.. oke?
anak murid : oke cikgu!

tetiba muncul lagi dua.. tiga.. berebut rebut datang kat aku. eh. wait seminit. macam mana dalam sekelip mata bebudak ada keliling pinggang aku ni? oh mannn.. tak boleh jadik ni!

aku : oke oke.. sabar.. duduk tempat masing masing.. banyaknya soalan yang awak tak faham.. macam ni. duduk tempat masing masing. jangan bercakap, jangan bising. kalau nak tanya soalan, angkat tangan. nanti cikgu datang meja awak. jangan kerumun cikgu camni. oke?

habis je ayat aku tadi, separuh kelas angkat tangan dari tempat duduk masing masing.. 

YAAWWWW.. MAK AIH! APAKAH??

aku datang kat salah satu meja. baru nak tolong budak tu, ada budak budak lain dah berbunyi.. 'ehem.. ehem' la, batuk la, apa la.. yelah. aku dah pesan jangan bercakap. kudut bebenor bebudak ni. alahai!

kemudian, bila dah terlalu ramai yang angkat tangan, aku pun memutuskan untuk menggunakan strategi lain pulak. macam tak berkesan je strategi 'datang kat meja murid yang angkat tangan nak tanya soalan'. jadi, aku gunakan strategi 'siapa nak tanya soalan meh datang kat cikgu kat depan ni meh'.

habis je ayat aku 'siapa nak tanya soalan meh datang kat cikgu kat depan ni meh', pap! dah bebudak beratur pulak kat meja guru kat depan nun..

haila bebudak! korang ni kan.. 


aku pun teruskan dengan strategi aku itu. agak berkesan. tapi ada jugak murid yang datang depan berulang ulang kali dan tanya aku setiap soalan. semua soalan dia tak faham. masalahnya, ada salah satu soalan tu tentang 'imbuhan'. ada la dalam 3 soalan siap ada anak cucu cicit soalan dalam tiap tiap soalan. rupanya budak budak ni tak tau perkataan berimbuhan tu apa.

anak murid : cikgu, apa maksud ni cikgu? macam mana nak baca?
aku : (sambil membaca sekejap) oh. ini perkataan berimbuhan. soalan dia nak awak cari perkataan berimbuhan dalam petikan yang diberi kat atas ni ha.
anak murid : tapi cikgu.. perkataan berimbuhan tu apa?

aku bulatkan bijik mata. lagi sekali. nak, betul kau tak tau apa tu perkataan berimbuhan? seriously??

aku : perkataan berimbuhan tu macam perkataan biasa yang ada tambahan sama ada kat depan, tengah atau belakang dia. oke cikgu bagi contoh. kalau 'main'.. apa perkataan berimbuhan dia?
anak murid : err.. main.. main bola sepak?

what the.. makin besar bijik mata aku pandang dia. are you seriously serious??

aku : oke. cikgu bagi contoh lain.. masak?
anak murid : masak.. hmm.. nasi goreng?

*SPEECHLESS sambil ada efek bunyi angin sepoi sepoi bahasa...*

oke dia tengah buat lawak ke apa ni? tapi takde tanda tanda anak murid aku tu senyum atau nak gelak. beku je muka takde rasa bersalah langsung.

aku : err.. camni la. perkataan berimbuhan tu maksudnya dia ada ber.. me.. meng.. depan perkataan dasar tu.. hmm. 

(secara tak langsung aku dah bagi jawapan kat bebudak satu kelas ni. OKE FINE..)

ada lagi satu soalan.. pasal imbuhan jugak. soalannya : padankan imbuhan dengan perkataan yang betul di dalam ayat berikut. jadi, ada la satu soalan ni.. perkataan dasar dia 'tangis'.. maka ramai la murid yang tanya aku..

anak murid : cikgu.. yang ni kan jawapan dia 'menangis'.. macam mana saya nak jawab.. dia tulis 'tangis'.. kalau 'nangis' boleh jugak saya jawab..

ada murid lain tanya jugak pasal soalan yang sama.

anak murid : cikgu.. betul ke soalan ni? ada ke perkataan 'tangis'? kenapa dia tulis huruf 'ta' cikgu? susah dah saya nak jawab.. tapi saya dah tau memang jawapan dia 'menangis'..

aku hanya mampu pandang dia. nak 'menangis' aku dengar soalan dan penjelasan dia tu. haish. kudutnya la hai..

aku : takpe. boleh. awak tulis jelah imbuhan yang awak rasa sesuai ye.. kalau awak rasa perkataan 'menangis' tu betul.. awak buat je.. oke?

lagi sekali. secara tak langsung aku dah 'ter'bagitau jawapan kat diorang.. tengok.. aku memang cikgu yang baik kan? huhu.. aku taktau la nak gelak ke nak menangis dengan statement aku ni..

selebihnya pasal tulisan jawi. ada perkataan yang diorang tak boleh baca sebab tak tau nak sebut macam mana. contohnya perkataan 'menegakkan', 'menggembirakan', dan 'dakwah'. perkataan dakwah tu ejaannya dal 'ain wau ha. diorang tak boleh pronounce dan taktau apa maksud dakwah. oke.. aku cuma mampu cakap kat diorang.. 'buat jelah apa apa jawapan yang awak tau ye.. cuba usaha buat. cikgu nak tengok siapa yang boleh dapat markah 100 untuk ujian jawi ni..' dan murid murid tu hanya mampu berkata..

tidaaaakkk cikguuuu..!! (macam trauma je bunyinya. haha) 

tak kisahlah, nak. janji korang bahagia sudah.

nasib baik sepanjang ujian tu, diorang behave. tak macam masa first waktu ujian aku masuk kelas tu. yang pastinya, bila dah habis je ujian, biasalah, berlumba lumba kemas barang bagai. tak sabar dah nak balik. yelah. paper last untuk hari tu kot. sape yang tak nak balik awal, kan?


esok lusa punya ujian.. apakah lagi perangai dan kerenah budak budak ni ye, agaknya? *berfikir*

kenangan masuk kelas 3 delima masa ujian tadi buat aku senyum meleret sampai sekarang. sabar jelah, wok! budak budak.. kalau dah comel tu, comel jugak. hihi :)

dah habis. sekian terima kasih.

Monday, February 13, 2012

hikayat dodoi si dodoi



11.02.2012
lokasi : taman guru, seremban.

akhirnya. selesai sudah majlis sambut menantu anak pensyarah aku. gambar kat atas ni ialah gambar the dodoi's band dengan kedua dua pengantin. by the way, comel gila pengantin perempuan. congrats to both of you. may you live a happy life. :)

macam mana la aku boleh terfikir nak menyanyi kat public ni? begini ceritanya. alkisahnya, aku dan housemate telah di'offer' oleh cipol untuk menyanyi masa majlis kahwin tersebut. memula aku dan housemate dok pikir banyak banyak kali jugak. sebab tak pernah lagi nyanyi time orang kahwin ni. public pulak tu. with crowd of strangers lagi. setakat nak menyanyi dalam bilik air atau masa siram pokok bunga kat luar rumah time orang takde boleh la. takut jugak aku kalau jadi perosak majlis orang nanti. hadoi la. mintak mintak la jangan. 

dengan hati yang cekal dan semangat yang membara, aku dan housemate pun menyahut cabaran itu. maka bermulalah rutin baru kitorang sejak sebulan yang lepas. aku ingat lagi, praktis yang pertama buat julung julung kalinya diadakan kat rumah puan shamsinah ialah pada 07.01.2012. rasa kekok pun ada jugak. tak pernah lagi datang praktis kat rumah orang. rumah pensyarah aku pulak tu. tipu ah kalau takde rasa segan. cuma saja je buat muka selamba cool takde perasaan sampai hari akhir last praktis haritu. dalam hati, nervousnya cuma tuhan yang tahu. manalah tahu ada benda tersalah buat ke, teralih barang ke, terover perangai ke apa ke. tapi tak dinafikan ahli ahli the dodoi's band semua sempoi gila termasuk la family pensyarah aku jugak. memang terbaik wok!

dalam masa sebulan ni jugak, sempena majlis ni, aku dan housemate sempat tolong puan untuk decorate  bunga telur dengan goodies yang bak kata housemate aku, 'senduk senduk fifi' hot. fm tu. terkilan jugak aku rasa sebab tak dapat nak siapkan on time. puan, kami mintak maaf ye. biasalah. kami ni dah la tangan keras. tak pro pulak tu. hehe.

bermula dengan kosong. berakhir dengan sejuta kenangan. aku rasa, kenangan paling indah tahun ni ialah bila dapat join live band anak anak puan shamsinah & friends ni. korang memang terbaik ah! tak pernah aku mimpi weh. yelah. siapa la aku ni nak join band. suara pun nak tak nak je keluar. terima kasih dan sorry banyak banyak sebab sanggup melayan perangai yang gila dan entah apa apa ni. haha. (oke fine aku tau aku tak ayu. haha)

lepas ni mungkin aku akan merindui masa masa kita sama sama praktis lagu lagu untuk kahwin. walaupun aku rasa macam tak layak nak nyanyi lagu cinta, tapi aku harung je la. jeles pulak bila tengok pasangan yang bercinta. takpe la. nanti esok lusa mungkin lagu yang aku nyanyikan tu jadi satu doa buat aku. mana tahu. lagi.. hmm. rindu suasana kat rumah tu yang rasa macam family. rindu semuanya. masa kita bersama memang singkat. tapi bermakna.

kalau ada masa dan peluang lagi lain kali, anytime je for the dodoi's. bagitau je bila. haha.

terima kasih kat along, shiz, iwan dan ijaz. korang punya part masing masing best gila weh! sangat sangat berbakat! teruskan bermuzik! 

ah sudah ter'emo' pulak. haha. tak. jangan risau aku tak nangis. aku kan rock. haha.

sekian terima kasih.

Friday, February 3, 2012

pengalaman menjadi babysitter tak bertauliah



aku ada dua orang anak sedara perempuan. sorang bernama aina, sorang lagi bernama aira. ya. memang dua orang dak kecik tersebut teramat amat amat la cute. aku pun tak ingat dalam sehari berapa kali aku cubit pipi diorang. nasib baik diorang tak pernah mengadu kat ayah atau ibu diorang. nasib kau la, nak. hehehe.


dipendekkan cerita, aku ni tak la berapa nak keibuan sangat. tapi disebabkan kasih sayang yang terlalu banyak berada dalam diri aku ni maka aku pun merelakan diri aku untuk menjadi babysitter tak bertauliah bagi kedua dua princess yang comel ini masa cuti raya cina haritu. 


cheh. memula aku ingat diorang ni senang la nak take care. kacang goreng je. yelah. budak budak kudut yang masih lagi suci. masih belum kenal erti pancaroba dunia. aku bajet mesti diorang dengar cakap. ya. memang pun. tapi cuma bertahan lima minit je. masa tu aku terfikir. ini baru budak budak usia dua tahun setengah dengan enam bulan. nanti time aku praktikum, laaaagi ramai budak budak yang aku nak kena handle. tiba tiba aku rasa takut dengan budak kecik pulak. argh! selalunya aku tak macam ni. aneh. hahaha. 


semangat aku pada pagi yang permai tu tersangat la tinggi. excited ni nak jadik babysitter. tak pernah lagi merasa jaga dua orang anak sedara sekaligus. maka pada pagi yang permai itu, bangun la aina pukul 7.30 pagi dengan senyuman. kemudian dengan busuk busuk tu cium ayah ibu dia yang nak pergi work (kalau budak budak, busuk busuk pun wangi lagi. kalau yang umur cam kita ni.. kirim salam. haha). babai babai sikit, kemudian dia pun memulakan rutin harian dia. bagi dia sarapan, kemudian mandikan dia. sabunkan. pakai bedak wangi wangi. dah habis mandi, pakaikan baju. kemudian dia akan duduk kat ruang tamu. kemudian dia akan mulakan 'exercise pagi' dia dengan berlari satu rumah sambil tengok upin ipin yang dah direkod siap siap kat astro beyond sebagai selingan barang seminit dua.


aira pun bangun awal. bangun bangun je terus senyum. sama macam aina. kalau nak mandikan aira selalunya lepas aina mandi. takut kalau pagi sangat karang sejuk pulak. nanti tak pasal pasal demam seminggu jadinya. selalunya tukarkan pampers dia dulu. bagi dia susu. dah main dengan dia, ngok ngek sekejap, baru mandikan dia. dalam pukul 10 pagi ke atas. 


kalau tengok gaya aira, sebijik macam himawari yang dalam kartun shinchan tu. kalau dia nak bergerak, dia akan bergolek golek. macam ayam golek. pelik tapi benar sebab selalunya budak budak akan mengengsot macam suster ngengsot  tu. tapi aira lain. dia ada cara tersendiri untuk bergerak. mungkin dia belajar daripada kartun shinchan agaknya. hmm. kalau dibiarkan, mau bergolek sampai ke dapur jugak ah. tapi sekarang dia dalam fasa baru nak merangkak. nanti aku sebut la 'up'. dia boleh dengar dan ikut. cuma belum pandai nak majukan tangan dia ke depan untuk merangkak. tapi agaknya dah naluri budak budak kan.. selagi tak boleh, selagi tu la dia nak usaha sampai dia boleh. yang comelnya, dia cuba banyak banyak kali. aku cuma tengok dari jauh je. agah dia suruh datang dekat aku. 'sini.. sini' . jatuh, bangun, jatuh lagi, bangun lagi. berulang ulang kali. mana la budak tu tak geram, tak excited. last last bila dia dah penat, dia akan menjerit kuat kuat, sembamkan muka kat lantai, kemudian end up dengan nangis kuat gila sampai jiran sebelah rumah pun boleh tumpang dengar. masa tu la nanti aku baru dukung dia. usap belakang dia. sambil tepuk tepuk manja belakang dia, aku cakap.. 


dah jangan nangis. esok kita cuba lagi..
(cheh, macam la dia faham pulak kan.. haha)


dahsyat jugak anak sedara aku sorang ni. 


aira dah pandai mumbling. kadang kalau aku dengan emak berbual, dia pun sibuk jugak nak 'bercerita' sama. paling selalu dia mumbling 'atatatatata'. sebijik macam himawari. rambut je tak sama macam himawari, nak. atatatatata tu apa aira? entah. aku pun tak faham. selalunya hujung hujung tu aku akan sambung..


ha.. ye.. oh.. lagi?.. lagi?
(bajet faham walaupun tak faham. haha)


apa apa la nak janji kau bahagia.


aina pulak suka tengok youtube. dia suka ajak nenek dia (mak aku) suruh bukak youtube. nak tengok frog


nenek.. nak tengok fwwoogg.. (sambil tarik hujung lengan baju mak aku)


tu la mak. sape suruh ajar dak kecik tu tengok youtube. kan dah. haha. aku syak dia suka frog sejak zaman crazy frog dulu femes. tapi sekarang dia suka tengok frog yang real punya. ni bukan setakat katak yang real je. katak main lompat lompat, katak puru, katak bergaduh, katak kena makan dengan piranha, katak dah takde kepala tinggal kaki je pun dia tengok. yang peliknya, dia boleh tau pulak tu yang katak tu sakit sebab dah takde kepala. alahai. ekstremnya kau, nak! aku tanya la kat dia..


aina.. tak takut ke? tak geli ke?


dia selamba je jawab 'tak'.


tapi yang bagusnya aina ni, walaupun umur dia baru cecah dua setengah tahun, tapi naluri jadi kakak tu memang hebat. dia pantang sangat dengar adik dia nangis. kalau nangis dalam bilik, dia cepat cepat datang. siap tepuk tepuk adik dia sambil cakap..


adik jangan nangeshh.. jangan tatot.. aina ada..


si kecil yang tahu tanggungjawab. terharu betul aku. dia faham bila kita cakap 'jangan buat adik nangis..',  'jangan kacau adik', 'kesian kat adik'.. dan lain lain lagi la. rock memang rock si kecik sorang ni. tapi dia dah kenal erti kasih sayang. 


kadang kadang diorang akan buat freeshow WWE kat lantai ruang tamu. aira suka betul menyelit kat lengan kakak dia tu. kadang kadang sempat jugak aina 'hadiahkan' headlock kat adik dia. bergurau manja. berguling guling la diorang atas tilam sampai masing masing penat kemudian tido. haha.




selama dua hari aku jadi babysitter tak bertauliah tu, semangat aku boleh diibaratkan seperti hercules di pagi hari dan flat screen tv di waktu petang. kenapa flat screen tv? pernah tak korang ukur flat screen tv kat kedai elektrik berhampiran rumah korang? ya. pada waktu petang, lepas budak budak tido dalam pukul 4.30 petang, maka aku pun secara automatiknya akan jadi flat screen tv yang terdampar di atas katil. indah sungguh perasaan ini bila tilam empuk jadi sahabat yang gila kamceng lepas penat melayan budak budak seharian. haha.. 


antara pengalaman selama dua hari jaga budak budak ni, aku belajar banyak benda. antaranya :
1) seni membuat susu untuk budak umur 6 bulan dan 2 tahun setengah.
2) seni memandikan dan mencebokkan budak budak.
3) seni mendodoikan budak budak. 
4) seni bercerita.
5) seni 'piggyback' kanak kanak berusia 2 tahun setengah.
6) etc..


rindu pulak untuk next session babysitting. jangan nakal nakal tau.. 
see you soon, kids! :)

Sunday, January 15, 2012

yo, jenny!


semalam.. aku, housemate tersayang dan kak ngah pergi makan kat kedai bola. ala, kedai yang jual menu nasi goreng ikut nama kelab tu. aku order nasi goreng barca sebab nasi goreng barca sedap. mira order nasi goreng liverpool, kak ngah order nasi goreng man u. bila nasi goreng tersebut sampai, kitorang pun makan. walaupun aku sekarang sedang menderita ulser penangan makan mcd dengan gelojoh haritu, tapi aku gagahkan jua diri ini untuk menghabiskan nasi goreng yang telah aku order itu sebab dah hampir dua hari aku tak makan. kalau masuk hari ni aku tak makan jugak, mau demam dua tiga hari jugak nanti. tak sanggup pulak rasanya nak demam bila fikir hari isnin ada kuliah. (bajet pelajar cemerlang)

dipendekkan cerita, masa balik daripada makan kat kedai bola tu, tetiba ada la seekor makhluk Allah iaitu seekor kucing sedang melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. macam anak ayam. tapi ini kucing ya. bukan anak ayam. lepastu, nasib baik sempat elak. mira pun berhentikan kereta dan kak ngah pergi amik kucing yang berbulu lebat tu bawak masuk dalam kereta. kesian dia. hidung dia ada luka. nasib baik dia tak buta. badan kurus kering. tinggal tulang je. tak tau la dah berapa hari tak makan. bila pegang macam pegang feather duster yang warna warni tu je rasanya. ringan sangat. sedih betul. kitorang pun decide untuk pergi klinik haiwan kat senawang sebab doktor haiwan kat situ baik hati. lagipun tu je klinik haiwan yang ada kat seremban ni. nasib baik klinik tu tak tutup lagi.

sampai kat klinik tu, kitorang pun jumpa la doktor tu. doktor tu diam sekejap. dia pandang kitorang tiga orang dengan pandangan penuh tanda tanya.

doktor : baru jumpa ke ni?
aku : ha'a doktor. kenapa? dia dah nak mati ke?


doktor tu senyum. meleret.


doktor : eh. taklah. saya cuma syak dia ada fungus. tapi mungkin jugak tak. kita andaikan dia ada luka biasa. mungkin boleh sembuh lagi dua tiga hari. sebab kalau fungus, dia akan ada luka luka kat bahagian badan yang lain.  
kami bertiga : oohhhhhh..
doktor : takpe. saya bagi ubat. nanti bagi dia makan. lagi dua minggu datang kat klinik ni lagi sekali, ya.
kami bertiga : oke.


macam biasa. setiap kali aku terjumpa kucing terbiar tepi jalan, aku suka betul bagi nama john. sebab aku suka johnny depp. sebab johnny depp cool.

tapi, rupa rupanya kucing tu betina la pulak. jadi, daripada elok elok nama johnny, nama dia terus bertukar jadik jenny. simple. tak pasal pasal jadik jenny.

dan oh, kucing tu baka mix. kacukan parsi dan siberia aku rasa. warna kelabu campur perang. mata bulat warna gold. kelas kau maria! aku syak dia pernah dibela. yelah. baka mahal kot. mungkin dia sesat atau tuan dia buang dia. kesian jenny.

comel gila. harap harap dia cepat sembuh. boleh jadi peneman aku dengan housemate aku. taklah sunyi sangat rumah nanti bila ada jenny. lain kali aku upload gambar jenny bila dia dah sihat sikit. kalau aku upload sekarang nanti ada yang menangis karang.

welcome home, jenny.

Saturday, January 7, 2012

tips menangkis godaan buaya darat



perempuan yang single memang selalu jadik tumpuan dan rebutan jejaka jejaka single mahupun yang double. maksud aku, yang dah berpunya ataupun yang dah berkahwin. biasalah. perempuan single kan hot stuff. zaman sekarang ni, kalau perempuan single yang berumur pun masih dikira hot stuff lagi. contohnya rozita che wan. sebab tu sekarang kita asyik dengar yang pengantin perempuan lebih berumur dari pengantin lelaki. dah macam trend dah. contohnya zaquan adha dengan ayu raudhah. tapi tak salah pun. ada je perempuan tua tapi berjiwa muda. sebagai contoh, dah tua tua pun maintain ayu lagi. dah tua tua pun larat nak jogging keliling padang lagi. dah tua tua pun main farmville lagi. *erk*

disebabkan perempuan single ni hot stuff, maka perempuan single yang hot stuff ini perlulah pandai menjaga diri supaya tak terperangkap oleh godaan syaitan mahupun godaan sweet talker ataupun lebih dikenali secara saintifiknya buaya darat. buaya darat ni bahaya. sebab apa dia bahaya? sebab, buaya darat ni ada satu hobi unik iaitu suka mengungkapkan kata kata manis penuh pengharapan sampaikan korang, perempuan single yang hot stuff lagi suci mulus ni, cair macam coklat cadbury dan terpedaya dengan kata kata manis buaya darat ni. lepastu, tiba tiba yang perempuan single yang hot stuff pulak jadi tajuk utama dalam paper pasal bunuh diri la, lari ikut boyafren pergi lombok la, dan macam macam lagi. yang peliknya, buaya darat tetap maintain reputasi yang cemerlang. itulah beza perempuan single yang hot stuff dengan buaya darat.

ini tidak adil, tidak adil baginya.. (nyanyi macam yuna)

jadi, sebagai salah seorang warga Malaysia yang prihatin, aku telah membuat sedikit kajian tentang cara cara untuk perempuan single yang hot stuff menangkis godaan buaya darat. biar padan muka buaya darat tersebut.


1. hot stuff, sila jual mahal. tak payah nak buat jualan murah Y.E.S sangat. tak ke mananya. just play hard-to-get. bukan dibuat buat, tapi jadikan benda tu satu kebiasaan. jual mahal yang macam mana? macam ni. andai kata si buaya darat ajak keluar dating berdua, sila buat buat tak dengar ataupun bagi je alasan yang korang dah nak kahwin esok jadi tak boleh keluar dating dengan dia. korang tak tau ke? kalau keluar berdua je, senanglah sikit si buaya darat ni nak jadikan korang stok geli geli diorang. pegang sana pegang sini. lepastu korang jadi stok second hand. lepastu senang la yang si buaya darat ni bagitau satu dunia yang korang ni easy person. teringin ke macam tu? solutionnya, kalau buaya darat ajak keluar, korang ajak la segerombolan bala tentera (kawan kawan korang) mengiringi korang pergi dating. lagi bagus kalau pergi satu bas. insyaAllah selamat. mesti buaya darat akan bertukar menjadi tikus rattatouille lepas tengok bala tentera yang korang bawak. ataupun kalau nak lagi bagus, mintak je ayah korang temankan sambil bawak senapang gajah. habis cerita.

2. tak payah layan mesej atau call yang tak penting. buaya darat ni ada macam macam jenis. ilmu yang diorang pakai ni tinggi. ada penggoda kelas diploma, kelas degree, dan kelas PhD. just name it. bersepah ada kat luar sana. lagi manis kata kata diorang tu, lagi tinggi la tauliah diorang. dan setiap pertemuan yang dirancang oleh buaya darat tu selalunya bermula dengan sms ataupun call. bila ditanya siapa, mulalah bagi alasan lame macam..

'oh sori salah nombor'
'oh sori salah hantar mesej. ingatkan nak hantar kat adik saya tapi terhantar kat awak pulak. alang alang dah tersalah hantar ni, boleh saya tau siapa nama? hehehehehehehehhehehehehe'


rasa macam nak sumbat je mulut dia yang tengah ketawa tu dengan tauhu sumbat.

anda anda yang hot stuff, silalah mengerti bahawa tak rugi pun kalau tak layan orang orang macam ni. kalau dia betul betul ikhlas nak kenal dengan anda, dia akan approach guna cara yang terbaik dan paling gentleman contohnya dia jujur mintak sendiri nombor telefon daripada anda dan secara face-to-face bagitau yang dia nak berkawan dengan anda, ataupun lagi bagus jumpa mak ayah anda dan masuk meminang terus. bukannya dengan cara pass nombor telefon anda sana sini, dapat nombor anda secretly daripada kawan anda, lepastu dia sms atau call, menyamar la nama yang bukan bukan contohnya farid kamil ke, aaron aziz ke, aliff aziz ke, aziz satar ke.. dan lain lain la. ingat cool sangat ke? geli gila dan sangatlah tak cool.

3. nyatakan pendirian dan sebab kenapa anda tak layan mereka. kenapa kena buat macam ni? sebab..

1. supaya buaya darat ni faham dan tahu yang anda bukan type type perempuan murahan mahupun stok geli geli.
2. supaya tak beri harapan atau tak membuatkan buaya darat ni menunggu anda macam menunggu buah durian yang tak gugur sebab memang takkan gugur langsung pun.
3. supaya buaya darat ni ada rasa hormat dan takkan main main dengan anda anda yang hot stuff, tambah pulak kalau anda yang hot stuff ni ada black belt.

senang kata, anda yang hot stuff perlulah memberitahu secara direct kepada buaya darat kerana selalunya buaya darat tak faham bahasa kiasan. nama je sweet talker, tapi kalau perempuan berkias tak pulak nak faham. itu yang aku tak faham. jadi, bila buaya darat faham, dia akan berundur cara baik dan takkan ganggu anda dengan taktik taktik lame yang anda dah lama tahu dah. biarlah buaya darat tu bazirkan masa diorang dengan perempuan hot stuff lain pulak.

berdasarkan tips menangani buaya darat yang aku dah bagi ni, aku harap semua perempuan yang single lagi hot stuff ni dapat mempraktikkan ilmu dan tips ni pada masa akan datang. kalau perempuan single yang hot stuff macam anda ni diperdaya free free je oleh sang buaya darat, maka akan berkurang la perempuan single yang hot stuff kat dalam dunia ni. jangan rasa rugi kalau korang tak layan golongan buaya darat ni. jangan rasa takut jadi single atau tak laku kalau korang yang hot stuff ni tak layan buaya darat ni. percayalah, kalau korang jual murah lelaki memang suka. tapi suka buat stok geli geli jelah. bukan stok buat bini.

anda anda yang hot stuff, silalah mengerti bahawa kalau seseorang lelaki tu baik, dia takkan simplicity ajak korang pergi tempat yang bukan bukan, dia takkan sms atau call tengah malam dan bergayut lama lama just nak dengar suara korang baru bangun tidur sebab katanya seksi, dia takkan cakap pakaian korang yang macam sarung pembalut nangka tu cantik, dia takkan keluar suka suki dengan korang berdua, dia takkan pegang raba sana sini, dan dia takkan berjalan macam belangkas ke hulu ke hilir tapi tak nikah lagi. sebab dia akan berusaha memelihara kehormatan diri perempuan yang dia sayangi. kalau dah diorang pun sayang nak rosakkan anda yang hot stuff, apatah lagi anda sendiri yang menjadi hot stuff ni. kenalah lebih sikit protect diri anda sendiri. mak ayah bukan sentiasa berkepit dengan anda 24-7.

pendek kata, simpan je perkara terbaik dalam diri korang untuk suami korang nanti. you're not that cheap after all, hot stuff.

itu sahaja untuk kali ini. sekian terima kasih.

Monday, January 2, 2012

i'll make it short


bila masuk final year nak habiskan study ni, serius terasa di sudut hati aku yang kecik ni, aku rasa dah tua. ya. kadang kadang ada rasa nak cepat je habis belajar. tapi bila asyik dengar orang lain cakap yang masa study ni la best, aku terus rasa, emm. oke fine. enjoy la puas puas sebelum habis belajar. bila dah kerja nanti tunggu cuti panjang baru boleh enjoy. nak melancong oversea korea setahun sekali pun boleh. kan?

kepada sesiapa yang ada request entri kat aku, harap bersabar ya pakcik dan makcik sekalian. in progress. aku sedang usahakan. anyway, rome doesn't built in a day, kan? macam tu jugak entri dalam blog aku. semuanya ditapis dan dicop sirim terlebih dahulu sebelum di publish. hehe :)

kepada semua, selamat menikmati pertambahan umur lagi setahun. bersyukurlah kita diberi nikmat menghirup udara percuma kat dunia ni.

kepada aku, aku harap berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. looking forward to my last practicum bulan 2 nanti. hope it will be another great memories to be carved in my life.

itu sahaja. kan aku sudah kata, i'll make it short. cubalah percaya.

sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...