kingdom : plantae
division : magnoliophyta
class : magnoliopsida
order : rosales
family : rhamnaceae
genus : ziziphus
spesies : z. mauritania
binomial name : ziziphus mauritania
gambar kat atas ni ialah buah bidara. ni la gambar yang aku kata nak upload haritu. buah bidara ni banyak terdapat kat bahagian utara pantai timur contohnya kelantan dan siam. buah bidara ni sebenarnya banyak ditanam di thailand. tapi sekarang kat malaysia pun dah banyak ditanam dah pokok bidara ni.
pada asalnya, buah bidara ni tumbuh meliar dalam hutan. tapi sekarang sejak buah bidara ni dah semakin komersial, maka buah ni banyak dijual dekat pasar malam dan pasar basah khususnya dekat negeri kelantan. masa aku pergi kelantan haritu (rujuk entri lepas), aku beli buah bidara ni dekat pasar wakaf che yeh. sekilo rm5. jadi aku dengan mak aku pun beli la sekilo. saja nak tau apa la rasa buah ni kan. selalu dengar pantun je. padahal tak pernah kenal pun buah ni. entah wujud ke tak atau sekadar disebut suka suka dalam pantun je. akhirnya dah terjawab dah persoalan yang selama ini gedik bermain dalam kepala dan otak aku.
saiz buah ni lebih kurang macam epal hijau yang biasa dijual dekat supermarket kat tempat tempat beli belah yang biasa kita kunjungi. cuma ada dekat sesetengah tempat buah ni bersaiz kecik sikit. ada kat sesetengah tempat lain pulak yang saiznya lagi besar daripada buah epal hijau. macam macam. tapi berdasarkan research yang aku buat sendiri kat internet, pokok bidara yang ditanam sendiri akan menghasilkan buah bidara yang besar besar dan gemuk gemuk dan banyak sangat dalam satu pokok sampai tak habis dimakan. dengan syarat pokok bidara tu ditanam menggunakan teknik tut atau anak pokok. katanya murah je anak pokok bidara ni. rm5 je sepokok. entah la. aku tak pernah pulak beli dan tanam anak pokok bidara. makan buahnya je yang aku tau.
dulu dulu aku ingat pokok bidara ni jenis menjalar.
rupa rupanya macam pokok rambutan je padahal.
tekstur luar buah ni pulak sebijik macam buah epal hijau. warnanya hijau muda. ada yang warna kuning kehijauan ala ala pucat sikit pun ada. buah bidara ni tak payah buang kulit pun takpe. tak mendatangkan mudarat pun. makan dengan kulit kulit sekali pon sodap.
ni la rupa luar dia. licin berkilat macam epal hijau.
yang kat atas ni baru keluar dari peti ais.
tekstur dalam buah pun ala ala epal hijau jugak. macam sengkuang cina sikit pun ada. warnanya putih. dalam buah ni ada biji yang macam buah sour plum. mula mula aku potong pun terkejut sebab aku expect buah ni sebijik la macam epal hijau. ada bijik yang macam buah epal jugak. rupanya luar je macam epal hijau, dalam macam sour plum. macam buah hybrid pulak. kecelaruan genetik. pan-asian. rupa rupanya memang buah tu macam tu. haha. amboi jakunnya aku.
rasa buah ni pulak sebenarnya tak tergambar dengan kata kata. hanya tekak kita je yang faham apa rasanya. haha. oke oke. rasa dia rangup. kruk krak kruk krak. kalau buah epal hijau lembut sikit, buah ni pulak keras sikit. macam lebih kurang buah lai. rasa dia pulak macam buah lai campur sengkuang cina sikit campur pisang kaki sikit. wah wah. eksotik gila kan? tulah. unik betul ciptaan Allah ni. sedap memang sedap. aku suka je. buah ni agak tawar, tapi bila dah lama makan dekat hujung hujung tu rasa manis. err.. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni?
khasiat buah ni kalau secara saintifik untuk tubuh badan (kalau ada la) aku taktau pulak. yang aku tau buah bidara boleh dimakan. tak beracun. itu sudah pasti. tapi yang aku baca setakat ni kegunaan buah bidara ni sebenarnya terletak dekat daunnya. daunnya digunakan buat mandi jenazah. untuk tujuan penyucian la kiranya. penggunaan daun bidara bagi tujuan ni adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. ada termaktub dalam hadith. aku dah search dah dalam wikipedia.
dalam penggunaan bahasa melayu pulak, buah bidara ni dijadikan perlambangan dalam pantun. kenapa buah bidara? kenapa tidak buah nangka ke, buah nona ke, buah naga ke. jawapannya, suka hati nenek moyang kita lah. mereka yang buat pantun tu. lagi satu persoalan. adakah buah bidara sebenarnya memang dimakan bersama sama dengan nasi lemak macam dalam pantun tu?
nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih aku turutkan.
jawapannya, no, no, no. itu memang tidak mungkin. saja je mereka letak frasa 'nasi lemak buah bidara' tu. sebab sedap macam tu. nenek moyang kita pun letaklah. kita yang taktau apa apa ni pun ikut la sampai hari ni. *ayat sarkastik*
ish. cuba la rajin sikit berfikir. hmm. hmm. aku rasa mungkin sebab :
1. penggunaan suku kata yang mencukupi : na/si/le/mak/bu/ah/bi/da/ra.
2. kedua dua item ni menunjukkan perlambangan kaum melayu. yelah. nasi lemak, buah hutan macam buah bidara kan sinonim dengan orang orang melayu zaman dulukala? orang sekarang macam kita ni je yang susah nak jumpa buah bidara ni. tapi takpe. nasib baik ada jual kat pasar.
apa apa pun, aku rasa pantun ni sepatutnya jadi pengajaran untuk generasi sekarang. generasi sekarang dah tak terkawal. semua ikut hati tanpa berlandaskan agama. cuba kalau agama tu letak nombor satu. insyaAllah tak jadi macam apa yang berlaku zaman sekarang. buang anak sana sini macam buang anak kucing. kucing pun tak buang anak kot. kalau nak cari pasangan, tak payah couple couple. buang masa, tambah dosa. jumpa je mak ayahnya. mintak izin nak kahwin. jangan membelakangkan parents. kalau takde restu mak ayah, janganlah teruskan lagi perhubungan tu. takut tak berkat pulak hidup kita nanti. amboi aku ni.. dah macam program ustazah pilihan pulak gaya gayanya. takpe la. sekadar perkongsian tak salah kan. eh. jangan la seram pulak dengan apa yang aku cakap ni. hadoi. tolong la jangan.
oke. setakat ni je. pasal buah bidara je pun dah boleh jadi satu entri kan. haha. harap harap ilmu yang aku sampaikan ni bermanfaat dan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita semua.
link info buah bidara :
sekian terima kasih.
hush, nyaris lucah aja gua baca post ini. kehkeh
ReplyDeleteeh.. takde double meaning dalam ini entri. harap maklong. kahkah.
ReplyDeletehehehhe 1st time makan buah ni, beli kat souq waqif, qatar dorang ckp epal. pastu kawan gtau buah bidara. jakun jap
ReplyDeletehttp://www.lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2012/03/epal-qatar-katanya.html
ohhhh, alkisahnya.. terima kasih ya..
ReplyDeletesaya datang ke sini sebab tengah dengar tafsir surah al Waqiah yang ada menceritakan tentang syurga.
ReplyDeletekenapa pokok bidara ada dalam syurga? seperti mana pokok seakan pokok pisang.. Allah hu Akbar!!!
ya.. buah ni memang unik. sampaikan penggunaan daunnya termasuk dalam hadith.
Deletesubhanallah.
Dalam Al-Quran pokok bidara ini ada disebut beberapa kali - Sidr. Banyak khasiatnya. Dan dikenali sebagai pohon yang rahmat. Masa peristiwa Nabi Muhammad S.A.W ketika israkh mikraj juga baginda Rasullullah dinyatakan nampak pohon Sidr ini di langit ke 7. Akarnya hingga ke langit 6. Cantiknya berkilau ibarat kristal dan batangnya mengalir air seperti sungai. Masya-Allah... Dari akar, kulit hingga ke ranting apatahlagi daun dan buah, serta bijinya semua mengandungi khasiat. Saya ada terbaca ketika Nabi Adam A.S turun ke bumi buah Sidr itulah yang baginda makan di bumi.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback. Saya pun baru tahu. Terima kasih atas perkongsian daripada saudara/saudari. Semoga kita sama sama mendapat manfaat ilmu. In Sha Allah. :)
DeleteSaya ada beli anak pokok bidara ni dari pasar minggu dan alhamdulillah ia berbunga lebat. Tapi masalahnya semua bunganya tidak menjadi buah. Ada tak sesiapa yang tahu bagai mana proses nak bagi bunganya lekat jadi buah......tolonglah hamba...teringin sangat nak tengok pokok bidara saya tu berbuah lebat dan besar. terima kasih banyak-banyak....huk huk
ReplyDeleteCuaca terlampau panas dan kurang air dan baja.....spray ayaq ais waktu mlm....insya Allah baca ayat Al waqiah dan hembus
ReplyDeleteDulu ulam nasi lemak guna buah bidara kot, tak guna timun.
ReplyDeleteni masuk akal.. sebab pantun melayu dulu2 bukan saje2 direka..setiap perkataan yg diguna tu mesti ada maksud tersiratnya.. rasanya betul kot buah bidara tu org dulu2 buat ulam
Deletebest baca entry hush..menarik ada selingan lawak, selingan nasihat.. terima kasih atas perkongsian ilmu..ini semua sebb buah bidara, hehehe
ReplyDeleteSeronok baca entry Hush.. kelakar dan berinfomasi. Ngantuk pun jadi cerah biji mata! Sy pun ada tanam pokok ni dan baru berbuah. Cantik buahnya mcm buah apple. Pagi ni dpt petik buah. Malam nanti nak try makan. Bismillahirrahmanirrahim...
ReplyDeleteSurah Al-Waqiah Ayat 28-29... perihal pohon bidara dan pohon pisang di Syurga.
ReplyDeleteTerimakasih di atas info, Hush.. walaupun dah 8-9 tahun telah berlalu. Masih relevant lagi...👍👌
ReplyDeleteBagi aku masyarakat N9 pulak , buah bidara adalah buah mata kuching yg kecil , yg byk terdapat di Negeri sembilan, mmg dah berkurun kami panggil buah ni buah Bidara...mmg masuk akal lah kalau buah ni ada dalam pantun melayu
ReplyDeletesalam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik
ReplyDelete