mereka yang hebat

Sunday, April 8, 2012

corak titisan


26.03.2012
lokasi : bilik seni & badminton court, sk seremban jaya
bidang : membuat corak dan rekaan
tajuk : corak titisan
teknik : titisan, resis
media : lilin & warna air / warna poster



minggu ke-8, aku buat corak titisan menggunakan lilin untuk murid murid tahun 5. budak budak suka explore sesuatu. daya inkuiri diorang ni sangat tinggi. lagi kita kata tak boleh, lagi tu dia nak jugak buat. tambah lagi kalau benda tu melibatkan sesuatu yang baru dan agak bahaya. contohnya main api. masa kecik kecik dulu, kalau kat rumah, mesti dah lama kena marah kalau kita main api, kan? tapi kali ni tak. aku saja suruh budak budak ni main api. atleast main api dengan aku dapat gak hasil, kan? 

jadi, aku pun decide untuk buat corak titisan pakai lilin. murid murid ni tak pernah buat lagi benda ni. jadi diorang rasa excited bila dapat tau nak buat corak titisan pakai lilin. 

berikut ialah antara tips yang aku nak share dengan anda semua kalau nak jalankan aktiviti ni :

1. first, cari tempat lapang. jadi aku pilih untuk buat kat ruang kat luar bilik seni iaitu badminton court. senang sikit murid murid nak bergerak. takde la bersesak sesak. tambah lagi gunakan lilin dan api. kalau tempat tertutup macam bilik seni nanti, dikhuatiri kalau apa apa jadi dalam tu nanti, habis karang bilik tu tinggal kenangan sejarah mungkin berulang karang. urgh. tak sanggup aku.

2. sebelum aku bagi murid murid ni duduk luar, aku terangkan dulu demonstrasi macam mana nak buat corak ni dalam kelas. dari A sampai Z. sebab kalau dah duduk luar nanti, aku tau keadaan akan jadi macam pasar. kemudian murid murid pun sibuk la bancuh warna dan hidupkan api. lepastu terkebil kebil taktau nak buat macam mana. lepastu nanti tak jadi hasil karya. lepastu nanti objektif P&P pun tak tercapai. 

3. tunjukkan hasil karya seni yang dah siap pada murid murid. ni bertujuan untuk bagi pemahaman dan konsep visual murid murid. supaya diorang dapat idea dan gambaran macam mana nak buat. boleh jugak dijadikan set induksi. buat brainstorming dengan murid murid tentang macam mana agaknya karya ni boleh dihasilkan? mesti nanti korang dapat macam macam jawapan daripada murid murid.

4. untuk kekemasan, minta murid murid bawa apron / baju lama / pakai baju sukan untuk mengelakkan baju kotor sebab kita nak gunakan warna air/warna poster. tak pasal pasal nanti bila balik rumah kena piat telinga dengan mak sebab kotorkan baju sekolah. haha.. lepastu, alas tempat kerja (sebelum mula bancuh warna dan masa mewarnakan kertas lukisan) dengan kertas suratkhabar. karang tak pasal pasal lantai court jadi tempat buat mural free je karang. haha lagi..

5. pesan murid murid supaya berhati hati bila gunakan lilin. kalau tak nanti ada jugak yang teringin nak buat wayang kulit la, wayang opera cina la.. tak kuasa i nak layan. lebih baik ingatkan sebelum jadi benda benda yang tak diingini.

6. untuk jimatkan masa, gantikan berus lukisan dengan span basuh pinggan untuk membuat sapuan warna. lagipun, efek dia lagi berkesan sebab sapuan warna akan jadi lebih rata, sekata, pekat, dan kemas. 

7. pesan kat murid, bila nak bancuh warna, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. kalau terlalu banyak air nanti warna jadi cair dan pudar. kalau terlalu pekat, warna susah nak disapu. jadi biarlah bancuhan warna tu sederhana tapi warnanya terang dan pekat.

jadi, aku terangkan cara cara nak buat sekali dengan demonstrasi kat depan kelas :

1. titiskan lilin atas kertas lukisan yang kosong. pastikan kertas tu diletak atas kawasan yang rata supaya lilin yang dititiskan tu nampak bulat bulat je.
2. lepastu, lepas titisan lilin kering, warnakan latar belakang dengan warna favourite anda. cikgu suka purple. jadi cikgu pun letak la warna purple. lagi bagus kalau warnakan lebih dari satu warna.. baru la menarik sikit. takdela satu warna je nanti. 
3. warnakan latar belakang tu dengan pekat dan terang. kalau pudar nanti, hasil jadi kurang menarik.
4. jemur sekejap dalam 1-2 minit bawah cahaya matahari. kena angkat terus lepas kering kalau tak nanti titisan lilin tu akan cair.
5. lepas kering, angkat kertas lukisan tu. titiskan lilin lagi sekali atas permukaan kertas yang dah diwarnakan tadi. kali ni, serongkan / sendengkan sikit kertas lukisan tu supaya titisan lilin akan jadi panjang panjang macam titisan hujan.
6. kalau nak kreatif lagi, sendengkan kertas dalam pelbagai arah untuk mendapatkan impak yang berbeza.
7. lepas titisan lilin yang kedua tu kering, warnakan keseluruhan kertas dengan warna hitam pulak. pastikan sapuan warna hitam tu kemas dan pekat untuk timbulkan warna kat belakang tu.
8. jemur kertas lukisan bawah cahaya matahari. jangan lama sangat takut nanti lilin cair.
9. lepas kering, angkat hasil karya. kikis lilin dengan pembaris. ini bertujuan untuk menimbulkan warna latar belakang yang dah dibuat (yang berwarna warni tu).

berikut adalah antara hasil karya yang murid murid aku dah pun siapkan. aku ajar 3 buah kelas tahun 5. semua boleh buat dan hantar pada hari yang sama. sempat lagi buat apresiasi dalam 2-3 minit.
cantik, kan?
















ada antara murid murid ni yang takut takut masa nak guna lilin.. diorang cakap..

" mak saya tak bagi saya main lilin kat rumah.. nanti dia marah.."

aku pun jawab..

"takpe. ni cikgu dah bagi main ni. main la puas puas. buat cantik cantik tau. yang paling cantik antara kawan kawan awak. dah. jangan takut."

ada antara mereka ni yang tak boleh mengeja, membaca dan menulis.. tapi hasil karya superb. tak semestinya kalau murid tu lemah dalam sesuatu subjek, dia lemah jugak untuk subjek lain. saja aku letak random macam ni. takde perbezaan. sebab semuanya nampak sama je kan? tetap nampak cantik walaupun dalam kelas yang berbeza.

itu saja perkongsian kali ni. lain kali aku cerita tentang hasil karya seni yang lain pulak oke.
sampai nanti.
sekian terima kasih.


7 comments:

  1. ari 2 buat gak titisan tp utk thn 1 gara2 kssr..1 klas tu jd gak tp xleh biarkn bebudak buat lelama..tp klas yg 1 lg hancos! memula buat da cntik da tp dlm 5 minit kemudian makin diorg syok dok titis2 penuh 1 paper dgn titisan yg da jd mcm tumpahan! huhu..hancos2! -_-

    ReplyDelete
  2. KSSR tahun 1 buat titisan??
    bior betul?
    uish.. yang tahun 5 ni pun ada yang menggigil nak pegang lilin.. inikan pulak bebudak darjah 1..
    hadoiyai.
    haha.. mesti kau kena banyak bersabar dengan kelas yang lagi satu tu.
    aku harap kau tabah. hee.

    ReplyDelete
  3. wow..cikgu memang kreatif....saya pun nak ambil idea ni untuk anak2 murid saya juga.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. silakan..
      memang ditulis untuk dikongsi bersama pun tujuannya.. :)

      Delete
  4. dah buat.....murid2 nampaknya seronok dgn aktiviti ni...hehe tq again :-)

    ReplyDelete
  5. kreatif la...nk cuba utk mgu depan.tq bg idea hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...