mereka yang hebat

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

pengalaman camping di sekolah tercinta


sekolah terchentaku. di sini lahirnya sebuah cerita camping.

ini first time aku join camping sekolah. selalunya kalau namanya camping.. aku bayangkan mesti buat kat tempat luar kan.. dengan deruan bunyi air terjun, nyanyian unggas dan cengkerik yang mendamaikan.. angin sepoi sepoi bahasa tamil.. tapi itu semua cuma tergambar dalam minda aku je. sebab agaknya memang dah jadi trend sekarang, camping buat kat sekolah. jimat masa, duit dan tenaga agaknya.

aku dengan kawan kawan cikgu yang masih bergelar 'cik' ni ditugaskan berkawal malam. ada la dalam enam orang 'cik guru'. biasa la tu. nama pun 'cik', belum ada anak kecik nak jaga tengahmalam, maka kitorang pun jaga la anak anak murid kat sekolah. 'cik' dan 'mak guard camping' berpisah tiada.

cikgu cikgu yang berkawal malam ni terbahagi kepada dua shift. shift pertama pukul 11.00 malam sampai 2.00 pagi. shift kedua pukul 2.00 pagi sampai 5.00 pagi. aku, zatul dan kak arifah amik first shift. kak ina, kak bad dengan kak huda amik second shift.

aku ingatkan takde la mencabar sangat kalau setakat nak jaga budak budak bawah umur ni. ada la dalam 50 orang. rupanya susah jugak! dalam setengah jam pertama hingar macam pasar malam downtown kat cheras tu. aku diamkan lagi. sabar dulu cik kak oi.. biasa la tu budak budak. sekali bila dah nak masuk pukul 12 tengahmalam.. tak diam diam juga.. aku pun terus mengumpul segenap tenaga aku, menarik nafas dalam dalam dan..

"SIAPA YANG TAK TIDUR LAGI SAYA HERET KHEMAH DIA PERGI PADANG!! PERGI TIDUR PADANG SANA!!"

suasana kat dewan yang tadi bising sampai bergema dengan suara terus senyap sunyi. yang tadinya pintu khemah terbuka terus ada yang zip perlahan lahan.. pijak semut pun tak mati. langsung takde bunyi.

baru tau diam yaa.. baru tau cikgu ami ni garang? ehem.

tak lama lepas aku mengeluarkan pitch keramat aku yang sampai oktaf kelapan tengah malam tu, aku pun terus pergi ke port baik punya.. iaitu kiosk kat tepi dewan. tempat yang aku kira paling best untuk tidur. takdenya baring baring kat khemah der. tidur pun tidur duduk. tidur tidur ayam. ayam pun tidur lagi lena agaknya sebab malam tu memang sejuk gila. angin sepoi sepoi bahasa tamil walaupun tengah hutan batu.

habis je shift, kitorang bertiga pun tukar shift dengan cikgu cikgu second shift. apa lagi, untuk menghilangkan ngantuk yang teramat, kitorang pun decide untuk pergi mengeteh. tak la jauh mana. setakat kat BBU je pun. kak arifah jadi supir tak bergaji.

malam bertuah tu, aku hanya sarung selipar bijik bijik je. kaler oren striking pulak tu. dah la tak glamer, sakit pulak tapak kaki memakainya. tapi tu je selipar yang ada. maka redha je la.


sempat lagi kitorang minum teh sambil supper roti john dengan fries pagi tu. lapar woh. almaklum je la.. western je yang available masa tu walaupun tekak ni sebenarnya meronta ronta nak makan mi goreng mamak.


miss zatul aka soulmate makan makan

habis makan, kitorang pun balik ke sekolah. sambung stay sampai pukul 5.30 pagi. habis berkawal, masing masing pun pulang ke 'sarang'. mandi dan solat kat rumah dan kemudian qadha tidur.

tu la pengalaman camping sekolah aku.





dah habis.
bateri smartphone ku 'mogok lapar' waktu tu. harap maklum.

gambar semua ehsan rakan rakan seperjuangan.








sekian terima kasih.

Monday, March 11, 2013

ini sungguh epik..



sangat epik. 
ngam ngam ho je susunan dia.

Wednesday, September 26, 2012

kembara GUA BATU MALOI



17.09.2012
lokasi : hutan lipur gua batu maloi, johol.

amekaw tajuk. CAPSLOCK! haha.

sori aku busy sangat kebelakangan ni. takde masa nak update blog. so.. are you ready??
here we go..

bersempena cuti Hari Malaysia isnin lepas, aku dan housemate telah bercadang untuk cross-off satu lagi 'le housemates's wishlists' yang telah kitorang rancang. asalnya, kitorang plan nak hiking kat gunung datok. tapi macam biasalah. langit kan tak selalu cerah.. begitu jugak dengan aku yang tak berapa nak cerah ni. aku, kan.. mana la hebat sangat bab panjat memanjat gunung ni. jadi, disebabkan datang satu peluang yang tak disangka sangka, maka aku dan housemate aku pun menjoinkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan bersama geng kakiathlete. kembara ke gua batu maloi. mak oii. masyuk betul buat kerja gila time final year ni. semua benda nampak cam menarik je. semua benda nak dicuba. macam lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal. amboi aku ni. sempat melencong entahapehape. oke. fokus. fokus.

biar aku cerita serba sedikit tentang hutan lipur gua batu maloi. hutan lipur gua batu maloi ni terletak dekat johol. terletak antara rembau dengan tampin. kawasan gua ni terletak berhampiran dengan lereng gunung datok (tak dapat hiking kat gunung datok, dapat 'hiking' kat lereng gunung datok pun jadi laaa. haha!). kawasan ni dah diwartakan sebagai hutan simpan dan banyak spesies pokok hutan hujan khatulistiwa ada kat sini. antaranya ada pokok kemenyan, pokok nibong, palma, dan banyak lagi spesies pokok lain.


jadi, pada hari yang bersejarah tu, seramai 15 orang peserta yang join dan bersepakat untuk pergi ke destinasi yang dituju. 6 orang perempuan, 9 orang lelaki. perjalanan ke hutan lipur gua batu maloi dari seremban mengambil masa lebih kurang 2 jam. sepanjang perjalanan, memang lalu jalan kampung yang penuh dengan 'periuk api' di sana sini. haha. tapi pemandangannya hijau dan memang sceneric gila. sangat cantik dan sukar untuk aku gambarkan dengan kata kata.





jalan masuk yang diapit oleh kebun sayur di kiri dan kanan.

so, sampai dekat hutan lipur pukul 10 pagi. kemudian dengar briefing oleh instructor iaitu kak ila dan bacaan doa dalam 15 minit. kak ila ni macam superwoman wooo. beliau memang penduduk tetap dekat hutan lipur ni. sejak beliau kecik sampai la dah berkeluarga ni, beliau dah beratus ribu kali dah masuk gua ni. memang dah biasa masuk hutan ni. woh! nampak je lembut kat luar tapi dalam hati rock climbing woh! ho ho ho liao!


kak ila tengah bagi briefing.

dalam briefing tu, kak ila bagitau dalam gua tu ada 12 checkpoint. kemudian keadaan kat dalam tu memang sejuk. baju memang akan basah sebab sepanjang gua akan ada tempat anak sungai mengalir dan ada tempat yang ada air terjun yang memang deras gila kat dalam gua tu (serius weh. memang betul ada.. nanti aku tunjuk bukti. hehe). 

kemudian macam biasa.. pantang masuk hutan dan gua.. mulut kena jaga. jangan cakap pakai main lepas je sebab kita masuk tempat orang. masuk dalam kena pakai torchlight, seeloknya yang macam miner tu sebab banyak tempat kena merangkak dan ada banyak laluan yang sempit gila sampai tak sempat dah kau nak pegang torchlight. kena banyak bersabar. jangan pentingkan diri sendiri. bergerak macam train. dan oh, tak payah mengada nak bawak masuk handphone kalau korang sayang handphone korang (yang ini ayat aku sendiri.. aku olah balik je. hehe).. dan lain lain lagi pesanan. 

lepas habis briefing, syuk pun tolong jadi ustaz bacakan doa. kemudian, baru kitorang gerak beramai ramai diketuai oleh kak ila menuju ke destinasi. sebelum sampai gua, ada beberapa anak sungai kecik yang dilalui dan ada jugak lalu trail dalam hutan dalam lebih kurang 10 minit. 

silalah menikmati gambar di bawah. aku rasa lebih jelas dan lebih tepat huraiannya.


checkpoint 1. 
masing masing sibuk nak audition jadi model iklan colgate. haha.


checkpoint 2 - gua ibu mengandung.
kena masuk one by one.
kat sini antara tempat yang paling mencabar dalam gua ni, 
sampai terseliuh bahu aku sebab tersalah teknik nak lepas checkpoint ni.
but, chill weh. sehari je rasa sengal. esoknya dah baik dah. hehe.


checkpoint 3 - gua kelawar.
abaikan manusia di dalam gambar. dan sila baca description kat batu tu je, ye.
sini antara tempat paling best.
port lepak sedara mara batman. hahahaha. oke tak kelakar.
tapi serius. gua ni agak gelap. kak ila pesan suruh tutup lampu dan senyap. 
kemudian bila semua dah sampai, kak ila bagi signal bukak torchlight serentak. 
maka bertebaran la 'batman' yang bergantungan dekat 'ceiling' gua.
tapi tak sempat nak capture moment tu kat sini. 
benda tu berlaku terlalu cepat. cuma beberapa saat je.

and trust me, it's SO fascinating. 

amboi. speaking london kau! haha. 


checkpoint 4 ke checkpoint 5.
kena panjat pakai tali yang diikat kat akar kayu.
jangan risau sebab akar kayu tu memang kuat.
masa ni cuma seorang je boleh naik dalam satu masa.


checkpoint 6 - cahaya matahari menerobos masuk gua kapal.
gua ni dinamakan gua kapal sebab batu yang tersusun kat situ 
menyerupai bentuk kapal.


checkpoint 7 - gua buddha / gua dewa.
bukan. bukan dewa 19. 
kenapa gua buddha?
tengok kat batu tu. ada figura menyerupai buddha. sebelah dia ada figura dewi.
tapi cuma nama je. jangan percaya betul betul ye..
 sebab asalnya figura tu terbentuk sebab titisan air dari bumbung gua.
disebabkan gua ni gua batu granit, titisan air tu tak jadi stalaktit.
sebaliknya titisan air tu jatuh dan membentuk kesan atas batu yang menyerupai figura.

begitulah flashback saya.


antara laluan sempit yang dilalui.
gambar ni memang terbaik!
aku teringat scene dalam 127 hours. sebijik gila kot?!


laluan sempit yang lain.


bak kata fiq mentor.. merangkak pun payah.
eh. sempat kau posing senyum, syuk?! haha. 


yiihaaaa! inilah contoh keriangan kanak kanak ribena. 


checkpoint 11 - air terjun lagi. 
kesian housemate aku tak sempat nak enter frame. 
nampak tangan sebelah je.
tabah eh nyok. haha.

disebabkan gua ni gua batu granit jugak, maka airnya selamat, halal, dan suci lagi menyucikan untuk diminum. kau nak minum bergelen gelen pun tak kisah. takde orang nak marah pun. kau nak buat air sembahyang pun boleh, kau nak buat cuci muka pun boleh. aku entah berapa kali kot cuci muka kat situ. tu pasal la nampak suci berseri bercahaya silau je kan muka aku? kan? apa? tak? oke fineeee. *berlalu pergi*

tapi kalau air dalam gua batu kapur, memang tak boleh minum. bukan sebab haram. tapi sebab beracun ye anak anak. tidak boleh. kan gua batu kapur sifatnya berasid. mungkin gua batu granit sifatnya neutral kot. sebab tu suci lagi menyucikan. entah. aku pun tak pernah kaji pulak. hahaha. oke tak kelakar pun.


lepas checkpoint terakhir : checkpoint 12. 
adventure tak habis di sini.
lepas ni heading to batu maloi yang penuh lagenda.


mari kita ke ladang. hoi!


masuk hutan pulak.


yang besar kat belakang tulah dia batu maloi..
maloi tu nama puteri ye. puteri maloi.
mitos orang tempatan kat sini.
dolu dolu kitorang semua ingatkan maloi tu nama orang asli lelaki.
sekali nama puteri daaa.. haha.
aneh tapi benar.

kemudian kitorang semua pun keluar daripada hutan beramai ramai. balik tempat mula mula berkumpul tadi. tapi sebenarnya kat bawah tu pun cantik woo.. serius breathtaking gila gila. subhanallah!



and lastly, for the last wrap of our journey,lepas habis salin baju dan bersiap untuk balik, kitorang sempat amik gambar ramai ramai ala kpop berlatarbelakangkan tasik hutan lipur gua batu maloi ni buat kenangan..


tadaaaaa!!

sidang kpop sekalian:
anep. nyong. ikin. mat. nad. nabila. acap. aimran.
syuk. aimi. aku. mira.

credits to amal for this awesome shot!

kitorang bertolak balik dalam pukul 2 petang. baliknya kitorang pakat singgah dekat the famous restoran sungai rembau. masing masing dah tayang muka zombie mogok lapar je aku tengok. kitorang semua pakat order nasi semuanya. makan sampai licin pulak tu. yang special kat restoran ni ialah cendolnya. cendol madu rembau namanya. siap ada aiskrim vanila kau! sedap gila. aku pun try la cendol yang so-called famous ni. ternyata la memang sedap. walaupun nama dia cendol madu rembau, tapi dia kurang manis. tapi tetap sedap. manis dia yang sedang sedang saja. macam lagu dangdut tu. eh?


nyam nyam nyam.

habis upacara makan beramai ramai, kitorang pun balik beramai ramai. berakhir sudah kembara kali ni. 

apa yang boleh aku katakan ialah memang seronok gila aktiviti ni. ni kali kedua aku join aktiviti masuk gua. dulu aku join rombongan hostel sekolah masa form 5 pergi gunung senyum kat pahang. yang tu gua batu kapur dan banyak gila stalaktit dan stalagmit. so, kali ni aku merasa pulak masuk gua batu granit.. lain pengalaman dan cabarannya. suatu pengalaman yang aku susah nak ungkap dengan kata kata.

so.. seperti biasa..
le housemates's wishlists : kembara gua batu maloi.
crossed-off.
:)

dah habis. sekian terima kasih.

*credits to nyong as the photographer. and anep for the awesome camera. thanks and sori aku edit tanpa kebenaran. mintak halal tau! hehe!*

Sunday, June 24, 2012

camar yang pulang


ini adalah bahagian terakhir travelog aku. lanjutan daripada entri gugurnya sebijik durian.

hari ketiga
pada pagi yang permai dan indah itu, aku satu family bangun pagi pagi kerana nak berlepas balik ke kajang. sebelum tu, sarapan pagi yang sedap dekat rumah makcik aku. terima kasih mak itam.. you are the best la mokcikku! hehe!

sebelum balik, kitorang sempat lalu satu round dekat dataran lumut. tempat ni sebenarnya baru dibangunkan. dulu dulu takde dataran lumut ni. sampai la lebih kurang tahun 2005, lepas aku pindah dari sitiawan baru la wujud tempat yang diberi nama dataran lumut ni. haish. time aku dah pindah baru nak wujud. saja je datuk bandar ni!

 perasan tak tiang lampu tu bengkok? 
kena langgar dengan bas ke? haha!
*sekadar spekulasi liar*

kat tengah simpang pun jadik aje nak letak arca. kan?

salah satu tempat faveret kitorang kat sini dulu.. tak lain tak bukan, mestilah esplanade lumut. masa aku baru pindah kat sini, aku kecik lagi. jadi masa tu aku masih lagi budak naif yang tak mengerti apa apa. dulu dulu bila first time aku dengar nama 'esplanade' ni.. aku ingat ejaannya ialah 'es planet', di mana mungkin tempat yang dinamakan 'es planet' tu ala ala planetarium kot. ada arca planet ke.. muzium planet ke.. silap silap ada arca ultraman tengah berlawan dengan raksasa gamaknya kat 'es planet' tu. nama tempat tu macam melambangkan yang kita kena pergi 'es planet' tu naik roket sampai ke luar galaksi. tapi.. bila aku fikir balik.. apesal la aku punya imaginasi masa kecik ni tinggi melangit sampai camtu sekali, ha? kenapa? kenapa??



yang sebenarnya, 'es planet' ni, atau nama sebenarnya 'esplanade lumut' ialah satu kawasan taman riadah yang betul betul dekat tepi pantai lumut atau lebih spesifiknya dekat dengan jeti lumut. kat esplanade lumut ni ada tempat jogging, taman, gazebo, pokok pokok yang rendang, bunga dan lanskap yang berwarna warni, menara tinjau, dan macam macam lagi la. tempat yang memang sesuai untuk strolling atau jogging sambil menghirup udara segar bayu laut pada waktu petang.

papan tanda dan simpang jalan masuk lama esplanade lumut

yang paling best kat esplanade lumut ni ialah restoran dan kiosk ABC nya yang sangat sedap. kalau dulu, waktu aku darjah 6, semangkuk ABC yang penuh dengan kacang, jeli, cincau, jagung, kacang merah, hirisan buah pala, buah kabung, sirap, sirap gula melaka, dan satu scoop aiskrim.. penuh gila satu mangkuk tu tinggi menggunung sampai melimpah ruah.. harga dia cuma RM 1.50. dapat ke harga camtu lagi ek sekarang? tapi sekarang dah tak dapat macam tu der. tinggal kenangan je semua tu. restoran yang jual ABC tu dah takde. aku pun taktau kedai tu dah berhijrah ke mana. yang pastinya, restoran yang ada pun tinggal berapa ketul je kat esplanade tu. waktu kitorang lalu tu awal pagi sangat.. so tak dapat nak pastikan kedai yang mana satu yang masih beroperasi ataupun tidak.

sekadar gambar hiasan penyedap anak tekak [link]

sebelah esplanade tu pulak ialah lumut waterfront. ada sebuah playground yang nak kata baru, takde la baru sangat. biasa biasa je. tapi yang bagusnya, playground tu nampak terjaga je. tak tau la sama ada segala permainan bagai kat situ dicat semula ataupun benda benda tu semua masih lagi baru. dah lama tak pergi situ. bukan. aku bukan singgah untuk main buai, main gelongsor atau main jongkang jongket. tidak sama sekali. no. NEVER. tapi, rare bukan kewujudan playground kat tepi laut? jarang jarang ada playground tepi laut yang aku pernah jumpa.

dekat situ jugak ada sebuah kapal yang berlabuh yang ditempatkan kat tepi laut tu. dulu kapal tu pernah belayar satu dunia. tapi sekarang bila dah tak belayar lagi sampai bila bila, kapal tu pun dibeli oleh orang perseorangan. kiranya kapal tu dah ada owner baru dan kemudian dijadikan pameran kat situ.

ni kalau anak sedara aku nampak ni.. kompem taknak balik!

sangatlah meriah

ada lampu gantung gantung kat pokok. 
waktu malam pokok ni bertukar jadi macam usher penyanyi rap tu. bling bling, yow!

sehijau warna daun


kapal pirate of carribean. hehe. gurau je. 

oke tak kelakar.

kemudian, lepas singgah lumut waterfront tu, kami singgah membeli hasil laut pulak. tak ingat apa nama kedai, tapi terletak betul betul dekat simpang jalan nak ke lumut.


yang sebenarnya, kitorang pakai main singgah je kat situ sebab dekat lumut ni memang banyak gila kedai yang jual hasil makanan laut. kedai tu ialah kedai borong yang menjual segala jenis hasil laut daripada ikan bilis timbang sampai la produk makanan siap. jom usha sikit macam mana rupa kedainya.





lepas membeli belah apa yang patut, kitorang pun singgah dekat sitiawan. pergi kedai kek paris kepunyaan jiran lama kitorang. dah jadi satu kemestian, mesti singgah kedai kek tu kalau dah turun sitiawan. so, apa lagi, aunty ken pun belanja minum cappucino panas dengan ice blended cappucino.

xie xie aunty ken!

 kebanyakan decoration kek ni wan yeen yang design

pokcik paris!

adik aku, wan yeen, dengan jackie.
wan yeen tu dikira adik beradik susuan kitorang. sama umur dengan adik aku.

habis berchit chat dengan aunty ken and family, kitorang pun gerak balik. sempat lalu seround kat manjung sebab bayar saman parking. hahaha. sebabnya tak letak kupon. kemudian jalan jalan area sitiawan. 

pasar senawi

salah sebuah rumah tradisional yang masih terpelihara kat pekan sitiawan


gambar kat atas ialah smk convent. dulu aku pernah belajar kat sini 4 tahun (setahun darjah 6 kat sk convent, 3 tahun kat sekolah menengah) sebelum pindah johor. bangunan sekolah rendah dengan sekolah menengah convent ni duduknya dalam satu pagar. berkongsi kantin dan padang yang sama. dulu dulu, banyak pokok rendang kat bahagian depan sekolah. jadi, sambil nak tunggu bas waktu balik sekolah, selalunya aku dengan kawan kawan aku akan duduk lepak kat bawah pokok pokok angsana yang besar dan rendang khasnya yang paling dekat dengan bus stop sekolah tu. syok gila rasanya lepak bawah pokok tambah pulak bila angin sepoi sepoi bahasa menampar lembut pipi kami semua. mak aih. sastera la pulak. mood tu penting weh. hehe. paling best sekali kalau waktu tiba tiba angin mula bertiup, kitorang akan berdiri sambil depangkan tangan luas luas sambil jerit 'inilah kehidupan!!'. haha. lagi satu kerja gila yang aku suka buat masa zaman sekolah. sampai ramai pulak kawan aku yang terikut ikut. sedar tak sedar dah lama aku tinggalkan sekolah ni. dah masuk 8 tahun dah. kawan kawan aku yang gila gila dulu pun ramai yang dah sambung belajar oversea sekarang.

sekarang ni yang aku dengar peraturan sekolah dah makin ketat. sebab tu dah ada guard house dengan palang kat depan pintu pagar tu. dulu dulu pakai main lenjan je masuk. mak ayah berduyun duyun hantar anak pagi pagi dan amik anak bila dah habis sekolah. masuk sampai betul betul depan pejabat baru turunkan anak. adoiyai. sampai jam kawasan sekolah dengan kereta parents. tu belum lagi kereta cikgu cikgu. almaklum saja. jalan sekolah tu sempit. jalan tu pun muat sebuah kereta je dalam satu masa. tambah pulak selalu ada accident depan pagar keluar sekolah tu. mana la taknya semua pokok habis ditebang. sebab nak bagi jalan nampak clear.

memang la clear macam syampu clear.. tapi nilai estetik dan nostalgik tu dah habis dibawa pergi bersama. haish.

dah habis mengimbau nostalgia, kami pun lunch dekat gulam rasul. kalau dulu port dia yang sebenar dekat teluk intan. sekarang dia bukak branch baru dekat dengan trans-kerian, perak. memang tepi jalan betul.


kemudian sebelum balik, kitorang round pergi teluk intan. saja nak tengok menara condong teluk intan. kebetulan waktu lalu, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. ya. bangunan lama balai polis ni. aku tak tahu berapa usia sebenar bangunan ni. tapi bangunan ni berpagar dan bangunannya masih kukuh lagi walaupun pokok dah menjalar di sana sini. mungkin bangunan ni dah wujud sejak zaman penjajahan J.W.W Birch kot. entah. belum sempat lagi aku kaji tentang ini.


gambar kat bawah ni pulak ialah gambar menara condong teluk intan. selalunya, aku lihat kebanyakan bangunan yang condong ni kebiasaannya akan condong ke arah barat. ke aku yang pandai pandai buat andaian sendiri? tapi mengapa barat ya? mungkin pusat graviti lebih tinggi tarikannya ke arah barat berbanding arah utara, timur, dan selatan agaknya. mari kita fikirkan secara berjemaah. hmmm.. *berfikir dengan serius*

menara condong teluk intan ni sebenarnya lebih cantik kalau dilihat pada waktu malam. sebab bangunan yang berbentuk pagoda ni dihiasi dengan lampu di setiap bumbung tingkat tingkat berkenaan. dekat sini aku berikan link kalau korang nak tahu sejarah dan serba sedikit fakta tentang menara condong teluk intan ni.

http://en.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan

jadi, inilah dia.. menara condong teluk intan..


habis sudah perjalanan ke utara pada kali ni. lepastu kitorang terus balik kajang. seronok gila bila berjalan cara sempoi macam ni. yang penting momen momen indah sempat aku rakam dan post dalam blog ni.

sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...