20.01.2011
lokasi : bukit broga, semenyih.
alhamdulillah. tercapai juga impian aku untuk menawan puncak bukit broga. hajat yang belum pernah tertunai selama ni.
perjalanan bermula pada pukul 9.30 malam, 19.01.2011.
mira. ejad. wan. ajni. aku.
kami bertolak dari maktab untuk menikmati makan malam di ampangan. kemudian menonton cerita 'khurafat' yang start pukul 11 malam di jusco seremban 2. habis je cerita, kami pergi 'ngeteh' di restoran azhaar maju untuk 'membunuh masa' = to kill the time. sambil tu sempat lagi tengok perlawanan bola di espn. syria lawan jepun. 0-0. dan lagi satu match aku tak ingat. iran lawan..?? entah. tapi 2-0 la yang pastinya.
dalam pukul 3.30 pagi, kami bertolak ke bukit broga. sebenarnya, harap je ramai yang pergi, tapi sorang pun taktau di manakah keberadaan bukit broga itu. huh. macam macam. nasib baik la ejad pernah tanya babab kat mana bukit broga tu, sebab babab pernah pergi dengan reza dulu.
jalan ke broga memang sunyi gila. takde kenderaan pun lalu memandangkan waktu tu memang pagi gila. meremang jugak bulu roma. dah la baru lepas tengok wayang cerita 'khurafat' pulak tu. ini semua idea gila ejad. jom salahkan ejad ramai ramai. *haha gelak jahat*. cuma ada satu dua lori yang lalu di situ. dengan lajunya ya tuan tuan dan puan puan. haish.
kami sampai sejam lepas tu. tepat pukul 4.30 pagi. tiba tiba, aku bersuara..
"sini ada toilet, tak?"
yang lain lain pandang aku. aku senyap je. dah tu, takkan nak tahan dua tiga empat jam, kot? aiseh. tak boleh jadik ni. tiba tiba mira pun cakap..
"ehem. aku nak gi toilet jugak. hehehe"
maka, kami pun berpatah balik ke pekan broga. terima kasih kepada restoran apek di tepi jalan yang kami tidak tahu namanya. kami berlima pun melepaskan hajat di situ setelah meminta keizinan beliau. terima kasih, pakcik cool. tahniah pakcik. awal pakcik bangun.
kami meneruskan perjalanan. pukul 4.45 pagi sampai semula di kaki bukit broga. kereta kancil pun elok diparkir di kawasan ladang kelapa sawit di situ.
papan tanda ke bukit broga.
lepas tu kami pun mula mendaki. aku la yang paling tak boleh harap sekali. tak fit langsung. setiap 30 meter aku asyik nak berhenti je. kesian kawan kawan lain yang tunggu aku. siap bagi motivasi la, nyanyi la bagai nak bagi semangat kat aku. aku tak larat nak bercakap pun diorang ajak berbual. geram betul. apapun, terima kasih la kat diorang ni. tapi kalau dah namanya degil, tak larat pun larat laratkan jugak. hmm.
kami sampai ke puncak bukit yang pertama pukul 5.30 pagi. oh, memang lambat sebab aku asyik berhenti je. hadui. sampai kat atas, nampak bulan memang cantik gila. kami lepak sekejap di situ dalam sepuluh minit.
ada juga orang yang menunaikan solat subuh di atas puncak bukit itu. walaupun awal pagi, tapi puncak bukit dah sesak dengan orang. macam pesta. kami pun meneruskan pendakian ke puncak bukit yang kedua. dalam lima ke sepuluh minit, kami sampai di atas puncak bukit broga yang kedua.
lepas ni, biar gambar yang bercerita. silalah menikmati.
bulan berbentuk love.
awal pagi.
lalang.
matahari terbit.
kawan kawan.
habis.
le housemates's wishlists : bukit broga.
crossed-off.
:)
crossed-off.
:)
misi selepas ini : gunung datok. insyaAllah.
*link tambahan* . kejadian ini berlaku pada hari yang sama ketika pendakian kami di bukit broga.
nice pic. Pandai amek gamba.
ReplyDeleteterima kasih sebab baca entri saya yang tak seberapa ni.. :)
ReplyDeletehaha. Gamba cantik mesti kena tgk. Follow me. Yeah.
ReplyDeleteview from broga hill antara yang ter-best kan??
ReplyDeletesebab rmai fren bella buat photoshot kat situ..jeles tgk gambar2 awak!!
grrrr
bighagenjo : terima kasih. i followed your blog. :)
ReplyDeletebella : ya. saya rasa teringin nak pergi sebab dah tengok gambar yang orang lain ambil dekat sana.
kalau ada masa, pergilah ke bukit broga. :)
and, thanx for the compliment. ambil pakai kamera digital biasa saja. :)
OMG! baru je taw news psl yg kena hempap tu.
ReplyDeletebut semalam i pergi ramai je. kire dorg still degil lagi ah nak pergi broga hehe.
masshie : ya. memang ramai yang still degil. tapi as long ambil safety precaution, insyaAllah tak ada apa apa.
ReplyDeletepergh cam besh je dego...
ReplyDeletewah nak pegy jugak..
knp xajak...!
eish....
khailan : haha. insyaAllah kalau lepas ni naik lagi, kita semua pergi ramai ramai pulak oke? huhu :)
ReplyDelete