mereka yang hebat

Sunday, December 30, 2012

overly attached girlfriend


assalamualaikum. hai.

miss me?
yeah. i knew it. HAHA. *narcissist mode*
 
back to our main topic. pernah tak korang mengalami situasi di mana korang ada kawan dekat facebook. dan kita jarang pun bercakap dengan dia. jauh sekali la nak tag post atau gambar bagai. tapi girlfriend / boyfriend  kawan korang yang korang tak kenal pergi add korang tiba tiba kat facebook. err.. korang rasa awkward tak?

serius benda ni pernah berlaku kat aku. aku tak pernah pun bercakap, bertegur, bergurau senda, atau main merry-go-round pun dengan orang yang add aku tu. tak pernah langsung. dan seriously, bagi aku ianya awkward gila. kalau sebelum ni kita oke je dengan kawan kita, tiba tiba kita akan rasa satu barrier yang kita tak boleh bercakap langsung dengan kawan kita tu. tak. aku tak salahkan pihak yang add aku. kalau nak add, itu suka hati facebook beliau. aku tak marah pun. yang menjadikan ianya awkward adalah apabila tiba tiba dia post status atau reply comment ala ala 'overly attached girlfriend'. terpaksa la aku membaca status tersebut tanpa kerelaan aku.

lagi satu, aku akan berada dalam dilema untuk approve request dari orang orang macam ni. kalau approve, aku tak kenal pun siapa orang yang add aku tu. kalau tak approve, surely orang itu akan suspicious dan akan tanya macam macam pulak dekat kawan aku tu. do you understand what i mean? aku ni dah la tak berapa nak centre sangat. kadang kadang kalau aku melawak pun orang ingat serius. kadang kadang bila aku serius, orang ingat aku buat lawak. karang tak pasal pasal ada yang perang dunia ketiga sebab aku. disebabkan itu, aku dah jarang nak like atau comment status orang walaupun kadang kadang aku rasa teringin nak buat macam tu. rasa macam fake gila dan tak jadi diri sendiri pun ada but for the sake of everyone's happiness, aku tak kisah. i'll let it pass for everyone's good.

oleh sebab itu, kepada kawan kawan aku yang lelaki, tak payah like atau comment status atau gambar gambar aku kalau korang dah ada girlfriend atau isteri. jangan buat aku rasa serba salah untuk reply comment tersebut. terima kasih banyak banyak sebab concern dan aku tak marah pun kalau korang tak like. aku lagi suka. aku tak nak jadi penyebab keretakan hubungan orang lain. itu tak baik punyaaa.

dan kepada girlfriend atau isteri kepada kawan kawan aku, tak payah la add aku. melainkan kalau kita sama sama kenal dan pernah bercakap. aku tak famous pun dan aku akan rasa serba salah untuk approve orang yang aku tak kenal. so, please.. jangan buat aku rasa kesian atau serba salah. aku tahu niat korang baik, tapi jangan risau. aku akan jaga diri aku baik baik, dan aku harap korang pun jaga la hubungan korang baik baik.. k?

facebook itu bagus, kalau kita gunakan untuk kebaikan.


sekian terima kasih.

Thursday, December 6, 2012

limitless


ya, ya. aku tahu aku sudah jarang update blog sekarang. maaf. sejak dah tak bergelar student ni, aku terus hilang cerita. hilang idea. hilang kata kata. jangan tanya kenapa.

disebabkan dah agak lama aku tak buat review filem, aku nak share sebuah filem yang menarik perhatian aku. aku tengok cerita ni kat astro fox cinema HD tak silap aku. tajuk dia limitless. genre thriller. filem ni ialah filem tahun 2011, diarahkan oleh neil burger. filem ni ialah berdasarkan sebuah novel yang ditulis pada tahun 2001 oleh penulis alan glynn. tajuk asal novel ni ialah 'the dark fields'.



cerita ini mengisahkan tentang seorang penulis lelaki yang telah bercerai bernama edward morra/eddie (bradley cooper). disebabkan perceraiannya tu, hidup dia jadi kelam kabut dan tak tentu arah. dia akhirnya mengambil keputusan untuk usha dan dating seorang awek cun yang bernama lindy (abbie cornish). tapi, lindy nak eddie berubah dulu, baru dia sanggup jadi partner eddie.

dipendekkan cerita, selepas dia ditolak oleh lindy, dia terjumpa semula dengan bekas adik iparnya iaitu vernon (johnny whitworth). dalam banyak banyak manusia yang dia jumpa, paling dia benci menyampah sekali ialah bekas adik iparnya tu.. sebabnya.. aku pun taktau. haha. lepas diorang ni lepak berdua, berbual sama sama, akhirnya vernon tau yang eddie ni hidup dalam misery lepas dia bercerai dengan kakaknya. disebabkan itu, vernon pun menawarkan sejenis 'supplement' (dadah sebenarnya) yang diberi nama NZT-48 pada eddie. disebabkan eddie ni baik, maka dia pun tolak. tapi vernon ni pulak kaki menghasut, dia hasut jugak eddie ni untuk amik benda tu. maka eddie pun terima la pemberian vernon yang tak seberapa tu.

keserabutan berjumpa dengan adik ipar

the pill

disebabkan suatu keadaan yang terdesak telah berlaku masa dia balik ke apartmen tempat dia menyewa tu, dia pun makan 'supplement' yang berbentuk pil tu dengan kadar segera. ajaibnya, dalam masa 30 saat, dia dapat rasa kesan yang sangat cepat. otak dia berfikir 5 kali ganda lebih pantas berbanding biasa dan menyebabkan peratusan penggunaan otak dia berjalan hampir 100% berbanding kapasiti penggunaan otak pada kadar biasa iaitu 20%. dia jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk buat semua perkara, sampaikan buku yang dah sampai dead line dapat dia siapkan dalam masa empat hari je. jadi, dia amik keputusan untuk jumpa semula dengan vernon untuk mintak lagi pil tu.

dipendekkan cerita, hidup dia mula berubah lepas tu..







..tanpa mengetahui side-effect yang bakal dia hadapi.



dan semuanya bermula dengan sebiji pil..


NZT-48

overall, aku suka keseluruhan cerita ni. sebuah pengarahan yang bagus. daripada pelakon sampailah jalan cerita, semuanya aku suka. ada kemuncak suspens di dalam plot cerita dan ada adrenaline rush. dua x-factor dalam sesebuah filem yang bagi aku bila bergabung-meletup-ah! 


kalau nak tahu cerita sebenar, dipersilakan menonton beramai ramai. pok amai amai.
sekian terima kasih.



p/s : orang Islam tak boleh makan pil ni weh. harom!

Wednesday, November 14, 2012

rawrr.. rawrr.. rawrr..!!



umpama t-rex. aku suka betul menyakat anak anak buah aku suruh buat rawr.. rawr.. rawr.. hahaha. siap dengan tangan tangan sekali, oke! pakej lengkap. comel gila. dah nama pun budak kan, pantang tengok kita keluar pintu rumah pakai tudung.. mesti nak ikut. aku dah cakap jangan ikut pun, nak ikut jugak. nak jemur kain kat luar je padahal. hadoiyai pun. 

jom. jom. *muka diorang bersungguh sungguh gila*

aku : buat dulu macam ni. rawrr.. rawrr.. rawrr.. (gerak tangan macam kucing)

rawrr.. rawrr.. rawrr.. diorang buat macam yang aku tunjuk tadi. peh. buat betul betul pulak tu! anak anak, cik nina main main jelah. yang korang ikut kenapa? hahaha!

aku : waaahhh.. (tepuk tangan) terima kasih. babaiii! (lambai laju laju kemudian terus tutup gril)

senyap.

senyap lagi.

*bunyi budak nangis*

rawrr.. rawrr.. rawrr.. sambil nangis diorang buat lagi complete set. selagi aku tak bagi ikut naik kereta, selagi tu diorang tak berhenti buat. alahai! 

haha.. saje je aku troll. bukan nak pergi mana pun sebenarnya. kemudian apa lagi. pujuk la semula sampai diorang senyap. 

budak budak ni dah besar rupanya. macam macam kerenah aku tengok. diorang cepat serap apa yang diorang tengok. macam span basuh pinggan jugak. 

rutin harian aku ialah mengurut kaki mak aku pada waktu malam. aku akan pakai minyak panas kalau aku urut kaki mak aku. minyak panas cap kuda hitam. cheh. siap promot bajet boleh dapat komisyen kan. bajet boleh jadi duta minyak panas la? haha. oke tak penting pun.

nak dijadikan cerita, anak buah aku yang bernama aira ni suka duduk berkepit dengan nenek dia iaitu mak aku. time aku tengah urut kaki mak aku pun dia sibuk la nak 'berebut' mak dengan aku. bukan apa. sebab mak aku ni rajin betul melayan cucu cucu. pada suatu petang, berarak mendung awan yang kelabu. belum nak hujan lagi. semua orang baru datang mood tangkap lentok. tapi aira ni tak nak tidur lagi walaupun kakak dia dah lama dah tidur kat ruang tamu rumah. tiba tiba dia datang dekat nenek dia yang tengah duduk atas sofa. dia tarik kaki nenek dia. korang tau tak apa dia buat? ya. dia picit picit kaki mak aku. lepas tu tadah tangan. baca bismillah. baca doa makan. kemudian tiup kat kaki mak aku. mak aku dengan aku yang tukang tengok ni sangat la tak percaya dengan apa yang berlaku tu. aku dengan mak aku apa lagi, ketawa la sebab benda unexpected macam tu.

tiba tiba, dia pergi dekat laci meja ruang tamu. dia bukak laci dan selongkar. entah apa yang dia selongkar entah. serius je muka. segala mak nenek kertas dalam fail, suratkhabar semua dia keluarkan. aku dengan mak perhati je. kitorang tanya 'cari apa?' tapi dia senyap je. sekali dia keluarkan gam UHU. dia pergi semula dekat mak aku, dia tonyoh hujung gam UHU tu dekat kaki mak aku. ada la dekat dua tiga kali. kemudian dia sapu pakai tangan. kemudian dia cakap..

nyak.. nyak.. (minyak.. minyak dengan muka tak bersalah)

hahahah! woih! ni kes troll cik nina balik ke apa ni?!

chitt!

aku syak dia ingat gam UHU tu minyak panas yang aku selalu pakai sebab pembalut luar minyak panas tu warna kuning. sebijik sama dengan warna gam UHU tu.

itu budak 1 tahun 4 bulan troll aku tu.. hadoi. tulah aku cakap. diorang ni cepat serap macam span basuh pinggan. kalau ajar alif ba ta pun laju je menyebut. 

disebabkan family aku makan semeja, maka budak budak ni seboleh bolehnya nak duduk atas kerusi. diorang dah boleh duduk dan makan atas meja. kalau pakai tangan sememeh la sikit meja sebab jarak antara makanan dalam pinggan tu nak masuk ke dalam mulut tu terasa macam sebatu jauhnya bagi budak budak. tapi kalau pakai sudu memang tertib walaupun ada tumpah sikit sikit. 

aina cenderung pada muzik. walaupun umur dia baru 3 tahun lebih, tapi penguasaan tempo dia agak baik. kadang kadang kita yang dewasa ni pun nyanyi lari tempo. tapi dia tak. yang lagi best, dia boleh buat improvisasi dekat lagu twinkle twinkle little star. entah macam mana, pada suatu hari, aku terdengar dia nyanyi lagu twinkle twinkle little star pakai bunyi 'nyam'. 

nyam nyam-nyam nyam-nyam nyam nyam nyam nyam..
(twinkle-twinkle-little star)

nyam nyam-nyam nyam-nyam nyam nyam nyam nyam..
(how i wonder what you are)

nyam nyam nyam-nyam nyam nyam..
(up above-the world so high)

nyam nyam nyam-nyam nyam nyam..
(like a diamond in the sky)

nyam nyam-nyam nyam-nyam nyam nyam nyam nyam..
(twinkle-twinkle-little star)

nyam nyam-nyam nyam-nyam nyam nyam nyam nyam..
(how i wonder what you are)

dia siap buat penambahbaikan pada bilangan suku kata. entah datang dari mana idea tu, aku pun taktau. 

lagi satu, disebabkan mak aku baru ajar baca doa makan, maka aina akan gunakan doa makan untuk semua benda. nak minum susu, baca doa makan. nak makan, baca doa makan. nak tidur, baca doa makan. nak sembuhkan sakit apa apa pun semua dia bedal pakai doa makan jugak. haih la anakku.. dah salah konsep dah ni. suka suki je pakai doa makan untuk semua. haha. tu yang adik dia ikut sekali tu. takpe la. sekarang ni pun disebabkan aina dah mula minat nak membaca, maka mak dan aku ajar aina dan aira sikit sikit untuk baca doa dan bacaan yang lain pulak.

the best feeling mesti la masa diorang tidur malam. walaupun seharian melayan kerenah diorang, tapi waktu diorang tidur pada malam hari, alahai muka masing masing.. rasa tak sampai hati nak marah. kemudian usap kepala diorang waktu tidur. and then good night kiss dekat dahi. sorang satu. setiap hari macam tu. 

dah besar rupanya diorang ni.

baiklah. setel sudah cerita aku dan anak anak buah. aku tinggalkan anda semua dengan MTV ni. harap anda  semua terhibur hendaknya.



sekian terima kasih.

Tuesday, October 30, 2012

curiosity


who are you, people?

terima kasih sebab setia menjengah blog saya.

.

Friday, October 12, 2012

happy birthday



aira mardhiyah, 1 tahun 3 bulan. 


"happy birthday cik naniii!" :)




Tuesday, October 2, 2012

lenggang kangkung


teaser jamming gamelan sempena minggu jabatan kajian sosial.
ini salah satu lagu yang akan dipersembahkan. 

masih praktis lagi. 
video

sori jiji. aku dah berusaha sedaya upaya untuk masukkan kau dalam frame..
tapi tak berjaya. ampunnn dong!
next time, k? huhu..

Wednesday, September 26, 2012

kembara GUA BATU MALOI



17.09.2012
lokasi : hutan lipur gua batu maloi, johol.

amekaw tajuk. CAPSLOCK! haha.

sori aku busy sangat kebelakangan ni. takde masa nak update blog. so.. are you ready??
here we go..

bersempena cuti Hari Malaysia isnin lepas, aku dan housemate telah bercadang untuk cross-off satu lagi 'le housemates's wishlists' yang telah kitorang rancang. asalnya, kitorang plan nak hiking kat gunung datok. tapi macam biasalah. langit kan tak selalu cerah.. begitu jugak dengan aku yang tak berapa nak cerah ni. aku, kan.. mana la hebat sangat bab panjat memanjat gunung ni. jadi, disebabkan datang satu peluang yang tak disangka sangka, maka aku dan housemate aku pun menjoinkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan bersama geng kakiathlete. kembara ke gua batu maloi. mak oii. masyuk betul buat kerja gila time final year ni. semua benda nampak cam menarik je. semua benda nak dicuba. macam lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal. amboi aku ni. sempat melencong entahapehape. oke. fokus. fokus.

biar aku cerita serba sedikit tentang hutan lipur gua batu maloi. hutan lipur gua batu maloi ni terletak dekat johol. terletak antara rembau dengan tampin. kawasan gua ni terletak berhampiran dengan lereng gunung datok (tak dapat hiking kat gunung datok, dapat 'hiking' kat lereng gunung datok pun jadi laaa. haha!). kawasan ni dah diwartakan sebagai hutan simpan dan banyak spesies pokok hutan hujan khatulistiwa ada kat sini. antaranya ada pokok kemenyan, pokok nibong, palma, dan banyak lagi spesies pokok lain.


jadi, pada hari yang bersejarah tu, seramai 15 orang peserta yang join dan bersepakat untuk pergi ke destinasi yang dituju. 6 orang perempuan, 9 orang lelaki. perjalanan ke hutan lipur gua batu maloi dari seremban mengambil masa lebih kurang 2 jam. sepanjang perjalanan, memang lalu jalan kampung yang penuh dengan 'periuk api' di sana sini. haha. tapi pemandangannya hijau dan memang sceneric gila. sangat cantik dan sukar untuk aku gambarkan dengan kata kata.





jalan masuk yang diapit oleh kebun sayur di kiri dan kanan.

so, sampai dekat hutan lipur pukul 10 pagi. kemudian dengar briefing oleh instructor iaitu kak ila dan bacaan doa dalam 15 minit. kak ila ni macam superwoman wooo. beliau memang penduduk tetap dekat hutan lipur ni. sejak beliau kecik sampai la dah berkeluarga ni, beliau dah beratus ribu kali dah masuk gua ni. memang dah biasa masuk hutan ni. woh! nampak je lembut kat luar tapi dalam hati rock climbing woh! ho ho ho liao!


kak ila tengah bagi briefing.

dalam briefing tu, kak ila bagitau dalam gua tu ada 12 checkpoint. kemudian keadaan kat dalam tu memang sejuk. baju memang akan basah sebab sepanjang gua akan ada tempat anak sungai mengalir dan ada tempat yang ada air terjun yang memang deras gila kat dalam gua tu (serius weh. memang betul ada.. nanti aku tunjuk bukti. hehe). 

kemudian macam biasa.. pantang masuk hutan dan gua.. mulut kena jaga. jangan cakap pakai main lepas je sebab kita masuk tempat orang. masuk dalam kena pakai torchlight, seeloknya yang macam miner tu sebab banyak tempat kena merangkak dan ada banyak laluan yang sempit gila sampai tak sempat dah kau nak pegang torchlight. kena banyak bersabar. jangan pentingkan diri sendiri. bergerak macam train. dan oh, tak payah mengada nak bawak masuk handphone kalau korang sayang handphone korang (yang ini ayat aku sendiri.. aku olah balik je. hehe).. dan lain lain lagi pesanan. 

lepas habis briefing, syuk pun tolong jadi ustaz bacakan doa. kemudian, baru kitorang gerak beramai ramai diketuai oleh kak ila menuju ke destinasi. sebelum sampai gua, ada beberapa anak sungai kecik yang dilalui dan ada jugak lalu trail dalam hutan dalam lebih kurang 10 minit. 

silalah menikmati gambar di bawah. aku rasa lebih jelas dan lebih tepat huraiannya.


checkpoint 1. 
masing masing sibuk nak audition jadi model iklan colgate. haha.


checkpoint 2 - gua ibu mengandung.
kena masuk one by one.
kat sini antara tempat yang paling mencabar dalam gua ni, 
sampai terseliuh bahu aku sebab tersalah teknik nak lepas checkpoint ni.
but, chill weh. sehari je rasa sengal. esoknya dah baik dah. hehe.


checkpoint 3 - gua kelawar.
abaikan manusia di dalam gambar. dan sila baca description kat batu tu je, ye.
sini antara tempat paling best.
port lepak sedara mara batman. hahahaha. oke tak kelakar.
tapi serius. gua ni agak gelap. kak ila pesan suruh tutup lampu dan senyap. 
kemudian bila semua dah sampai, kak ila bagi signal bukak torchlight serentak. 
maka bertebaran la 'batman' yang bergantungan dekat 'ceiling' gua.
tapi tak sempat nak capture moment tu kat sini. 
benda tu berlaku terlalu cepat. cuma beberapa saat je.

and trust me, it's SO fascinating. 

amboi. speaking london kau! haha. 


checkpoint 4 ke checkpoint 5.
kena panjat pakai tali yang diikat kat akar kayu.
jangan risau sebab akar kayu tu memang kuat.
masa ni cuma seorang je boleh naik dalam satu masa.


checkpoint 6 - cahaya matahari menerobos masuk gua kapal.
gua ni dinamakan gua kapal sebab batu yang tersusun kat situ 
menyerupai bentuk kapal.


checkpoint 7 - gua buddha / gua dewa.
bukan. bukan dewa 19. 
kenapa gua buddha?
tengok kat batu tu. ada figura menyerupai buddha. sebelah dia ada figura dewi.
tapi cuma nama je. jangan percaya betul betul ye..
 sebab asalnya figura tu terbentuk sebab titisan air dari bumbung gua.
disebabkan gua ni gua batu granit, titisan air tu tak jadi stalaktit.
sebaliknya titisan air tu jatuh dan membentuk kesan atas batu yang menyerupai figura.

begitulah flashback saya.


antara laluan sempit yang dilalui.
gambar ni memang terbaik!
aku teringat scene dalam 127 hours. sebijik gila kot?!


laluan sempit yang lain.


bak kata fiq mentor.. merangkak pun payah.
eh. sempat kau posing senyum, syuk?! haha. 


yiihaaaa! inilah contoh keriangan kanak kanak ribena. 


checkpoint 11 - air terjun lagi. 
kesian housemate aku tak sempat nak enter frame
nampak tangan sebelah je.
tabah eh nyok. haha.

disebabkan gua ni gua batu granit jugak, maka airnya selamat, halal, dan suci lagi menyucikan untuk diminum. kau nak minum bergelen gelen pun tak kisah. takde orang nak marah pun. kau nak buat air sembahyang pun boleh, kau nak buat cuci muka pun boleh. aku entah berapa kali kot cuci muka kat situ. tu pasal la nampak suci berseri bercahaya silau je kan muka aku? kan? apa? tak? oke fineeee. *berlalu pergi*

tapi kalau air dalam gua batu kapur, memang tak boleh minum. bukan sebab haram. tapi sebab beracun ye anak anak. tidak boleh. kan gua batu kapur sifatnya berasid. mungkin gua batu granit sifatnya neutral kot. sebab tu suci lagi menyucikan. entah. aku pun tak pernah kaji pulak. hahaha. oke tak kelakar pun.


lepas checkpoint terakhir : checkpoint 12. 
adventure tak habis di sini.
lepas ni heading to batu maloi yang penuh lagenda.


mari kita ke ladang. hoi!


masuk hutan pulak.


yang besar kat belakang tulah dia batu maloi..
maloi tu nama puteri ye. puteri maloi.
mitos orang tempatan kat sini.
dolu dolu kitorang semua ingatkan maloi tu nama orang asli lelaki.
sekali nama puteri daaa.. haha.
aneh tapi benar.

kemudian kitorang semua pun keluar daripada hutan beramai ramai. balik tempat mula mula berkumpul tadi. tapi sebenarnya kat bawah tu pun cantik woo.. serius breathtaking gila gila. subhanallah!



and lastly, for the last wrap of our journey,lepas habis salin baju dan bersiap untuk balik, kitorang sempat amik gambar ramai ramai ala kpop berlatarbelakangkan tasik hutan lipur gua batu maloi ni buat kenangan..


tadaaaaa!!

sidang kpop sekalian:
anep. nyong. ikin. mat. nad. nabila. acap. aimran.
syuk. aimi. aku. mira.

credits to amal for this awesome shot!

kitorang bertolak balik dalam pukul 2 petang. baliknya kitorang pakat singgah dekat the famous restoran sungai rembau. masing masing dah tayang muka zombie mogok lapar je aku tengok. kitorang semua pakat order nasi semuanya. makan sampai licin pulak tu. yang special kat restoran ni ialah cendolnya. cendol madu rembau namanya. siap ada aiskrim vanila kau! sedap gila. aku pun try la cendol yang so-called famous ni. ternyata la memang sedap. walaupun nama dia cendol madu rembau, tapi dia kurang manis. tapi tetap sedap. manis dia yang sedang sedang saja. macam lagu dangdut tu. eh?


nyam nyam nyam.

habis upacara makan beramai ramai, kitorang pun balik beramai ramai. berakhir sudah kembara kali ni. 

apa yang boleh aku katakan ialah memang seronok gila aktiviti ni. ni kali kedua aku join aktiviti masuk gua. dulu aku join rombongan hostel sekolah masa form 5 pergi gunung senyum kat pahang. yang tu gua batu kapur dan banyak gila stalaktit dan stalagmit. so, kali ni aku merasa pulak masuk gua batu granit.. lain pengalaman dan cabarannya. suatu pengalaman yang aku susah nak ungkap dengan kata kata.

so.. seperti biasa..
le housemates's wishlists : kembara gua batu maloi.
crossed-off.
:)

dah habis. sekian terima kasih.

*credits to nyong as the photographer. and anep for the awesome camera. thanks and sori aku edit tanpa kebenaran. mintak halal tau! hehe!*

Thursday, September 13, 2012

orlando bloom


dalam musim hujan pun masih berbunga.
hebat anak anakku ni.
heheh. :)



batik and creamy yellow.

mak pesan suruh letak baja bunga. oke. 
biar semua 'anak anak' aku ni gemuk. hahahaz.

next mission : cari baja bunga..

Monday, September 10, 2012

the second bloom


the second one was bloomed!
not one, but two!

gambar ni diambil pada 5.9.2012. masa ni tengah kembang betul pukul 12 tengah hari. ohh. seronok yang tak terkata! 

fifi sukaaa! *cakap style fifi hot fm*

1, 2, smile! :)

the other twin


the next bloom will be tomorrow. i can see the buds. can't wait! heeee. :)

that's all. sekian terima kasih.

Wednesday, September 5, 2012

penghuni baru


hari ni aku nak perkenalkan penghuni baru rumah aku. aku pilih dia ni sebab dia murah, tapi cantik dan senang nak jaga. ni ialah bunga ros jepun. atau nama saintifiknya portulaca grandiflora. aku beli kat nurseri minggu lepas. ada empat pokok aku beli. semuanya warna lain lain. sepokok RM 1.00 je. kemudian aku beli pasu dia sekali. tapi cuma dua pokok je yang baru kembang bunganya. lagi dua pokok macam merajuk je. hehe. mungkin sebab dia kena kongsi tempat kot, sebab tu kena bersaing untuk kembang. takpe. esok lusa kembang la tu.  

gambar ni aku baru amik semalam masa dia tengah betul betul kembang waktu tengah hari. tapi sekarang ni musim hujan. jadi, susah sikit la nak tengok bunga ni kembang. senang je nak jaga budak budak comel ni. tiga hari sekali bagi dia 'minum'. dua minggu sekali bagi dia 'makan'. letak kat tempat yang kena cahaya matahari. 

aku saja beli pasu gantung. sebab aku recycle balik tempat gantung tuala yang dah tak boleh guna tu. aku modified sikit dengan spray warna putih. siap. lagipun aku rasa kalau bunga ni digantung nampak lagi classy. tambah lagi dinding rumah yang macam ala ala vintage. simple but nice.






anak anakku,
mak akan jaga korang baik baik, ok?


sekian terima kasih.

Sunday, September 2, 2012

bernafas dalam lumpur


entri kali ini aku tulis bukan dengan tujuan untuk menimbulkan perbalahan atau untuk menegakkan siapa salah, siapa betul. aku bukan pemidato, aku bukan pembahas. aku bukan pendebat. kalau berdebat juga, pasti aku akan kalah. kerana aku tidak dikurniakan dengan bakat seperti itu. tetapi apa yang aku ingin sampaikan melalui entri ini sebenarnya ialah..

"siapa pun kita, hormatilah orang lain selayaknya mereka patut dihormati"


sudah tentu anda semua tahu atau mungkin pernah baca tentang blog yang sedang hangat diperkatakan di laman facebook sekarang ini. aku tidak mahu menyebut siapa, kerana aku rasa kamu semua lebih tahu tentang itu. isu tentang profesion keguruan. sebenarnya kalau mengikut archive blog tersebut, entri itu telah ditulis sekitar tahun lepas dan telah pun dipadam oleh blogger itu sendiri. mungkin disebabkan entri yang penuh kontroversi itu, blogger tersebut telah dikecam dengan hebatnya. mungkin.

sejujurnya, bila aku dah baca dan aku fikir semula kandungan entri yang ditulis oleh blogger itu, aku sebenarnya rasa terkesan. aku rasa macam ada hujan batu atas kepala aku mencurah curah. aku juga bakal guru. tapi aku akui ada betulnya apa yang ditulis. betul jika apa yang ditulis itu adalah guru yang tidak komited dalam bekerja. tapi tidak semua guru macam tu. dan bukan semua yang ditulis itu betul. ya. bukan semua.  

seorang guru sebenarnya bukan berdiri untuk menegakkan profesionnya. 
tetapi seseorang guru berdiri untuk menunjuk jalan antara yang benar dan yang salah. 

aku sebenarnya berasa sangat kasihan dengan blogger tersebut. kasihan kerana aku tahu bahawa sebenarnya dia mungkin mengerti sedikit sahaja tentang profesion keguruan ini. mengerti dari sudut luaran. aku akui dia pandai. kerana dia seorang jurutera dan ada sebuah blog untuk diuruskan. dan kerana itu juga dia menulis entri tersebut sedemikian rupa. tetapi sepatutnya blogger tersebut mengucapkan terima kasih kepada guru bahasa melayu, guru bahasa inggeris, guru matematik, guru fizik, dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar blogger tersebut sehingga beliau pandai untuk membuat sebuah blog dan menyusun ayat ayat untuk dibaca oleh para pembaca di luar sana. harus diingat. walaupun guru yang mengajar itu ialah seorang guru tadika, beliau tetap seorang cikgu. adakah kerana kerjaya guru tadika yang mengajar anak anak kecil harus dipandang remeh berbanding guru yang mengajar di sekolah menengah? tidak. cabaran antara seorang guru dengan guru yang lain adalah berbeza. kerana seseorang guru itu akan tetap menjadi seorang guru tidak kira di mana dan siapa pun anak murid yang diajar olehnya, walaupun dia telah bersara dan meninggal dunia. guru itu tetap dipanggil 'cikgu' sampai bila bila walaupun hanya tinggal tanda atas nisan sahaja.

berhubung dengan isu memasukkan markah periksa, aku rasa bukan blogger itu sahaja yang pernah berbuat demikian. ramai juga orang lain yang pernah buat. aku juga tidak terkecuali. tetapi aku rasa apalah sangat pertolongan memasukkan markah itu jika dibanding dengan penat lelah seorang guru yang menggalas beg dan pelbagai alat bantu mengajar ke hulu ke hilir sampai tak cukup nafas, turun naik tangga, waktu rehat pun diganggu sebab murid nak tanya soalan macam macam, menyelesaikan masalah disiplin dan sebagainya. tetapi apa yang aku dengar daripada guru tersebut bukan keluhan, sebaliknya mengharapkan agar usaha beliau bersusah payah itu dibalas dengan kejayaan. biar menjadi orang yang berguna supaya apa yang diajar oleh guru tersebut menjadi ilmu yang berkat dan bermanfaat sampai bila bila. 

seorang guru tidak akan membebankan murid murid dengan masalah atau tugasan mereka. percayalah. kerana guru itu juga sebenarnya ibu bapa. guru itu juga manusia. mereka melihat anak anak murid mereka sama seperti melihat anak anak mereka sendiri. polos dan suci. jarang sekali guru menyuruh murid mereka melakukan sesuatu perkara yang membebankan. jarang sekali guru yang menghukum melulu anak anak murid tanpa usul periksa. 

apa yang menjadi pertikaian di sini ialah, blogger tersebut telah "menghukum" kesemua manusia yang bergelar "guru" dengan tulisan berkait dengan profesion ini secara umum. akibatnya, guru yang tidak terlibat turut merasa tempiasnya. dan seterusnya, mengaibkan kesucian profesion keguruan yang selama ini dipandang mulia. kerana tugas guru ialah menyampaikan ilmu. bukan aku yang memberi darjat mulia itu, tetapi di dalam Al-Quran itu sendiri ada menyebut dalam surah Al-'Alaq tentang betapa pentingnya mempelajari ilmu. cuba renung balik setiap isi ayat dalam surah tersebut.

malah jika mengikut adab belajar yang betul juga ada menyebut, hendaklah kita berguru kerana jika kita belajar bersendirian, kita sebenarnya berguru dengan syaitan. ya. sudah tentu kita boleh belajar sendiri. google kan ada. internet kan ada. semua orang juga pernah belajar sendiri. tapi bezanya apabila kita berguru ialah guru boleh menunjuk ajar yang mana betul dan yang mana salah. dan di situlah letaknya rahmat dan kasih sayang yang mengalir antara guru dan murid. dan apabila murid itu mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya itu, di situlah letaknya keberkatan ilmu itu dan akan menjadi pahala yang berterusan kepada guru tersebut. 

isu balik awal dan kerja guru senang juga menjadi pertikaian yang hebat. sebenarnya, guru memang banyak kerja. sehingga balik rumah pun ada lagi kerja yang dibawa balik bersama. ada yang dengan buku latihan, ada yang dengan hasil kerja murid, ada yang dengan kerja kursus dan macam macam lagi, belum campur guru yang menyambung pengajian sambil meneruskan kerja mengajar di sekolah. rata rata guru sekarang memiliki ijazah, dan selayaknya guru berijazah menerima gaji lebih daripada RM2k sebulan. mengapa pula perlu dipertikaikan kerja seorang guru sedangkan guru adalah seorang pemikul amanah yang sangat berat dan bertugas pula sebagai ibu bapa yang kedua di sekolah? 

isu blog dan facebook juga menjadi pertikaian? aku hanya mampu tersenyum kerana aku juga seorang penulis blog. bukan setahun dua tetapi sudah empat tahun. dan aku tiada masalah tentang itu. aku menulis juga bukan kerana pendapatan kerana aku tidak pernah lagi meletakkan sebarang iklan. bagi aku, menulis blog juga adalah cara menyampaikan ilmu dan berkongsi idea aku kepada umum. mungkin bagi kita benda itu tiada apa apa, tapi bagi orang lain mungkin ada manfaatnya. dan banyak lagi blog lain yang berfungsi sebagai pemberi maklumat. mungkin juga blog yang dilayari oleh blogger itu bukan berunsur ilmiah, oleh itu mungkin juga dia tidak tahu kewujudan blog blog seperti ini. wallahu'alam. tentang facebook pula, itu hak masing masing dan tidak salah jika aku katakan golongan gurulah yang sepatutnya ada akaun facebook sebab lebih mudah untuk guru itu tahu what's trending. guru mesti up-to-date, barulah boleh menyelami apa kesukaan murid murid sekarang ni. kalau tak, alamatnya jadi la cikgu yang strict dan bosan. lagi satu, kan banyak isu isu semasa dalam facebook yang berkaitan contohnya macam isu yang tengah dikupas ni. aku bagi contoh je. janganlah terasa. hehe.

isu guru hanya tahu satu matapelajaran sahaja lagilah aku rasa tidak masuk akal. aku rasa mungkin blogger tersebut hidup dalam zaman yang tak sealiran dengan golongan guru baru walaupun usianya masih muda. rata rata cikgu sekarang perlu mengetahui sekurang kurangnya tiga jenis subjek atau matapelajaran. aku sendiri pun ada tiga subjek yang perlu aku belajar dan mungkin akan diajar bila aku bergelar guru kelak. bukan kena tahu teori sahaja, amali pun kena tiptop. itu belum lagi yang mengajar bukan option subjek major. kalau dapat mengajar subjek yang bukan option, apa lagi.. silat cikgu.. jangan tak silat. penuhkan ilmu di dada dengan ilmu yang nak diajarkan kepada murid itu nanti.

sebenarnya, banyak lagi masalah yang berkaitan dengan profesion guru tetapi adalah tidak profesional untuk menyatakan segala masalah dan susah payah itu di sini kerana golongan guru bukan seorang yang mudah mengalah, guru tidak akan meluahkan masalahnya sesuka hati tambah lagi kepada anak anak murid. jika guru bersikap demikian, bagaimana murid hendak mencontohi guru? guru yang dilihat hanya tahu menceritakan masalahnya sendiri, bagaimana pula mahu menyelesaikan masalah anak anak muridnya? guru sebaliknya akan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan yang berlaku. mungkin di situlah kelihatan bahawa menjadi seorang guru itu mudah, kerana orang lain tidak tahu dan tidak nampak apa sebenarnya yang dipikul dan yang bermain dalam fikiran seorang guru. namun, mungkin masih ada lagi yang menutup mata dengan segala susah payah yang terpaksa dilalui oleh seorang guru. menjadi seorang guru bukan mudah. ditambah dengan masalah disiplin yang semakin membimbangkan. murid yang diajar bukan sepuluh orang, bukan juga hanya sekelas, tetapi kadang kadang mencecah ratusan orang dengan setiap satunya berbeza karenahnya. jika tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi segala tugas yang diberikan, sudah tentu golongan guru ini akan rebah dan hanya menunggu masa untuk memohon berhenti kerja secepat mungkin.

guru bukan nabi. guru bukan maksum. guru hanyalah seorang manusia biasa. sama seperti orang lain.

sejauh mana pula kita yang pernah diajar oleh seorang guru ini hendak mempertikaikan keikhlasan guru yang mengajar itu?

sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui. innama a'malu binniat. sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. biarlah soal niat dengan keikhlasan itu menjadi urusan Allah. apa yang pasti, jika seseorang guru itu ikhlas untuk mengajar kita, kita sebagai murid juga akan merasakan sendiri keikhlasan guru itu dan segala apa yang dipelajari juga lebih mudah untuk kita terima. insyaAllah.


kepada golongan bukan guru, teruskanlah dengan pekerjaan anda tidak kiralah apa sekalipun bidang dan profesion yang kita ceburi. kita jurutera ke, doktor ke, cashier ke, operator pengeluaran ke, hatta cikgu sekalipun, kerjalah seikhlas hati. sebab gaji yang kita terima itulah yang akan diberi untuk mengisi perut kita, keluarga kita, dan anak anak kita. di mana letaknya keberkatan rezeki itu jika kita sibuk mencaci dan merendahkan profesion lain. jangan merendahkan profesion orang lain, kerana kita tidak pernah tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh orang lain. hanya si pemakai kasut sahaja yang lebih tahu.

kepada golongan guru, jadikanlah apa yang diperkatakan itu sebagai suatu cabaran. jika kita tahu benda tu salah, buktikan yang sebenarnya apa yang diperkatakan itu tidak benar. bila dipalit dengan lumpur seperti ini, bersihkan semula. jangan biarkan kita terus bernafas dalam lumpur. bernafas di kuala lumpur tak apa. haha. oke tak kelakar. bekerjalah dengan ikhlas, kerana sebenarnya apa yang kita ajar kepada anak anak murid kita akan menjadi salah satu bekalan akhirat kelak. ya. ilmu yang bermanfaat. dan oh, jangan lupa ajarkan anak anak murid kita nanti cara untuk berterima kasih. kerana orang yang tahu berterima kasih sahaja yang tahu untuk menghargai apa yang dia miliki hari ini.

aku tutup entri ini dengan sebuah ungkapan. 

There are really only three types of people: 

Those who make things happen, 

those who watch things happen, 

and those who say, "What happened?"


fikir fikirkan, dan selamat beramal. andai ada perkataan yang kurang senang dan mengguris perasaan, aku minta maaf. aku bukan menegakkan profesion ini kerana aku seorang guru, aku cuma mahu yang lain mengerti siapa sebenarnya seorang guru ini.

sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...