mereka yang hebat

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

my way


dah lama rasanya aku tak buat review movie (tak habis habis, itu mukadimah aku setiap kali nak review movie. hehehe). kali ni aku nak review sebuah filem korea yang dibuat berdasarkan sebuah kisah sebenar. tajuknya 'my way'. sebuah filem tahun 2011. diarahkan oleh kang je-gyu. watak utama dibintangi oleh joe odagiri dan jang dong-gun.


filem ni mengisahkan tentang dua orang manusia yang dikurniakan dengan kelebihan berlari iaitu tatsuo (joe odagiri) dan kim jun-shik (jang dong-gun). kat mana mana ada pertandingan larian atau maraton, mesti mereka berdua ni ikut serta. disebabkan itu, mereka berdua selalu bersaing untuk jadi nombor satu dalam pertandingan larian yang mereka sertai. tatsuo selalu iri hati dengan kim jun-shik sebab kim jun-shik lebih terer berlari daripada dia. dan benda ni berlarutan sampai la mereka dewasa.


dipendekkan cerita, bila dah dewasa, disebabkan rasa tak puas hati, tatsuo mencabar kim jun-shik untuk menyertai maraton untuk pemilihan ke sukan olimpik. selepas bersetuju, akhirnya mereka bertanding. disebabkan keputusan pertandingan yang berat sebelah, berlakulah rusuhan yang akhirnya menyebabkan mereka yang terlibat dalam rusuhan tersebut (termasuk la kim jun-shik dan rakan rakan) dihantar untuk menyertai angkatan perang di bawah naungan tatsuo. dalam sekelip mata, plingg.. kim jun-shik dan rakan rakannya pun bertukar menjadi askar jepun.

perjalanan cerita ni mengisahkan tentang dua orang pesaing (rival) yang akhirnya bertukar menjadi musuh, dan kemudian menjadi sahabat baik. sebuah kisah perang yang sangat menyayat hati. bila aku tengok cerita ni, aku terus teringat cerita taegukgi (juga sebuah filem arahan kang je-gyu), yang mana jang dong-gun juga yang menjadi teraju utama dalam filem tu. siapa siapa yang dah tengok filem taegukgi mesti tahu betapa hebat dan besarnya impak filem tersebut. bezanya, taegukgi adalah sebuah kisah benar antara dua orang adik beradik, manakala cerita my way pulak adalah tentang dua orang rival yang akhirnya menjadi sahabat baik. namun kedua dua filem adalah cerita sebenar dan berlatarkan zaman perang yang berlaku pada awal abad ke-20 antara tahun 1938 - 1950.

filem ni banyak mengajar kita erti sebenar sebuah persahabatan. seseorang yang tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan walaupun sahabatnya itu banyak menimbulkan masalah, sombong, dan keras kepala. filem ini jugak banyak mengajar erti kesusahan hidup pada masa zaman perang berlaku. masa tu nak mintak tolong dengan orang lain pun susah. makanan dan ubat ubatan dicatu. dan sakit akibat luka dan kesan perang yang banyak sekali secara fizikal dan mental. kecelaruan emosi dan psikologi. dan banyak lagi. filem ini mendesak kita supaya turut sama merasai sakit dan peritnya orang yang berjuang bukan sekadar untuk mempertahankan sebuah negara, tapi juga perjuangan untuk meneruskan sebuah kehidupan. 








aku tidak kira siapapun pengarahnya, berapa bajetnya, ataupun berapa banyak filem ini menang anugerah. apa yang pasti, filem ini lima bintang. serius.

link : http://en.wikipedia.org/wiki/My_Way_(2011_film)

aku sarankan filem ini. selamat menonton. sekian terima kasih.



p/s : tak putus putus aku terima banyak undangan perkahwinan, pertunangan dan random events daripada sahabat handai di facebook. aku terharu. walaupun dah berzaman waktu zaman belajar di sekolah dan maktab dah berlalu, tapi ingatan sebagai seorang sahabat tu tak pernah putus. syukur alhamdulillah. dan terima kasih sebab masih ingat dan sudi menjemput aku untuk meraikan majlis korang.

Sunday, July 8, 2012

sign


sebenarnya, dah lama jugak aku tak melayan cerita korea ni lebih lebih lagi drama korea. last drama korea yang aku layan ialah heart string. tu pun tak habis tengok. hehe.

tapi tiba tiba, pada suatu pagi selepas aku detect yang broadband aku tertangguh perkhidmatannya, maka entah kenapa tangan aku ni gatal je nak pegang hard disk aku yang memang dah overload dengan drama korea sejak tahun lepas lagi. susah jugak sekarang ni aku nak melayan drama korea. mungkin genre ceritanya atau jalan cerita yang hampir sama dan stereotaip membuatkan aku bersikap choosy dalam memilih cerita. kalau setakat love story cintan cintun yang biasa biasa ni mungkin akan membuat aku mengantuk dan bosan. lainlah macam cerita IRIS, my boss my hero, atau sungkyunkwan scandal yang bukan cerita cinta semata mata. 


aku mahu kelainan. boleh?


dan kelainan itu ada pada cerita ini..



drama korea ni bertajuk 'sign'. disiarkan dekat korea pada awal tahun 2011. kebetulan, ada sekali tu aku pernah 'ter'tengok satu episod drama ni dekat channel SBS kat astro, dan terus aku jatuh chenta dengan drama ni. sudah tentu genre nya bukan cinta. tapi lebih kepada penyiasatan based on forensic dan crime scene investigation, misteri, dan suspense-thriller. 


drama ni mengisahkan tentang seorang doktor pakar forensik yang bernama yoon ji hoon (dilakonkan oleh park shin yang) yang merungkai sebuah misteri pembunuhan ala homicide yang terjadi kepada salah seorang ahli band k-pop yang bernama seo yoon hyung. dr. yoon ji hoon bekerja di salah sebuah institut forensik yang diberi nama national forensic service (NFS) yang beribu pejabat di seoul. ujian autopsi yang dilakukan oleh dr. yoon ji hoon mendapati yang seo yoon hyung ni sebenarnya dibunuh, tapi disebabkan politik wang, salah seorang rakannya yang juga seorang pakar forensik yang bernama dr. lee myung han telah memalsukan data dan mengatakan bahawa seo yoon hyung mati secara mengejut (sudden death) akibat keracunan potassium cyanide. 

dipendekkan cerita, ada seorang lagi penyelidik forensik yang kebetulan menyiasat tentang kes seo yoon hyung iaitu go da kyung. semasa kali pertama autopsi terhadap seo yoon hyung dijalankan, go da kyung (lakonan kim ah jung) juga menjadi saksi semasa autopsi dijalankan oleh dr. yoon ji hoon. maka, disebabkan go da kyung ingin menegakkan keadilan, maka mereka berdua pun turun padang ke lokasi pembunuhan untuk mencari bukti di sebalik kes pembunuhan seo yoon hyung. malangnya, setelah mereka hampir hampir mendapat bukti bahawa seo yoon hyung dibunuh, mereka akhirnya gagal mendapatkan senjata yang digunakan oleh pembunuh untuk membunuh seo yoon hyung yang menjadi bukti kes pembunuhan tersebut yang hilang tanpa dapat dikesan.

semasa menjalankan autopsi seo yoon hyung

nah amekaw. tulah kau.. aku bagitau kau taknak percaya..
sekarang percaya tak?

disebabkan percanggahan data ni, pihak NFS mendakwa bahawa dr. yoon ji hoon telah membuat kesalahan semasa menjalankan autopsi dan gagal membuktikan bahawa seo yoon hyung sebenarnya bukan mati mengejut, tetapi telah dibunuh. maka, pihak NFS pun memindahkan dr. yoon ji hoon ke NFS di cawangan selatan. walau bagaimanapun, beliau tetap berjanji dengan musuhnya iaitu dr. lee myung han untuk membuktikan kebenaran di sebalik pemalsuan data tentang pembunuhan seo yoon hyung itu. go da kyung juga akhirnya menarik diri daripada pasukan forensik dan masing masing membawa haluan mereka sendiri. kes seo yoon hyung pun ditutup selepas itu yang akhirnya disifatkan sebagai sudden death.


selepas setahun, nak dijadikan cerita, dr. yoon ji hoon ditemukan semula dengan go da kyung di NFS cawangan selatan. go da kyung yang sememangnya ingin berkhidmat di NFS berniat untuk menyambung semula penyiasatan kes pembunuhan seo yoon hyung walaupun kes tu dah lama ditutup. selepas mereka team-up semula, pelbagai kajian terhadap pelbagai kes pembunuhan dan autopsi yang telah dijalankan oleh pasukan forensik NFS di cawangan selatan yang dinaungi oleh dr. yoon ji hoon. walaupun makmal dan dewan autopsi di cawangan selatan tersebut dalam serba kekurangan, tetapi dr. yoon ji hoon dan pasukan forensiknya tetap menjalankan tugas mereka dengan jujur dan berusaha untuk mendapatkan keputusan autopsi yang sebenar dan jitu tanpa berlakunya kesalahan dan pemalsuan data. 


 ahli pasukan forensik NFS cawangan selatan


persoalannya, bolehkah pasukan forensik yoon ji hoon bertahan walaupun ditentang hebat oleh musuhnya yang berada di ibu pejabat NFS di seoul?
berjayakah beliau membuktikan dan merungkai semua misteri di sebalik pembunuhan seo yoon hyung?


entah. aku baru tengok sampai episod 7. ada lagi 13 episod lagi ni belum habis tengok. hahaha.


aku rekemen cerita ni kat sape sape yang suka cerita penyiasatan. cerita ni ala ala CSI season yang pertama campur cerita bones sikit. tapi aku nak ingatkan, korang tak boleh expect pelakon yang hensem hensem sebab even hero dia pun dah nampak berumur dan takde la jambu macam penyanyi k-pop kesukaan korang tu. cuma kim ah jung dengan detektif choi yi han (lakonan jung gyu woon) je yang aku rasa agak muda dan good-looking dalam cerita ni. walau bagaimanapun, yang aku cari bukanlah muka hensem atau cantik dalam cerita ni, tapi jalan cerita ni ada kualiti yang tersendiri dan macam biasa, aku suka genre suspense-thriller sebab mampu membuat aku berfikir. makin banyak aku berfikir, makin aku suka. cerita yang mampu membuatkan emosi aku rabak dan dalam masa yang sama geram pun ada jugak padahal ini cuma cerita semata mata kan.. nak buat macam mana.. kalau cerita tu memang bagus, macam ni la impak pada penonton. ye dak? 


lagi satu, cerita ni ada menunjukkan pembedahan autopsi yang memang nampak real siap ada darah darah bagai. jadi pada siapa yang mabuk darah, tolong give up awal awal. please. mengikut cerita belakang tabir yang aku tau, cerita ni menelan kos 120 juta won untuk kos dummy mayat untuk kegunaan autopsi sahaja. memang menelan kos yang tinggi. aku pun taktau dummy tu mayat sebenar ataupun tipu je.




apapun, aku tabik spring dekat kim ah jung sebab sepanjang aku tengok dia berlakon, tak kira la dalam 200 pounds of beauty (movie korea), the accidental couple, ataupun cerita ni sebab kebanyakan hero yang berlakon dengan dia semuanya muka tak hensem mana pun. tapi jalan cerita untuk setiap cerita yang dia berlakon memang bagus sampai dia dapat award aktres terbaik untuk movie 200 pounds of beauty.


dr. go da kyung (kim ah jung)

aku suka jugak dengan pakar forensiknya, dr. yoon ji hoon. umur bukan halangan sebab bagi aku dia memang sangat cool, simple, dan teliti orangnya. memang sesuai dan berkesan sungguh lakonan dia sebagai doktor pakar forensik. 

argh! *pengsan kejap*

kat bawah ni merupakan link untuk drama sign ni.

http://www.koreandrama.org/?p=5908
http://asianwiki.com/Sign_(Korean_Drama)
http://www.facebook.com/pages/Sign-korean-Drama/226018557414781

selamat menonton. sekian terima kasih.

Sunday, March 11, 2012

my all-time favourite reality tv shows


sebenarnya, banyak je rancangan tv yang aku suka tengok. tapi disebabkan masa yang berkualiti tu dah makin berkurang.. selalu lebihkan RPH dari tengok tv, maka akibatnya aku menjadi seorang yang pemilih untuk menonton rancangan tv. ada sesetengah rancangan tu aku tengok kalau ianya mampu menarik minat aku dan tak stereotaip. tapi yang paling aku suka ialah rancangan tv yang aku senaraikan kat bawah ni. kebanyakannya ialah rancangan realiti tv. ada yang scripted (contohnya running man dan 2 days 1 night) dan ada yang non-scripted (contohnya the buried life). apapun, selalunya aku tengok rancangan ni kalau ada masa lapang dan ada antaranya yang dah habis dah pun episodnya. tapi aku saja buat review. just for fun.


1. the buried life. rancangan ni mula mula aku tengok masa aku bosan bosan duduk kat rumah pada suatu malam khamis tak silap aku. tahun 2011. masa tu siaran dia pukul 9.30 malam kat 8tv. first time aku tengok masa season 1, yang mana sekumpulan 4 orang bestfriends ni tengah nak laksanakan mission diorang untuk 'make a toast on a stranger's wedding'. masa tu aku rasa macam..'oke fine. gila! i'm lovin' it! haha!'. sebab tu aku tersangkut dengan rancangan ni sampai sekarang. banyak benda gila yang dia masukkan dalam '100 things to do before die'. unik dan rare dan dilaksanakan dengan cara yang paling sempoi. woohoo! tak pernah dibuat orang. diorang melaksanakan missions diorang tu sambil menjelajah satu US dengan hanya naik bas diorang yang hensem yang diberi nama 'penelope'. comel kan? haha. hensem sebab bas tu kaler purple. sila faham. dan diorang takde duit pun. diorang akan kerja part-time untuk dapatkan duit sepanjang perjalanan sambil melaksanakan 100 missions dalam list diorang tu.

setiap kali nak cross off satu mission kat tempat tempat tertentu yang diorang pergi, diorang akan pilih seseorang yang kebetulan berada dekat tempat yang diorang pergi tu, kemudian tolong orang tu untuk laksanakan cita cita atau hasrat diorang. kira sebenarnya selain keempat empat diorang ni laksanakan 100 things diorang tu, diorang jugak secara tak langsung memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk laksanakan jugak setiap impian orang lain tak kira la impian tu kecik atau besar. sesuai dengan tagline diorang..

what do you want to do before you die?

rancangan ni ditayangkan setiap khamis, di 8tv pukul 9.30 malam.


2. 2 days 1 night. yang ni hampir sama macam 'the buried life', tapi rancangan ni lebih kepada berjalan jalan seluruh korea. aku start tengok rancangan ni sejak tahun 2008. dan yang paling aku suka, rancangan ni banyak membawa kita 'pergi' ke tempat tempat semulajadi di korea. macam gunung, laut, sungai, dan lain lain lagi la. ada 6 orang ahli dalam rancangan ni, tapi sekarang tinggal 5 orang sahaja. diorang akan berkampung selama 2 hari 1 malam (selalunya kat kawasan pedalaman dan pergunungan) dan yang bestnya, diorang akan masak, makan, dan tidur kat rumah tradisional korea iaitu dalam bahasa koreanya 'hanok'. yezza. macam best je tinggal dalam rumah tu sebab kalau malam malam, bawah lantai rumah akan dipanaskan dengan kayu api yang dibakar untuk mengekalkan suhu sederhana supaya tak sejuk sangat.

sayangnya, ada ura ura mengatakan rancangan ni akan ditamatkan bulan ni lepas rancangan ni telah ditayangkan sejak tahun 2007. chal-ga *maksudnya goodbye*, 2 days 1 night!

rancangan 2 days 1 night ni selalunya diulang siar dekat KBS world, channel 391 kat astro. selalunya kalau waktu petang pukul 5 macam tu dan kalau malam dalam pukul 11.15 malam. tapi kalau aku tengok yang dah download je. hehehe.


3. running man. yang ni antara variety show paling famous kat korea. rancangan ni start tahun 2010. ahli yang ada sekarang ni seramai 7 orang sebelum song joong-ki dengan lizzy keluar daripada rancangan ni. rancangan ni lebih kepada permainan fizikal dan mental yang melibatkan solve-the-mission yang ada format macam 'the amazing race'. selalunya diorang bergerak dalam kumpulan dan kebanyakannya mengetengahkan kepantasan masa sesuatu misi tu dilaksanakan. banyak berlari wooo. aku yang tengok pun rasa penat. hehe. yang aku paling suka tentang rancangan ni ialah dia menggunakan gabungan mental dan fizikal untuk selesaikan sesuatu mission. lagi satu rancangan ni kelakar. caption, skrip dan ekspresi muka diorang tu yang priceless sesangat sampai boleh buat kita ketawa guling guling atau bahasa internetnya ROTFL. dan aku suka benda yang kelakar sebab ramai yang kata aku ni serius sangat. bila masa pulak la aku ni serius sangat pulak ni.. tulah.. tak kenal maka tak cinta. dah kenal rasa merana.. padan muka. muahahahaha *gelak jahat*

apapun, sparta kookie dengan gwangsoo the best ah! hahaha.

rancangan ni disiarkan kat channel SBS ONE HD kat astro. channel 393. taktau pukul berapa sebab tak mengikuti through astro sebab rancangan ni pun aku tengok yang download punya je. sekarang ni dah masuk episod 90+.


4. destinasi bajet. rancangan ni dah takde dah. mula mula keluar dulu tahun 2007. rancangan ni dihoskan oleh Qi dan pasal travelling jugak. tapi dengan kadar yang bajet. bajet yang diberi ialah RM300. mula mula aku tengok rancangan ni, memang rasa mustahil tapi aku paling kagum bila dia boleh pergi pulau labuan dengan hanya RM300. woohoo! kencang. aku harap rancangan destinasi bajet ni ada la balik. suka tengok tempat orang sambil berbajet bajetan dengan hanya RM300 dan ke bawah.

rancangan ni dah takde. *sob sob*. dulu disiarkan kat 8tv selalunya pukul 10.30 pagi atau waktu malam dalam 9.30 malam. Qi, kau buat la season baru, weh!


5. without boundaries. rancangan ni tentang berjalan jalan melihat alam semula jadi dalam malaysia. rancangan ni bagi aku best sebab ala ala wilderness. naik bot merentas sungai. memancing tengah sungai. rock climbing. hiking. menjelajah gua. dan lain lain lagi. rancangan ni ada banyak season. ada jugak season yang meneroka pantai dan pulau. yang tu pun best jugak. pendek kata, semua tentang rancangan ni ialah yang bertemakan outdoor activities. dia banyak menerangkan tentang sejarah tempat tempat yang dia pergi, safety precaution yang kita perlu amik sebelum buat sesuatu aktiviti tu, dan info yang kita perlu tau sebelum kita decide nak pergi ke tempat tu contohnya macam tempat tinggal, jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain, spesies pokok/tumbuhan yang dia jumpa ke.. apa ke.. macam macam la. memang seronok. sebab aku bercita cita nak buat flying fox dan hiking kat tengah hutan macam ala ala bebudak sekolah yang nak gi sekolah kat afrika sana. insyaAllah satu hari nanti. *berangan*

tapi lagi sekali.. rancangan ni pun macam dah tak wujud kat tv lagi je.. *sob sob*


6. martha stewart. rancangan ni ialah satu satunya rancangan yang mengetengahkan tentang ciri ciri keperempuanan yang perlu kita pelajari dalam hidup serba moden ini. mak aih ayat aku. haha. rancangan ni bagi aku best sebab apa apa yang ada dalam rancangan ni semuanya yang bersifat ringkas, mudah disediakan dan tak perlukan penyediaan yang terlalu lama atau rumit. tak kisah la dalam hal ehwal memasak ataupun hal rumahtangga macam menjahit, crafting, gubahan bunga, interior design, penjagaan diri, etc.. bayangkan la dia ajar buat shopping bag pakai fabrik nilon (kain untuk buat payung tu) dan dijahit pakai stapler je. gila tak gila tu? first time aku tengok rancangan ni ialah pengacaranya iaitu martha stewart buat puding trifle pakai roti yang korang dah tak nak makan lagi. berjenis jenis roti dia pakai. ada roti kering, roti wholemeal, roti bran, roti keping, dan macam macam lagi. lepas tu dia letak berjenis jenis buah potong dan last sekali susu full cream campur telur yang dipukul dalam dua minit camtu dan kemudian dicurah dengan selamba-yaya-selamba-wawa atas roti dan buah potong tu. lepas tu dia masukkan dalam oven lebih kurang 15-20 minit. sekali bila keluar nampak macam sedap gila dan terus buat aku terfikir..

OOWWWW MARTHA.. HOW ON EARTH DID YOU MAKE IT LOOK SO SIMPLE YET DELICIOUS?? *speechless sekejap*

aku terus decide nak jadi pandai masak macam dia bermula saat tu. takpe. cita cita tu penting. haha. the smart martha stewart!


7. best in the world. rancangan ni ialah tentang berjalan jalan sambil makan sampai puas hati. aku suka tengok best in the world instead of rancangan yang bercirikan 'travel-and-eat' yang lain (contohnya macam rancangan jalan jalan cari makan) . aku suka jugak rancangan jalan jalan cari makan, tapi bagi aku rancangan ni lebih sempoi sikit berbanding jalan jalan cari makan. kebanyakan tempat yang best in the world pergi ialah restoran yang kau tak pernah dengar namanya pun. dan murah. sesuai dengan bajet seorang student macam aku. rancangan ni kira agak lari dari mainstream yang kita biasa dengar. why choose the stereotype if you have the alternatives? haha. tak kisah la kan. pendapat orang berbeza beza. kebanyakan makanan yang dia try pun bercirikan kampung yang pedas pedas dan pelik pelik. cuma ada satu dua restoran je yang mengetengahkan masakan kampung berciri eksklusif tapi tu pun tak banyak. antara makanan yang dia pernah try dan review ialah sambal hijau, masak lemak cili padi, tom yam pantai timur, dan tambah pulak ada satu kedai tu yang speciality dia hanya sambal je semuanya. sampai berpeluh peluh dia makan. pelik jugak sebab dia memang suka makanan pedas. gila terbaik wok! tak padan dengan bahasa pengantar yang dia gunakan iaitu bahasa inggeris. you rock, razif!

yang ni pun.. macam dah tak wujud je rancangannya kat tv.. *sedih lagi*. harap harap ada la season baru untuk rancangan macam ni.

oke selesai satu part. ni baru rancangan realiti tv yang bagi aku terbaik dan antara yang aku suka tengok. lain kali kalau ada masa atau aku terlebih rajin sikit, aku akan review pulak drama atau movie paling best dan worthy untuk ditonton pulak. (yang best mengikut taste aku la. please don't expect too much because my taste is a bit peculiar. hahaha)

till then. sekian terima kasih.

Wednesday, December 21, 2011

kenapa aku teringin nak pergi korea




baru baru ni aku tengok variety show 1 night 2 days kat KBS World. kali ni team dia pergi tengok autumn foliage kat lima buah tempat yang berlainan kat korea. seriously, bila aku tengok rancangan tu, menambahkan lagi keinginan aku untuk pergi korea. tapi aku nak pergi masa musim luruh sebab nak tengok daun mapel yang unik dan berwarna warni tu. even kat seoul pun ada autumn foliage cuma kebanyakannya warna kuning. kalau pergi dekat kawasan yang ada gunung, warnanya banyak yang merah dan memang banyak sangat pokok mapel bersusun dalam hutan siap kat tanah ada banyak gila daun mapel. waaaaaaaaaaahhhhh! teringin betul nak rasa golek golek kat atas daun tu. mesti best!


daun mapel kat asia dengan daun mapel kat barat ada beza sikit. kalau kat asia macam kat korea, jepun ni kebanyakan daun mapel dia runcing kat hujung dan saiz dia kecik.





yang ni daun mapel kat barat. saiz dia besar sikit dan bentuk dia macam kat bendera kanada tu.


kat bawah ni antara scenery autumn foliage yang ada kat korea. cantik kan?






teringin jugak nak berbasikal bawah pokok mapel macam gambar kat bawah ni..

 

kalau nak tau tempat menarik dan cantik kat korea, boleh pergi blog ni.

http://ajummasjournal.blogspot.com/2010/10/quintessential-autumn-colours-of-korea.html

doakan satu hari nanti aku dapat pergi korea. hehe. :)


*semua gambar google yang punya*

Thursday, December 1, 2011

blind



pertama sekali, selamat berada di bulan 12. ada lagi 30 hari sebelum kita masuk tahun 2012.

hari ni, aku nak review satu movie yang telah pun release pada 11 ogos 2011. tajuknya ialah 'blind'. filem ni diarahkan oleh ahn sang-hoon dan skrip ditulis oleh choi min-suk. genre filem ni ialah crime-murder / suspense/ thriller. lebih kurang sama macam genre filem the case of itaewon homicide. genre ni merupakan genre kegemaran aku sebab filem filem yang ada genre macam ni yang banyak buat otak aku berjalan.

plot cerita dia mengisahkan tentang seorang pegawai polis perempuan yang bernama min soo-ah (kim ha-neul) yang kehilangan seorang adik lelaki dalam satu kemalangan jalan raya. masa tu, min soo-ah yang bawak kereta. kemalangan tu menyebabkan min soo-ah hilang penglihatan. sejak kejadian tu, min soo-ah bela seekor anjing iaitu seul-ki untuk jadi kawan dan pembantu dia.

min soo-ah dengan the loyal seul-ki.

tiga tahun lepas tu, min soo-ah telah terlibat dalam satu kes pembunuhan. dia jadi saksi dalam kes pembunuhan tu walaupun dia buta. tapi, walaupun dia buta, deria dia yang lain macam deria pendengaran, deria sentuhan, tetap tajam. disebabkan tu dia pun beranikan diri untuk datang buat report kat balai polis.

tapi, lepas tu, tiba tiba ada lagi sorang mat delivery yang bernama kwon ki-sub (yoo seung-ho) datang kat balai polis yang sama dan mengaku yang dia pun saksi kes pembunuhan tu. tapi masalahnya, mat delivery tu beri keterangan yang bercanggah dengan kenyataan yang diberikan oleh min soo-ah. so, mana satu yang betul ni? detektif tu pun jadi keliru. kalau nak percaya pada keterangan min soo-ah, dia buta. mesti dia taktau nombor plat dan muka penjenayah tu. kalau nak percaya pada mat delivery, detektif tu rasa yang mat delivery tu cuma datang untuk dapatkan duit ganjaran je sebab tu dia datang sebagai saksi kes tu.

haish. mana satu yang betul ni?

detektif yang pening.

siasat pakcik.. jangan tak siasat..


apa yang menarik, persoalan yang banyak ni akan terlerai satu persatu berdasarkan keterangan yang detektif tu dapat. jalan ceritanya smooth dan tersusun. suspens dalam cerita ni pun meningkat ikut flow dan boleh membuatkan adrenalin seseorang merembes dengan pesatnya. macam betul betul ada dekat tempat tu. pelakon dan pengarah filem ni harus diberi tabik spring sebab berjaya menghasilkan sebuah filem yang boleh membuatkan orang berfikir secara berterusan sampai habis cerita ni.


siapa pembunuh sebenar kes tu? apa jadi pada min soo-ah nanti? setiap orang dalam ni ada kaitan tak antara satu sama lain? macam biasa. tengok la filem ni dari mula sampai habis kalau nak tahu.


sekian terima kasih.

Thursday, November 24, 2011

jangan putus asa kalau korang lampi atau blur


otak manusia memang unik. kalau ikut fakta, ada lebih kurang 100 juta saraf dalam otak manusia yang dipanggil neuron dan digerakkan oleh impuls yang melakukan segala aktiviti yang kita buat setiap hari. oke. itu cuma salah satu fakta basic yang aku ingin terangkan. yang lain boleh google sendiri. jangan malas malas.

apa yang aku ingin kongsi kali ni ialah kepantasan otak kita untuk menerima sesuatu perkara dalam kehidupan kita. otak manusia ni berbeza beza antara satu sama lain. korang selalu tak dengar kawan kawan korang cakap korang ni cepat pick-up ke, atau.. 'weh, lampi la kau ni', atau apa apa jelah yang melambangkan tahap kepantasan korang berfikir.

kenapa tahap kepantasan otak manusia berfikir ada yang cepat dan ada yang lambat? sebenarnya itu semua bergantung kepada seseorang individu tersebut jugak. kadang kadang faktor persekitaran. contohnya kalau seseorang tu dicop 'lampi', atau 'blur', sebenarnya benda benda tu adalah psikologi yang selalu orang sekeliling ulang ulang, jadi bila dah selalu orang ulang ulang benda tu kat korang, korang pun akhirnya percaya yang korang memang seorang yang lampi mahupun blur. sama jugak kalau ada yang kata korang ni genius atau pandai. sebenarnya kalau nak pandai boleh je belajar. boleh je amik kelas. pergi berguru ke. ataupun cara yang paling senang korang suruh je member member korang cakap ulang ulang atau panggil korang 'pandai'. lama lama benda tu akan jadi psikologi yang korang akan pegang dan last last korang sendiri akan percaya yang diri korang tu memang sejak azali dah memang pandai. senang kan?

ada jugak manusia yang duduk dalam kategori 'ketinggalan zaman' atau 'ketinggalan keretapi'. contohnya, group korea DBSK (ada yang panggil TVXQ) dah wujud sejak tahun 2003 yang mana salah seorang ahlinya ialah kim jaejoong. ya. 'wangja' yang agak charming itu. (charming sebab dia boleh tulis lirik dengan cipta lagu sekaligus). waktu tu dan yang paling kemuncak tahun 2006, bermulalah hallyu wave bila diorang ni jadi topstar satu dunia. semua yang gila korea waktu tu sibuk cerita pasal DBSK. jaejoong.. jaejoong.. sampai naik rimas aku. masa tu jaejoong jadi lead vocalist tapi ada aku kesah? muka hensem? cute? tang mana tu? jambu adalah. tak minat pun DBSK. oh. sangat 'ter'jujur pulak pengakuan aku tu. haha. apa yang charming nya sangat si jaejoong tu? tolonglaaaa.

eh kejap, kejap.. kau MIMING ke jaejoong?
(betapa sarkastik dan prejudisnya aku pada jaejoong..pada masa tu)

huh. apakah??

tapi lepas 8 tahun dah berlalu, DBSK pun dah bubar, jaejoong muncul sebagai cha mu won dalam 'protect the boss'. oke. ehem. persoalannya sekarang..

kenapa setelah sekian lama berlalu, baru sekarang ni aku rasa yang jaejoong tu sebenarnya agak charming rupanya..
kenapa? KENAPAAAA??? *argh! chongmal..*

realitinya dia seorang komposer. macam tak percaya pulak aku.

itu sebabnya aku kata otak manusia ni unik. tambah lagi kalau yang kategori kura kura, lampi.. uh. lepas 8 tahun baru ada kesedaran nak tengok jaejoong tu betul betul? hadoi. mungkin sekarang nampak jaejoong makin matang. tapi tak jugak. muka jambu aku tak kisah sangat. sebab hakikatnya aku tak pernah nak amik tau pasal jaejoong. tak pernah nak google pun. rupanya latar belakang dia pun bukan lahir lahir terus kaya. banyak je kerja part time yang dia buat sejak umur dia 15 tahun lagi. basuh pinggan mangkuk, cuci lantai, emcee tv show, sampai jadi askar extra dalam filem taegukgi pun dia buat rupa rupanya. kiranya dia dah rasa kesusahan hidup dan dia pun capable untuk buat sesuatu macam tulis lirik atau compose lagu. tulah. tak kenal maka tak cinta. dah cinta asyik mimpi jaejoong je pulak. haish. masalah betul.

masalahnya bukan jaejoong je. semua benda aku ni jenis lambat nak suka. macam lagu 'love story' yang taylor swift nyanyi tu pun. dah ulang 174,868 kali kat radio pun aku masih tak faham kenapa la semua orang suka betul dengan lagu ni. apasal? apasal korang suka? tolong la jangan suka lagu tu. tapi, 6 bulan lepas tu bila lagu tu pun mula orang dah tak nak dengar, dah nak muntah hijau la, nak tutup telinga la, nak tukar radio la, apa la.. masa tu la aku baru suka lagu ni. tengok. orang dah lama suka sampai naik bosan, aku pulak baru sibuk nak mencuba. zaman dah berlalu. memang lampi.

banyak lagi examples lain. tapi malas nak elaborate satu satu. mesti korang pun pernah melalui apa yang aku rasa jugak kan?

aku rasa antara faktornya ialah, kalau kita tak suka sesuatu, jangan terus terus nak pangkah je. buat biasa je sudah. jangan benci sangat. tapi kalau kes geli takpe. contohnya kau tak suka dia sebab dia asyik asyik nak tuju cheesy line je kat kau. padahal kau tahu benda tu meaningless. memang haruslah dipangkah habis habisan. hahahah. oke fine tak kelakar pun.

kalau sesuatu tu ada keburukan, mesti jugak ada kebaikannya. kenapa kita kalau dah benci sesuatu, kita tak nampak langsung kebaikannya? sebab, bila kita dah benci, benda benda baik pun nampak buruk je kat mata kita. ye dak? eleh. tak payah nak tipu. kadang kadang dalam otak aku pun ada terfikir gak benda benda jahat camtu. hehe. jadi, cuba belajar menerima keburukan dan kebaikan sesuatu tu tanpa syarat. kalau tak boleh terima banyak, terima sikit pun jadiklah. nanti tak pasal pasal jadik macam aku. dulu sikit sikit.. 'apa? jaejoong? yang jambu tu? oh pleaseeee la kau muka cute je nak buat apa?'. sekarang ni jaejoong la 'wangja', jaejoong la intan payung ye.. pandai la aku. amekaw!

solusinya, boleh tuju lagu? lagu bencinta dari faizal tahir. untuk pengajaran kita semua. haha. memandai je aku. dah la baik aku berhenti sebelum aku merepek lagi panjang.

sekian terima kasih.

Sunday, May 29, 2011

coffee house



hari ni aku nak review satu cerita drama korea yang bertajuk coffee house. antara pelakon yang menjayakan cerita ni ialah kang ji hwan, ham eunjung (t-ara), park si yeon (ex-miss korea yang sangat anggun jelita), dan entah la yang lain lain tu sape. korang boleh google kejap lagi ye. huu. drama ni ada 18 episod.

coffee house ni adalah cerita tentang seorang penulis yang bernama lee jin-soo yang sangat keras kepala, degil, style 'ikut suka aku la', cerewet gila, sarkastik, sangat teliti, dan pelik. dia ialah penulis di bawah syarikat penerbitan buku dan kafe yang dimiliki oleh seo eun-young (park si yeon). seo eun-young ni pulak ialah satu satunya best friend lee jin-soo sejak zaman universiti lagi. dah lama diorang kenal. hampir sepuluh tahun. itu yang menjadikan seo eun-young dengan lee jin-soo ni best friend gila gila dan tak ada gap langsung walaupun seo eun-young tu presiden syarikat.

dia ni sangat detail dan cerewet oke!

pada suatu hari yang permai, lee jin-soo pun hire la seorang setiausaha. namanya kang seung-yeon (ham eunjung t-ara). kang seung-yeon ni seorang yang careless tapi bercita cita tinggi nak jadi setiausaha yang pro. dia seorang je yang paham dan boleh tahan dengan perangai lee jin-soo yang pelik tu. oh. aku admire watak kang seung-yeon dalam cerita ni sebab dia sangat penyabar dan innocent. innocent tu yang nampak cute dan kelakar.

omo! sangat innocent kot?!

antara scenes yang ada dalam drama ni.

dipendekkan cerita, suatu hari bekas tunang seo eun-young balik dari somewhere-only-he-knows then cari balik seo eun-young kat korea. dia nak balik kat seo eun-young. tapi seo eun-young tak nak.

sebab seo eun-young sebenarnya suka kat best friend dia, lee jin-soo. tapi dia tak pernah luahkan pun.


kalau macam tu, kang seung-yeon apa cerita?

oh. the rest, kena tengok sendiri.

ending drama ni agak kematangan sikit dan bukan sesuatu yang korang akan expect dari awal cerita. ada tiga kekuatan yang aku tengok dalam cerita ni :

1. pada episod episod awal, banyak gila scenes yang sangat kelakar dan komikal. cerita ni bagi aku sangat bertenaga walaupun lokasi dia lebih banyak sekitar bangunan syarikat penerbitan dan kafe tu (satu bangunan yang sama). idea pengarah dia untuk jalan cerita ni memang lain dan tak tipikal dan.. ah. senang kata memang terbaik wok ah!

2. watak lee jin-soo (kang ji hwan) dalam cerita ni. aku pernah tengok dia berlakon jadi hong gil-dong dalam cerita hong gil-dong. apa yang bestnya ialah dua dua watak ni adalah berbeza sebab dalam hong gil-dong dia lebih banyak guna aksi tapi dalam coffee house, dia nampak lebih relaks, sofistikated dan matang. tapi still sama dalam pembawaan watak gila gila tu. dia pun dah makin kurus sekarang. maybe dia kuruskan badan untuk drama ni kot.

3. stylist dalam drama ni memang terbaik sebab baju baju yang diorang pakai dalam cerita ni semua cantik cantik especially baju untuk watak seo eun-young. dia cantik, berkaliber, high level of confidence, gila gila, simple, dan tak terlalu feminin dari segi sifat dalaman dia. kebanyakan baju dia sebenarnya simple je tapi entah la ek. adakah sebab dia ex-miss korea yang menyebabkan apa yang dia pakai pun nampak cantik je walaupun pakai t-shirt biasa? entah la.

sangat cantiknya puunn!

aku rekomen cerita ni kat korang sebab OST dia best. lepas tu jalan cerita dia unik dan tak tipikal macam drama korea yang lain. cerita yang bukan laid back dan santai semata mata. penuh dengan makna tersirat dan memaksa korang untuk berfikir dan predict apa yang akan berlaku selepas tu. tapi, never predict something that is unpredictable. aku tabik pengarah drama ni sebab buat sebuah drama korea yang double thumbs-up yang bukan tipikal. i like.


untuk info yang lain lain lagi, sila berkunjung ke link ni.


sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...