mereka yang hebat

Showing posts with label ahmad danial. Show all posts
Showing posts with label ahmad danial. Show all posts

Friday, January 4, 2013

panduan memilih bottle cleaner


kali ni aku nak share cara cara nak pilih bottle cleaner. bottle cleaner ni digunakan untuk memudahkan proses mencuci botol susu bayi dan juga memberikan impak kebersihan seratus kali ganda daripada biasa. macam over sangat ayat aku kan? memang pun.

selain untuk mencuci botol susu bayi, bottle cleaner ni jugak boleh digunakan untuk membersihkan botol air (water tumbler) yang bentuknya macam tupperware tu. ala, yang selalu orang beli kaler kaler terang striking yang boleh ikut warna baju tu. so, kira 2 in 1 la jugak benda alah bottle cleaner ni.

pertama sekali, ada beberapa jenis bottle cleaner yang ada di pasaran. lemme introduce and explain to you macam mana jenis jenis bottle cleaner ni..

1. bottle cleaner jenis span.
pros : bottle cleaner jenis ni memang banyak kat pasaran. kelebihan menggunakan bottle cleaner jenis span ni ialah ianya senang digunakan dan spannya boleh dibeli berasingan dan ditukar ikut suka hati kita yang menggunakannya. bottle cleaner jenis span juga tidak meninggalkan kesan calar akibat menggunakan berus  di dalam botol (siapa yang biasa cuci botol susu mungkin akan faham maksud aku) sebab span bersifat lembut. disebabkan sifatnya yang kembang, bottle cleaner jenis ini paling sesuai untuk mencuci botol yang ada mulut yang lebar contohnya botol susu untuk newborn dan boleh juga digunakan untuk mencuci gelas tinggi yang selalunya susah untuk dicuci dengan cara biasa.
cons : kalau span dah worn out, ianya akan jadi lembik dan menyukarkan proses mencuci botol susu dengan efektif. and the worst part, ianya akan tertinggal dalam botol susu tanpa kita pinta atau sedari. kemudian, bottle cleaner jenis span lambat untuk kering sebab ianya bersifat menyerap air. lepas tu, kalau kita basuh botol susu atau botol air dengan menggunakan bottle cleaner span yang belum kering atau masih lembap, ianya akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam botol, sebab botol susu atau botol air sifatnya enclosed dan ada celah yang melengkung dan sukar untuk dibersihkan. lainlah kalau benda yang kita cuci itu bersifat terbuka contohnya macam cawan atau gelas tinggi (contohnya gelas untuk minum jus). disebabkan itu, bottle cleaner jenis span adalah kurang sesuai untuk tujuan travelling sebab sifatnya yang lambat kering. bila lambat kering, ianya sukar untuk disimpan dalam beg travelling.







2. bottle cleaner jenis berus yang ada span (BAS).
pros : bottle cleaner jenis BAS adalah yang paling famous dan common dalam pasaran. ianya bertindak dwi aksi, yang mana ianya membersihkan botol dengan gaya paling agresif tanpa mencalarkan bahagian dasar botol susu. mak oi ayat aku. macam iklan ubat gigi dengan berus gigi pulak. hahaha. oke tak kelakar. sifatnya yang separa berus sebenarnya adalah satu kelebihan sebab berus nilon cepat kering selepas digunakan. ianya tak memerangkap bakteria dan kadar pembersihannya mencapai tahap 90% efektif.
cons : disebabkan bahagian bawah BAS ni adalah span, maka macam biasa, kalau worn out, ianya akan tertanggal dan membuatkan hati kita membara bara apabila span yang kecik cinonet tu tertinggal dalam botol susu. kalau senang nak keluarkan takpe jugak. sabor je la. once kalau span kecik tu dah tertanggal, ianya irreplaceable. lainlah kalau korang seorang mcgyver yang berbakat, mesti dalam 10 saat je korang boleh replace span kecik tu dengan mudah. *sarkastik*. lepas span kecik tertanggal, ianya akan menyebabkan dawai berus yang lebih kat bahagian bawah BAS tu jadi togel. bila togel, ianya akan mencalarkan permukaan dasar botol susu apabila botol susu dicuci. kesan susu kat bahagian dasar botol susu pun akan menjadi sukar untuk dibersihkan.






3. bottle cleaner jenis berus nilon
pros : pada pendapat aku, bottle cleaner jenis ni adalah yang terbaik. sebab? sebab ianya fully nylon. takde span. jadi ianya cepat kering selepas digunakan dan juga efektif. dah la efektif, jimat pulak tu. ianya lebih murah dan berbaloi untuk digunakan. sifatnya yang keras menyebabkan kita boleh mencuci botol susu tanpa perlu menyental. (oke. yang ni macam iklan harpic pun ada). kemudian, disebabkan bentuknya macam fiber optik, ianya tidak memerangkap bakteria dan cepat kering. bottle cleaner jenis ni tidak mudah worn out dan bertahan dalam tempoh masa yang lama.  
cons : kalau korang jenis yang cuci botol susu style hercules atau iron man (jenis yang sental kuat kuat), maka ianya akan meninggalkan kesan calar yang teruk pada botol. disebabkan aku ialah seorang lovely lady-gadis ayu-dan bersopan santun, maka aku tak guna kekerasan bagai ni untuk mencuci botol *sarkastik lagi*. takde la. aku acah je weh. kalau korang sental gaya iron lady sekalipun, botol susu takkan calar kalau pakai bottle cleaner jenis ni. serius best pakai bottle cleaner ni. chewah aku ni. promote lelebih pulak. haha.



yang ni cantik.. tapi ada iras iras toilet brush pun ye jugak..



uuuu.. yang ni my faveret. perfect brush to clean a bottle.
yang kecik sikit tu namanya teether. untuk membersihkan puting botol susu.


botol susu atau botol air perlu dibersihkan sebersih bersihnya untuk mengelakkan bakteria. sebab bakteria punca sakit perut dan keracunan makanan. tambah pulak kalau ianya berpunca dari susu yang dah basi. kalau orang tua macam kita ni boleh lagi pergi klinik mintak ubat kat doktor. tapi kalau budak budak, camno nak buek haa? susah nak paham pelat budak budak ni melainkan sign language je la. itupun nasib la kalau faham. kalau tak? hmm..

entri ni aku tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku je. tak. aku tak kahwin lagi. aku tak beranak lagi dan aku ada tiga orang anak saudara yang comel comel.

boleh isi borang kalau nak.

haha. aku gurau je. apa? tak boleh bergurau? tak boleh bergurau pergi tangkap ikan kurau.

sekian terima kasih.

Saturday, August 25, 2012

kesayangan


tiga orang dak kecik yang semakin meriuhkan suasana rumah mak ayah aku setiap kali ada family reunion.
contohnya hari raya.

hehe.

diorang ni kalau menangis, meraung, atau melalak.. satu taman perumahan boleh dengar.
kompem pening. 
tapi..
kalau diorang takde..
aku pulak yang rasa sunyi.

ni first time si kecik ni beraya. 
semangat betul bapak dia siap pakaikan sampin.
songkok tinggi tu yang 'mahal' tu. trademark orang johor. haha.


dak kpop
*credits to abang amin for these pics*

*credits to abang azrin aka encik kalos for this pic*

masa ni gigi dia baru tumbuh empat batang.
dua atas, dua bawah.
time ni sebenarnya aku sibuk dodoikan dia.
last last dia pulak yang dodoikan aku sampai tertidur.
makcik apa aku ni?
hahaha.

hush little baby



aina adani




gambar kanak kanak ni duduk bertiga sama sama belum pernah amik lagi.

ingat senang ke nak amik gambar budak budak kecik? 
haha.

nasib baik aku ni penyabar orangnya. ehem. *kening double jerk*


kali ni entri bergambar saja. mood nak menulis belum datang lagi. 
sekian terima kasih.

Saturday, March 17, 2012

gummy bear kesayanganku


setelah sekian lama aku nak update pasal anak buah aku yang ketiga ni, akhirnya hari ni terlaksana jugak cita cita aku tu. ni semua disebabkan kelewatan aku untuk dapatkan gambar danial. aku kan duduk kat seremban. aku hanya dapat amik semua gambar dak kecik ni bila aku balik johor je. bila dah dapat semua gambar dia pulak, aku amik masa sikit untuk buat editing untuk setiap gambar dia. jadi, inilah hasilnya..


like father like son

foto kolaj

dipendekkan cerita, ahmad danial sekarang dah pun berusia 3 bulan. walaupun umur dia ni baru je cecah 3 bulan, tapi berat dia dah cecah 8 kilogram. haiyo kakak! berat lebih sikit je dari beras 5 kilo. haha. masa mula mula aku balik, aku terperanjat gila bila tengok danial. rasa macam tengok anak orang lain pulak. hahah!


eh.. bukan ke masa aku tinggalkan dia dulu dia cikeding cinonet je? 

poker face. selamba je dia tido.

bila dah besar sikit ni, danial nampak macam ada iras budak botak yang berlakon dalam cerita cina shaolin dulu dulu je.. 

that's my boy. haha.

haih.. taktau la.. aku syak besar esok mau terer kungfu dak kecik ni.. haha. MASTER SHIFU!

sungguhpun muka danial bajet rock dan juga bajet shaolin, tapi hati dia lembut. danial tak banyak kerenah. susah nak nangis melainkan lapar nak susu dengan nak tukar lampin je. lain lain insyaAllah takde masalah. biasa la.. budak budak. 

danial ni aktif. umur baru masuk tiga bulan tapi dah asyik mumbling je kejenya. macam macam bunyi keluar. kitorang bukannya faham pun. hehe. pada suatu petang yang damai, masa aku dan family ada kat rumah, kakak ipar aku merangkap emak danial ni yang bernama kak linda saja la sebut.. 

"Allah.. banyak cakap pulak dia hari ni.." 

tiba tiba je danial menyahut.. "Oh.. oh" lepastu sambung mumbling. kak linda sebut lagi.. "Allah..".

danial mumbling lagi, dan menakjubkan bila bunyinya macam "Allah". sambil kak linda ulang sebut perkataan 'Allah' tu, danial perhatikan gerak bibir mak dia. dia sambung lagi sebutan yang sama macam tadi tu. walaupun tak jelas, tapi aku pasti yang dia sebenarnya nak tiru apa yang mak dia cakap. aku terfikir time tu jugak, kalau dia diajar mengaji pun bagus jugak kan? mungkin masa umur dua atau tiga tahun dia dah boleh baca surah Al-Fatihah. dengar macam mustahil, kan? tapi cuba bukak youtube. berapa ramai budak kecik yang boleh mengaji in-advance? ramai sebenarnya. 

takpe. way to go. banyak masa lagi. 

kalau boleh, kak linda nak danial kurus sikit nanti. sebab dia kesian kalau danial nak belajar merangkak nanti. dia cakap kalau danial berat sangat macam mana dia nak merangkak dan berjalan nanti. aku senyum je sambil gelak gelak dengar kak linda cakap macam tu. betul jugak tu. haha. takpe. kurus sikit takpe, jangan kurus banyak sudahlah. tak shaolin la macam tu. hahaha!

maknya kecik je. dah macam peluk teddy bear dah. 
:)

kalau peluk dia serius rasa macam peluk teddy bear. kalau malam malam memang sedap tido kalau dapat peluk budak kecik ni. memenuhi ruang. hehe.

cuti lain kali baru aku berpeluang nak bermanja manja lagi dengan budak kecik ni. mesti lepas ni aku rindu nak tarik tarik pipi dia. haha. encik cuti, please come fast fast aaa after this.

itu saja. lain kali cerita lagi. sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...