gambar kat bawah ni aku amik masa pertandingan membuat kolam sempena deepavali dekat terminal 1, seremban. lebih kurang 25 kolam telah dihasilkan. kolam ni bukan kolam renang atau kolam ikan, tapi kolam ni seni yang diperbuat menggunakan beras yang diwarnakan yang dihasilkan di atas lantai.
selalunya yang buat kolam ni ialah kaum perempuan India. kalau ikut kepercayaan tradisional kaum India, kolam dibuat bertujuan untuk mengalu-alukan tetamu yang bertandang ke rumah dan dewi kemakmuran iaitu dewi lakshmi ke rumah mereka. tapi sekarang ni, dah jarang dah orang buat kolam sebab proses nak buat tu banyak dan memakan masa. lagipun, bukan kaum India je yang buat kolam. kaum kaum lain pun dah mula menghargai seni beras ni dan selalu jugak aku nampak kolam ni dekat shopping complex macam kat jusco, giant, dan macam macam lagi la. (kat seremban ni pun balik balik ke jusco jugak jelah yang aku tau. haha)
kalau tengok hasil kolam ni, mesti akan buat kita terfikir berapa lama agaknya masa yang diorang amik untuk siapkan satu kolam ni. usaha pun mesti banyak dan kena betul betul teliti supaya beras yang berwarna warni tu tak bercampur. kena pulak design yang dibuat tu perlu dilukis dengan betul kalau tak hasil akhir nanti akan jadi pelik.
antara hasil kolam yang dipertandingkan.
kalau ikut sukatan pelajaran pendidikan seni visual, seseorang cikgu tu kena pandai menerapkan nilai nilai kebudayaan dalam menyampaikan isi pelajaran dalam kelas. takkan la asyik belajar kebudayaan yang sama je contohnya kebudayaan Melayu je. tak syok la. kita kan satu malaysia. banyak kaum dan berbilang bangsa. negara lain mana ada macam kita? negara kita ni bukan kaum Cina dan India je ada. kaum nepal, bangla, indon, filipina, siam, negro semua ada. kan unik tu *erk*. kaum Melayu ada seni ukir, seni tenun, seni batik. kaum Cina ada seni buat tanglung, seni lukisan Cina, seni tembikar. kaum India pulak ada the famous kolam. adil la kan? jangan sempitkan fikiran bahawa seni tu melukis je. totally wrong. seni tu luas maknanya. banyak lagi benda lain yang kita boleh panggil seni.
lagi satu, jangan campur adukkan agama dan budaya. ianya adalah dua perkara yang berbeza. manalah tahu nanti ada yang kata belajar buat kolam tu haram.. sampai bila bila la tanggapan kita tu akan sentiasa salah. jangan amik semua bulat bulat. yang tak sesuai dengan tuntutan agama tak payah la amik. kita boleh je belajar buat kolam ni dengan tujuan seni estetik. kalau macam tu, lukis figura even binatang pun dah sah sah la haram. tapi imam al-ghazali kata diharuskan dengan tujuan tertentu macam nak belajar ilmu anatomi dan kadar banding. memang niat tak menghalalkan cara, tapi kita sendiri yang kena betulkan niat kita tu sebab seni tu pun satu ilmu jugak. Allah takkan ciptakan sesuatu tu tanpa sebab.
seni ni boleh meningkatkan tahap kesabaran dan ajar orang supaya tak cepat putus asa. kalau tak sabar, cepat sangat putus asa macam mana la hasil seni nak siap, ye dak?
jadi, sebagai cikgu, salah satu tanggungjawabnya ialah menyatupadukan semua kaum tanpa mengira bangsa. kalau murid murid boleh mengetahui dan menghargai seni daripada bangsa dan kaum lain, secara tak langsung mereka sebenarnya dididik untuk menghormati kaum lain jugak. jadi, kalaulah ada antara anak murid kita yang akan further study kat luar negara nanti, mesti dah boleh hidup aman tak gaduh gaduh sebab pandai bawak diri dan boleh memahami adat resam dan budaya orang lain yang berbeza beza. sebab mereka dah terdidik sebegitu. siapa cikgunya? korang jugak. :)
berikut ialah kolam yang dapat tempat pertama, kedua, dan ketiga untuk pertandingan membuat kolam kat terminal 1 seremban haritu :
tempat ketiga
tempat kedua
tempat pertama
link untuk research tentang entri ni :
Deepavali dan kolam :
Kaum lain pun buat kolam :
Konsep seni menurut perspektif Islam :
sebab apa aku wujudkan entri ni? sebab kita 1 Malaysia.
sekian terima kasih.
saya sangat menggemari lagu yang dimainkan dalam blog ni. boleh saya tahu, cikgu ada lagi tak senarai lagu instrumental yang lain? Buat masa ini, saya hanya jumpa lagu instrumental yang berjudul 'JULY'. Hanya untuk perkongsian.
ReplyDeleteminta maaf kerana komen ini lari dari tajuk.
(>,<")