selalunya kalau kita sebut tentang filem iran, apa yang bermain di fikiran korang? ya. kebiasaannya filem iran ni..
1) mempunyai dialog yang teramat ciput sekali bilangannya. contohnya filem where's my friend's home, childrens of heaven, dan the song of sparrow.
2) kebiasaannya mengetengahkan kanak kanak sebagai watak utama.
3) banyak berkisar kepada masyarakat kelas bawahan.
4) low-key dan minimalis. subject matter simple macam cerita pasal kasut, pasal pulangkan buku sekolah, etc.
5) bajet rendah tapi kualiti first class.
6) ada mesej yang tersirat yang mampu buat kita berfikir dalam dalam baru faham maksud di sebalik cerita tu.
tapi filem iran yang aku baru habis tengok yang bertajuk 'a separation' ni ada sikit kelainan berbanding filem filem iran yang lain iaitu :
1) filem ni ada dialog yang banyak. ya. maksud aku, serius BANYAK.
2) mengetengahkan pertembungan masyarakat antara kelas pertengahan dengan kelas bawahan. sesuatu yang jarang aku lihat dalam filem iran. tapi masih tak tipikal macam cerita melayu yang biasa kita tengok.
filem ni ditayangkan di iran pada 15 februari 2011. pengarah filem ni ialah asghar farhadi. beliau telah menerbitkan beberapa buah filem sebelum filem ni, dan filem sebelum 'a separation' ni (yang bertajuk about elly) juga memenangi banyak award. walaupun baru enam hari filem 'a separation' ni ditayangkan di iran, tapi filem ni tetap berjaya merangkul banyak gila award di seluruh dunia. ternyata hasil tangan pengarah ni ada magisnya yang tersendiri.
ceritanya mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang nak berhijrah ke luar negara. tapi disebabkan ayah kepada si suami yang bernama nader (peyman moaadi) mengalami alzheimer tahap kritikal, maka nader membatalkan rancangan untuk berhijrah sebab nak jaga dan rawat sendiri ayah dia. disebabkan perkara ni, si isteri yang bernama simin (leila hatami) memfailkan perceraian dan ingin berpindah ke rumah keluarganya (keluarga simin). beliau juga telah menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun bernama termeh (sarina farhadi). walaubagaimanapun, disebabkan undang undang di iran mengatakan bahawa anak kepada pasangan yang bercerai tidak boleh dibawa ke mana mana melainkan izin daripada bapanya, maka mahkamah tidak memberi hak penjagaan tersebut kepada simin.
masing masing buat muka blur tak faham
termeh (sarina farhadi)
kat sinilah turning point cerita
oke. cerita ni sebenarnya bertemakan kasih sayang antara keluarga, desakan mencari duit demi sesuap nasi, dan ada sedikit berunsurkan politik. dalam cerita ni, pada pertengahan cerita, kita akan dapat lihat bahawa secara realitinya, semua orang dalam dunia ni akan ada persepsi pada orang lain tambah lagi kalau melibatkan pertembungan golongan kelas masyarakat. sebagai contoh, disebabkan desakan mencari duit yang memerlukan razieh bekerja, dia telah dituduh oleh majikannya (nader) kerana mencuri duitnya semasa ketiadaan nader di rumah. dan disebabkan taraf hidup rendah yang dialami oleh razieh sekeluarga juga menyebabkan keluarga nader dan simin menganggap bahawa razieh sekeluarga mahu mendakwa nader disebabkan inginkan pampasan dan duit untuk membayar hutang yang ditanggung oleh suaminya. persoalan seperti ini memang biasa kita dengar dan memang berlaku dalam kehidupan seharian. maksud aku bukan pasal wang pampasan, tapi persepsi yang wujud antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial. kita sendiri pun selalu jugak ada tanggapan pada orang lain. kalau orang miskin je, kita anggap dia tak pandai atau takde etika. kalau orang kaya je, kita anggap dia tak beradab atau pandang rendah pada orang yang lebih rendah status sosialnya. persepsi yang tipikal. betul tak apa yang aku cakap ni? korang boleh fikir sendiri.
aku menangis bila tengok part nader jaga dan uruskan bapak dia. terus aku teringatkan seseorang. pengarah dia kejam la sebab dah buat aku menangis. sengal.
trivia untuk filem ni : http://en.wikipedia.org/wiki/A_Separation
nah aku bagi link kot la korang nak download cerita ni. jangan risau. high quality baik punya.
http://www.mediafiremovie.org/720p/a-separation-2011-iran-720p-brrip-mkv/
sekian terima kasih.
*gambar semua ihsan google*
aku malas nak donload..
ReplyDeletenak amik kat ko je hosmet..
heheh