mereka yang hebat

Friday, December 16, 2011

cinta si penjual burger



biar jual burger. jangan jual dadah.


seseorang telah request kat aku untuk tulis entry pasal ni. pertama sekali, aku nak tanya korang yang perempuan. berapa ramai antara korang yang pernah mengalami situasi di mana korang dah jatuh cinta dan declare couple, tapi after sometimes, tahun demi tahun berlalu, korang rasa menyesal yang korang couple dengan pasangan korang tu?

well, bagi aku, benda ni bukan satu benda yang baru. aku ada ramai kawan kawan yang pernah mengalami situasi macam yang kat atas ni. tak kisah la pihak mana pun yang regret dan turn down the relationship dulu. macam mana agaknya benda ni boleh terjadi? biar aku huraikan satu persatu antara faktor penyebab hubungan korang boleh jadi macam yang kat atas ni.

1. tak letak agama sebagai nombor satu. beragama ni tak semestinya yang lelaki kena pakai kopiah, berjubah atau berkain pelikat sepanjang masa, bela janggut, setiap kali solat wajib pergi surau. yang perempuan pulak tak semestinya bertudung labuh. Islam ialah sebuah agama yang praktikal dan universal. maksudnya di sini, bila kita sebut 'beragama', ia merujuk kepada cara kita mengamalkan agama dalam kehidupan seharian. kita tahu kalau bersentuh berpegang pegang dengan bukan muhrim tu haram. kita tahu kalau kita dedah aurat pada bukan muhrim tu haram. kita tahu kalau berdua-duaan sesama bukan muhrim boleh mendatangkan fitnah dan mendekatkan diri dengan maksiat dan zina. kita tahu jaga diri dan jaga maruah. kita tahu yang mana halal dan yang mana haram. itulah maksud sebenar beragama. bukan sekadar cakap atau luaran je nampak beragama, tapi hati tak mengamalkannya. kita pun tahu yang dalam Islam ada menganjurkan umatnya supaya bersederhana. jadi, disebabkan itu kita perlu letak agama sebagai kriteria yang nombor satu kalau kita berniat nak cari pasangan. bukannya berlandaskan asal hensem, cantik, kaya, ataupun sebab nafsu semata mata.

2. tak bersyukur dengan apa yang dah ada depan mata. firstly, berdasarkan situasi kat atas ni, diorang berdua ditakdirkan jumpa dan bercinta, kemudian bertunang. but after a period of time, perempuan ni secara secretly pasang lain dan menyebabkan dia nak putuskan pertunangan antara dia dengan lelaki yang bernama samad tu. kenapa boleh jadi macam tu? jom kita kaji semula sama sama. pada mulanya, mungkin perempuan ni rasa samad tulah yang terbaik. samad tulah yang paling hensem. samad tulah cinta hati. samad tulah cinta mati.. etc.. etc.. tapi bila jumpa orang lain yang lebih baik sikit dari samad, dia pun mulalah rasa samad la yang hina, samad la yang miskin, samad tak mampu nak sara hidup dia, dan samad tak mampu nak bahagiakan dia lepas dia kahwin nanti. ceritanya sama la macam cerita guru yang menyuruh anak muridnya mencabut rumput yang terbaik kat sebuah padang yang luas. boleh google untuk baca cerita tu. famous kot cerita tu. lagi famous dari cerita ombak rindu.

well, aku nak tanya balik kat korang. apa beza sara hidup dengan kemewahan hidup? ya. sara hidup maksudnya kau cukup makan, cukup pakai, bersederhana dalam segala hal dan bersyukur dengan apa yang korang ada. yang penting basic living things mesti ada. kalau susah, sama sama susah dan kalau senang pun sama sama senang. kalau kemewahan hidup pulak, korang bukan setakat cukup makan dan cukup pakai, tapi korang siap boleh pilih kualiti dan jenama yang korang suka, tak kisahlah berapa mahal pun janji korang puas hati. kalau rumah nak yang paling besar. kalau kereta pun nak yang import, lagi mahal lagi bagus. kalau nak makan pun kat tempat high class. lima bintang. paling cikai pun yang ada plak jalan jalan cari makan. tak main la makan kat mapley, gerai, warung tepi jalan, atau cendol yang tarik pakai basikal tu. tak bersih. tak standard, kata korang.

kepada golongan perempuan, memilih tak salah. tapi kalau korang terlalu menjaga standard sampai macam tu sekali, yang susah akhirnya nanti ialah korang jugak. sebab tu, bagi kaum perempuan, jangan pilih seseorang disebabkan harta je. sebab kalau asas agama pun zero, yang lain pun insyaAllah ke laut jugak. lelaki yang korang pilih tulah yang akan memimpin korang dan bakal anak anak korang pada masa depan. yang lelaki pun sama. jangan la cari yang cantik je, tapi tak reti nak urus hal hal rumah tangga macam masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, sapu sampah, jaga anak, bla bla.. nanti korang jugak yang merana. ni aku cakap berdasarkan fakta ni. kalau tak caya tanya la kawan kawan perempuan korang. kesian la kat kaum perempuan yang duduk dalam kategori biasa biasa ni. (macam tuan punya blog ni jugak)

kalau korang bernasib baik, ditemukan jodoh yang hampir perfect.. iaitu yang beriman, kaya, hensem pulak tu, jawatan tinggi, kereta dan rumah ada empat lima bijik, melancong oversea paling kurang setahun sekali.. dan bla bla.. sebenarnya, bertemu jodoh seperti itu adalah disebabkan dua faktor je :

1. sama ada korang yang perempuan ni adalah dalam kalangan perempuan yang baik baik sebab tu Allah temukan dengan jodoh yang hampir perfect macam tu, ataupun

2. Allah bagi semua tu sebagai satu ujian. bayangkan, mungkin hari ni korang dapat seorang husband yang hampir perfect, tapi lepastu terjadi sesuatu yang menyebabkan husband korang hilang keupayaan sampai jadi OKU, jatuh bankrap, rumah terbakar, duit kena tipu, syarikat rugi besar, dan macam macam lagi la kemungkinan, pada masa tu, adakah korang yang perempuan ni akan simply tinggalkan husband korang macam tu je? dekat situlah Allah nak tengok sejauh mana seseorang hamba-Nya itu bersabar dan melalui dugaan yang macam tu. seperti mana firman Allah :

"..Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan. dan khabarkanlah berita gembira kepada orang orang yang bersabar.." -Surah Al-Baqarah : 155-

3. rasa diri sendiri dah bagus sangat. sebenarnya, kalau kita nak pilih pasangan terutamanya pasangan hidup, kita kena jugak amik cermin dan cermin diri kita. orang yang macam mana yang sesuai dengan diri kita? orang yang macam mana yang dapat terima baik dan buruk kita? orang yang macam mana yang dapat tahan dengan perangai kita? semua tu bukan benda remeh makcik dan pakcik oi. sebab kita kahwin bukan sehari dua. tapi kalau boleh sampai akhir hayat atau bak kata faizal tahir, sampai syurga. besar maknanya tu. kalau macam kes di atas, aku rasa ada hikmahnya bila samad putus tunang. Allah nak bagi kat dia perempuan yang lebih baik. kaum lelaki, dengar sini, kalau pasangan anda cari lain disebabkan faktor kebendaan macam tu, lebih baik anda redha dan cari pengganti yang lebih baik. kalau sebelum kahwin pun dah mintak macam macam walaupun lelaki tu bukan suami dia, apatah lagi kalau dah kahwin. confirm mintak benda lain yang tak terfikir dek akal seorang suami pun.

kerja biasa biasa pun boleh bahagia, asalkan suami isteri saling memahami dan membantu antara satu sama lain. kalau isteri jenis yang bekerja, jangan asyik suami je yang kena keluar duit. buat la deal, separate dua segala mak nenek pembayaran macam bil, kereta, rumah, etc.. ewah ewah. macam la aku dah kahwin. tak ah. ni bercakap berdasarkan pengalaman je ni. eh. ni kan preparation sebelum kahwin. tak salah kan? hehe.

jadi, lepas kita kenal pasti faktor faktornya, macam mana pulak nak selesaikan masalah macam ni? hmm. ni antara solution yang aku dapat fikirkan untuk situasi ni :

1. buat solat istikharah. benda ni bukan untuk jodoh saje ye. harap maklong. solat istikharah ni kita buat kalau kita diberi beberapa pilihan, tapi kita taktau yang mana satu ialah pilihan yang terbaik. andai kata apa yang kita harapkan tu bukan pilihan yang terbaik, mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi kita apa yang kita nak tu. sebab, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. pernah dengar tak, Allah takkan bagi kita apa yang kita mahukan, sebaliknya memberi apa yang kita perlukan. kalaulah yang kita dapat tu seorang yang panas baran, takde kerja tetap, takde kereta mewah, mesti ada sebab yang hanya Allah je tahu. mungkin hikmah yang tersembunyi tu ialah dengan mendapat pasangan yang macam tu, kita belajar untuk bersabar. kita belajar untuk menerima hakikat yang takde sorang pun manusia dalam dunia ni adalah perfect. kita belajar cara menyelesaikan masalah bersama sama. kita belajar untuk tidak membazir. dan kita belajar untuk hidup bersederhana.

2. cari pasangan yang sekufu. sekufu ni maksudnya yang sama taraf. sama taraf dari segi keturunan. sama taraf dari segi harta. sama taraf dari segi pendidikan. mesti ada yang pelik. habistu kalau tak sekufu maksudnya tak boleh kahwin la? eh. sape kata tak boleh. mesti la boleh. tapi, dikhuatiri perkahwinan tu tak serasi dan berlaku masalah yang tak diingini di kemudian hari. masa tulah nanti timbul soal sekufu. melainkan kalau pasangan tu bersedia untuk menerima keburukan dan kebaikan masing masing dan tak kisah sama ada diorang sekufu atau tak janji dapat kahwin dan hidup bahagia together-gether. dalam hadith pun dah sebut,

daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu." -Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim-
kalau rasa pasangan kita tak boleh terima kita kerana tak sekufu, cuba belajar untuk terima hakikat tu. mungkin kalau hubungan tu diteruskan pun tak membawa bahagia sebab takut jugak kalau lepas kahwin pasangan kita akan ungkit tentang sekufu. masa tu nak nangis bergelen gelen macam air terjun niagara pun dah tak guna dah. jadi, beringat sebelum kena.

3. belajar terima kelemahan dan perbaiki diri. kenapa Allah temukan kita dengan pasangan yang salah? muhasabah balik diri. ada baiknya kalau kena reject macam kes samad atau kes sape sapelah. korang rasa adakah pihak perempuan je yang salah? jawapan aku, tidak. kaum lelaki, kalau anda terjebak dalam situasi macam ni, tolong jadikan itu sebagai satu cabaran. tak kaya pun takpe. janji anda yang lelaki lelaki ni boleh berubah ke arah yang lebih baik. jadi lebih beriman. jadi lebih bertanggungjawab. jadi pandai mengurus kewangan dengan baik. dan lain lain lagi la.

kalau ikut rakaman x-fm ni, kita dengar banyak cerita daripada sheryl (tunang samad) sebaliknya kita tak tahu cerita sebenar dari samad. mungkin samad bekerja pagi petang siang malam tapi tak pernah pun banyak duit sampai boleh beli kereta. cuma cara sheryl tu sendiri tak kena. ini apa yang aku lihat dari sudut seorang perempuan la. apa yang sheryl cuba luahkan ialah dia rasa tak secure sebab samad seorang penjual burger. dia risau kalau samad tak mampu nak tanggung hidup dia lepas kahwin apatah lagi kalau dah ada anak berderet nanti.

cuma silapnya di sini ialah apa yang sheryl nak ialah kemewahan which is apa yang samad tak dapat nak bagi dalam masa yang terdekat contohnya dalam tempoh dua atau tiga tahun. tapi, sebagai seorang perempuan yang sepatutnya memberi support kepada orang yang akan menjadi ketua keluarga dia one fine day, dia boleh je bagi galakan dan motivasi sampai la samad tu boleh cari duit sampai jadi kaya. benda tu tak mustahil pun. sebab korang mesti pernah dengar pepatah, di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah seorang perempuan. seorang perempuan yang macam mana? seorang perempuan yang boleh bertolak ansur, seorang perempuan yang rasional dan tahu mana kepentingan yang perlu didahulukan dan mana yang dikemudiankan, seorang perempuan yang tahu merancang kewangan dan perbelanjaan untuk keluarganya, seorang perempuan yang boleh menyenangkan hati seorang suami, seorang perempuan yang akan menjadi ibu yang baik kepada anak anaknya. kalaulah seorang perempuan tu sendiri high maintainance, memang la tak dapat nak dipenuhi hajat kalau si lelaki kerja biasa biasa. barang mekap, baju, kasut je dah berapa. belum lagi untuk keperluan keluarga macam groceries dan pendidikan anak anak lagi.

kesimpulannya, sebab tu la Islam menggalakkan sederhana dalam semua hal. kalau tak bersederhana inilah akibatnya. material mengatasi rasional. dalam hidup ni kena pandai bersyukur. sebab bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup. kita takkan rasa kekurangan. memang la duit tak boleh beli cinta. duit tak boleh beli bahagia. tapi duit boleh menyebabkan seseorang bahagia. cuma bergantung kepada cara seseorang menguruskan duit dan macam mana orang menilai sesuatu dengan duit. kalau rasa duit tu banyak, jadilah banyak. kalau rasa duit tu sikit, jadilah sikit. tu je. simple tak? simple kan? macam simple plan.

oke. cukup panjang entri aku ni. aku bukan ustazah. dan aku sekadar berkongsi pendapat aku. maaf kalau korang penat nak baca dan scroll sampai bawah. berikut ialah link yang aku amik sebagai rujukan. kalau masih tak cukup, korang boleh google lagi ya. jangan segan segan.


akhir kata, jadilah Islam pada hati. bukan pada nama dan rupa semata mata.
sekian terima kasih.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...