mereka yang hebat

Sunday, May 1, 2011

resipi sambal tumis ikan bilis


meh sini aku ajar cara masak sambal tumis ikan bilis yang paling mudah sekali. macam ABC.

bahan-bahan :


25 tangkai cili kering (kira.. jangan tak kira..)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
semangkuk kecil/segenggam ikan bilis (dibelah dan dibersihkan)
3 sudu makan gula melaka asli (dicincang halus)
1 sudu makan asam jawa
2 senduk minyak masak
garam dan perasa sesedap rasa

cara-cara :
1. cili kering digunting-gunting, direndam di dalam air panas selama 5 minit. (untuk lembutkan cili kering)
2. sambil tu, rendam ikan bilis dengan air panas. rendam la barang 3-4 minit. (kalau ikan bilis yang korang beli tu jenis liat ketegaq la)
3. basuh segala jenis bawang di atas. kemudian potong potong. pastu tuan tuan dan puan puan, tuskan cili kering tadi, kemudian masukkan cili kering tu, bawang merah dengan bawang putih dalam blender. blend la sampai korang puas hati. (agak agak lumat jugak la. haluuss *quote dari harith iskandar*)
4. panaskan minyak dalam kuali.
5. lepas minyak dah panas, tumis bahan yang dah diblend tadi.
6. tunggu sampai sambal tadi pecah minyak. you know what is pecah minyak? kalau dah ada blurp o.0 blurp o.0 kat atas sambal tu. ala, macam volcano tu.
7. pastu, masukkan gula melaka. ala, jangan segan segan. masukkan je dengan sepenuh keyakinan anda ya tuan tuan dan puan puan.
8. kemudian, lepas gula dah cair dan sebati dengan sambal, ha.. masa ni la nak masukkan ikan bilis tu. nak tau dah sebati ke tak, warna sambal akan transform jadi merah gelap sikit.
8. kemudian, masukkan air asam jawa. oh no no no. bukan air asam jawa yang dalam botol tu. buat sendiri air asam tu dengan campur setengah cawan air dengan asam jawa. kacau kacau sikit. pastu masukkan dalam sambal tadi.
9. jangan lupa kecilkan api kalau taknak sambal korang hangus.
10. pastu, masukkan garam dan perasa sesedap rasa. agak agak dalam 2 camca garam, 2 camca perasa. itu ikut sedap tekak aku la. korang ada? huhu.
11. hiris bawang bulat bulat. masukkan dalam sambal. kacau la lagi.
12. kacau rata pakai sudip. dah agak agak kering tu, angkat. hidang la comel comel atas meja. yela. korang suka yang comel je kan. huhu lagi.

tadaa.. setelah bertungkus lumus.. inilah hasilnya. *pling*


petua :
1. pastikan bahan yang ditumis tu betul betul masak (pecah minyak aka keluar blup blup) supaya sambal tu tak pedas sangat, tak mudah basi, dan takkan buat korang sakit perut. kalau sakit perut tu.. maknanya.. err.. *ehem*
2. pakai gula melaka lagi sedap result dia berbanding gula pasir atau gula biasa. kalau agak agak korang dah hero sangat ala ala merong mahawangsa kan, tak payah la nak letak letak gula bagai. pastu buat la muka macho tahan pedas.
3. jangan guna api besar sangat masa masak. nanti sekampung tahu korang masak sambal resipi tradisi mak aku ni. bersin je keje. guna api kecik sudah. untuk elakkan sambal berkerak, kacau sambal tu sekali sekala. lain la kalau korang teringin nak rasa kerak sambal tu rasanya macam mana, kan?

sambal ikan bilis yang istimewa ini sedap dimakan dengan nasi lemak, ubi rebus, lempeng kelapa, dan lontong. lontong? tu makanan johor. lain kali la aku share cara cara nak buat lontong macam mana ek. makan dengan nasi putih je pon sodap.


selamat mencuba! :)

10 comments:

  1. wah2..haha~ i suka riuh sekampung kalau masak2 ni..haha..agree ngan nina..tunggu bior pecah minyak kalau tumis apa skali pun..bagos utk perot~...btw ur sambal look delicious ...sluuurpp.=)

    ReplyDelete
  2. haha. jangan lupa try kalau nak tau sedap ke tak. belum cuba belum tau. :)

    ReplyDelete
  3. leh wat lauk kenduri..tlong masak leh tak? heheh

    ReplyDelete
  4. mr. legend : boleh je.. untuk kenduri kahwin mr. legend ke? hehe.. :)

    ReplyDelete
  5. tadaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. bagi petua x bagi mercik keluar kuali masa masak sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna api kecik je.
      dengan itu risiko untuk sambal memercik keluar adalah rendah.

      Delete
  7. trbaek lah awk ni siap ada blurp blurp bunyi mnyk pch kahkh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saja je letak sound effect. nak bagi bunyinya sedap. hahaha.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...