siapa pernah tengok drama nur kasih, angkat tangan macam saya~
siapa dah tengok movie nur kasih, angkat tangan macam saya~
oke. lame. lame, lame, lame semua lame.
aku dah tengok nur kasih the movie ni. dan ini review berdasarkan apa yang aku tengok pada movie ni.
sebelum movie ni ditayangkan, aku merupakan salah seorang peminat drama nur kasih ni. yang mana episod yang miss tu, aku tengok online. sanggup, oke! haha. gila. ceh! nampak je muka takde perasaan. dalam hati ada taman bunga raya rupanya. *erk*
oke fine. just.. cut the crap.
cerita ni diarahkan oleh kabir bhatia. skrip ditulis oleh isteri dia, mira mustaffa. apa yang aku dapat lihat secara keseluruhan, penyampaian kabir bhatia tak pernah mengecewakan. paling terbaik dalam cerita ni ialah sinematografi dia. sawah padi dia. fuhh! sesuatu yang baru bagi pengarahan kabir bhatia selepas drama nur kasih. cantik sangat.
jalan cerita yang digarap bagi aku adalah sesuatu yang berbeza. sebenarnya, selepas aku dah tengok drama nur kasih, aku mengharapkan persembahan cerita yang berbeza daripada kabir. dan, aku dapat simpulkan berjaya walaupun expectation aku terhadap filem ni lebih tinggi sebenarnya. tema yang diketengahkan ialah kasih sayang yang tinggi antara pasangan suami isteri iaitu adam dan nur amina.
part yang paling aku suka dalam cerita ni ialah bila adam dan nur amina ada kat jordan. ya. aku realize. diorang suka sangat pergi melancong negara negara timur tengah kan? biarlah. duit pengarah dia. korang ada? anyway, suka tengok petra, jordan tu. senibina yang cantik dan halus. hmm. ada kaitan ke?
persoalan yang paling menyentuh hati aku ialah bila adam berdoa camni..
"aku sanggup berkorban apa saja, tapi jangan ambil nur amina daripada aku.."
*lebih kurang macam ni la dialognya*
doa adam tu makbul kot. makbul sebab apa? korang pergi la find out sendiri. karang tak surprise pulak kalau aku cerita kat sini. korang kan suka surprise eric leong. apa? tak suka? tak suka sudah.
bagi yang tak suka jalan cerita yang slow, tak tau pulak aku. ya. cerita ni agak slow. perlu penghayatan yang tinggi. ada gaya penceritaan macam cerita 'sepi' dan 'cinta' sikit, yang mana kabir ada menggunakan flashback dalam penceritaan movie ni.
sebenarnya, aku tak pernah nangis dalam panggung wayang. tapi untuk movie ni.. err.. aku.. err.. 'ter'nangis la pulak. ah. maybe aku je yang emo lebih kot? oke fine whatever. cerita ni.. hmm. memang sedih. maksud aku, sedih gila oke! standby la sekotak tisu kat sebelah bila korang nak tengok cerita ni.
untuk review lebih lanjut, boleh pergi ke sini.
aku bagi 4 setengah bintang untuk cerita ni.
No comments:
Post a Comment