mereka yang hebat

Thursday, May 19, 2011

of my beloved hero




tarikh : 19.05.2011
lokasi : bilik, hostel.

hari ni hari khamis. aku tak balik rumah. bukan sebab hari ni hari khamis dan bukannya hari sabtu atau ahad. tapi sebab hari ni aku ada exam.

huh.

tetiba rasa nak sangat balik rumah. nak jumpa ayah.

aku ingat lagi masa kecik dulu, aku ni memang budak degil. suka nak ikut kepala sendiri je. tak fikir orang lain. dulu masa kecik kecik, aku selalu mintak benda bukan bukan kat ayah.

"ayah, nak komik doraemon ni, yah."
"ayah, nak cd linkin park - hybrid theory ni, yah."
"ayah, nina nak amik banyak barang ni nak bawak balik asrama. boleh, yah?"

dan macam macam lagi. ayah kata oke je. tapi yang cd linkin park tu je. ayah tak tunaikan. entah ya? agaknya kalau aku mintak cd uji rashid mesti laju je ayah belikan. huhu.

ayah tak reti nak tunjuk dia sayang kat aku. tapi ada sekali tu time aku sakit, ayah la yang paling sibuk hantar aku pergi hospital sampai ayah sendiri lambat masuk kerja. siap amik cuti lagi. aduh la ayah. buat apa la ayah susah susah.

bila aku dah besar sikit, ayah tegur cara aku berpakaian. mesti sopan. mesti tutup aurat. kalau tak ayah suruh tukar balik baju. bukan sebab ayah orang kariah surau. tapi ayah malu tengok anak dia yang keluar kadang kadang dah macam nangka balut bergerak dah rupanya. oke fine. last last sebab geram, aku sarung t-shirt kerja aku yang warna hijau yang orang nepal kat tempat kerja aku selalu pakai tu siap dengan handsock. baru la ayah nak hantar aku pegi driving school. haha.. ayah.. ayah..

tapi hari ni, birthday ayah. tapi, aku, anak dia ni tak balik. padahal, time aku sakit dulu, dia la yang sampai amik cuti sebab nak hantar aku pegi hospital. sanggup datang kerja lambat. hmm. teruk kan aku?

mungkin minggu ni pun aku tak balik. sampai minggu depan. tu pun balik lambat sebab nak pindah rumah sewa lagi. dari ayah balik umrah hari tu, aku belum lagi tengok muka ayah secara live. rindu pulak tiba tiba kat ayah.

ayah,
happy birthday.
nina tengah sengkek ni. tak dapat belikan ayah apa apa. tapi nina ada amik cerita hindustan lama dari kawan nina. nanti nina burnkan dalam cd eh bagi kat ayah. nanti kalau free free boleh ayah tengok. ayah kan suka tengok cerita hindustan? bila fikir balik, kesian kat mak dengan ayah. time nina birthday, sampai pass kek kat abang (macam pass baton pulak hehehe) suruh hantar kat nina. tapi time birthday ayah ngan mak, sebijik kek pun nina tak mampu nak belikan. haish. terkilannya rasa. dah la duduk jauh dengan mak ayah.

ayah,
sebab nina ni anak yang degil, nina nak mintak maaf banyak banyak la kat ayah. banyak susahkan ayah. maafkan nina ek ayah? boleh?




SELAMAT HARI JADI, AYAH.
semoga Allah panjangkan umur ayah. limpahkan rezeki yang berkat untuk ayah. sejahterakan hidup ayah.

amin.

*gambar ihsan google*

3 comments:

  1. Ayah tetap ad..dia tetap tahu.. Slamat hari lahir tuk dia:) kim slm

    ReplyDelete
  2. bapak aku tengok video klip megadeth ngan aku sekali...beliau cakap.."ganas betul dia main"...hehehehe....tapi dia tak halang laa...

    ReplyDelete
  3. mr. legend : ya. harap harap dia tahu. nanti saya sampaikan salam anda. terima kasih sebab wish ya, mr legend. :)

    chai : waaa.. megadeath bukan heavy metal ke? terbaik kau wok! haha..~ beliau memang sporting!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...