mereka yang hebat

Tuesday, May 24, 2011

10 fakta tentang student IPT


entri ni aku tujukan khas kepada semua yang bergelar student di institut pengajian tinggi (IPT). tak kesah la korang ni student universiti ke, IPG ke, kolej ke, sama je der. takde banyak beza pun. kalau dah namanya student, tetap akan mengalami benda benda yang aku senaraikan kat bawah ni. berikut adalah 10 fakta tentang seseorang yang bergelar student IPT yang aku nampak secara random. mungkin ada dan mungkin takde kat korang korang yang bergelar student ni. ataupun yang ex-student. ehem.

jom kita tengok satu satu.

nyam nyam nyam sedapnya

1. makan bungkus / makan luar.
ni yang paling famous. nak nak kalau korang tinggal kat hostel. yela. dapur takde. pantri lagi la takde. dapur rumah warden ada la. kesian. takpe la aku paham sangat. kalau rajin sikit, korang pergi la berebut atau main chop chop 'aku nak pakai dapur surau dulu'. ah tak kira! (sambil hentak hentak kaki kat lantai). lain la kalau korang tinggal luar. kau nak masak nasi beriani gam pun takde orang nak kesah. ada aku kesah? eh, aku kesah kot. kalau ada yang masak lebih hulur hulur la sikit ke sini. hahaha. oke tak lawak.

2. makan lewat malam.
dikenali juga sebagai supper. bukan super girl yang super junior nyanyi tu eh. ini kes lain. aku pun tak paham kenapa student suka supper. kenapa eh? asal lewat malam je lapar. yang lagi haru tu, nak cari makanan malam malam buta tu yang payah. dah la demand macam orang kaya walaupun duit takde. nak dominos la. nak kay-ef-si la. nak mek-di la. macam macam. padahal bukannya boleh keluar pun kalau korang merayu sekalipun kat pak guard mintak nak keluar sebab lapar. berjaya ke? takkan berjaya punya. try la buat kalau korang tak caya.

3. stay up sampai jauh malam.
yang part ni memang tipu la kalau pukul 11 malam sharp korang yang student ni dah tido. suci gila perangai. paling paling pun mesti pukul 12 tengah malam atau 1 pagi. lain la kalau yang kes penat sebab siang dah aktif sangat kan. ataupun korang memang jenis 16 jam sehari tido. kalau kurang daripada 16 jam korang akan bertukar jadik kucing F4 ke. mana la tau kan. *ayat sarkastik*. lagipun, kalau tak stay up, macam mana korang nak siapkan assignment? macam mana nak study untuk exam? lepas pukul 12 tengah malam la waktu yang paling suci untuk berhibernasi dengan buku buku dan microsoft word di depan laptop sambil menikmati secawan hot chocolate. oh. memang heaven sangat! apa? tak pernah buat macam tu? OKE FINE.

ni je? takde yang lagi banyak ke?

4. waktu nak siapkan assignment.
urgh. ni la waktu waktu yang paling kacau bilau sekali dalam kehidupan seorang student. menyampah betul! kalau buat assignment je takpe. ni nanti time nak print la ada masalah. time nak hantar la ada masalah. tu belum masuk yang dah hantar tapi kena reject dua tiga kali. hadui la. pening, migrain, rasa nak demam, geram, rasa nak bakor semua ada.

5. hal dengan pak guard dan kafe.
yang ni.. hmm.. macam mana nak explain ek? ala. tipu la takde masalah dengan dua benda ni sepanjang korang bergelar student. kalau tak berlaku jugak, mungkin korang ni bukan student tegar kot? *erk*. tak. maksud aku, mesti korang kategori student yang terpaling baik gila ah. terpaling. baik. dan gila. pakej tu. hehe. kalau masalah kat pak guard selalunya masalah kereta luar (termasuk la kereta penjaga) tak dapat masuk dalam kawasan lepas pukul 6 petang. (ni dikira curfew ke?). takpun kalau hujan lebat sekalipun korang kena buat maraton pecut sebab teksi tak dibenarkan masuk dalam walaupun barang korang banyak gila tambah lagi hujan lebat gila. memang terbaik wok! eh? tak. aku tak sarkastik. ini bukan cubaan. ini betul betul punya kejadian.

6. PAMA.
ni jenama bank. bank ni special sikit. kalau nak duit kita S.O.S je. nanti tau tau dalam akaun duit dah ada. tadaa! magic kan? magic kan? heh. aku pun kalau dah sesak kena la S.O.S PAMA gak. hadoi.

7. waktu peperiksaan.
aku ada terbaca kat blog cikgu cute ni. entri dia bertajuk 10 perkara yang membencikan ketika peperiksaan. memang aku rasa pernah berlaku kat semua orang, kan? cepat mengaku semua kalau tak cikgu rotan! time periksa ni yang paling aku tak suka nak hadapi ialah menulis jawapan esei dan mengantuk dalam dewan peperiksaan. dua perkara tu yang paling.. haish. malas la nak cakap.

takpe. facebook kan ada.

8. berchatting dengan classmate kat facebook / blog.
haha. yang ni siap bukak group kot. apa apa info share la sama sama kat situ. oke la tu kan. jimat kredit. hehe. tapi sebenarnya kalau pikir pikir balik, kelakar tau kalau kita berchatting sambil balas balas komen kat facebook. tambah tambah lagi kalau yang berbual sekali tu adalah roommate kau. i repeat. roommate kau. haha. reply mereply padahal satu bilik. memang kelakar oke.

9. tempat lepak favourite.
yang ni memang ada banyak. selalunya port lepak ni penuh time elaun/biasiswa baru masuk atau bila dah exam. konon konon meraikan habis exam la? agaknya kot. nak release tension. nak berjoli katak. nak huhahuha. nak ngok ngek ngok ngek. dan lain lain lagi la alasan kau. kalau aku, aku suka tengok movie dengan rakan rakan seperjuangan. takpun pergi arcade main game para para. sekarang para para kat jusco seremban 2 tu dah lain. dah pakai button dah. tapi aku dah jarang main kat situ sejak aku dah pernah mengajar kat sekolah ni. ada sekali tu anak murid aku cakap kat aku..

"cikgu, semalam saya nampak cikgu kat jusco pakai baju kurung warna biru. heeeeeee"

erk. nasib baik aku tak buat benda bukan bukan masa tu.

10. barang kau barang kau, barang aku pun barang kau jugak.
ni paling selalu. kadang kadang istilah 'pinjam' tu bermaksud 'weh aku amik ni eh?'. kadang kadang tu sampai tak sedar barang dah hilang. tau tau je dah hilang. magic tau. surprise sangat tau. macam eric leong. aku nasihatkan lain kali kita bawak dua bekas pensel macam tips cikgu zara. ha. setel. tak payah gaduh gaduh.

oke tu je. kesimpulannya, biasa la tu. jadi student memang macam tu. kalau paling baik sekalipun mesti pernah rasa semua yang aku senaraikan ni. kan? err. satu je lagi yang aku tak tulis. couple. sebab yang ni tak semua orang pernah rasa. so tak fair la kalau aku letak sini. kalau korang nak korang tambah la sendiri ek?

babai. sekian terima kasih.
*semua gambar ihsan google*

6 comments:

  1. ada satu lagi perkara yang kau tak masuk dalam ni...tapi kotor sikit la...hahaha

    ReplyDelete
  2. haaa.. nak tau jugak. apakah dia?

    ReplyDelete
  3. eh! benda tu pun berlaku kat aku gak la!
    apesal aku tak terfikir ha?
    hadoi. haha.
    memang best kalau ade tandas peberet.
    dari dulu sampai sekarang kot?
    haha hadoi!

    ReplyDelete
  4. hahaha..one more thing kak tertinggal...berebut mesin basuh..hahaha

    ReplyDelete
  5. haha.
    zaman dulu kala pernah jugak buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...