mereka yang hebat

Sunday, May 29, 2011

coffee house



hari ni aku nak review satu cerita drama korea yang bertajuk coffee house. antara pelakon yang menjayakan cerita ni ialah kang ji hwan, ham eunjung (t-ara), park si yeon (ex-miss korea yang sangat anggun jelita), dan entah la yang lain lain tu sape. korang boleh google kejap lagi ye. huu. drama ni ada 18 episod.

coffee house ni adalah cerita tentang seorang penulis yang bernama lee jin-soo yang sangat keras kepala, degil, style 'ikut suka aku la', cerewet gila, sarkastik, sangat teliti, dan pelik. dia ialah penulis di bawah syarikat penerbitan buku dan kafe yang dimiliki oleh seo eun-young (park si yeon). seo eun-young ni pulak ialah satu satunya best friend lee jin-soo sejak zaman universiti lagi. dah lama diorang kenal. hampir sepuluh tahun. itu yang menjadikan seo eun-young dengan lee jin-soo ni best friend gila gila dan tak ada gap langsung walaupun seo eun-young tu presiden syarikat.

dia ni sangat detail dan cerewet oke!

pada suatu hari yang permai, lee jin-soo pun hire la seorang setiausaha. namanya kang seung-yeon (ham eunjung t-ara). kang seung-yeon ni seorang yang careless tapi bercita cita tinggi nak jadi setiausaha yang pro. dia seorang je yang paham dan boleh tahan dengan perangai lee jin-soo yang pelik tu. oh. aku admire watak kang seung-yeon dalam cerita ni sebab dia sangat penyabar dan innocent. innocent tu yang nampak cute dan kelakar.

omo! sangat innocent kot?!

antara scenes yang ada dalam drama ni.

dipendekkan cerita, suatu hari bekas tunang seo eun-young balik dari somewhere-only-he-knows then cari balik seo eun-young kat korea. dia nak balik kat seo eun-young. tapi seo eun-young tak nak.

sebab seo eun-young sebenarnya suka kat best friend dia, lee jin-soo. tapi dia tak pernah luahkan pun.


kalau macam tu, kang seung-yeon apa cerita?

oh. the rest, kena tengok sendiri.

ending drama ni agak kematangan sikit dan bukan sesuatu yang korang akan expect dari awal cerita. ada tiga kekuatan yang aku tengok dalam cerita ni :

1. pada episod episod awal, banyak gila scenes yang sangat kelakar dan komikal. cerita ni bagi aku sangat bertenaga walaupun lokasi dia lebih banyak sekitar bangunan syarikat penerbitan dan kafe tu (satu bangunan yang sama). idea pengarah dia untuk jalan cerita ni memang lain dan tak tipikal dan.. ah. senang kata memang terbaik wok ah!

2. watak lee jin-soo (kang ji hwan) dalam cerita ni. aku pernah tengok dia berlakon jadi hong gil-dong dalam cerita hong gil-dong. apa yang bestnya ialah dua dua watak ni adalah berbeza sebab dalam hong gil-dong dia lebih banyak guna aksi tapi dalam coffee house, dia nampak lebih relaks, sofistikated dan matang. tapi still sama dalam pembawaan watak gila gila tu. dia pun dah makin kurus sekarang. maybe dia kuruskan badan untuk drama ni kot.

3. stylist dalam drama ni memang terbaik sebab baju baju yang diorang pakai dalam cerita ni semua cantik cantik especially baju untuk watak seo eun-young. dia cantik, berkaliber, high level of confidence, gila gila, simple, dan tak terlalu feminin dari segi sifat dalaman dia. kebanyakan baju dia sebenarnya simple je tapi entah la ek. adakah sebab dia ex-miss korea yang menyebabkan apa yang dia pakai pun nampak cantik je walaupun pakai t-shirt biasa? entah la.

sangat cantiknya puunn!

aku rekomen cerita ni kat korang sebab OST dia best. lepas tu jalan cerita dia unik dan tak tipikal macam drama korea yang lain. cerita yang bukan laid back dan santai semata mata. penuh dengan makna tersirat dan memaksa korang untuk berfikir dan predict apa yang akan berlaku selepas tu. tapi, never predict something that is unpredictable. aku tabik pengarah drama ni sebab buat sebuah drama korea yang double thumbs-up yang bukan tipikal. i like.


untuk info yang lain lain lagi, sila berkunjung ke link ni.


sekian terima kasih.

6 comments:

  1. boleh2. no hal punya.
    hihi.
    nak cite lain pun boleh.
    ada banyak lagi. huhu :)

    ReplyDelete
  2. muka lelaki yg pakai cermin mata tu macam ade kt cover satu buku terbitan PTS yang bertajuk 'Cikgu Paling Gempak' (http://www.pts.com.my/index.php/buku/cikgu-paling-gempak/) lebih kurang la..

    ReplyDelete
  3. ha'a la. haha. baru perasan.
    eh.
    buku tu pun nampak macam menarik je kan. :)

    ReplyDelete
  4. ha, tu la...kn saya dh ckp.tapi,mahal.

    ReplyDelete
  5. takpe. nanti cikgu try cari buku tu.
    nampak menarik untuk dibaca.
    mesti berbaloi. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...