mereka yang hebat

Friday, December 31, 2010

special edition

entri ni merupakan special edition. kenapa? sebab kalau korang pembaca setia blog ini, mesti korang tahu dalam setiap bulan aku akan berselang seli menulis 3 atau 4 entri sahaja. tapi kali ni, aku tambah satu entri special edition menjadikan bulan ini ada 4 entri semuanya. oke. tak kisahlah tu semua.

sepanjang 365 hari dalam tahun 2010 ni, aku dah rasa macam macam benda dalam hidup ni. tak payahlah cerita lagi. banyak yang aku ceritakan dalam blog. dan kebanyakannya benda benda penting yang pernah berlaku dalam hidup aku. yang kurang penting aku simpan dalam hati sahaja.

sepanjang aku menjadi penulis blog tak rasmi ni, aku selalu fikir, agaknya ada tak yang datang dan baca blog aku ni? suka ke dengan apa yang aku tulis ni? kadang kadang, aku tulis panjang panjang merepek kerepek tapi lepastu kalau orang tak baca memang rasa macam mak nenek yang membebel sorang sorang. uh. korang pernah tak rasa macam tu? ke aku sorang je yang fikir macam tu? *erk*. lepastu sebab nak sedapkan hati aku pun mesti fikir macam ni :

"eh, ada aku kesah? aku punya suka la. blog aku bukan blog kau. ini bukan Cool Blog."

hahaha. mak nenek sungguh aku ni!

takpela. kalau selama ni apa yang korang rasa sama macam apa yang aku rasa, its oke. tak apa, tak apa. chill oh! menurut pakcik ini, follower beriban pun tak guna kalau takde orang baca blog kau. yela, view dan baca pun tak, alih alih jadi follower, kan? so, toksah la menangis berguling guling atas katil sambil pukul pukul dinding bilik kau kalau blog kau tak femes tambah pulak sikit bebenor followernya. jangan ya. tolonglah. jangan. buruk sangat. *nasihatkan diri sendiri jugak ni* huhu. aku rasa, walaupun seorang dua je yang baca blog kau, itu bermakna masih ada orang yang suka baca blog kau dan menghargai apa yang kau tulis. ya. percayalah cakap aku ni. kata kata ni aku petik dari novel 'prince charming' yang ditulis oleh ratu bulan. ehem. kenapa, pelik ke orang macam aku baca novel? err, abaikan tajuk novel tu. cerita dia memang best cuma agak aneh sedikit. ya. aku pun tak berapa faham kenapa aku boleh baca novel tu sampai habis. eh, apa yang aku merepek ni ha? err, oke dah. cukup cukup la tu.

selama aku hidup ni, ada dua orang pernah pesan kat aku supaya jangan berhenti menulis. siapa mereka? biarlah rahsia. kalau ikutkan, aku menulis apa yang aku rasa sendiri. tak ada pun orang suruh suruh. jujur sajalah. itu lebih bagus. tak payah la jadi orang lain. buat penat je nak fake fake bagai. apa yang korang baca, itulah aku. kalau korang rasa apa yang aku tulis macam mendatar je macam plywood, what more can i say? mungkin aku tak reti nak menggedik bermanja manjaan. letak banyak gila smiley dan hahaha dalam satu entri dan tulis macam ni :

"aq xpuas aty. shukenyew pat g midvalley!!!! tEringIn SgT nk bELi bjU pInKy CoLouR tuww!! nSeB bEk CaYuNk bElikAn. I LuB U DaRlinG!!!!!! mmmMMMUUaaaHH ~^*^~ :DD

argh. rimasnya. oke. itu kelemahan aku. aku. tak. reti. menggedik.

akan datang, mungkin aku dah tak guna style 3-4-3 macam entri entri aku sebelum ni. (dah macam strategi main bola pulak dah). lepas ni aku nak tukar style lain. takpelah. biarlah masa menentukan. *mak aih ayat power taknak kalah. menyampah!* (padahal belum fikir lagi hehehe).

yang penting, aku akan terus menulis lagi lepasni. cuma ikut la mood broadband aku jugak. kadang kadang kalau dah tiba hangin nya tak kuasa jugak aku nak melayan kalau lambat sangat nak update blog kan. haha. ya. memang aku pemalas pun. idea mencurah pun tak guna kalau line internet slow gila. merencatkan mood saja.

azam tahun baru? seriously, tiap tiap tahun aku takde azam yang spesifik. yela, kalau ikut logik, semua orang nak jadi lebih baik dari semalam, kan? ada ke yang nak jadik lebih jahat? eh, kalau ada aku rasa mungkin orang itu tak cukup WARAS? *erk*. cuma, err, mungkin aku nak jadi lebih gedik sikit. hei jangan fikir bukan bukan. maksud aku, jadi lebih perempuan sikit. jangan hanya tahu jadi stiff macam plywood yang takde perasaan saja sepanjang masa. hati batu. huu. *tetiba aku rasa macam tak normal pulak*. persoalannya sekarang, macam mana. nak jadik. lebih. perempuan. ya? haha hatoi chek mek molek betol!

last crap, selamat tahun baru 2011. maaf zahir dan batin. :) .

dah tu je. sekian, terima kasih.

oke, aku dah dengar bunyi mercun di luar rumah. dah macam perang dah.

Saturday, December 25, 2010

picture of the month


8.26 pagi.
18.12.2010.
Nasi Lemak Tanglin Sdn. Bhd., Jalan Tanglin, Kuala Lumpur.

aku ditinggalkan kerana Nasi Lemak Tanglin.

ceritanya macam ni. lepas je subuh, aku, mak, ayah, dengan dua orang adik aku bertolak dari kajang ke jalan tanglin dekat area Taman Tasik Perdana haritu semata-mata untuk sarapan dekat Nasi Lemak Tanglin Sdn. Bhd. dah berapa tahun entah tak jejak kaki kat tempat tu. dah tak ingat bila last. nak dekat lima tahun jugak kot. so masing-masing jadi happy tak hengat la kan.

sesampai je kat tempat parking, masing masing terus je bukak pintu kereta. macam dah setahun tak makan, masing masing terus menyerbu nak beratur dekat restoran tu. oke. aku pulak dok terkial kial mencari kamera yang aku letak dalam beg galas ni. aduh, bercampur aduk dengan pampers aina, wet tissue, botol mineral 500 ml, purse, handphone, dan macam macam lagi la barangan yang tak sempat aku nak keluarkan semuanya. cari punya cari, tiba tiba aku terdengar bunyi kereta kena lock. weh, jangan kata..

aku. DAH. KENA. LOCK. DALAM. KERETA?!
APAKAH..??

oke. aku tau bunyinya macam budak budak tapi ini memang benar sebenar benarnya. aku hanya memandang sayu je ahli keluargaku seramai empat orang yang tercinta itu pergi meninggalkan aku terpinga pinga keseorangan di dalam kereta. what the.. aku taktau la nak tergelak ke nak menangis masa tu. haish. aku pun ketuk ketuk la cermin kereta dari dalam (aku duduk seat belakang). tak jalan. aku lambai lambai dari jauh. pun tak jalan. ada kereta blocking pulak. aku ketuk la lagi. lepastu aku nampak segerombolan family naik kereta wira kaler hijau tua betul betul depan tempat parking kereta ayah aku tu. aku pun berhenti ketuk cermin dari dalam. aku pandang diorang. kalau aku terus ketuk cermin kereta masa tu, nampak sangat aku macam kena kidnap. dah la pakai baju kaler merah tak agak agak. macam takde hari lain je kan. haduiyai. apakah? aku terus terdiam tak buat apa apa.

untuk sesaat, aku merenung nasib diri ini.

"KERANA NASI LEMAK TANGLIN, AKU DITINGGALKAN..."

aku pandang tempat duduk sebelah. bagus. handphone emak dengan adik adik aku ada sekali. haila. bahagianya hidup. rasa best sangat macam tengah makan coklat. erk. mula mula aku ingat nak buat diam je tak payah la nak buat lawak calling calling bagai. bajet ala ala mogok lapar la. sekali tu dah lepas lima ke tujuh minit tu still takde orang nak resque 911 aku, maka, aku dengan rasa rendah diri terpaksa la mengecall ayah aku. dari jauh aku nampak beliau yang tengah beratur nak beli nasi lemak tu..

aku : assalamualaikum, ayah.
ayah : waalaikumussalam.
aku : sedap yah makan nasi lemak tanglin?
ayah : eh. mestilah. tengah beratur ni. nina kat mana ni? kenapa pulak call ni?
aku : kat dalam kereta.. *buat suara kesian*
ayah : laa.. cepat la keluar. ramai orang ni.
aku : ayah bukak la pintu kereta ni dulu.
ayah: hah? laa.. terkunci kat dalam ke?
aku : *senyap*. laa.. ayah tak perasan ke?

tak lama lepastu aku nampak adik lelaki aku unlock kereta. tersalah tekan pulak. oke. alarm berbunyi. sangat bagus. aku bukak pintu. lepastu aku terus buat muka selamba pergi kat ayah. meninggalkan adik lelaki aku dengan alarm kereta yang berbunyi tadi terkapai kapai keseorangan. padan muka. hahaha. oh. memang jahat.

setelah beratur panjang, inilah hasilnya.



nasi lemak. ikan bilis. timun. telur. kacang.
sambal sotong. bergedil. daging.
teh tarik.


kan aku dah cakap.
macam tak makan setahun, kan?
sekarang dah percaya, kan?
haha.. (^_^)v

Saturday, December 11, 2010

6 benda yang orang selalu post dalam blog


ini adalah berdasarkan hasil pemantauan dan peng-usha-an blog yang aku lakukan sendiri selama lebih kurang setahun aku memblogkan diri ini. banyak yang ada kat aku, dan banyak juga yang ada kat korang. ape? takde? dah. tak payah nak tipu aku. aku pun pernah masuk blog korang jugak. hee ^^. cuma, err, aku tak drop comment atau follow je kot? *erk*


ah. rama rama you!

6. catatan harian/pengalaman hidup.
ni yang paling selalu orang post. menulis blog ni lebih kurang macam tulis diari jugak. (eh, zaman sekarang ada lagi ke orang yang tulis diari?). jujur cakap, aku tak pernah ada diari. organizer pernah la ada (eh, same ke?). oke. back to the topic, dalam catatan harian ni, ada cerita suka duka yang dikongsi bersama pembaca blogger yang lain. "hari ni aku makan aiskrim haagen dazs" pun orang tulis dalam blog. "semalam aku happy sebab dapat beli purse baru" pun orang tulis dalam blog. dan banyak lagi la. (ini hanya contoh, tak ada kaitan dengan semua kura kura ataupun semut)



malas nak kawan kau lagi dah!

5. kesentapan.
tulis segala yang sentap mentap kat dalam blog. siap dengan carutan maki dan 'kata kata manis' dan 'pesanan terakhir tapi tak mati pun' bagai. blog ialah tempat meluahkan rasa, memandangkan blogger ni ramai orang tak kenal melainkan kawan kawan rapat je. lagipun, dalam tulisan sentap mentap tu kita tak payah reveal siapa yang kita maksudkan pun tak ape. orang tak tau. kira safe sikit la. karang kalau cerita kat kawan, kawan pulak pegi murah hati cerita kat orang lain pulak. dah malu. dah taknak kawan seminggu. huh! taknak kawan!



ke hadapan, ke belakang, ke tepi, dan ke tengah.

4. surat chenta.
ini pun famous. (aku pun ada gak ek?) *erk*. surat untuk orang yang kau sakit hati, surat untuk gewe, surat untuk bakal suami/bakal isteri dan lain lain lagi la. tujuannya untuk menyatakan rasa hati secara berkias. eh, kita kan orang melayu, you. agaknya kalau internet ni ada sistem pengesan bau, mesti surat yang korang layangkan tu siap letak bedak lagi biar bau wangi kan. adeh~



hensem tak aku?

3. review/fakta.
selalunya, review/fakta ni untuk blog secara berjemaah. contohnya satu kelas. kau nak review buku rujukan terbaru, link website terkini, fakta, soalan spot, soalan bocor (hm, ada ke?). kalau blog individu pulak, selalunya tazkirah, fakta umum, review movie terbaru, drama terbaru dan gf/bf terbaru. eh? oke. abaikan je yang last tu.




"apa hobi awak?"

2. hobi/bisnes.
lain orang lain hobi. kalau hobi dia fotografi, dalam blog dia post banyak gambar. kalau menjahit, banyak la barang barang kraf yang dia hasilkan lepastu ada tu yang buat bisnes lagi. oh, kelass mak! ada tu hobi yang suka tanya apa hobi orang. macam ayumi hamasaki.



i lap u. u lap me.

1. cintan cintun
haish. ini la yang aku rasa dalam setiap blog, mesti ada punya entri entri berunsurkan percintaan-kasih sayang-cinta mati-putus sudah kasih sayang dan macam macam lagi la. ini memang tak boleh elak. kalau tak direct, berkias. ala. aku paham sangat. aku kan perempuan. aku tau la. tak payah nak cover. hehe. ala. tak salah pun. hormon adrenalin dengan hormon lup-lup tengah banyak kan. cuma kalau bencintan sangat aku geli la nak baca. rasa seram sejuk. lebih baik korang buat entri review movie : hantu mak limah balik kampung. eh. betul ke tajuk yang aku tulis ni?

dah tu, ape lagi? agak agak kalau takde lagi seperti yang aku senaraikan ni, korang cepat cepat la update blog korang ye. tak payah la malu malu. paling paling pun aku gelak guling guling sorang sorang dalam bilik. bukan ada yang tau pun kan? ehe :). dah. tu je. sekian, terima kasih.

Thursday, December 2, 2010

rebung masak lemak cili padi



bahan-bahan A
(ditumbuk) :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
sejemput udang kering
5 tangkai cili padi (nak pedas lagi tambah la sendiri ek)

bahan lain :
1 plastik rebung (nak ganti dengan ayam ke, udang ke, daging ke, pucuk paku ke, pucuk ubi ke apepon boleh.. ikut suka hati korang la)
1 plastik santan
sebatang serai (dititik)
garam
gula
ajinomoto (kalau suka. tak suka pun takpe janji aku suka)

cara-cara:
1. memula, rebus rebung supaya hilang bau.
2. tuskan air rebung tadi, pastu dengan periuk yang sama, masukkan air sampai sama paras dengan rebung. lebih sikit pun takpe janji rock.
3. bila air dah menggelegak, masukkan bahan A yang dah ditumbuk tadi. kacau sikit guna senduk.
4. bila bahan tadi dah sebati, dah naik aroma dia, masukkan pulak santan. jangan ragu dan malu. masukkan terus sepaket santan tu tanpa syak wasangka lagi.
5. tambah garam, gula, ajinomoto sikit. ikut sedap korang la rasa macam mana yang korang nak.
6. pastu last sekali masukkan serai yang dah dititik. bukan apa, nak bagi sedap lebih sikit je sebenarnya.
7. tunggu la 3-5 minit sampai mendidih betul. dah siap. ha, lepastu, silalah hidang comel comel dalam mangkuk lepastu letak atas meja makan.
8. sedap dimakan bersama nasik putih, sambal belacan dan kacang botol.

selamat mencuba ya kawan-kawan! hehe~ :)

Friday, November 26, 2010

picture of the month


the bright white spiderlily,
putrajaya.



kingdom : plantae - plants
subkingdom : trachebionta - vascular plants
superdivision : spermatophyta - seed plants
division : magnoliophyta - flowering plants
class : liliopsida - monocotyledons
subclass : liliidae
order : liliales
family : liliaceae - lily family
genus : hymenocallis salisb. - spiderlily
species : hymenocallis caribaea (L.) herbert - caribbean spiderlily

Monday, November 8, 2010

bila cinta


ost lagenda budak setan.

piano cover version.




bila cinta kini
tak lagi bermakna
yang ku rasa kini
hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu
dulu kau tawarkan manisnya janjimu
dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi
tinggalkanku

hilangnya cintamu
menusuk hatiku
hingga ku memilih
cinta yang fana
perginya dirimu
merobek jantungku
hingga ku terjatuh dalam harapan

kusebut namamu
di setiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yang ku dapat hanyalah bayangmu

Friday, November 5, 2010

kakak iparku kak siti


haritu aku pergi tengok wayang. dekat midvalley. dengan abang, kakak ipar, dan adik lelaki aku. cerita megamind 3D. memang best cerita tu. kelakar gile.

sebelum wayang mula, kakak ipar aku tengok je selipar yang aku pakai. aiseh. jangan la dia komen. tolonglah, tolonglah. dia pantang sikit tengok aku keluar pakai selipar. nak nak selipar jamban. lagilah! sama dengan mak aku. cuma mak suka keluarkan mukadimah macam ni :

"awak tu nak jadik cikgu. dahla pakai beg sekolah macam student jugak. kasut entah ke mana. mak belikan kasut taknak pakai. balik balik selipar jugak yang nina pakai. sama la dengan beg tangan, baju, mekap pun. haish bila la nak berubah nina ni"

lepas tu nanti aku buat senyap je. betul jugak cakap mak. tapi aku ni memang jenis malas la pulak nak bergaya bagai kalau nak keluar. asal boleh sudah.

dipendekkan cerita, kakak ipar aku memulakan dialognya. biasalah.

kak ti: baju dah cantik dah.
aku: terima kasih.
kak ti: tapi selipar, jamban mari.
aku: hehe.
kak ti: jom tengok kasut.
aku: kak ti nak beli ke? tak payahlah. balik seremban memang nina nak beli pun nanti.
kak ti: takpe. kak siti belanja.

lepas tu aku ikut dia. tengok, belek satu satu. ikutkan hati tak payah beli kot setakat tinggal seminggu kat maktab bukan pergi berjalan sangat. aku layankan aje. macam kakak ipar aku pulak yang nak pakai. dia tunjuk satu satu. sampai la satu kasut ni. pump shoes. warna.. pink?! aku tengok je. diam. jangan beli. tolong. jangan beli. cukup la bagi aku baju kurung pink haritu.

kak ti: nina, try ni.
aku: erm.. warna lain ada?
kak ti: (sambil cakap kat salesgirl kat situ) adik, warna lain ada? hitam ke, putih ke?
salesgirl: takde la kak. ada pink aje.

berat hati. aku. dengar. je. aku sarung jugak. lepastu mintak saiz. oh my god. ada pulak. ingatkan tak ada. muka kak ti berseri seri macam berkenan. tolong kak ti. jangan.. pink..?!
err..

tapi akhirnya, kasut tu selamat jugak jadi milik aku. hmm. helah tak jadik. siap terus pakai kot. yelah dah kena sound pakai selipar jamban. kena la pakai. orang belanja kan?

kak ti: birthday bila?
aku: bulan **
kak ti: happy birthday.. in advance! (senyum manis)
aku: terima kasih. segan la pulak. hehe.

sepuluh minit je dah setel beli kasut. sebab aku malas nak lama lama. nasib baik kak ti tak lama. terus pilih dan terus bayar. lepastu kami tengok wayang sama sama.

oke.
adik lelaki aku malas nak join amek gambar sekali.
dia malu.
aku?
hehe, fikir la sendiri.. :P

habis wayang, kami pergi makan dekat carl's jr. makan, makan, makan.

abang, adik

kak siti

yang aku order.
ice lemon tea.
classic burger + cheese.
french fries medium.

kesimpulannya, kalau orang yang belanja, semuanya sedap aje. hehe. gurau je. terima kasih abang. terima kasih kak ti. terima kasih adik sebab ikut sekali menyibuk di tempat kejadian. sebab dia beria-ia nak tengok megamind la kami keluar bersama. memang best! harap harap lain kali boleh keluar sama sama lagi macam ni. :)

oh, cerita belum habis. esoknya, pukul 7.20 pagi. pagi, kan? ye. walaupun pagi abang aku semangat ajak aku tengok cerita lagenda budak setan. apekah? aku? layan jela. dah orang bukak kan.

abang: semalam kata nak sangat tengok cerita ni?
aku: (muka blur terpinga pinga. apakah ini semua? bila masa? tapi..) oke.

abang aku bukak je. lepastu aku pun tengok sorang sorang. orang ajak sarapan pun aku tengok gak cerita tu. memang jiwang kot. sejam lepastu kak ti duduk sebelah aku. layan jugak.

kak ti: best tau cerita ni.
aku: em.
kak ti: kesian tengok part ayu kena belasah.
aku: em.
kak ti: kak ti nangis tau tengok part ayu mati tu.
aku: kenapa mati?
kak ti: tengok la. kalau cerita jadik tak surprise pulak.

aku pun tengok. tengok. ha'a la. syahdu la cerita ni. akhirnya sampai la part ayu mati tu.

kak ti: kak ti nangis time ni je.
aku: oh. dia mati sebab ni ke?

diam.

aku toleh sebelah. meleleh air mata kak ti aku tu. alalalala. aku tahan gelak. tapi lepastu tak tahan aku boleh pulak gelakkan dia. dia cubit aku kuat kuat. sakit! haha. pagi pagi dah berdrama camni. hadoiyai. kak ti kak ti. aku senyum je.

Sunday, October 31, 2010

picture of the month




memories are forever.
they're priceless.
treasure it.

Thursday, October 21, 2010

kuetiau goreng seremban parade


makanan kegemaran aku kuetiau goreng seremban parade. asalnya aku tak suka pun kuetiau. tapi kenapa boleh suka pulak? sebab? sebab masa mula-mula aku datang belajar kat seremban ni, aku taktau mana tempat yang paling best kat seremban ni selain seremban parade (sebab ada tempat boling kot). bila dah lama sikit duduk baru pandai sikit-sikit berjalan-jalan melihat alam. hehe..

dipendekkan cerita, rasa kuetiau goreng seremban parade yang dulu dengan sekarang dah banyak berubah. mula-mula aku fikir "alaa.. perasaan aku je kot".. tapi bila kawan-kawan aku yang lain pun cakap "ha'a.. dah lainla.. tak macam dulu.." maka aku pun merumuskan bahawa sememangnya rasa dia dah berubah. dah jadi makin pedas, kurang manis, kadang-kadang terlebih masin, dan sebagainya.

bila aku fikir-fikir balik, kuetiau goreng seremban parade ni sama je macam hati manusia. boleh berubah. bila-bila masa aje. dulu sedap, sekarang dah kurang sedap. hati manusia pun macam tu. bila sedap, suka. tak sedap, tinggal. rasa tak adil, kan? manusia memang suka yang baik, cantik, wangi, bagus, sedap. bila dah tak cantik, tak wangi, tak bagus, tak sedap, tunggu masa je nak dibuang. cuba fikir, tukang masak kuetiau tu orang yang sama, tapi macam mana rasa kuetiau yang dia buat tu boleh berubah pulak? mungkin ramuannya dah tak sama macam dulu. kilang dah tutup ke. ape ke. takkan kita cuma expect benda yang sama. contohnya, takkan aku nak expect rasa dia takkan berubah sampai bila-bila. tak boleh macam tu. itu tak adil bagi si tukang masak. bukan salah dia pun.

hati orang pun, sama jugak. kita tak boleh expect akan kekal sampai bila-bila. kalau setia, baguslah. kalau tak? nak paksa jugak ke? uish.. tak adil.. tak adil.. semua orang ada hak memilih. cuma bergantung pada apa yang kita pilih. hari ni suka, esok tak suka. lepas tu tukar lain. bila dah bosan tukar lagi. sampai bila? bila nak puas hati kalau macam tu? hmm.. dah besar kan.. semua boleh fikir sendiri..

bagi aku, berubahlah macam mana pun, aku tetap suka kuetiau goreng seremban parade walaupun rasa dah tak sama macam dulu.

*untuk abang aka daddy aina, selamat hari lahir ke 27, 20.10.2010. semoga Allah merahmati abang sekeluarga. amin. :) *

Tuesday, October 5, 2010

IRIS



ni entri pertama aku untuk bulan oktober ni. aku nak kongsi tentang satu drama korea yang bertajuk 'IRIS'. sebenarnya cerita ni tahun lepas lagi dah ada. tapi baru sekarang ni free sikit nak update blog. huhu..

berbalik pada IRIS. cerita ni adalah tentang dua orang sahabat baik yang bernama kim hyun-jun (dilakonkan oleh lee byung-hun) dan jin sa-woo (jung joon-ho). dua orang kawan ni askar dalam latihan. tapi sebab dua orang manusia ni sangat terer berlawan sebab mereka ketua platun Alpha dan Bravo, maka mereka ni terpilih sebagai ejen National Service Security (NSS) iaitu satu badan pertubuhan perisikan negara Korea Selatan. kat situla diorang berdua ni berjumpa dengan choi seung-hee (kim tae-hee).

lepas tu, dipendekkan cerita, kim hyun-jun ditugaskan untuk membunuh seorang VVIP kat budapest, hungary. tapi lepas dia berjaya, baru dia dapat tau yang dia sebenarnya dah diperangkap dan lepas tu bermulalah cerita sebenar. memang thrill gile kot. aku tengok dua episod je memula, tapi pastu takleh berenti pulak. hehehe :) . memang terbaik la cerita ni walaupun ada gak yang cakap kat aku "ei.. hero dia tak hensem la sebab tu aku taknak tengok..". so what? ade aku k? haha.. lagipun ada T.O.P bigbang kot. dia rapper dalam bigbang, ingatkan tak pandai berlakon, setakat harap muka je, tapi memang best gile kot dia ada. tambah lagi watak dia kan kejam. secret assassin. cayalah T.O.P!! :)

untuk trivia cerita ni, boleh klik link ni.

*kepada sesiapa yang sukakan benda-benda comel, mellow, sila jangan tengok cerita ni. sekian terima kasih~ *

Sunday, September 5, 2010

bintang hatiku



cepatnya kamu besar, aina. acik nina rasa macam semalam kamu baru lahir. sekarang dah pandai ye kamu.. nak tidur pun beralas lengan acik nina. bila acik nina ganti dengan bantal kecik pun kamu dah merengek. aina..aina..

dah besar besar ni pandai pulak kamu dengar lagu yang bukan bukan ye aina adani.. lagu ape omputih tu.. baby baby ooohh? justin bieber? aduyyai.. nobody nobody - wondergirls, it's you - super junior?? apakah ini semua aina? acik nina tak ajar pun aina ikut jadik macam acik nina tau.. dengar lagu korea bagai. acik nina cuma plan kita tengok movie dengan drama korea aje bila aina dah besar sikit nanti. ni mesti keje ayah ngan ibu aina ni kan? kan? haa.. tak baik tipu acik nina tau! acik nina tahu~~ ^-^

aina tau tak umur aina sekarang ni berapa? ha.. kira pakai jari cepat dah berapa bulan. tak cukup? ha.. pegi tambah jari kaki sekali. dah 1 tahun 3 bulan. 1 tahun ade berapa bulan aina? ye.. 12 bulan. tambah dengan 3 bulan jadik 15 bulan. pandai anak acik nina ni. pasni kita kira bintang kat langit pulak ek. pastu pegi jalan jalan naik kereta. tapi aina jangan tidur kat lengan acik nina pulak tau? nanti camne acik nina nak drive. hehe. nakal aina ni. dah besar nanti jadik budak baik tau!

nape la acik nina rase biar aina lambat je besar. tak mau cepat sangat. aina pengubat duka lara acik nina. aina cute macam ni. kalau acik nina membebel banyak banyak pun aina tak mengamuk, tak bising, tak marah. aina diam je dengar acik nina membebel. aina pendengar yang setia. sambil dengar, sambil aina tengok dalam dalam mata acik nina. padahal tak paham ape ape pon. hehehe. kesian aina. tapi takpe. aina tau kan acik nina aina ni baik orangnye? aduh. terpuji diri sendiri lak. sori aina. sengaje. hehehe :)

oke aina. acik nina ade kerja sikit nak buat. nanti kita jumpa lagi. aina jangan main lari lari jauh jauh tau. nanti kalau jatuh siapa susah? bukan acik nina ye. ayah ibu aina jugak yang susah. acik nina jauh ni. tak dapek den nak nolong. hehe. jangan nakal nakal. acik nina rindu aina. i do miss u so much! :)

Saturday, September 4, 2010

haru haru




neon neul jeo haneulgachi hayake
tteun gureumgwado gachi saeparake
neon neul geureoke useojwo amu il eopdeusi

Tuesday, August 31, 2010

picture of the month



tarikh : 09082010
lokasi : medan selera ampangan, seremban

"bukan selalu kita dapat macam ni"

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53.
senyum selalu.

(^_^)Y

Wednesday, August 18, 2010

aku ingin sangat



ramadhan datang lagi. ni la entri baru aku lepas 8 hari umat Islam berpuasa. pemalas sungguh aku ini nak menulis. huhu.. selalu kalau ramadhan ni yang paling nikmat sekali mestila masa berbuka dengan pegi solat tarawih.

tahun ni tak macam ramadhan lain aku rasakan. kalau dulu mesti nak pegi bazar ramadhan setiap hari, tapi kali ni aku dan kawan-kawan putuskan untuk berjimat sahaja. janji ada nasi, janji kenyang. sudah. tak demand lebih lebih macam zaman dulu kala. kalau ada duit tapi tak ada selera pon tak guna jugak kan? ^^

lepas tu solat tarawih. tahun ni aku tengok balai islam penuh je saf dari depan sampai la belakang. alhamdulillah. mungkin jugak sebab budak budak PIA semester 1 dengan 3 memenuhkan ruang saf muslimah itu, tapi aku tengok batch dan unit lain pon ramai jugak. ceh, aku ni datang buat solat tarawih ke buat inspection ha? hahaha! apa apa pun syukur masih ramai lagi umat Islam menghayati nikmat solat tarawih kat IPG tercinta ni. :)

dalam ramai ramai muslimah yang hadir tu, aku kagum tengok budak budak PIA. suka tengok diorang. cemburu sebenarnya, sebab yang sebenarnya cita cita aku nak jadi ustazah. tapi aku ni sekolah agama pun takat darjah 3 saje. sedih tau. huu.. ilmu agama tak cukup lagi tapi kena pindah. masa belajar kat sekolah agama aku paling suka subjek bahasa arab dengan tajwid walaupun tak terer tapi aku peduli apa. aku punye suka la. hehehe. hmm.. agaknya kalau ade mesin masa yang doraemon pakai tu kan, aku nak balik zaman aku sekolah agama dulu, aku nak belajar sekolah agama sampai abes. entah. rasa terkilan pun ada. lagi 3 tahun je patutnye nak abeskan belajar kat sekolah agama tapi apakan daya takdir dah tentukan.

dulu aku baca surah Yasin pun gagap. masa arwah nenek meninggal dulu, aku tingkatan 3 tapi baca Yasin tergagap gagap. sedih aku. mak pesan kalau mak ayah tak ada nanti, aku kena bacakan Yasin untuk diorang jangan gagap gagap nanti mak ngan ayah sedih tengok. tahun 2005 aku pindah lagi. aku masuk hostel masa tingkatan 4. kawan kawan lain lancar gila baca Yasin, aku dok tengok huruf huruf tu, memang boleh baca tapi tak lancar. masa tu menitis air mata aku pandang helaian-helaian surah Yasin tu. tapi sekarang alhamdulillah, lepas practice makes perfect yang aku amalkan, hasilnya menjadi. mula saat tu aku tak gagap lagi baca Yasin. sukenye! :)

tapi sekarang ni aku masih lagi dalam proses belajar lagi ilmu ilmu agama yang lain. ibadah, feqah, tajwid. tengok buku, dengar ayah aku bercerita. aku belajar sikit sikit lama lama jadik bukit. aku pandang diri aku dan aku tengok jugak orang lain. orang lain belajar agama tinggi tinggi sedangkan aku belajar agama pon tak abes. huuu sedihnya.. :( . rasa diri ni kecik sangat. kerdil sangat. tak sempurna sangat. kawan kawan, tolong ajar kalau aku salah ye? ilmu tu kalau kongsi makin lama makin berkat tau.. ngee :)

kepada semua pemblogger tegar di luar sana, aku ucapkan salam ramadhan al-mubarak. semoga segala amal ibadah kita walau seberat biji sawi tapi berkatnye berpanjangan. insyaAllah.. :)

Tuesday, August 3, 2010

today's learning outcome


hari ni belajar satu benda baru.
keyakinan yang kita bina sikit demi sikit dengan penuh susah payah boleh hilang dalam sekelip mata.
baru aku rasa susahnya untuk jadi diri aku hari ni.
aku putuskan untuk biarkan saja.
aku kan kuat. :)

Saturday, July 31, 2010

aku terbaca dari sebuah buku..


keutamaan cinta ibu bapa dari cinta isteri

setiap wanita sudah tentu tidak akan menyukai lelaki yang menjadi suaminya memiliki kerosakan mental dan tidak mengerti tanggungjawabnya yang sebenar.

sebaliknya, dia mengharapkan lelaki yang mempunyai kesihatan mental dan memiliki tanggungjawab tinggi dalam menjalani kehidupan sehari-hari, mencintai ibu bapanya dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. sebab cinta suami kepada ibu bapanya lebih utama daripada cintanya kepada isteri.

suami yang mengabaikan ibu bapanya tidak dapat diharapkan akan berlaku adil ke atas isteri dan anak-anaknya. oleh itu para muslimah hendaklah memilih bakal atau calon suaminya lelaki yang mencintai dan menyayangi ibu bapanya.

untuk mengetahui apakah calon suami termasuk orang yang taat kepada orang tua atau suka menentang dan melawan kepada orang tuanya, seorang muslimah dapat menyelidiki dengan bertanya hal tersebut kepada ahli keluarga, kerabat terdekat atau jirannya.

memandangkan tingkah laku baik seorang suami dan kecintaannya kepada ahli keluarga sangat penting, para wanita muslimah perlulah meneliti sikap calon suaminya terhadap kedua orang tuanya. jika dia termasuk lelaki yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya, lelaki seperti ini baik untuk dijadikan suami. insyaAllah, kelak rumah tangganya akan berbahagia.

p/s: aku pon bukanlah baik sangat, tapi tak salah kalau kita saling mengingatkan, kan? ^^
sayangilah ibu bapa kita sebelum kita sayang orang lain. sekian terima kasih.

Thursday, July 29, 2010

selamat hari lahir




chaill, 25 julai




mijan, 25 julai




wak, 27 julai




lala, 28 julai




ah hoong, 29 julai




abg amin, 30 julai




e lyn, 31 julai


HAPPY BIRTHDAY. may all your wishes come true. :)


Wednesday, July 21, 2010

picture of the month




gambar ni diambil masa kat ASEAN School Games (ASG) ke-2. gambar ni amek kat Stadium MABA belakang petaling street. budak yang kat tengah tu sebenarnya injured masa 1st half. tapi dia punya semangat memang kuat, dia tak keluar pun dan teruskan permainan macam biasa. nama dia sacre, player indon. jersi nombor 7. peh memang jadik sumber inspirasi akula pasni. huhu :)

Monday, July 12, 2010

suatu masa dulu, aku..


insyaAllah hari ni aku akan memulakan tugas-tugas menyiapkan buletin bersempena Asean School Games kali ke-2 2010 (ASG2), lebih kurang 10 hari juga aku akan berada di KL bersama-sama 10 lagi rakan-rakan lain. kami akan bertugas sebagai krew fotografi, dan sesungguhnya jauh di sudut hati aku bersyukur dan rasa bertuah sangat kerana sekali lagi IPG kami diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. peringkat antarabangsa tu. (menggigil jugak aku mula-mula takut tak dapat laksanakan tugas dengan baik, tapi aku kuatkan semangat). syukur alhamdulillah.

suatu masa dulu, aku masih ingat lagi satu peristiwa yang masih segar lagi dalam ingatan aku ni. peristiwa yang susah betul agaknya untuk aku lupa sampai bila-bila. waktu tu beberapa hari sebelum aku pergi bertugas di KAGUM 2009 kat bandar penawar, kota tinggi. ada satu audition untuk mencari peserta untuk pertandingan nyanyian KAGUM. maka ramai la penyertaan. aku tak pergi pun. nak buat macam mana kalau hati aku bukan di situ. lagipun, aku terlalu teruja untuk bertugas sebagai wartawan merangkap jurufoto nanti bila dekat KAGUM sana. aku tak kisah langsung walaupun aku bukan pergi sebagai peserta. biarlah orang lain teringin nak pergi sana sebagai peserta, tapi maaf, aku bahagia jadi wartawan yang kerjanya ambil gambar walaupun orang hanya pandang sebelah mata. silap-silap orang tak pandang langsung pun agaknya.

dipendekkan cerita, sebenarnya ada seseorang yang telah memperlekeh tugas aku sebagai wartawan merangkap jurufoto tu. yelah, kerja tak glamer la katakan. aku ingat lagi kata-katanya “eleh, bagi jela tugas jadik wartawan tu kat orang lain. ramai lagi boleh buat kerja tu. pergi la sebagai penyanyi maktab. sebagai peserta. pergi sana berpanas-panas, amek gambar klik-klik, posing sikit.., dapat apa? dapat penat ja. baik pegi jadik penyanyi dapat pakai cantik-cantik. dapat bawak nama maktab. dikenali sebagai peserta. kan lagi baik?”. sambil tersengih. jujur aku katakan, aku terguris dengan kata-katanya itu. dan kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat aku sampai hari ni.

masih aku ingat lagi bagaimana pada suatu petang yang hening dengan tiba-tiba dia memanggil aku ke kelas dan meminta aku menyanyi, padahal calon penyanyi KAGUM sudah pun berada di situ tanpa aku ketahui terlebih dahulu. apakah motifnya? ingin menyakitkan hati akukah? maaf, anda tidak berjaya sama sekali berbuat demikian. dengan tenang dan bersahaja aku tetap menyanyi demi memenuhi permintaannya tanpa ada persediaan rapi. aku tunaikan juga permintaannya walaupun berbuih mulut aku meyakinkannya dengan berkata ‘tidak’. aku tunaikan juga permintaannya walaupun aku terguris dengan kata-katanya yang pedih itu. aku tunaikan juga permintaannya, atas dasar aku masih hormatkan dirinya. aku tunaikan juga permintaannya walaupun aku tidak cukup ikhlas sekalipun untuk datang ke kelas pada petang yang hening itu. aku menyanyi secara off-key tanpa memikirkan perasaannya. aku mahu calon peserta itu berbahagia dengan ‘persembahan nyanyian’ aku yang tak seberapa itu. sekurang-kurangnya peluang peserta tersebut cerah bila mendengar aku menyanyi macam tu. kerana sudah jelas dan nyata aku pernah berkata banyak kali kepada ‘dia’ yang aku hormati itu, “ini bidang yang saya suka. walaupun tak glamour macam jadi penyanyi maktab, tapi saya nekad. saya bahagia dengan apa yang saya pilih dan saya takkan menyesal langsung. biar apa pun orang nak kata”. aku tak pernah pulak merendahkan bidang nyanyian atau seumpama dengannya. bagiku, nyanyian itu seni. bukan juga aku bodoh sombong, tapi untuk menyanyi di khalayak ramai bukanlah sesuatu yang dapat aku lakukan dengan sepenuh keyakinan aku. bukan sesuatu yang suka-suka untuk aku lakukan. aku mahu lakukan sesuatu dengan ikhlas, dan keikhlasan aku itu untuk tugas-tugas mengambil gambar walaupun tak ada baju cantik, tak ada mekap, muka selekeh, berpanas, tak glamour, dan sebagainya tapi itulah yang aku suka. bidang fotografi menyebabkan aku jadi diri aku yang sebenar. aku tak kisah dengan semua itu malah berbangga jadi sebahagian daripada beribu-ribu orang yang menjayakan pesta KAGUM itu walaupun dengan peranan hanya sekecil menjadi seorang wartawan merangkap jurufoto.

sekarang, selepas lebih kurang setahun peristiwa tu berlalu, aku menoleh semula ke belakang. melihat apa yang telah aku lakukan sepanjang berada di IPG tercinta ini. orang yang pernah berkata pedas suatu masa dahulu itu kini menjadi sebahagian daripada tugas yang aku lakukan hingga ke hari ini. bidang yang paling tak glamour sekali. ambil gambar klik-klik. posing sana posing sini. berpanas. apa yang aku dapat? ya, orang itu kini juga masuk dalam bidang yang dah lama aku ceburi ini. setiap kali aku pandang wajahnya, aku akan teringat setiap patah kata ‘manis’ yang pernah dia ‘hadiahkan’ pada aku dulu. aku terluka, tapi dalam masa yang sama aku tersenyum sinis melihatnya. entahlah. memang tak patut kan aku ni? tapi itulah yang aku katakan 'ferris wheel'. sampai sekarang, aku bersyukur kerana menolak permintaannya untuk menjadi penyanyi ke KAGUM. syukur sangat-sangat. sekurang-kurangnya dengan tugas yang tak seberapa ni telah membawa aku merantau jauh mencari pengalaman ke SIPMA seterusnya ke ASEAN. terima kasih kepada ‘dia’ kerana telah menghadiahkan kata-kata yang menjadi pembakar semangat aku itu. dan terima kasih juga kepada sesiapa yang mempercayai bakat dan minat aku ini. insyaAllah dengan minat aku ini, aku nak realisasikan banyak impian aku berkaitan bidang fotografi ni. moga-moga Allah permudahkan jalan aku. insyaAllah.

p/s: kuatkan semangat. buatlah sesuatu kerana minat dan keikhlasan dari hati. tanyalah hati, percayalah dengan kebolehan sendiri, sebab hanya kita yang tau apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. insyaAllah. :)

Tuesday, June 29, 2010

Thursday, June 24, 2010

falling slowly




I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now
Falling slowly sing your melody
I'll sing along

*taken from the movie : Once (2006) - Oscar Award Winning.
falling slowly - by glen hansard & marketa irglova

Friday, June 18, 2010

alkisah ceritera si labu air



labu air yang sangat sedap.

pasar malam taman teratai, 14 jun 2010, isnin. 6.20petang.

aku: adik nak makan lauk ape?
adik: em.. (sambil tengok labu air). nak tu. sedap buat tumis dengan lada hitam. fuhh menjilat jari!
aku: (belek-belek labu air) weh.. tapi yang mane satu nak pilih ni? banyak betul ni.
adik: ala, amek je yang paling besar. habis cerita.

aku dengan kudus mengambil buah labu air yang paling besar pastu bayar. harga : RM3.00.


dapur rumah, 15 jun 2010, selasa. 10.45pagi.

mak: semalam beli sayur ape?
aku: (sambil tunjuk beg plastik warna oren) labu air, mak.
mak: oh bagus.. nak masak ape ni?
aku: ingat nak buat tumis lada hitam.
mak: tau ke nak buat perencah? (sambil tangan mak mengeluarkan labu air yang besar itu dari beg plastik)
aku: haha..mak ajarlah. mane nina tau masak.
mak: ala, perencah macam biasa. tambah lada hitam je satu sudu kecik. eh..kejap..sape pilih labu air ni?
aku: nina la. nape?
mak: ya Allah.. ni labu tua la sayang oi.
aku: ha? yeke? ni nani la ni punye keje suruh nina pilih yang paling besar. (dalam hati tahan geram je kat adik)
mak: ish ish ish.. ni dah tua ni. camne nak makan?
aku buat muka kesian.
aku: nape mak? kalau tua takleh makan eh?
mak: yela. kene la carik yang muda. senang nak kupas. lembut.
aku: habis kalau labu air tua pulak? takleh buat makan eh?
mak: buat makan? kalo dah tua orang buat biji benih laa.. tengok ni, nak potong pun susah.. atoiyai kerasnye.
aku: oh? takleh makan la eh?
mak: boleh, tapi separuh jela.
aku: labu air yang muda tu yang macam mane mak?
mak: kalau labu air muda, kulit dengan tangkai dia ade bulu halus, tak berkilat macam ni ha. lepas tu dia berat. kalau ketuk bunyik dia 'tung, tung'. maksudnye banyak air. kalau ringan macam ni maksudnye dia dah keras, dah tua dah.
aku: la, macam tu ke..
mak: esok pagi ikut mak pegi pasar la.. camne nak kawen camni. nak pilih labu air pon tak lepas? ish ish ish..
aku: oh? oke.. arassoo..

tulah ceritanya. haish. betul la tu. selalu kalau kat dapur aku tengok mak masak, tapi tak pernahnye nak pegi pilih sendiri sayur. kalo pegi pasar jadik bibik tukang angkat beg plastik jela.. pilih sayur lain boleh la. labu air? tula first time (selepas 21 tahun hidup kat atas muka bumi). hahaha.. hatoiiyyaai kau ni pun. malunye la. mak, shinca domo biyane.. oo.. nan saranghanda nyowonyi.. nina belajar masak sampai terer k? janji! hehehe ^^

nilai & pengajaran: jangan jadi macam aku. pegi la belajar masak sebelum terlambat. sekian terima kasih.

Saturday, May 29, 2010

resipi puding biskut mak saya



bahan-bahan :
biskut kraker 14 keping (nak pakai biskut marie pon boleh..biskut lain pon boleh jugak)
telur 4 biji
gula 5 sudu
gula 2 sudu (buat gula hangus atas api kecik atas dapur)
esen vanila sikit je
susu pekat secukup rasa (nak manis letak lebih. kalo taknak manis pakai susu cair)

cara-cara :
1. pukul telur dengan gula sampai kembang. kalo tak, sampai warna dia tukar jadik cam putih sikit.
2. cairkan susu pekat dengan air panas dalam mangkuk. jangan cair sangat. kalo guna susu cair tak payah cairkan lagi.
3. masukkan susu yang dah dibancuh tadi dalam bancuhan telur tadi.
4. kemudian, pecah-pecahkan biskut kraker dengan tangan. nak ramas sampai hancur pon boleh. kalo nak cantik sikit, jangan hancur sangat. masukkan biskut hancur tersebut dalam bancuhan tadi.
5. lepas tu, pukul sebati bahan-bahan tu. masukkan sikit esen vanila.
6. pastu, carik satu loyang. tabur 2 gula sudu untuk buat gula hangus atas api kecik.
7. bila gula hangus dah siap, masukkan bancuhan tadi terus dalam loyang sebelum gula hangus jadi keras.
8. kukus bancuhan tadi guna pengukus. kukus la ikut suka hati tapi selalunya dalam 15 minit pun oke gak.
9. nak tau dah masak ke belum, amek garfu, cucuk-cucuk dia. kalo agak-agak tak melekat kat garfu, ha dah masak la tu.
10. hidangkan ikut suka hati. kalo nak sejuk pandai-pandai la simpan dalam peti ais.

* kalo tak suke biskut, boleh ganti dengan roti cume tambah la lagi gula kalo nak manis.
** nak tambah bahan lain pon boleh gak contohnya kismis ke, buah potong ke, apa-apa je la.

p/s: sebenarnya rindu nak rasa masakan mak..hihi ^^ . mak, tunggu tau. nanti nina balik. hehe :)

Tuesday, May 25, 2010

the case of itaewon homicide





mamat-mamat dodol yang menjadi suspek

ada satu movie korea yang aku dah usha. keluar last year, tapi sebab kekangan masa dan sebagainya aku hanya berpeluang tengok cerita ni bulan ni kat youtube. biaselah kalo tengok kat situ, mesti dia potong jadik seploh part kan.. haih letih gak nak menunggu ianya buffering..hohoho~

tajuk filem ni ialah the case of itaewon homicide atau dalam bahasa koreanya itaewon salinsageon. tarikh release 10.9.2009. diarahkan oleh pengarah bernama Ki-seon hong dan skrip oleh Maeng-yu lee. genre misteri seram-seram kuku sikit tambah bunuh-bunuh sikit. pelakon utama dia biasela my mr. favourite, sape lagi kalo bukan encik jang geun seuk yang manis itu. dan ada pelakon lain yang tak berapa nak famous dan tak pernah pulak aku tengok wajah mereka kat mana-mana cerita di korea setakat ni.

cerita ni sebenarnya diadaptasikan daripada kisah sebenar yang pernah berlaku di itaewon (satu daerah di seoul kat korea) pada 3 april 2007. alkisah pada satu hari tu, ada satu kes pembunuhan dah berlaku kat dalam toilet lelaki kat satu kedai burger yang tak berapa nak famous gak la kat itaewon itu. (aiyookk tade port lain ke nak bunuh, kan).. suspek yang terlibat ialah Pearson (jang geun seuk) dan Alex (shin seung hwan). dua-dua ni konon-konon anak kacuk korea-amerika. diorang berdua ni disyaki membunuh sorang student yang bernama jong-pil jo kat toilet tu dengan 9 tikaman kat bahagian badan. (uish banyak tu!!)

kemudian, dua-dua orang mamat dodol ni disoal siasat la oleh peguam dan kat situla banyak konflik yang timbul dalam cerita ni. menurut sumber, sampai sekarang, taktau lagi sape pembunuh sebenar yang bunuh student tu sampai sekarang walaupun kes ni dah tutup dan senyap camtu je. masing-masing tanak ngaku bunuh student tu. kalo korang tengok movie ni kat youtube, korang akan nampak comment yang kata sebenarnye Pearson tu innocent, ade yang kata dua-dua mamat dodol itu berpakat membunuh. entah la. kalo korang rasa korang lagi terer dari peguam tu, apa kata korang tengok sendiri cerita ni dan buat kesimpulan korang sendiri. ape kate, kan?? haha.. ade bran?? :P


salah tu. camni la bang.. biar saye tunjuk camne..

uik? ape ni??

ape tengok-tengok?


*aku bagi 4 star. cerita ni buat aku berfikir. hmm..*

picture of the month



gambar orang berenang.

aku suka tengok riak air.


Thursday, May 6, 2010

picture for april month

ni aina adani. umur dia masuk 11 bulan. baru je tumbuh gigi bawah dengan atas empat batang. ni dia tengah berlagak buat iklan colgate masa tengah jalan-jalan kat pasar raya. seronok sangat la tu! ceh!
oh, lupe. credits kat abang sebab amek gamba ni. pinjam jap masuk blog. hehe.

Monday, April 19, 2010

first time menang contest. time kasih kat she. :)

macam tajuk yang aku tulis kat atas. huhu.. nak ucap thanx kat she, dan nak ucap thanx kat besfren aku aie sebab kenalkan aku kat dunia blog. thanx to everybody. heheh! teruja sangat!

*lepas aku nampak comment dari she, aku pun berlari-lari anak ke bilik azni dan ati sebab nak gitau aku menang contest.. huhu.. wayar dalam kepala short kejap gara-gara terlalu excited! :P*

Monday, April 5, 2010

encik azlan, bersemadilah dengan aman

pagi semalam aku dikejutkan dengan berita bahawa Encik Azlan, pensyarah Muzik maktab aku telah kembali ke rahmatullah. aku tau pun agak lewat iaitu tengah hari semalam. masa mula-mula dengar berita tu dari kawan aku, aku rasa tak percaya, sehingga la kawan aku tu kata yang orang lain ajak dia pergi solat jenazah untuk allahyarham.

aku terkedu seketika. terasa macam semalam je aku nampak beliau. pergi mana-mana dalam kawasan maktab ni aku masih ternampak beliau. hari jumaat lepas, tiga kali aku terserempak dengan beliau. beliau memakai kemeja berwarna putih. dan seperti kebiasaan beliau akan senyum setiap kali nampak anak-anak murid beliau ni senyum kat beliau.

tahun lepas dalam bulan 10 beliau pernah bantu kumpulan kami (azni, ati, mira dan aku) untuk buat projek ABM untuk pameran. kami minta bantuan beliau untuk mainkan satu lagu yang sangat mudah. lagu ABC. beliau mainkan lagu itu menggunakan keyboard. sehingga kini masih terngiang-ngiang kata-kata beliau satu kenangan bersama allahyarham yang aku tak boleh lupa sampai sekarang,

takpela saya tolong.. saya pun dah nak bersara..

tak sampai pun hajat untuk bersara, rupanya beliau dah pergi dulu..

walaupun beliau tak pernah mengajar kelas aku, tapi sebagai pensyarah muzik, beliau ambil berat hal-hal gamelan, dan satu pertubuhan muzik tak rasmi yang saja-saja kami buka untuk nyanyi suka-suki di maktab. setiap kali itu jugak beliau akan tanya pada memberku jiji..

bila lagi awak nak main flute? bakat yang ada awak jangan sia-siakan..

muka jernih beliau dengan uban memutih di kepala. senyuman yang tak pernah lekang. dan alunan bunyi keyboard setiap kali arwah mainkan dalam biliknya di sebelah bilik muzik itu takkan aku dapat lupakan. semuanya akan membuatkan aku rindu. tak habis lagi aku terkesima dengan berita pemergian arwah Din Beramboi, Allah uji aku lagi dengan khabar sedih ini.

aku pujuk hati aku. terima berita ni dengan redha. yang hidup akan pergi. itu janji Allah.
pada Encik Azlan, rasa sekejap sangat saya kenal dengan encik. Tapi Allah lebih sayang encik. halalkan segala ilmu dan pertolongan encik pada saya. hanya Allah boleh membalas.

moga encik Azlan tenang di sana.. Al-Fatihah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...