seumur hidup korang, pernah tak korang dengar ayat macam ni..
"senang la kalau jadi cikgu.. balik awal.. cuti banyak.."
yeke senang? cuba sesiapa ganti tempat aku sekejap. tak payah lama lama.. try sehari pun cukup la. cuba rasa sendiri macam mana yang dikatakan menjadi seorang cikgu tu senang. nak menjadi seorang cikgu, bukan mudah sebenarnya. tambah lagi bila berhadapan dengan macam macam ragam dan perangai murid murid. haa.. kat situ la cabaran menjadi seorang cikgu teruji. kalau dalam sebuah kelas ada lebih kurang 40 orang murid, maka ada 40 ragam dan perangai la yang kita nak kena faham dan amik berat. nak kena ingat setiap nama murid. kena tahu sedikit sebanyak latar belakang murid. setiap kelebihan dan kelemahan murid. jadi cikgu tak boleh bias. layanan untuk murid mesti adil. itu baru satu kelas. kalau 10 kelas? anda fikirlah sendiri.
hari ni aku nak share tentang hiperaktif. lazimnya, golongan kanak kanak yang biasanya mempunyai gejala hiperaktif atau nama saintifiknya ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disoder). hiperaktif ialah penyakit yang boleh dirawat. rawatan terhadap hiperaktif perlu dilakukan dari peringkat awal supaya kanak kanak dapat memberikan tumpuan semasa belajar di sekolah dan dapat menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang lain terutama rakan sebaya mereka. ibu bapa sepatutnya bersyukur jika dikurniakan dengan anak yang hiperaktif sebab sekurang kurangnya, anak itu tidak cacat fizikal atau mental dan juga tidak pasif. apa yang seharusnya dilakukan oleh golongan ibu bapa ialah mengawal tingkah laku kanak kanak hiperaktif supaya tidak menjejaskan orang lain yang berada di persekitarannya mahupun tingkah laku yang boleh mencederakan diri kanak kanak itu sendiri.
jenis :
hiperaktif terbahagi kepada tiga kategori, iaitu :
1) predominantly hyperactive-impulsive. kanak kanak dalam kategori ini mempunyai lebih daripada enam simptom ADHD.
2) predominantly inattentive. kanak kanak dalam kategori ini kelihatan normal, tetapi sukar untuk menumpukan perhatian/ sukar untuk fokus/ lalai dalam melaksanakan sesuatu perkara. kadangkala, kanak kanak seperti ini tidak dapat dikesan sebagai kanak kanak hiperaktif kerana simptom yang kurang ketara diperlihatkan.
3) combined hyperactive-impulsive and inattentive. kebanyakan kanak kanak yang menghidap ADHD adalah kanak kanak yang mempunyai gabungan kategori (1) dan kategori (2).
punca :
sebenarnya, kita biasa dengar dan berhadapan dengan kanak kanak hiperaktif tak kira la sama ada kita ini seorang cikgu ataupun bukan. kebanyakan kanak kanak zaman sekarang memang dilahirkan hiperaktif. mengikut kajian, bilangan kanak kanak lelaki yang mengalami ADHD adalah tiga kali ganda berbanding kanak kanak perempuan, namun tidak pula diketahui sebab musababnya. menurut perunding psikiatrik kanak kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar Pillai, ADHD sukar untuk dikesan dan tidak mudah untuk didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit lain namun tahap kenakalan kanak kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia mereka. [sumber : link]
menurutnya lagi, kanak kanak menjadi hiperaktif bukan disebabkan faktor persekitaran contohnya pengaruh cerita, kartun atau iklan yang ganas, sosiobudaya dalam keluarga dan komuniti, dan juga disebabkan pemakanan. sebaliknya, kanak kanak menjadi hiperaktif disebabkan ketidakseimbangan sistem neurotransmitter dalam otak termasuk dopamin menyebabkan mereka sukar untuk mengawal diri.
tanda dan simptom :
simptom hiperaktif dapat dikesan pada kanak kanak seawal usia mereka dalam lingkungan 2 hingga 5 tahun. antara simptom yang dapat dikesan pada kanak kanak hiperaktif ialah :
fizikal :
1) sering berpeluh.
2) lasak dan sukar untuk duduk diam.
3) menjawab/ suka membantah.
4) suka bercakap tanpa henti.
5) suka berlari atau memanjat.
6) suka menjerit.
7) suka memukul atau mengganggu rakan lain.
8) kadangkala bertindak di luar jangkaan.
mental :
1) cenderung untuk lupa sesuatu perkara.
2) sukar untuk fokus apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.
3) cepat bosan dengan sesuatu perkara contohnya rancangan kartun ataupun permainan walaupun hanya selepas beberapa minit.
4) tumpuan terganggu, mudah melompat dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain tanpa menyelesaikan aktiviti yang dilakukan sebelumnya terlebih dahulu.
5) tidak mahu atau sukar untuk mendengar/patuh pada arahan.
6) cepat marah apabila permintaan tidak dipenuhi.
7) kurang sabar.
8) sukar untuk menunggu giliran.
simptom ini adalah rawak dan tidak semua simptom yang tersenarai seperti di atas ada pada seseorang kanak kanak. kadangkala, hanya ada tiga hingga empat simptom yang memperlihatkan bahawa seseorang kanak kanak itu mengalami hiperaktif.
menurut kajian, 60% peratus kanak kanak yang didiagnos ADHD akan berterusan mengalami simptom yang sama sehingga mereka dewasa. puncanya masih belum diketahui. walaubagaimanapun, usah risau ya tuan tuan dan puan puan, kerana ada kajian lain jugak yang mengatakan bahawa kanak kanak yang mengalami ADHD ataupun hiperaktif akan beransur pulih paling lewat pun pada usia mereka 12 tahun. kanak kanak di bawah usia 6 tahun yang dikenal pasti hiperaktif pula perlu dikawal tingkah laku mereka. hal ini kerana jika tidak dikawal, berkemungkinan kanak kanak ini akan sukar untuk fokus semasa pembelajaran berlangsung di dalam kelas dan cenderung untuk mengganggu rakan rakan mereka yang lain. disebabkan hal ini, kanak kanak yang hiperaktif selepas memasuki sekolah rendah akan ditempatkan dalam aliran pendidikan khas di mana guru pendidikan khas akan memantau dan mendidik murid murid ini. sekiranya kanak kanak hiperaktif masih boleh dikawal tingkah lakunya, maka kanak kanak ini masih boleh belajar dalam aliran perdana atau dengan kata yang lebih mudahnya, kelas biasa yang menempatkan kanak kanak normal.
kelebihan :
siapa kata kanak kanak hiperaktif ni lembab? tak.. tak semestinya. walaupun kajian menunjukkan prestasi akademik kanak kanak yang hiperaktif adalah lebih rendah berbanding kanak kanak normal, tetapi perlu diingat, kanak kanak hiperaktif sebenarnya lebih pintar dan lebih kreatif berbanding kanak kanak normal sebaya mereka yang lain. oleh itu, kanak kanak ini perlu dididik dengan cara yang betul agar segala tenaga dan metabolisma mereka yang tinggi tu dapat disalurkan dengan lebih berkesan supaya kanak kanak hiperaktif juga dapat berdiri sebaris dengan kanak kanak normal yang lain.
langkah mengatasi :
terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah kanak kanak hiperaktif.
1) zikir. untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang hiperaktif, zikir ini merupakan zikir pelembut hati. aku dapat tahu tentang zikir ni masa aku dengar ceramah agama masa usia aku 11 tahun. tak silap aku nama ustaz tersebut ialah ustaz badrul amin. beliau telah mengaplikasikan zikir ini kepada semua anak anak beliau. disebabkan aku dah lupa zikir yang penuh, aku pun search kat internet dan terjumpa potongan ayat zikir ni..
1) masa anak anda tidur, usap kepalanya dengan perlahan.
2) kemudian, mulakan dengan membaca 'ya latif' sebanyak tujuh kali.
3) lepastu, baca potongan ayat zikir di atas sebanyak tiga kali sambil menyapu ubun ubun kepala anak anda.
4) kalau boleh buat setiap malam.
insyaAllah sikit demi sikit anak anda akan menjadi anak yang baik dan lembut hatinya selembut sutera. err.. selembut kapas pun boleh. mana mana pun bolehhh.
2) jangan marah atau pukul anak sekiranya mereka nakal. sebaliknya, tegur kesalahan mereka dengan cara yang berhemah. tunjukkan cara melakukan sesuatu dengan betul. contohnya, instead of "jangan la berlari!", tukarkan kepada "cuba jalan elok elok.. kan lagi bagus". didik anak supaya bercakap dengan ton yang rendah dan bukan dengan bercakap secara menjerit. sekiranya kelakuan mereka terlalu sukar untuk dikawal, tegaskan suara dan arahan dan bukannya menjerit memarahi anak sehingga memalukan mereka di khalayak ramai. jika perlu untuk pukul sekalipun, jangan sampai meninggalkan bekas yang teruk kerana dikhuatiri mereka akan mengingati kesan pukulan itu sehingga usia mereka meningkat naik, dan tidak mustahil bahawa mereka akan cenderung untuk berkelakuan ganas dan mencederakan orang lain sama seperti apa yang pernah diterimanya sewaktu kecil.
3) beri arahan yang simple serta mudah difahami. kanak kanak hiperaktif sukar untuk mendengar arahan. oleh itu, beri arahan yang mudah difahami kanak kanak. seeloknya, jangan menggunakan perkataan 'jangan'.
4) tegur kelakuan kanak kanak apabila perlu sahaja. sekiranya kelakuan mereka ditegur setiap masa, kanak kanak akan menjadi immune dan lali. tegur satu atau dua kelakuan kanak kanak apabila betul betul patut ditegur. terangkan kepada mereka kenapa mereka tidak sepatutnya melakukan sesuatu tingkah laku yang anda tegur itu.
5) puji kelakuan yang baik dan positif. kanak kanak hiperaktif sukakan perhatian. oleh itu, puji mereka apabila mereka melakukan perkara yang baik. peneguhan positif seperti ini akan meningkatkan kelakuan positif dalam diri kanak kanak.
6) salurkan tenaga kanak kanak pada aktiviti yang berfaedah. contohnya, kalau dia suka berlari, ajak dia jogging keliling taman perumahan atau main bola sepak. ataupun kalau dia suka memanjat, ajak dia hiking atau pergi kat playground tu, ada tempat gayut gayut tu kan.. suruh dia bergayut dari satu palang ke palang yang lain. atleast ada gak benda berfaedah yang dia buat.
7) jangan memberi label pada anak atau mengeluarkan perkataan yang negatif. kanak kanak hiperaktif mudah dipengaruhi. jika perkataan seperti 'bodoh', 'nakal', 'malas' diulang ulang setiap hari, kanak kanak akan percaya bahawa diri mereka memang 'bodoh', 'nakal', dan 'malas' dan akan mengulangi tingkah laku dan perkataan yang negatif itu kepada orang lain pula.
8) luangkan masa bersama kanak kanak. kadangkala, dengan memberikan tumpuan dan perhatian kepada kanak kanak, dapat mengurangkan bebanan emosi kanak kanak dan mengurangkan perilaku negatif kanak kanak. didik mereka untuk bercakap dan bertutur dengan cara yang baik, makan dengan baik, berjalan dengan baik, bergaul dengan rakan dan adik beradik dengan baik.. dan pendek kata.. buat semuanya dengan baiklah. anda, ibu bapa, adalah role model kepada anak anak anda.
9) jaga pemakanan kanak kanak. sebolehnya, elakkan makanan fast food dan makanan yang tinggi glukosa kerana metabolisma kanak kanak hiperaktif adalah sangat tinggi. kandungan gula dan garam mineral yang ada dalam fast food akan menyebabkan metabolisma kanak kanak akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan kanak kanak melakukan pelbagai aktiviti fizikal di luar jangkaan seperti berlari, memanjat, dan sebagainya. gantikan dengan snek yang sihat seperti kismis atau buah kurma. senang kata, segala jenis buah buahan.
akhir kata, ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak yang hiperaktif. mendidik mereka ini merupakan suatu ujian yang Allah turunkan untuk insan insan yang terpilih. Allah sayang kita sebab tu Dia bagi ujian tu kat kita..
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. dia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dan berkata) : "wahai Tuhan kami! janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan kepada orang orang yang terdahulu kepada kami. wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kaum yang kafir".
(Surah Al-Baqarah : ayat 286)
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"
(Surah Asy-Syu'araa : ayat 80)
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan. dan khabarkan berita gembira kepada orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah : ayat 155)
zikir ya latif : http://lifeofladyell.blogspot.com/2010/11/zikir-ya-latiff-yang-melembutkan.html
jenis jenis hiperaktif : http://en.wikipedia.org/wiki/Attention_deficit_hyperactivity_disorder
simptom dan cara menangani kanak kanak hiperaktif :
1) http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/2010/06/24/anak-hiperaktif/
2) http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanak-kanak-yang-hiperaktif.html
3) http://www.tasputraperkim.org.my/press_harian-metro.htm
4) http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/02/cara-mengatasi-anak-hiperaktif.html
5) http://sitik.wordpress.com/2011/03/04/petua-menangani-kanak-kanak-hiperaktif-adhd/
6) http://ppkismkkl.blogspot.com/2011/03/segera-rawat-anak-hiperaktif_27.html
7) http://hanikasina.blogspot.com/2012/05/anakku-hiperaktif.html
*semua gambar ehsan google*
semoga entri ni dapat memberi manfaat kepada semua. kepada guru dan ibu bapa yang mendidik kanak kanak hiperaktif, mohon tingkatkan kesabaran dan ikhlaskan hati dalam mendidik mereka ini.
sekian terima kasih.
Hi Hush...secara tak sengaja hari ni saya terjumpa blog ni...sangat2 best & saya kagum dgn usaha anda. Tahniah & teruskan usaha & amal anda. Semoga Allah memberkati :)
ReplyDeleteterima kasih saudari lina_m.. :)
DeleteSalam...terima kasih atas info di atas. Anak saya ada simptom hiperaktif n info di atas dpt membantu saya mengatasi masalah ank saya...n terima kasih zikir di atas.InsyaAllah saya akan amalkan dan mudah2an anak saya menjadi anak yg mendengar kata...
ReplyDeletepertama, terima kasih banyak banyak sebab singgah dan baca entri saya ni..
Deletekedua, saya doakan anak anda pulih seperti kanak kanak normal yang lain.
takpe, yang penting usaha. in sha Allah. :)
Info yg sgt bgus.. Terima kaaih.. Emak sy seorang guru tadika dan tahun ini emak sy berdepan dgn seorang kanak2 yg hyperactive.. Mencuitkan hati bila emak pulang dgn kisah nakal adik itu... Mengikut dr cerita yg emak bawa kanak2 hyperactive ni penyayang tp mereka tak tahu nak tunjuk cre lembut.. Mereka syg cre ganas.. Jd kite jgn berkasar dgn mereka.. Zikir Ya Latiff itu juga berkesan Dgn izin Allah..
ReplyDeleteterima kasih juga sebab datang dan singgah untuk baca entri dalam blog ni.
Deletesaya cuma berkongsi ilmu saja berdasarkan pengalaman mengendalikan kanak-kanak hiperaktif.
selebihnya terserah untuk diamalkan ataupun tidak.
thanx again.. :)
Salam... anak sulung saya hyperaktif...... kadang2 org tak faham dan sering kali memandang serong pada anak saya,,paling sedih bile dia dibeza bezakan dgn budak normal yg lain.,,dan paling sakit mereka adalah org yg dekat dengan kita..iaitu darah daging sendiri...hati ibu mana yg xruntuh bile jadi begini... walau apa pun, sya yakin suatu masa anak sy akan sembuh..,insyaAllah....
ReplyDeleteMmm emo plak sya kan..hehe...terima kasih atas perkongsian ini.. insyaAllah akan sya amalkan zikir tu....
orang yang tak rasa memang takkan faham. harap puan banyakkan bersabar. saya hanya berkongsi apa yang saya tahu. selebihnya kena usaha sendiri. saya doakan puan dan anak puan berjaya. in sha Allah. :)
DeleteAssalam saya punya sepupu hyperaktif cuma nampak mcm bdk2 tapi sepupu saya ni dia punya pemikiran sama macam budak biasa yang lain...kdg2 idea dia lagi bernas drpd saya haha..
ReplyDeleteassalam..info yang sangat bagus,saya akan amalkanya untuk anak saya..terima kasih atas perkongsian ini..
ReplyDelete