pertama sekali aku nak tanya korang semua.
siapa suka makan nasi lemak?
angkat tangan macam saya~
siapa masa kat sekolah kecik kecik dulu pernah makan nasi lemak kat sekolah?
angkat tangan macam saya~
korang pernah dengar tak isu nasi lemak tu makanan larangan kat sekolah? apa pendapat korang? hmm.. macam lame kan? oke fine. cuba korang fikir. dulu kita pun makan nasi lemak. bukan takat kat sekolah je. balik rumah pun ada je mak kita masakkan nasi lemak kan. sarapan hujung minggu pun nak cari nasi lemak jugak kan. dah sampai besar gajah ni pun bangun pagi pagi buta, celik mata je terpikir nak makan nasi lemak warung pak jabit (bukan nama sebenar) yang sedap dibungkus dalam daun pisang kan. tambah lagi kalau dapat makan panas panas. nyam nyam nyam sedapnya.
pada pendapat aku, nasi lemak ni sebenarnya tak salah pun kalau dijual di sekolah. sebabnya ialah, benda tu berasaskan nasi. dan nasi ni mengenyangkan. lagi pulak ada ikan bilis, kacang, sambal, timun, telur. pakej tu! oke what. daripada budak budak ni makan benda remeh yang entah apa apa kan. lebih baik la hangpa makan nasi lemak dik non oi.
kalau nak sebut pasal obes siti (pinjam daripada mr. legend), macam macam cara yang boleh membuatkan seseorang tu obes. memang aku kesian kat bebudak zaman sekarang ni. dan aku setuju dengan mr. legend. kalau makan sambil layan tv, laptop, pc, psp, mana la tak bertambah saiz tu. bebudak zaman sekarang, macam tak ada life. kalau dulu asal petang je keluar rumah pergi main dengan kawan kawan. kalau mak tak bagi, sanggup buat free show guling guling hentak kaki nangis nangis depan mak sampai mak bagi keluar. oke. ayat aku memang over. abaikan. tapi sekarang? duduk berjam jam sambil kunyah snek. ya. memang selamat punyalah anak tuan tuan dan puan puan. anak anak tak keluar rumah. takde orang nak culik. tapi yang makanan yang dikunyah tu, tak ke killing me softly namanya tu? apekebende pulak selamat kalau macam tu? social life kanak kanak pun tak dibina dengan baik. berkawan la dengan laptop, tv, pc, dan psp sampai ke tua. memang terbaik wok. *ayat sarkastik*
dulu dulu, zaman mak ayah tuk nenek kita pun makan nasi lemak kat sekolah jugak. takdenya obes. keding. slim. kelas kau maria je aku tengok. kolesterol? nasi lemak je ke yang ada kolesterol? cadangan aku, makan la nugget banyak banyak lagi kan. memang bagus untuk kesihatan. kan? *ayat sarkastik* ehem. kolesterol ni ada banyak cabang. pandai pandai la cara kita nak ambil makanan ikut kesesuaian. jangan kerana kanak kanak obes, salahkan nasi lemak pulak. waktu pembelajaran yang lama di dalam kelas menyebabkan wajar seseorang kanak kanak itu mengambil makanan berat sebab waktu belajar la kanak kanak secara automatik akan jadi cepat lapar sebab tenaga banyak digunakan dalam tempoh tu.
lepas ni peraturan yang aku dengar akan berkuatkuasa ialah nasi lemak hanya dijual seminggu sekali sahaja di sekolah. aku rasa, generasi akan datang, contohnya anak korang nanti, kalau cikgu nina tanya macam ni..
cikgu nina : anak anak murid cikgu yang dikasihi sekalian, pernah makan nasi lemak tak?
maka mungkin diorang akan jawab macam ni..
anak anak murid : nasi lemak tu apa, cikgu? sedap macam nugget tak?
*rolling eyes*
jangan sampai makanan ni jadi bahan tinggalan sejarah dalam arkib negara sudah..
i loike nasi lomak~ dan sy ada resepi yg terbaik unuk nasi lemak~hohoho
ReplyDeleteencik syed : i loike too~ apa kata share resipi nasi lemak tu kat blog anda? bernas tak idea saya ni? hehehe~ :)
ReplyDeletewow....makanan kegemaran..
ReplyDelete