08.04.2011
lokasi : sekolah
hari ini aku mengajar murid murid tahun 5. sebenarnya, walaupun muka aku ni garang, tapi aku ni ada satu tabiat iaitu tak sampai hati nak marah budak budak. geram tu memang la ada. tipu la tak ada, kan? masalah betul. oke fine.. aku tak tahu la sama ada aku ini garang atau tak, cuma tegas sikit tu mungkin ada kot. ehem.
masa aku masuk kelas tahun 5 ni tadi, sebelum memulakan pengajaran, aku menyoal murid murid siapa yang tak hantar lagi kerja mereka yang minggu lepas punya, dan juga yang dua minggu lepas punya. setiap seorang aku catat nama mereka. yang mana tak hantar, kosong tiada markah dalam senarai nama kelas mereka. aku suruh mereka mengaku dahulu sebelum aku menyebut nama yang tidak hantar kerja satu persatu. ada 12 orang semuanya. aku pandang mereka satu persatu. ya. pandang dengan pandangan mata helang macam yang aku selalu buat kalau murid murid ni dah start buat bising gaya makcik makcik bergosip time beli ikan kat pasar. biar mereka tahu aku ini mengambil tahu juga orangnya. bukan cuma lepas tangan jika kerja yang diberi tak dihantar.
aku tidak terus menyembur. tiba tiba, mungkin kerana didorong perasaan bersalah, ada seorang murid ni datang mendekati aku. dia cakap..
cikgu, kerja yang dua minggu lepas saya tak buat lagi. saya mengaku. tapi, saya tak hadir masa kelas cikgu yang dulu tu. saya tak tahu nak buat macam mana kerja seni yang cikgu suruh tu..
oke fine. aku dengarkan saja alasannya. aku cuma angguk tanda faham. kemudian aku suruh dia balik ke tempat duduknya. tidak. aku tak salahkan dia atau buat muka pun. dia sudah jujur pada aku tanpa perlu aku nak marah marah atau tengking pada murid itu. aku tanya murid murid yang lagi 11 orang itu. aku dengar jawapan yang mereka beri. rata rata terlibat dengan aktiviti kokurikulum sewaktu kelas aku berlangsung. sambil berdiri di hadapan kelas, tanpa ada cekak pinggang atau jerit pekik atau maki hamun, senang sahaja aku katakan pada mereka..
tak apalah kalau awak terlibat dengan aktiviti kokurikulum. bagus. itu satu bonus bagi awak. tak semua orang ada kelebihan macam awak. siapa yang tak tahu buat kerja yang cikgu bagi, tak apa. awak semua boleh datang jumpa cikgu masa awak free. walaupun setengah jam, walaupun 15 minit, walaupun 10 minit, datanglah. cikgu ada, tunggu awak. yang penting cikgu nak awak buat kerja cikgu. oke? orang yang cemerlang tu ialah orang yang boleh bahagikan masanya dengan adil..
awak semua faham tak cakap cikgu ni?
boleh janji dengan cikgu tak ni?
semua murid angguk. diorang bertafakur sekejap. agaknya berfikir apa yang aku cakap. entah. yang tak terlibat pun ikut diam sama. tak apalah. aku sedar aku hanya mengajar selama empat minggu di sekolah ini. cuma seorang guru praktikum. tapi tak salah sebagai pendidik, aku mengingatkan mereka. dalam hati aku berfikir, mungkin hari ini mereka hanya mendengar sahaja tanpa perasaan, tanpa fikiran. esok lusa mesti mereka akan faham juga. selagi belum sampai tahap memaksa, jangan lagi dipaksa murid murid ini. nama pun pendidik. sabar la sikit. kalau mereka lupa, ingatkan lagi. dan lagi. dan lagi. mendidik bukan setakat ilmu, mendidik itu juga termasuklah sahsiah dan emosi murid.
dulu kita pun pernah kecil juga, kan?..
pernah tak siap kerja juga, kan?..
tak salah jadi garang. tapi jangan sampai murid murid jadi benci untuk menghadap muka kita. sampai tahap murid boleh doakan "mintak mintak la cikgu tu demam hari ni.. tak payah datang sekolah lagi bagus".. ish.. ada murid yang macam tu.. siapa kata tak ada? hmm..
murid-murid itu umpama coklat.
fikirlah sendiri apa maksudnya.
ehem.
habis sahaja kelas, semua murid berebut nak salam. eh, bukan aku garang sekejap ke tadi?
dulu kita pun pernah kecil juga, kan?..
ReplyDeletepernah tak siap kerja juga, kan?..
tak salah jadi garang. tapi jangan sampai murid murid jadi benci untuk menghadap muka kita. sampai tahap murid boleh doakan "mintak mintak la cikgu tu demam hari ni.. tak payah datang sekolah lagi bagus".. ish.. ada murid yang macam tu.. siapa kata tak ada? hmm..
stetment di atas ni mcm kenal je sape..tp aku ade terase gak pat2 doakan cikgu..sbb cikgu tu garang sangat..hehhehe
kne cakap....
ReplyDeletei..i..chip!!!
mira : ehem. aku pun macam pernah buat je part doa tu. *hehe*
ReplyDeletemr. legend : haha. macam spongebob!