mereka yang hebat

Thursday, April 7, 2011

dah. jangan nangis lagi, ya..


04.04.2011
lokasi : sekolah

hari ni aku ada class relief. tahun 3. sebenarnya dah banyak kali aku relief kat kelas ni. entah ya. mungkin cuma satu kebetulan aku dapat kelas yang sama sebanyak 4 kali berturut turut. sampaikan murid murid kelas tu ingat aku ni gantikan cikgu diorang pulak. haha. kesian..

aku selalu ajar murid murid ni seni tiap tiap kali masuk relief. sampai la tarikh 4 april ni, kering dah idea dalam kepala ni nak ajar apa kat budak budak ni. last last aku cakap la..

suka hati awak la nak lukis apa, tapi cikgu nak semua mesti hantar kat cikgu, ya..


setiap kali aku masuk, kalau bising, aku mesti cakap :

aku : kalau awak semua bising, cikgu bagi kerja la. awak nak ke?
murid murid : NAAAKKK!! *muka ceria*


oke fine. korang nak sangat kerja, kan. budak budak pun ambik la kertas lukisan sorang satu daripada aku. maka ramai la yang tunjuk bakat. budak budak kelas ni memang suka seni. sorang sorang datang tunjuk hasil kerja diorang. memang ramai yang princess style la. sampai la ada sorang budak ni, datang kat aku. tunjuk hasil kerja dia. lukisan seorang budak perempuan tengah senyum.

aku : cantik lukisan awak. siapa ni?
dia : saya, cikgu.
aku : kenapa tak colour?
dia : saya taknak colour, cikgu. saya nak hantar macam ni je.
aku : colour la. kalau colour lagi cantik. hmm?

dia angguk. balik tempat duduk. capai pensel warna.

5 minit kemudian dia datang kepada aku. dia tunjukkan aku ini..


astaghfirullahal'azim..

aku terkedu melihat lukisan ni depan mata aku. ya. inilah hasil karya dia. aku tarik tangan si kecil perlahan. rapat kepadaku. aku usap kepalanya.

aku : boleh cikgu tanya, kenapa awak warna macam ni?
dia : (senyum) saja je, cikgu.
aku : tadi lukisan ni senyum. lepas warna, kenapa jadi macam ni?
dia : entah. saja je cikgu (senyum lagi).

tenang sahaja mukanya. selamba gila. aku tahu dia sembunyikan sesuatu. aku pegang tangan kirinya. aku pandang matanya.

aku : adik beradik berapa orang?
dia : empat orang, cikgu.
aku : awak yang keberapa?
dia : kedua.
aku : awak selalu kena marah kat rumah ke?
dia : (diam)
aku : cakap je. cikgu tak marah. cikgu nak tau je.
dia : (angguk)

lepas tu aku tanya lagi macam macam perkara. the rest, biarlah rahsia. dia menangis sungguh sungguh depan aku. air mata dia laju macam sungai. dah tak mampu nak kawal. aku rasa, mungkin dah lama dia pendam. dia sangat perahsia. luarannya ceria, sehinggakan orang tak pernah nampak apa yang ada dalam hati dia. tak ada orang pernah tanya dia agaknya. aku sapu air matanya. aku peluk dia.

dah. jangan nangis lagi, ya.. cikgu ada lagi sampai minggu depan. kalau awak nak cerita apa apa, datang la ke studio seni. cikgu ada kat situ..

dan tengah hari yang sama, dia datang ke studio seni. dengan kawan kawan sekelasnya. dia pandang aku dari jauh, dengan pandangan seolah olah macam nak bercerita tentang banyak lagi perkara yang masih banyak lagi terpendam dalam hati dia. tapi, tak. dia tak bercerita lagi selepas itu.

aku doakan dia selalu bahagia dan tabah.
kadang kadang aku terfikir.
9 tahun. masih mentah. tapi terpaksa menjadi tabah dan matang sebelum usia?
korang rasa?

oke. sekian sahaja entri untuk kali ini. lain kali cerita lagi.

7 comments:

  1. wahhh :')
    Terharu.

    bestnya ad cikgu mcm akak.
    haha.
    mesti bakat lukisan btambah maju nnt.

    terbaiklahh :D

    ReplyDelete
  2. farihah : thanx farihah.. :).
    tapi seriously,
    sampai sekarang teringat kat student tu..

    ReplyDelete
  3. kalau sy jd akak pun sy akan terkesan. and kalau sy jd student tu pun sy akan terkesan :)

    ReplyDelete
  4. hehehe..klu sy, ngis sm2 dgn budak tu..hehehe..bg dia puas nangis...


    gune la kaedah terapi seni..ad usaha ada jaya

    ReplyDelete
  5. mr. legend : insyaAllah. terapi seni paling mudah dan berkesan untuk dipraktikkan. :)

    ReplyDelete
  6. terasa nk nangis juga bila baca entri ni wuwu T.T

    ReplyDelete
  7. ayie : aku pun nak nangis.. boleh? haha.
    thanx for the comment. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...