sebenarnya, banyak je rancangan tv yang aku suka tengok. tapi disebabkan masa yang berkualiti tu dah makin berkurang.. selalu lebihkan RPH dari tengok tv, maka akibatnya aku menjadi seorang yang pemilih untuk menonton rancangan tv. ada sesetengah rancangan tu aku tengok kalau ianya mampu menarik minat aku dan tak stereotaip. tapi yang paling aku suka ialah rancangan tv yang aku senaraikan kat bawah ni. kebanyakannya ialah rancangan realiti tv. ada yang scripted (contohnya running man dan 2 days 1 night) dan ada yang non-scripted (contohnya the buried life). apapun, selalunya aku tengok rancangan ni kalau ada masa lapang dan ada antaranya yang dah habis dah pun episodnya. tapi aku saja buat review. just for fun.
1. the buried life. rancangan ni mula mula aku tengok masa aku bosan bosan duduk kat rumah pada suatu malam khamis tak silap aku. tahun 2011. masa tu siaran dia pukul 9.30 malam kat 8tv. first time aku tengok masa season 1, yang mana sekumpulan 4 orang bestfriends ni tengah nak laksanakan mission diorang untuk 'make a toast on a stranger's wedding'. masa tu aku rasa macam..'oke fine. gila! i'm lovin' it! haha!'. sebab tu aku tersangkut dengan rancangan ni sampai sekarang. banyak benda gila yang dia masukkan dalam '100 things to do before die'. unik dan rare dan dilaksanakan dengan cara yang paling sempoi. woohoo! tak pernah dibuat orang. diorang melaksanakan missions diorang tu sambil menjelajah satu US dengan hanya naik bas diorang yang hensem yang diberi nama 'penelope'. comel kan? haha. hensem sebab bas tu kaler purple. sila faham. dan diorang takde duit pun. diorang akan kerja part-time untuk dapatkan duit sepanjang perjalanan sambil melaksanakan 100 missions dalam list diorang tu.
setiap kali nak cross off satu mission kat tempat tempat tertentu yang diorang pergi, diorang akan pilih seseorang yang kebetulan berada dekat tempat yang diorang pergi tu, kemudian tolong orang tu untuk laksanakan cita cita atau hasrat diorang. kira sebenarnya selain keempat empat diorang ni laksanakan 100 things diorang tu, diorang jugak secara tak langsung memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk laksanakan jugak setiap impian orang lain tak kira la impian tu kecik atau besar. sesuai dengan tagline diorang..
what do you want to do before you die?
rancangan ni ditayangkan setiap khamis, di 8tv pukul 9.30 malam.
2. 2 days 1 night. yang ni hampir sama macam 'the buried life', tapi rancangan ni lebih kepada berjalan jalan seluruh korea. aku start tengok rancangan ni sejak tahun 2008. dan yang paling aku suka, rancangan ni banyak membawa kita 'pergi' ke tempat tempat semulajadi di korea. macam gunung, laut, sungai, dan lain lain lagi la. ada 6 orang ahli dalam rancangan ni, tapi sekarang tinggal 5 orang sahaja. diorang akan berkampung selama 2 hari 1 malam (selalunya kat kawasan pedalaman dan pergunungan) dan yang bestnya, diorang akan masak, makan, dan tidur kat rumah tradisional korea iaitu dalam bahasa koreanya 'hanok'. yezza. macam best je tinggal dalam rumah tu sebab kalau malam malam, bawah lantai rumah akan dipanaskan dengan kayu api yang dibakar untuk mengekalkan suhu sederhana supaya tak sejuk sangat.
sayangnya, ada ura ura mengatakan rancangan ni akan ditamatkan bulan ni lepas rancangan ni telah ditayangkan sejak tahun 2007. chal-ga *maksudnya goodbye*, 2 days 1 night!
rancangan 2 days 1 night ni selalunya diulang siar dekat KBS world, channel 391 kat astro. selalunya kalau waktu petang pukul 5 macam tu dan kalau malam dalam pukul 11.15 malam. tapi kalau aku tengok yang dah download je. hehehe.
3. running man. yang ni antara variety show paling famous kat korea. rancangan ni start tahun 2010. ahli yang ada sekarang ni seramai 7 orang sebelum song joong-ki dengan lizzy keluar daripada rancangan ni. rancangan ni lebih kepada permainan fizikal dan mental yang melibatkan solve-the-mission yang ada format macam 'the amazing race'. selalunya diorang bergerak dalam kumpulan dan kebanyakannya mengetengahkan kepantasan masa sesuatu misi tu dilaksanakan. banyak berlari wooo. aku yang tengok pun rasa penat. hehe. yang aku paling suka tentang rancangan ni ialah dia menggunakan gabungan mental dan fizikal untuk selesaikan sesuatu mission. lagi satu rancangan ni kelakar. caption, skrip dan ekspresi muka diorang tu yang priceless sesangat sampai boleh buat kita ketawa guling guling atau bahasa internetnya ROTFL. dan aku suka benda yang kelakar sebab ramai yang kata aku ni serius sangat. bila masa pulak la aku ni serius sangat pulak ni.. tulah.. tak kenal maka tak cinta. dah kenal rasa merana.. padan muka. muahahahaha *gelak jahat*
apapun, sparta kookie dengan gwangsoo the best ah! hahaha.
rancangan ni disiarkan kat channel SBS ONE HD kat astro. channel 393. taktau pukul berapa sebab tak mengikuti through astro sebab rancangan ni pun aku tengok yang download punya je. sekarang ni dah masuk episod 90+.
4. destinasi bajet. rancangan ni dah takde dah. mula mula keluar dulu tahun 2007. rancangan ni dihoskan oleh Qi dan pasal travelling jugak. tapi dengan kadar yang bajet. bajet yang diberi ialah RM300. mula mula aku tengok rancangan ni, memang rasa mustahil tapi aku paling kagum bila dia boleh pergi pulau labuan dengan hanya RM300. woohoo! kencang. aku harap rancangan destinasi bajet ni ada la balik. suka tengok tempat orang sambil berbajet bajetan dengan hanya RM300 dan ke bawah.
rancangan ni dah takde. *sob sob*. dulu disiarkan kat 8tv selalunya pukul 10.30 pagi atau waktu malam dalam 9.30 malam. Qi, kau buat la season baru, weh!
5. without boundaries. rancangan ni tentang berjalan jalan melihat alam semula jadi dalam malaysia. rancangan ni bagi aku best sebab ala ala wilderness. naik bot merentas sungai. memancing tengah sungai. rock climbing. hiking. menjelajah gua. dan lain lain lagi. rancangan ni ada banyak season. ada jugak season yang meneroka pantai dan pulau. yang tu pun best jugak. pendek kata, semua tentang rancangan ni ialah yang bertemakan outdoor activities. dia banyak menerangkan tentang sejarah tempat tempat yang dia pergi, safety precaution yang kita perlu amik sebelum buat sesuatu aktiviti tu, dan info yang kita perlu tau sebelum kita decide nak pergi ke tempat tu contohnya macam tempat tinggal, jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain, spesies pokok/tumbuhan yang dia jumpa ke.. apa ke.. macam macam la. memang seronok. sebab aku bercita cita nak buat flying fox dan hiking kat tengah hutan macam ala ala bebudak sekolah yang nak gi sekolah kat afrika sana. insyaAllah satu hari nanti. *berangan*
tapi lagi sekali.. rancangan ni pun macam dah tak wujud kat tv lagi je.. *sob sob*
6. martha stewart. rancangan ni ialah satu satunya rancangan yang mengetengahkan tentang ciri ciri keperempuanan yang perlu kita pelajari dalam hidup serba moden ini. mak aih ayat aku. haha. rancangan ni bagi aku best sebab apa apa yang ada dalam rancangan ni semuanya yang bersifat ringkas, mudah disediakan dan tak perlukan penyediaan yang terlalu lama atau rumit. tak kisah la dalam hal ehwal memasak ataupun hal rumahtangga macam menjahit, crafting, gubahan bunga, interior design, penjagaan diri, etc.. bayangkan la dia ajar buat shopping bag pakai fabrik nilon (kain untuk buat payung tu) dan dijahit pakai stapler je. gila tak gila tu? first time aku tengok rancangan ni ialah pengacaranya iaitu martha stewart buat puding trifle pakai roti yang korang dah tak nak makan lagi. berjenis jenis roti dia pakai. ada roti kering, roti wholemeal, roti bran, roti keping, dan macam macam lagi. lepas tu dia letak berjenis jenis buah potong dan last sekali susu full cream campur telur yang dipukul dalam dua minit camtu dan kemudian dicurah dengan selamba-yaya-selamba-wawa atas roti dan buah potong tu. lepas tu dia masukkan dalam oven lebih kurang 15-20 minit. sekali bila keluar nampak macam sedap gila dan terus buat aku terfikir..
OOWWWW MARTHA.. HOW ON EARTH DID YOU MAKE IT LOOK SO SIMPLE YET DELICIOUS?? *speechless sekejap*
aku terus decide nak jadi pandai masak macam dia bermula saat tu. takpe. cita cita tu penting. haha. the smart martha stewart!
7. best in the world. rancangan ni ialah tentang berjalan jalan sambil makan sampai puas hati. aku suka tengok best in the world instead of rancangan yang bercirikan 'travel-and-eat' yang lain (contohnya macam rancangan jalan jalan cari makan) . aku suka jugak rancangan jalan jalan cari makan, tapi bagi aku rancangan ni lebih sempoi sikit berbanding jalan jalan cari makan. kebanyakan tempat yang best in the world pergi ialah restoran yang kau tak pernah dengar namanya pun. dan murah. sesuai dengan bajet seorang student macam aku. rancangan ni kira agak lari dari mainstream yang kita biasa dengar. why choose the stereotype if you have the alternatives? haha. tak kisah la kan. pendapat orang berbeza beza. kebanyakan makanan yang dia try pun bercirikan kampung yang pedas pedas dan pelik pelik. cuma ada satu dua restoran je yang mengetengahkan masakan kampung berciri eksklusif tapi tu pun tak banyak. antara makanan yang dia pernah try dan review ialah sambal hijau, masak lemak cili padi, tom yam pantai timur, dan tambah pulak ada satu kedai tu yang speciality dia hanya sambal je semuanya. sampai berpeluh peluh dia makan. pelik jugak sebab dia memang suka makanan pedas. gila terbaik wok! tak padan dengan bahasa pengantar yang dia gunakan iaitu bahasa inggeris. you rock, razif!
yang ni pun.. macam dah tak wujud je rancangannya kat tv.. *sedih lagi*. harap harap ada la season baru untuk rancangan macam ni.
oke selesai satu part. ni baru rancangan realiti tv yang bagi aku terbaik dan antara yang aku suka tengok. lain kali kalau ada masa atau aku terlebih rajin sikit, aku akan review pulak drama atau movie paling best dan worthy untuk ditonton pulak. (yang best mengikut taste aku la. please don't expect too much because my taste is a bit peculiar. hahaha)
till then. sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment