makan seorang diri ialah satu satunya benda yang aku tak boleh buat sejak dulu lagi. aku pun taktau kenapa. aku tak suka makan sorang sorang tambah lagi kat public. mungkin aku dah biasa makan ramai ramai sejak zaman sekolah lagi. aku dah biasa rehat sama sama dengan best friends aku, aku dah biasa makan nasi kawah sama sama dengan hostelite lain. kalau kat rumah (kalau aku balik kampung), aku suka tunggu satu meja penuh dengan semua ahli keluarga. barulah aku rasa tenang nak makan.
benda lain, kalau aku sorang sorang sekalipun, aku tak kisah langsung walaupun aku buat sorang sorang. tengok movie sorang sorang, drive sorang sorang, pergi kedai sorang sorang, window shopping sorang sorang, duduk rumah sorang sorang. tido sorang sorang malam malam hari.. aku tak kisah langsung. serius aku dah biasa.
tapi tidak makan sorang sorang. sebab aku akan rasa sedih kalau aku makan sorang sorang.
disebabkan itu, aku tak boleh makan sorang sorang. sebab, setiap kali aku makan sorang sorang, mesti aku akan teringat mak aku. teringat kata kata mak aku. teringat segala pesan mak aku, teringat macam macam pasal mak aku. sihat ke? sakit ke? makan ke? makan apa? dan last last aku akan jadi sedih. atleast, kalau makan ramai ramai, macam macam cerita akan keluar sampai aku takde masa nak rasa sedih bagai. dah nama pun kawan kawan kan, kalau takde cerita yang gempak bagai memang tak sah. kalau kita buat muka serius sikit mulalah ada je idea diorang nak troll orang. haha. kadang kadang tu kalau ada makanan lebih, boleh share dengan kengkawan yang ramai tu. tak membazir. sambil makan sambil bercerita. dan yang paling aku suka, aku dapat rasa yang ada orang temankan aku masa aku makan. aku tak rasa yang aku ni cuma sorang sorang je kat dunia. amboih ayat aku. over sangat. hahaha.
aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang pernah temankan aku makan sama sama. kadang kadang walaupun korang dah makan, tapi korang masih sanggup untuk layan aku, temankan aku pergi jugak keluar makan. serius, mungkin bagi korang itu benda kecik. apedehal setakat pegi makan. tapi bagi aku besar maknanya. korang dah menolong aku untuk mengelak rasa sedih pada hari itu.
kalau diberi pilihan, aku lagi rela duduk rumah sorang sorang kalau takde orang nak temankan aku makan sama sama. biarlah aku makan maggi daripada makan kat luar sorang sorang. sedih woooo. huuuuu.. *cry me a river*
pada sesiapa yang aku pernah paksa untuk temankan aku untuk keluar makan, aku mintak maaf sangat sangat. aku tak berniat pun nak paksa korang temankan aku. serius tak. aku akan belajar untuk makan sorang sorang lepas ni. kawan aku pun pernah cakap, macam mana kalau kau posting pedalaman? kau tinggal sorang sorang pulak tu? kau nak harap siapa temankan kau makan?
aku takde jawapan untuk itu. maaf. *speechless sekejap*
kesimpulannya, by hook or by crook, aku nak belajar makan sorang sorang. doakan aku berjaya laksanakan misi baru aku ni, oke? walaupun aku taktau berapa peratus keberhasilannya, tapi aku akan cuba jugak. doakan aku tak jadi manja sangat. :)
sekian terima kasih.
sedihnya, esok kita makan sama2 ya.. awak makan kat sana, saya makan kat sini... kul 12.30 okeh.. walaupun makan sorang2 tapi kita makan saing2.. hehe
ReplyDeletehaha.. oke set!
ReplyDelete