mereka yang hebat

Saturday, March 10, 2012

kerana dirimu begitu berharga (bahagian 2)


sambungan daripada bahagian 1

20.02.2012
lokasi : proton servis, taipan, senawang

hari ni, jannah dimasukkan ke 'ICU' di taipan, senawang. yang uruskan semua pakcik abu, mekanik yang aku call masa hari kejadian semalam. dia baik hati nak tolong sebab dia tahu aku pergi sekolah hari ni dan hanya ada masa lepas habis sekolah iaitu pukul 2 petang. jadi, sebab taknak lewat, pakcik abu tolong tow kan jannah dari bengkel beliau di seremban jaya sampailah ke taipan. beliau jugak yang urus semua. dari tolong mencarikan warranty jannah dalam kereta sampailah segala mak nenek prosedur nak servis. selesai semua, petang isnin tu jugak, lepas habis sekolah, aku ke bengkel pakcik abu dengan jiji. kemudian kitorang bertiga pun pergilah ke proton servis kat taipan tu. dah la hujan lebat gila pulak tu. sayu je rasa hati ni nak pergi tengok jannah kat sana.

sampai je kat destinasi, aku dah nampak jannah ada tengah berjemur kat luar. eh. silap. berjemur apanya kalau hujan tengah lebat? kitorang bertiga pun melangkah masuk ke dalam pusat proton servis tu. dengan harapan yang tinggi menggunung, aku pun menghampiri kaunter pertanyaan.

"assalamualaikum.. saya datang sebab kereta saya rosak. boleh saya tahu apa sebenarnya masalah kereta saya?"

gadis penyambut pelanggan tu terpinga pinga sekejap. terkedu kot sebab aku datang dengan pakcik abu. kalau korang nak tau, sebelum ni, masa pakcik abu tolong daftarkan kereta tu masuk proton servis, beliau beria ia paksa gadis penyambut pelanggan tu (hanya ingin dikenali sebagai cik ros) supaya siapkan kereta tu dengan kadar yang segera. secepat mungkin. a.s.a.p.

seram kot bila orang dah paksa macam tu. muka cik ros pucat gila. hilang kata kata.

selang dua minit lepastu, cik ros persilakan kitorang bertiga duduk. kemudian dengan rasa serba salah, dia pun cakap kereta tu belum lagi di check apa problemnya. mungkin dalam petang tu jugak cik ros akan inform kat number aku.

err. oke.. satu je soalan yang aku nak cik ros jawab..


"agak agak bila kereta saya boleh siap dibaiki? sebab nanti senang saya nak arrange transport saya ke sekolah nanti sepanjang kereta saya masih kat sini.."


dan jawapan yang dia pulangkan..


"maaf ya cik.. yang tu di luar pengetahuan saya.. kalau dah detect apa masalah kereta ni, baru boleh estimate masa. macam ni. apa apa nanti saya inform kat cik, ya?"


bila dah selesai semuanya, kami bertiga pun balik. tapi.. petang tu jannah masih takde khabar berita. aku pun duduk la kat rumah menanti dengan penuh pengharapan.

hari pertama.. belum ada progress..

hari kedua.. cik ros call. masalah pada gearbox. dan dia kata semua dah setel. dah order gearbox baru. mungkin boleh sampai dalam hari rabu atau khamis. *senyum sendiri*

hari ketiga.. aku call cik ros. tanya bila paling cepat kereta boleh siap. lupa nak tanya semalam. dia jawab, kalau takde problem, hujung minggu ni dah boleh amik kereta dah. *senyum sendiri lagi*

aku rasa macam lagu awi rafael pulanglah tu macam sesuai je dengan situasi aku yang sekarang ni. *berangan*. weh jangan salah sangka. aku tak pernah suka lagu tu, ya. harap maklong.

dipendekkan cerita, sepanjang minggu lepas aku takde kereta tu, aku tumpang salah seorang kawan aku yang kebetulan sama jalan nak ke sekolah. berikan tepukan gemuruh kepada ayuni ataupun nama glamornya wok! terima kasih wok. kau memang terbaik, wok!

sabtu. 25.02.2012..

akhirnya.. cik ros call pagi sabtu tu. kereta dah siap. alhamdulillah. gembira tak terkata. rindu dengan bau pewangi kereta yang warna biru tu.. rindu dengan dua kuntum ros yang aku letak kat dashboard, bajet nak mewujudkan suasana romantik dalam kereta.. poyo tak aku? haha. rindu sangat nak bawak jannah jalan jalan melihat alam. mesti jannah bosan duduk lama lama kat proton servis taipan tu. *baik punya alasan*

dengan hati yang berbunga bunga macam dua kuntum bunga ros dalam kereta aku tu dan menyanyi riang gembira di dalam hati, aku pun meminta jasa baik housemate ku untuk menghantar aku ke proton servis taipan. sampai je kat sana, aku nampak jannah elok je terletak dekat kawasan depan gate proton servis tu. macam tahu tahu je yang aku dah lama merindui dirinya. jannah baby kuchi kuchi.. sabor ye. mummy dah datang ni. hehe. come to mama!

mak ayah aku pun dah janji nak jumpa kat proton servis tu. bila mereka sampai, aku pun dengan muka tak bersalah mempelawa mak ayah aku dengan nescafe dan biskut kepunyaan proton servis yang memang sedia dihidangkan untuk pelanggan yang datang nak beli kereta kat situ. dah buat macam rumah sendiri pulak.

lepas ngok ngek barang sepuluh minit kat situ, aku pun balik dengan jannah. mak ayah aku straight heading balik kajang semula. and we all live happily ever after. secara rasminya, jannah kembali berbakti dan mengikut aku ke sekolah setiap hari bermula 27 februari haritu.

pengalaman kali ni memang 'guru' yang terbaik buat diri aku. pengajaran yang sangat bermakna. jadi, meh aku kongsi sedikit tips andai kata korang pun mengalami situasi macam ni. mana la tau kan.. kita taktau bila benda macam ni boleh terjadi kat kita.

1. jangan panik. kalau tiba tiba kereta korang gagal berfungsi dengan baik, cepat cepat la amik lane kiri dan terus parking kat tepi jalan. lebih selamat macam tu daripada kereta tu breakdown tiba tiba tambah pulak kalau waktu tu kereta belakang laju mengalahkan michael shumacher bawak kereta kat tengah jalan. kalau tetiba jadi macam ni, dah mengakibatkan kesesakan jalan raya. pastu nanti, susahkan pengguna jalan raya yang lain pulak nanti kalau kereta tu stuck kat tengah tengah jalan..

2. simpan nombor telefon tempat servis kereta korang siap siap dalam handphone. lagi bagus kalau hafal. silap aku haritu ialah aku tak pernah amik tau pasal nombor telefon proton servis. so, bila berlaku kejadian macam tu, aku pun tak tau dah nak contact macam mana. tapi takpe. bila dah tau ni senang sikit kerja aku kalau jannah buat buat manja lagi lepas ni. takpun, paling kurang pun anda boleh simpan nombor telefon mekanik. so, papehal senang sikit nak contact kalau ada apa apa berlaku.

3. call orang penting untuk inform keberadaan anda ketika kejadian. mana la tau kot kot diorang boleh bagi solution yang bernas ke apa. kalau tak pun, atleast diorang tau kat mana anda waktu tu dan tahu kat mana tempat terakhir anda pada waktu tu.


4. belajar basic servis kereta. contohnya tengok minyak hitam, air bateri, minyak brek, pam angin tayar, dan lain lain lagi la. lagi bagus kalau boleh belajar tukar tayar sendiri. kau ada kereta ke, takde kereta ke, kau lelaki ke, kau perempuan ke, takde alasan. semua kena reti jugak tambah lagi zaman serba advance macam ni. kalau la jadi macam forever alone macam aku ni, perempuan pulak tu, kau nak harap siapa? mak? ayah? nenek? hadoi. it takes forever la macam tu. tak payah nak kesiankan diri sendiri. masa tu menangis macam budak kecik takkan selesaikan masalah. be a grown up. basic tak basic, susah tak susah, you have to learn something. bersusah susah dulu. bersenang senang kemudian. lama lama kalau dah biasa jadi senang la tu. ye tak?

5. simpan buku panduan (manual) kereta dalam kereta. papehal yang senang senang tu boleh fix sendiri.

6. pastikan ada duit spare paling cikai pun dalam seratus ringgit dalam wallet kalau travel jauh. mana tau kalau minyak tak cukup ke, nak bayar tol ke, nak makan besar tak ingat dunia ke.. apa ke.. yang penting ada untuk waktu waktu dan saat saat genting apabila diperlukan. karang kalau tak ada yang melopong sorang sorang tepi jalan tu kang..

tu je buat masa ni. papehal, biasa la tu. kalau hidup kita asyik senang je, kita takkan belajar sesuatu la. betul tak? tak mencabar la macam tu.. stereotaip je. pengalaman mendewasakan. takpe. biarlah umur meningkat pun, tapi hati mesti sentiasa kena berjiwa muda. ingat tu kawan kawan. hehehe.

sampai sini sahaja entri aku kali ni. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...