06.03.2012
lokasi : kelas 3 baiduri
bidang : mengenal kraf tradisional
tajuk : pasu bunga ibuku sayang
teknik : lingkaran, lilitan
media : plastisin
budak budak tahun 3 ni suka sangat menguli agaknya. diorang selalu suruh aku buat 'doh' kuih macam yang cikgu ilah pernah ajar kat diorang masa tahun 2.
cikgu.. buat la doh macam yang cikgu ilah pernah ajar kat kitorang tahun lepas..
*p/s : kepada ilah, kau memang cikgu yang terer sebab murid murid sampai teringat ingat apa yang kau pernah ajar dulu kat diorang. terbaik la weh!
dipendekkan cerita, aku pun suruh la bebudak bawak plastisin. setiap orang bawak sekotak je. diorang pun tanya aku. cikgu, kita nak buat apa? aku cakap 'rahsia'. minggu depan nanti baru boleh tau.
pada hari kejadian, dengan excited nya bebudak pun tunjuk kat aku plastisin dalam kotak yang diorang bawak. ada yang siap bawak lebih dari satu kotak plastisin (berlainan warna biar nampak meriah mak ngah sikit). tak habis habis tanya kat aku soalan yang sama berulang ulang kali..
cikgu, kita nak buat apa dengan plastisin ni?
aku pun tunjuk tembikar yang aku buat. gigih betul aku.. apabila malam sebelum hari kejadian sibuk la aku dok melilit lilit plastisin tu. sampai naik pening aku tengok tembikar yang aku buat sendiri tu. aku susun warna dia ikut warna pelangi. michael jackson kena hantar balik india. sampai india sahaja. utara takde. haha. macam biasa. aku kan suka warna warni.
ja-jaanngg!
oke fine tau dah memang buruk gila. =.=
so, biasa la budak budak. bila aku dah tunjuk benda alah ni.. terus diorang cepat cepat keluarkan plastisin nak menguli tanpa membuang masa walaupun satu saat pun.
budak budak.. sabar dulu. cikgu belum buat tunjuk cara ni.. haila..
aku pass 'belanga ajaib' aku tu kat budak budak, untuk tatapan anak anak murid aku yang tercinta. biar diorang dapat tengok dengan lebih dekat macam mana nak buat benda tu. perhatikan saiznya besar mana. perhatikan nak campur warna macam mana. semua sekali la. tak payah terangkan panjang panjang. suruh je budak budak perhatikan 'belanga ajaib' tu betul betul. tau la diorang nak buat macam mana nanti. kemudian suruh diorang tanya soalan kalau tak faham.
kemudian aku buat tunjuk cara depan kelas. lebih kurang macam ni la penerangan aku dalam laras bahasa dengan anak anak murid aku.
1. mula mula buat tapak. pastikan tapak tu sebesar tapak tangan awak. tak besar sangat, tak kecik sangat.
2. kemudian, uli plastisin jadi bentuk panjang panjang. ukur dengan jari kelingking awak. jangan tebal sangat. jangan kecik sangat. biasa biasa je.
3. cikgu pesan bawak sekotak plastisin seorang, kan? jadi, cuba awak tengok 'belanga ajaib' cikgu ni. warna warni kan? macam mana nak dapat warna warni macam ni?
murid murid : tukar tukar dengan kawan, cikgu..
pandai..
hehe..
4. oh ya murid murid.. agak agak awak kan.. apa fungsi beg plastik yang cikgu suruh bawak tu ya?
murid murid : untuk alas meja masa uli plastisin cikgu.. kalau tidak nanti meja jadi melekit..
pandainya anak anak murid cikgu ni.. sape la cikgunya.
hehehe..
dah selesai tunjuk cara, aku pun bebaskan diorang untuk buat pasu masing masing. macam ni la rupa diorang dalam kelas masa tengah buat aktiviti ni. ini antara sebahagian gambar anak anak murid tengah bertungkus lumus yang aku sempat rakam.
boboiboy
gegurlgurl
gegurlgurl lagi
murid pertama yang siap. nama dia harrish panicker.
ni sebahagian hasil tembikar anak murid aku yang aku sempat edit.
warna warni itu disebabkan cilok mencilok amalan mulia.
haha :)
diambil daripada link ini :
http://www.slideshare.net/ayashi_chan/topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
warna warni itu disebabkan cilok mencilok amalan mulia.
haha :)
kesimpulannya, kalau nak ajar tajuk ni dan buat aktiviti ni dalam kelas, aku sarankan buat ABM nya. buat la paling cikai pun sebiji tembikar buat contoh. murid murid suka tau kalau ada contoh yang maujud sebab senang dia nak tengok dan buat rujukan. nampak macam konsep peniruan tapi sebenarnya bukan. ni bukan aku yang cakap. aku petik kata kata Aristotle je. dia cakap macam ni..
"Manusia tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam"
-Aristotle.
diambil daripada link ini :
http://www.slideshare.net/ayashi_chan/topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
amboih siap quote lagi kata kata dia. macam tengah buat assignment action research aku pulak gamaknya. cerita pasal action research, AR aku tu pun tak sentuh lagi. dah ngade ngade nak update belog. amboi amboi.. free nampak? haha.
yelah yelah. nak pergi buat AR pulak la ni.
tu je. semoga ilmu yang aku kongsi ni bermanfaat untuk semua.
sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment