mereka yang hebat

Wednesday, September 26, 2012

kembara GUA BATU MALOI



17.09.2012
lokasi : hutan lipur gua batu maloi, johol.

amekaw tajuk. CAPSLOCK! haha.

sori aku busy sangat kebelakangan ni. takde masa nak update blog. so.. are you ready??
here we go..

bersempena cuti Hari Malaysia isnin lepas, aku dan housemate telah bercadang untuk cross-off satu lagi 'le housemates's wishlists' yang telah kitorang rancang. asalnya, kitorang plan nak hiking kat gunung datok. tapi macam biasalah. langit kan tak selalu cerah.. begitu jugak dengan aku yang tak berapa nak cerah ni. aku, kan.. mana la hebat sangat bab panjat memanjat gunung ni. jadi, disebabkan datang satu peluang yang tak disangka sangka, maka aku dan housemate aku pun menjoinkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan bersama geng kakiathlete. kembara ke gua batu maloi. mak oii. masyuk betul buat kerja gila time final year ni. semua benda nampak cam menarik je. semua benda nak dicuba. macam lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal. amboi aku ni. sempat melencong entahapehape. oke. fokus. fokus.

biar aku cerita serba sedikit tentang hutan lipur gua batu maloi. hutan lipur gua batu maloi ni terletak dekat johol. terletak antara rembau dengan tampin. kawasan gua ni terletak berhampiran dengan lereng gunung datok (tak dapat hiking kat gunung datok, dapat 'hiking' kat lereng gunung datok pun jadi laaa. haha!). kawasan ni dah diwartakan sebagai hutan simpan dan banyak spesies pokok hutan hujan khatulistiwa ada kat sini. antaranya ada pokok kemenyan, pokok nibong, palma, dan banyak lagi spesies pokok lain.


jadi, pada hari yang bersejarah tu, seramai 15 orang peserta yang join dan bersepakat untuk pergi ke destinasi yang dituju. 6 orang perempuan, 9 orang lelaki. perjalanan ke hutan lipur gua batu maloi dari seremban mengambil masa lebih kurang 2 jam. sepanjang perjalanan, memang lalu jalan kampung yang penuh dengan 'periuk api' di sana sini. haha. tapi pemandangannya hijau dan memang sceneric gila. sangat cantik dan sukar untuk aku gambarkan dengan kata kata.





jalan masuk yang diapit oleh kebun sayur di kiri dan kanan.

so, sampai dekat hutan lipur pukul 10 pagi. kemudian dengar briefing oleh instructor iaitu kak ila dan bacaan doa dalam 15 minit. kak ila ni macam superwoman wooo. beliau memang penduduk tetap dekat hutan lipur ni. sejak beliau kecik sampai la dah berkeluarga ni, beliau dah beratus ribu kali dah masuk gua ni. memang dah biasa masuk hutan ni. woh! nampak je lembut kat luar tapi dalam hati rock climbing woh! ho ho ho liao!


kak ila tengah bagi briefing.

dalam briefing tu, kak ila bagitau dalam gua tu ada 12 checkpoint. kemudian keadaan kat dalam tu memang sejuk. baju memang akan basah sebab sepanjang gua akan ada tempat anak sungai mengalir dan ada tempat yang ada air terjun yang memang deras gila kat dalam gua tu (serius weh. memang betul ada.. nanti aku tunjuk bukti. hehe). 

kemudian macam biasa.. pantang masuk hutan dan gua.. mulut kena jaga. jangan cakap pakai main lepas je sebab kita masuk tempat orang. masuk dalam kena pakai torchlight, seeloknya yang macam miner tu sebab banyak tempat kena merangkak dan ada banyak laluan yang sempit gila sampai tak sempat dah kau nak pegang torchlight. kena banyak bersabar. jangan pentingkan diri sendiri. bergerak macam train. dan oh, tak payah mengada nak bawak masuk handphone kalau korang sayang handphone korang (yang ini ayat aku sendiri.. aku olah balik je. hehe).. dan lain lain lagi pesanan. 

lepas habis briefing, syuk pun tolong jadi ustaz bacakan doa. kemudian, baru kitorang gerak beramai ramai diketuai oleh kak ila menuju ke destinasi. sebelum sampai gua, ada beberapa anak sungai kecik yang dilalui dan ada jugak lalu trail dalam hutan dalam lebih kurang 10 minit. 

silalah menikmati gambar di bawah. aku rasa lebih jelas dan lebih tepat huraiannya.


checkpoint 1. 
masing masing sibuk nak audition jadi model iklan colgate. haha.


checkpoint 2 - gua ibu mengandung.
kena masuk one by one.
kat sini antara tempat yang paling mencabar dalam gua ni, 
sampai terseliuh bahu aku sebab tersalah teknik nak lepas checkpoint ni.
but, chill weh. sehari je rasa sengal. esoknya dah baik dah. hehe.


checkpoint 3 - gua kelawar.
abaikan manusia di dalam gambar. dan sila baca description kat batu tu je, ye.
sini antara tempat paling best.
port lepak sedara mara batman. hahahaha. oke tak kelakar.
tapi serius. gua ni agak gelap. kak ila pesan suruh tutup lampu dan senyap. 
kemudian bila semua dah sampai, kak ila bagi signal bukak torchlight serentak. 
maka bertebaran la 'batman' yang bergantungan dekat 'ceiling' gua.
tapi tak sempat nak capture moment tu kat sini. 
benda tu berlaku terlalu cepat. cuma beberapa saat je.

and trust me, it's SO fascinating. 

amboi. speaking london kau! haha. 


checkpoint 4 ke checkpoint 5.
kena panjat pakai tali yang diikat kat akar kayu.
jangan risau sebab akar kayu tu memang kuat.
masa ni cuma seorang je boleh naik dalam satu masa.


checkpoint 6 - cahaya matahari menerobos masuk gua kapal.
gua ni dinamakan gua kapal sebab batu yang tersusun kat situ 
menyerupai bentuk kapal.


checkpoint 7 - gua buddha / gua dewa.
bukan. bukan dewa 19. 
kenapa gua buddha?
tengok kat batu tu. ada figura menyerupai buddha. sebelah dia ada figura dewi.
tapi cuma nama je. jangan percaya betul betul ye..
 sebab asalnya figura tu terbentuk sebab titisan air dari bumbung gua.
disebabkan gua ni gua batu granit, titisan air tu tak jadi stalaktit.
sebaliknya titisan air tu jatuh dan membentuk kesan atas batu yang menyerupai figura.

begitulah flashback saya.


antara laluan sempit yang dilalui.
gambar ni memang terbaik!
aku teringat scene dalam 127 hours. sebijik gila kot?!


laluan sempit yang lain.


bak kata fiq mentor.. merangkak pun payah.
eh. sempat kau posing senyum, syuk?! haha. 


yiihaaaa! inilah contoh keriangan kanak kanak ribena. 


checkpoint 11 - air terjun lagi. 
kesian housemate aku tak sempat nak enter frame
nampak tangan sebelah je.
tabah eh nyok. haha.

disebabkan gua ni gua batu granit jugak, maka airnya selamat, halal, dan suci lagi menyucikan untuk diminum. kau nak minum bergelen gelen pun tak kisah. takde orang nak marah pun. kau nak buat air sembahyang pun boleh, kau nak buat cuci muka pun boleh. aku entah berapa kali kot cuci muka kat situ. tu pasal la nampak suci berseri bercahaya silau je kan muka aku? kan? apa? tak? oke fineeee. *berlalu pergi*

tapi kalau air dalam gua batu kapur, memang tak boleh minum. bukan sebab haram. tapi sebab beracun ye anak anak. tidak boleh. kan gua batu kapur sifatnya berasid. mungkin gua batu granit sifatnya neutral kot. sebab tu suci lagi menyucikan. entah. aku pun tak pernah kaji pulak. hahaha. oke tak kelakar pun.


lepas checkpoint terakhir : checkpoint 12. 
adventure tak habis di sini.
lepas ni heading to batu maloi yang penuh lagenda.


mari kita ke ladang. hoi!


masuk hutan pulak.


yang besar kat belakang tulah dia batu maloi..
maloi tu nama puteri ye. puteri maloi.
mitos orang tempatan kat sini.
dolu dolu kitorang semua ingatkan maloi tu nama orang asli lelaki.
sekali nama puteri daaa.. haha.
aneh tapi benar.

kemudian kitorang semua pun keluar daripada hutan beramai ramai. balik tempat mula mula berkumpul tadi. tapi sebenarnya kat bawah tu pun cantik woo.. serius breathtaking gila gila. subhanallah!



and lastly, for the last wrap of our journey,lepas habis salin baju dan bersiap untuk balik, kitorang sempat amik gambar ramai ramai ala kpop berlatarbelakangkan tasik hutan lipur gua batu maloi ni buat kenangan..


tadaaaaa!!

sidang kpop sekalian:
anep. nyong. ikin. mat. nad. nabila. acap. aimran.
syuk. aimi. aku. mira.

credits to amal for this awesome shot!

kitorang bertolak balik dalam pukul 2 petang. baliknya kitorang pakat singgah dekat the famous restoran sungai rembau. masing masing dah tayang muka zombie mogok lapar je aku tengok. kitorang semua pakat order nasi semuanya. makan sampai licin pulak tu. yang special kat restoran ni ialah cendolnya. cendol madu rembau namanya. siap ada aiskrim vanila kau! sedap gila. aku pun try la cendol yang so-called famous ni. ternyata la memang sedap. walaupun nama dia cendol madu rembau, tapi dia kurang manis. tapi tetap sedap. manis dia yang sedang sedang saja. macam lagu dangdut tu. eh?


nyam nyam nyam.

habis upacara makan beramai ramai, kitorang pun balik beramai ramai. berakhir sudah kembara kali ni. 

apa yang boleh aku katakan ialah memang seronok gila aktiviti ni. ni kali kedua aku join aktiviti masuk gua. dulu aku join rombongan hostel sekolah masa form 5 pergi gunung senyum kat pahang. yang tu gua batu kapur dan banyak gila stalaktit dan stalagmit. so, kali ni aku merasa pulak masuk gua batu granit.. lain pengalaman dan cabarannya. suatu pengalaman yang aku susah nak ungkap dengan kata kata.

so.. seperti biasa..
le housemates's wishlists : kembara gua batu maloi.
crossed-off.
:)

dah habis. sekian terima kasih.

*credits to nyong as the photographer. and anep for the awesome camera. thanks and sori aku edit tanpa kebenaran. mintak halal tau! hehe!*

25 comments:

  1. salam, nk tau cemane ye nk contact org yg bole jd guide tuk pegi gua batu maloi ni.??

    ReplyDelete
  2. bole tolg emel kt sini x?nabila_201292@yahoo.com...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah reply di emel anda.
      boleh check tengok..

      Delete
  3. salam. boleh saya dapat contact number untuk guide gua batu maloi ni? kalau boleh nak detail bayaran sekali.

    e.mail
    writerblock107@gmail.com
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.. saya baru baca comment anda ni.. dah termasuk ke dalam spam pulak. adoi! sorii!

      saya sudah send info tentang guide gua batu maloi ni ke e-mel anda.
      boleh check sekarang..

      Delete
  4. tlg email sy.. chemmy1407@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. baru reply tadi.
      dah boleh check inbox gmail anda..

      Delete
  5. salam... minta email saya no tel guide tuk gua batu maloi..
    dan harga guider..

    outrec@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah reply.
      sila check email anda..

      Delete
  6. Salam,
    Leh tolong emailkan no tel guide tuk g sini.
    Antar kat nurain.osman@honda.net.my or ainaboy8684@gmail.com

    Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. sent. boleh check di inbox emel anda sekarang.
      thanks sebab sudi menyinggah di blog saya. :)

      Delete
  7. salam tlg email no tel guide & harga
    daxtrax@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lewat. saya dah hantar. boleh check inbox anda sekarang.

      Delete
  8. salam. boleh saya dapat contact number untuk guide gua batu maloi ni? detail dengan bayaran skali..mcm best je...

    e.mail
    dmihalimm_89@yahoo.com
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah reply. boleh check inbox anda sekarang.

      Delete
  9. Seronoknya....
    Hello!! Boleh anda email contact nombor jurupandu kepada ku? Juga ingin pergi caving^^
    angelineyong_siew@hotmail.com
    Terima kasih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. angeline, sorry because i'm late.
      baru hantar tadi via emel. boleh check sekarang.
      thanx sudi datang ke blog saya. :)

      Delete
  10. salam. bole sy dpt kn cntct num tour guide nie tk? emailkn dkt aque_93@yahoo.com eksaited nk tw lebih lanjut. tq. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf atas kelewatan.
      Saya dah send email tentang info instructor ni. Boleh check email sekarang.

      Delete
  11. Assalamualaikum.nk contact number guide n harga guider di mnorasfarina@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. saya dah send kat emel saudari. harga guide saya tak pasti masih sama atau tidak. kalau naik pun mungkin tak jauh beza.

      terima kasih singgah blog saya!
      :)

      Delete
  12. salam. bole sy dpt kn cntct num tour guide nie tk? emailkn Kt ainun22.88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. saya dah forward ke emel anda. maaf atas kelewatan.

      Delete
  13. Assalamualaikum.nk contact number guide n harga guider di suhadahsaid@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. saya dah forwardkan ke emel anda. maaf lewat. terima kasih singgah ke blog saya. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...