mereka yang hebat

Friday, February 4, 2011

yang paling ho liao


sedikit sahaja. ada lagi kat bilik di maktab. ehe.

benda kat atas ini adalah benda yang paling aku suka gila. dari aku umur 9 tahun sampai la sekarang dah besar gajah, masih lagi suka dengan benda alah ni. asal ceritanya masa kecik kecik dulu kan ada cerita kartun dragon ball kat tv2 pukul 9.30 pagi tu, kan? oh! suka gila kartun tu sampai sanggup bangun pagi awal gila dan terus mandi. pukul 9.30 pagi tepat mesti dah ada kat depan tv. dari goku tu kecik sampai la anak dia si gohan dengan gotenks (goten + trunks) lawan dengan majin buu semua aku tengok.

ini namanya dragon ball z. gambar amik kat google images.

kadang kadang ada gak miss beberapa episod kan. tension betul aku. huh. kebetulan sorang sepupu aku ni kipas-susah-mati dragon ball. dia kumpul pulak komik dragon ball versi bahasa melayu buat koleksi sendiri. komik ni dilukis oleh akira toriyama. tabik spring ah kat beliau! oh. aku pun apa lagi, aku pergi la ke rumah dia dan duduk dan membaca semua siri komik tu. sampai lebam bijik mata membaca sebab sanggup tak tidur. oh memang gila. nasib baikla cuma ada 43 siri. kalaula macam komik naruto atau one piece yang beratus ratus tu. erk. entah bila ha nak habis ek? err..

masa umur aku 12 tahun, keluar pulak komik baru. penyiasat remaja. memula tu aku rasa macam nak insaf la kan taknak lagi baca baca komik komik bagai. konon konon bajet matang? huh. bertahan dua minggu je kot. lepas tu perangai lama datang balik. memula pinjam satu dari member aku. rasa cam menarik pulak. mula saat tu, asal lalu dekat kedai majalah kecik depan stesen bas kat sitiawan lepas balik sekolah je, mesti mata aku cari komik ni dulu. haish. sekarang ni stesen bas dengan kedai kedai kat sitiawan tu sekali dah tak ada. dah dirobohkan dah sebab stesen bas dah pindah kat manjung pulak.

ini pun ada yang dah hilang. huhu.

disebabkan koleksi komik ni merupakan benda yang paling aku sayang, maka aku pun selalu la membalut komik aku ni dengan plastik jernih pembalut buku tu. lepas beli terus balut. sekarang ni sebab dah terlalu banyak, aku pun takde kerja dah nak membalut komik aku tu satu satu macam dulu. sebenarnya, zaman dulu kala kat sekolah, aku pun bukan la spesies rajin nak membalut balut bagai, tapi member aku yang gila komik ni jugak akan tolong buat servis free balutkan 'baby baby' aku ni lepas dia pinjam daripada aku. dia ni kalau bab komik, memang jaga betul sampaikan pernah marah aku sebab aku suka betul dockyard helaian komik aku. eh. padahal komik aku kan? tapi dia jaga komik aku macam harta sendiri. bagus betul.

tu yang jenis bagus. ada tu yang buat macam harta sendiri jugak. tapi dengan cara lain. maksud aku, ada yang pulangkan dah koyak, dah kena conteng dengan adik, dah hilang pembalut berwarna warni yang kat depan komik selalu ada tu, dah hilang pembalut plastik yang aku rajin sangat gi balut tu, dan ada tu yang hilang terus. yang banyaknya yang kes pergi tak kembali tulah kan. nak buat camne. kalau masa kecik tak matang dulu taunye menangis la. pastu taknak kawan seminggu. masa tu susah kot nak beli komik. dah la susah nak jumpa. pastu duit belanja kumpul seminggu tu! konon konon rasa macam beli emas la. tapi sekarang dah besar gajah ni apa susah? kalau hilang cari je yang baru. kedai mana mana pun bersepah jual komik kan?

sampai sekarang ni, aku masih baca komik. aku pernah terniat nak berhenti. sebab rasa macam 'eh, aku kan dah besar, tak sepatutnya baca komik lagi' , 'eh, aku kan perempuan. perempuan matang mana baca komik?', dan lain lain lagi. sekarang pun sebab dah ada terlalu banyak komik kat pasaran contohnya terbitan gempakstarz, aku akan pilih based on 'ikut suka aku' atau pelukis komik tu. takpun beli komik penyiasat remaja. sebab tu sekarang aku ada gak beli dan baca baca novel. tapi kadang kadang jela. aku lagi suka baca komik sebab komik ada lukisan yang cantik dan jalan cerita pun best. dalam komik pun ada gak moral dan pengajaran yang boleh kita amek. yang penting, komik tu mesti ada unsur humor. boleh hilangkan tension lepas study ke kuliah ke.

korang pulak?
hobi yang korang rasa paling ho liao?

6 comments:

  1. ejad : eh? tak tau ke? dalam komik ada baaanyak pengajaran yang kita boleh dapat secara implisit tau. paham mohd sallezad??

    ReplyDelete
  2. haha~! suke3~! aku pon skunk ni byk beli novel grafik dari bli comic...dah susah nk jumpe dah skunk nih komik2 fav kiter..huhu
    koleksi aku pon bertambah..tp ko tetap pling bayak.. hehe

    igt x camner kiter start minat citer2 penyiasatan nih?? kan dulu kiter pinjam komik #1 penyisat remaja hajime kindaichi dari Irene Fong..pastu,tros menggiler comic2 camgitu..
    =)

    ReplyDelete
  3. HCA : haha! tau takpe! dah susah dah nak jumpa..
    irene pun pakai main beli je kan masa tu.. bukannya dia buat koleksi pun.
    hehe.
    kat seremban senang gak nak cari komik penyiasat remaja.
    dia keluarkan versi baru dah.
    sukanya akuu! haha~ :)

    ReplyDelete
  4. ah cai : haha. terima kasih. memang best!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...