mereka yang hebat

Wednesday, June 20, 2012

gugurnya sebijik durian


sawah padi menghijau menyambut kedatangan kami.
welcome to kedah yaaww!

kalian, entri ni takde kaitan pun dengan buah durian, pokok durian mahupun bubur kacang durian. ini adalah sambungan daripada entri pulau pinang jauh ke tengah. entri aku macam buah durian jugak. bila ada feel pada suasana yang tepat dan masyuk, barulah dia gugur (metafora apakah ini?) jadi, maaf atas kelewatan. segala kesulitan amat dikesali. ya ampun dong! ampun!

bertolak dari pulau pinang tepat pukul 8.40 pagi. kemudian kami meneruskan perjalanan ke kedah. tempat yang dituju tak lain tak bukan ialah sungai petani. memang dah plan pun nak menikmati sarapan di situ. so, kat bawah ni gambar pekan sungai petani. mungkin sebab pagi lagi jadi kawasan pekan sungai petani pada pagi yang permai dan indah itu agak lengang. 


salah satu makanan yang famous kat belah belah utara ni ialah pasembor, atau nak lagi sedap mari kita sebut sama sama dalam loghat utagha yang sangat pekat..

PA-SEM-BOQ! PASEMBOQ!

yaa.. pandai betoi anak anak murid cikgu sekalian ni. 

kawasan restoran pasemboq the best in town tu sepatutnya berhampiran dengan laluan keretapi kat gambar kat bawah ni. restoran tu memang masyuk. asalnya, dulu dekat dengan palang penghadang tu ada satu pokok ketapang yang besar. dekat bawah pokok tulah restoran pasemboq tu wujud. tapi bila lagi sekali kitorang lalu, dah takde dah. sedihnya hati ni cuma Allah yang tahu. datang jauh jauh semata mata nak makan pasemboq bawah pokok ketapang, tapi dah takde. jangankan kata kedai, bayang pokoknya pun dah takde. huuu. sedih! 

jadi, dipendekkan cerita, kitorang pun pusing pusing la dekat dekat area tu untuk cari kedai makan yang lain. yelah. mungkin kedai tu dah tutup terus agaknya. dulu dulu pun restoran dia kecik je. kebetulan pulak jalan kat situ tengah diperbaiki. siap ada bangunan baru yang pelik pelik. tak pernah nampak pun sebelum ni. sekali bila pusing punya pusing, kitorang ternampak signboard yang nampak macam familiar je.. hmmm..

oke fine! jumpa dah! yeye! suka! suka! hehe.

bahagia betul walaupun cuma nampak signboard je. kitorang siap kena pusing balik semata mata nak pergi makan kat situ. oh mann. tuuu dia penangan pasemboq sungai petani!

anda nampak divider yang banyak tu? ha.. tu petanda jalan raya tengah dibuat semula. 
bangunan rumah yang besar tu ialah restoran tu.

kita close-up sikit..

bersih je kedai dia ni. i liikeee..

so, pasemboq ni sebenarnya sama macam rojak, cuma memang kat utara sini kita panggil pasemboq. untuk lebih detail lagi, meh sini aku cerita sikit pasal makanan yang sangat special ni. dalam pasemboq ni macam macam ada. ada kentang, telur rebus, hirisan timun, hirisan sengkuang, sotong kering yang dicelur, kuih, tauhu, dan kemudian semua bahan ni disiram dengan kuah kacang panas panas di atasnya. fuhhh! menjilat jari beb! wallaaa!

TADAAA!
nilah dia rupa pasemboq. aku minum dengan teh tarik.

yang ni pulak mi goreng mamak.

harga pun berpatutan. berbaloi jugak la aku rasa sebab makan 5 orang siap tambah mi goreng bungkus dengan pasemboq lagi sepinggan, semuanya RM28.00. 

lepas habis makan, kitorang decide nak pergi tanjung dawai. dan, gambar kat bawah ni ialah grafitti yang aku nampak kat salah satu lorong kat pekan sungai petani. grafitti ni dihasilkan di dinding sebuah kedai bundle kat sungai petani ni. 

cantik kan?

mula mula tu aku ingat tanjung dawai tu dekat je dengan sungai petani, rupa rupanya jauh jugak. mungkin aku rasa jauh sebab first time datang kot. tu yang terasa lama tu. tambah lagi kitorang lalu sungai dua, betul betul lalu kat simpang yang ada kedai char kuey teow 'telur ayam dibasuh' yang famous amos tu. (kedai tu kebetulan tutup hari tu). padahal kalau lalu ikut merbok (atau lebih spesifik lagi uitm merbok) lagi dekat kot. haha. takpe. nama pun jalan jalan kan.. hehe. adat la.

pemandangan jalan ke tanjung dawai

sepanjang jalan nak pergi tanjung dawai ni, ada jugak beberapa pekan kecil yang kitorang lalu. nama pun pelik pelik. yang paling aku ingat sekali ada satu nama tempat ni segantang garam. segantang garam? klasik bukan? macam nama dalam cerita p.ramlee zaman dulu kala pun ada. haha. family aku ni dah la aneh sikit. sambil berjalan tu, setiap nama tempat ditranslate jadi nama bahasa inggeris. yang bahasa inggeris dimelayukan pulak. kalau translate betul betul takpe jugak. ni betul betul bedal direct translation. hahaha hadoiyai. macam macam! berikut adalah senarai nama tempat yang kitorang lalu yang telah di'terjemah'kan oleh keluarga aku :

slim river = sungai langsing
lumut = moss
sungai petani = farmer river
lembah bujang = bachelor valley
sungai dua = two river
tanjung dawai = cape of wire
baling = throw
gurun = desert
kampung pasir = sand village
bakar arang = burn charcoal

dan lain lain lagi. mengarut ngarut. banyak sangat nak sebut satu satu weh. family aku ni boleh siap buat english essay sambung menyambung letak nama nama tempat yang dah ditranslate tu sekali. banyak betul masa free diorang kan? sampai aku terfikir yang aku ni.. sebenarnya.. tengah on vacation ke.. atau..

tengah exam MUET secara berjemaah dengan family aku? HAHAHA. 

sambil sambil. boleh pulak tu terfikir. haish. apa jugak la aku ni. ya. family aku memang aneh, tapi sebab tu aku sayang diorang. MUET pun bolehhh, janji rock kapak always. haha.

sambil memerhatikan keindahan bumi Tuhan ni melalui tingkap kereta, dalam 20 minit lepastu, kitorang pun sampai ke tanjung dawai. atau mengikut istilah dalam kamus family aku, cape of wire

dan inilah antara pemandangan kat cape of wire yang sempat aku rakam kat situ..



dan ada satu benda yang paling menarik perhatian aku kat tanjung dawai ni..

baru aku tahu.
bijak sungguh haiwan kat tanjung dawai.. siap boleh baca signboard.
kuda? hmm menarik..

lepas menghirup udara pantai yang segar, kitorang teruskan lagi perjalanan menuju ke padang besar, perlis. perjalanan ke perlis makan masa lebih kurang 3 jam lebih. pergi sana cuci mata, sambil beli baju anak anak buah aku seramai tiga orang tu, dan buah tangan untuk kawan kawan yang aku kasihi sekalian. 

lain lain tak sempat snap. 
ai bizi, yu.

then, dalam lebih kurang asar, kitorang doze off balik perak. stay umah mak cik aku kat lumut. sampai kat umah beliau lebih kurang pukul 11 malam. 

aku serta family akhirnya balik juga ke hometown yang amat kurindui. sitiawan. bagai sirih pulang ke gagang. tapi bukan gagang telefon. harap maklong. 

yang seterusnya akan bersambung di entri lain. terima kasih banyak banyak kerana sudi menghabiskan masa anda yang berharga dengan melawat blog aku yang tak seberapa ni. hehe. 

sekian terima kasih.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...