23 - 25.10.2011
lokasi : johor bharu ke kota bharu
stesen keretapi kulai, johor.
6.30 pagi.
peringatan.. merakam KISAH ALAM, ya. bukan DUA ALAM filem dr. rozmey tu. huhu. oops! sori ddr!
dua hari sebelum cuti seminggu sempena deepavali ni, mak aku hantar mesej kat aku. katanya nak melancong pergi kelantan dari johor bahru. tapi naik keretapi. kalau korang nak tau, ini memang antara impian mak, ayah, dan keluarga aku. untuk naik keretapi sambil melancong satu Malaysia. ehem. keluarga aku memang aneh sikit. suka berjalan jalan melihat alam macam ni. ala ala destinasi bajet macam yang Qi buat tu.
tujuan berjalan jalan kali ni ialah saja nak tengok tempat orang. mana la tau entah entah esok lusa aku dipostingkan kat area kelantan ke, pedalaman pahang ke. takde la terkejut sangat nanti. aku ni dah la tak boleh terkejut terkejut sangat. lemah semangat i tau noks!
disebabkan aku takde 'senjata', maka aku telah meminjam 'senjata' kepunyaan housemate ku iaitu Canon Ixus. terima kasih nyok. sebab kau housemate aku yang baik hati, aku dah belikan sesuatu untuk kau. usah khuatir. hehe.
dipendekkan cerita, rancangan perjalanan ni sebenarnya tiba tiba je. tak rancang pun. kitorang cuma beli tiket hari sabtu, kemudian awal awal pagi pukul 5 hari ahad esoknya dah bertolak dari rumah. abang aku yang kedua (abang amin) dengan kakak ipar aku kak linda yang hantar kitorang naik keretapi dekat stesen kulai.
tambang sehala untuk orang dewasa ialah RM 42.00. kitorang bertolak pukul 6.30 pagi. perjalanan pulak makan masa dalam 12 jam. jadi gambar gambar yang akan aku upload lepas ni kebanyakannya aku amik masa dalam train. haaa. jangan tanya macam mana aku amik ya. dalam kelajuan dan graviti tak stabil yang menyebabkan aku terhuyung hayang sendiri, aku cuma pakai intuisi aku yang tak berapa tajam je ni. haha. harap maaf kalau gambar tak cantik. biasalah. amatur.
lepas ni biar alam yang bercerita. silalah menikmati kehijauan ciptaan Allah yang aku sempat rakam ni.
berani
cabang
sungai
perjalanan selama 12 jam tu ada jugak berhenti kat beberapa stesen. gila ke tak berhenti? huhu. jadi masa train berhenti kat salah satu stesen iaitu stesen bukit abu (kat kelantan), ayah dengan baik hatinya telah membelanja minum air panas. kasi segar sikit. terima kasih ayah. ayah memang hensem.
one for all, all for one.
pulang ke sarang
senja di Tanah Merah, Kelantan
stesen keretapi wakaf bharu, kelantan.
7.30 malam.
jejak je kaki kat stesen keretapi wakaf bharu tu, kitorang amik teksi ke kota bharu dan bermalam dekat salah sebuah hotel dekat riverfront. malam tu lepas mandi, solat semua, kitorang pun jalan jalan cari makan. ni antara panorama malam di KB.
klasik
menara jam depan riverfront
keesokan paginya lebih kurang pukul 7.00 pagi, kitorang discover satu tempat makan ni. berhadapan betul dengan deretan hotel kat riverfront tu. tempat ni unik. unik la. sebab restoran ni terapung. haa. macam mana yang terapung tu? korang bayangkan korang makan atas bot. hoho. romantik bukan? eish. geli gila sebut 'romantik' bagai ni. urgh. geli. geli. GELI.
yang warna biru
kita close-up sikit..
nak makan sarapan pagi ingat senang ke?
yang menariknya, dekat dataran menara jam sebelah restoran terapung tu, ada orang buat taichi pagi pagi. peh. gigih betul.
waaaaahhhhh...
kitorang bersarapan nasi dagang dan nasi berlauk. teh tarik. nescafe. sambil bersarapan, kitorang tengok pemandangan indah dari atas bot. ada disediakan khidmat bot penambang untuk ke tempat tempat berdekatan. bayarannya seringgit ke dua ringgit je untuk perjalanan sehala! gila kentang murahnya hatoi!
lepas sarapan kitorang berjalan jalan sekitar kota bharu. singgah dekat pasar siti khadijah. beli la apa yang patut kemudian duduk bilik sampai malam. lepas maghrib pergi ke wakaf che yeh. takde nye shopping sakan. biasa biasa je. selebihnya jalan jalan tengok apa yang patut.
menara jam waktu siang
istana jahar, kota bharu
gambar dekat pasar siti khadijah dengan wakaf che yeh tak amik. bateri kong sudah.
esoknya pukul 6 pagi lepas subuh kitorang check-out hotel. train berlepas pukul 7.15 pagi. sempat jumpa pak andak dengan mak andak aku yang stay sana. dan juga sepupuku zulaikha dengan zubair. tapi tak amik gambar jugak. hmm. sebab aku terlupa. adeh.
perjalanan balik mengambil masa 13 jam. memang flat la duduk kat dalam train tu. perhentian paling lama dekat kuala lipis dan gemas. oke la tu. sempat minum air panas. kebetulan cuaca pulak sejuk je sebab sepanjang jalan hujan. hadoi sejuk menggigil kau tapi tahan je la. gambar yang di bawah ni diambil masa perjalanan balik. yang mana sempat sahaja ye sebab lepas sampai gua musang bateri pun *pling* .. tido.
tuu dia kabus tebal
sekawan lembu sedang menikmati rumput segar
gua musang
gua musang close-up
antara stesen yang dilalui
itu saja. sampai di johor dalam pukul 8.20 malam. fuh. tiga hari dua malam yang indah. menikmati keindahan alam boleh menenangkan fikiran yang serabut. aku ni dah la serabut. haha. walaupun percutian ni ringkas takde apa yang mewah pun, tapi, inilah kitorang. simple je. lagi simple laaaagi bagus. karang kalau plan panjang panjang takut tak jadik pulak.
sebenarnya masa dekat wakaf che yeh aku ada beli buah bidara. kalau nak tau macam mana bentuknya, nanti la aku upload ya. tak amik lagi gambarnya.
sekian terima kasih.
aku suka gambar cabang dengan sekawan lembu..
ReplyDeleteaku suka gambar last..
ReplyDelete