mereka yang hebat

Thursday, October 6, 2011

resipi kuih keria


minggu lepas aku balik kampung. menghadiri majlis kahwin kawan baik aku.

*illeeyany, in case if you're reading this.. congrats for your wedding!*

dan aku dapat beberapa biji keledek putih free daripada abang aku dan emak. aku bawak balik seremban. terima kasih abang amin. terima kasih mak.

keledek putih yang chubby.

balik rumah sewa kat seremban, aku pun search la kat internet untuk resipi kuih keria. teringin nak buat sendiri memandangkan aku suka makan kuih ni. rupanya senang jugak nak buat. aku cari dekat website faveret aku iaitu MyResipi. ini link untuk resipi kuih keria tu.


jom tengok bahan bahan dan cara membuat.

bahan-bahan :

1/2 kilo keledek putih (ni kalau ikut resipi sebenar. sebenarnya masa aku buat ni aku pakai main agak je)
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

cara-cara :
1. memula kupas kulit keledek. bersihkan. kemudian potong kecik kecik.
2. rebus keledek dengan air. air jangan banyak sangat, cukup untuk tenggelamkan keledek je.
3. bila dah empuk (lebih kurang 15-20 minit rebus), angkat dan toskan air.
4. lecekkan keledek dengan sedikit garam sementara masih panas. bukan apa. kalau dah sejuk nanti keledek akan jadi tak lembut sangat dan susah nak dilecek.
5. lepas siap lecek, tunggu sejuk sekejap.
6. tambahkan 1 cawan tepung gandum. uli adunan sampai sebati. memang agak melekat lekat sikit. kalau suka keras sikit, tambah lagi tepung gandum tapi jangan la banyak banyak. masukkan sikit sikit.
7. bentukkan adunan menjadi gelang gelang yang comel. proses ni agak leceh sikit sebab dia melekat lekat. so untuk elakkan melekat lekat kat tangan, bubuh minyak kat tapak tangan dan mula buat gelang gelang tu sampai habis adunan.
8. goreng gelang tu. lebih elok kalau goreng garing / kuning keperangan.


9. untuk sira, masukkan gula dan air (jangan banyak sangat. cukup untuk buat gula tu basah / tenggelam sikit). panaskan dalam kuali tanpa minyak sampai gula jadi pekat.
10. lepas gula dah pekat, tutup api. nak tau pekat atau tak, gula akan berbuih mendidih. kemudian angkat sudip yang kacau gula tu. kalau gula lambat jatuh dan tak mengalir macam air, maksudnya gula dah pekat.
11. masukkan gelang gelang tadi dalam kuali. balik balikkan gelang dengan gula pekat sampai semua gelang disira sepenuhnya.
12. angkat dan hidang dalam pinggan yang comel.
13. sedia untuk di'ngap'.

tadaaa! inilah dia kuih keria yang dah siap.


petua :
1. jangan rebus keledek terlalu lama. bila dah empuk je terus angkat. kalau terlalu lama direbus, warna keledek akan jadi kurang cantik, isi akan jadi terlalu lembik. bila lembik, akan guna banyak tepung. bila guna banyak tepung, kuih akan jadi keras. bila kuih jadi keras takde orang nak makan dan akan komplen 'weh, keras la kuih keria ni..'
2. lebih baik lecek keledek sementara masih panas sebab tekstur kuih akan jadi lebih lembut dan senang dibentuk.
3. boleh guna keledek merah / oren sebagai alternatif, tapi kurang sedap berbanding pakai keledek putih. keledek merah / oren lebih lembut teksturnya berbanding keledek putih. jadi keledek merah / oren sangat sesuai dibuat kuih cucur badak. sukatan untuk buat adunan cucur badak masih sama dengan keria cuma kena tambah inti.
4. goreng gelang dengan garing. kalau tak garing warna kuih akan jadi pucat dan bila kuih dah sejuk ia akan jadi lembik.
5. masa nak buat sira, jangan guna air banyak sangat. kalau air banyak, sampai tahun depan pun takkan pekat punya gula tu. kalau air terlalu sikit pulak, gula tu akan jadi gula hangus (karamel) so kalau terlebih masak karamel tu akan jadi pahit. dan mengikut petua kawan aku yang bernama ilah, pakai gula halus instead of gula pasir biasa. disebabkan aku taktau pakai gula halus akan nampak lagi cantik, aku bedal je gula pasir biasa. hehe. agak fail jugak la nak menyira tadi. menyirap ada la. cuba banyak kali baru boleh. haha.

first time buat kuih keria. so buat sikit je. adunan di atas dapat buat lebih kurang 30 biji kuih keria. mula buat pukul 4 pagi sampai pukul 6 pagi. (biasalah. beginner macam aku memang lampi sikit. hehe). makan sebagai sarapan pagi bersama classmates aku. nasib baik habis. dan nasib baik kuih tu tak keras. alhamdulillah.

apapun, selamat mencuba. majulah kuih keria untuk Malaysia!

7 comments:

  1. Aisesehhh.... pandai masak bah pula Nina ni. Keria tu ala-ala donutkah taaapiii guna keledek???

    ReplyDelete
  2. saya tak pandai pun masak. saja cuba cuba je.
    ha'a.. kuih ni macam donat tapi guna keledek.
    nanti cuba la. senang je nak buat.
    hee :)

    ReplyDelete
  3. nyam nyam..leh wat dunkin keria..hehehehe..bismillah..pos sini tau:)

    ReplyDelete
  4. dunkin keria? hahaha.
    insyaAllah pos kalau tahu alamat. huhu..

    ReplyDelete
  5. terima kasih dengan resipi ni......patutlah kuih keria makcik tak jadi, sbb guna keledek kuning......alahai........thanks and Allah bless you always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe makcik. sharing is caring kann.. hehe.
      saya pun amik dari internet je. baru cuba-cuba nak buat.
      terima kasih singgah blog saya, ya makcik.
      may Allah bless you too.
      :)

      Delete
  6. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...