mereka yang hebat

Tuesday, November 1, 2011

laskar pelangi



laskar pelangi, sebuah filem indah berasal dari indonesia yang telah diarahkan oleh riri reza. filem ini diterbitkan pada tahun 2008, dan diadaptasikan daripada sebuah novel yang bertajuk 'laskar pelangi'. novel tersebut adalah hasil tangan penulis indonesia, andrea hirata pada tahun 2005. cerita ini digarap berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh penulis.

terdapat sepuluh orang watak kanak kanak yang menjadi tunjang utama dalam filem ini.

ikal. lintang. ah kiong. trapani. borek/samson.
mahar. sahara. harun. kucai. syahdan.

cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak kanak yang meneruskan persekolahan dengan hanya seramai sepuluh orang. sepuluh orang yang membawa makna yang besar kepada mereka. sebab ada sepuluh orang tulah, baharulah sekolah SD Muhammadiah tu akan dibuka. guru yang mengajar kat sekolah tu ada tiga orang. tapi watak yang ditonjolkan ialah watak bu muslimah. bu muslimah nilah yang gigih mengajar dan mendidik anak anak yang sepuluh orang ni dan menggelarkan mereka sebagai laskar pelangi.

diorang takde pakaian seragam sekolah. apa pun boleh asalkan kau datang sekolah. itulah tema baju diorang. dekat sekolah kampung kat tengah tengah pulau ni, mana la ada laptop, internet, komputer (jangan berangan. lagipun tu kan zaman 70-an), meja kerusi pun macam nak tak nak je wujud kat sekolah tu. sekolah pun macam tinggal hari nak roboh je. tapi sebab sepuluh orang murid yang hati waja ni nak bersekolah punya pasal, diorang tetap datang sekolah siap belajar lagi pandai daripada bebudak bandar yang sekolah kat tengah tengah pekan. bukanlah pengarah mahupun penulis novel ni nak mendiskriminasikan kanak kanak bandar dengan luar bandar macam cerita tipikal melayu yang lain, tapi apa yang aku faham, mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni ialah semakin banyak halangan dan kesusahan hidup yang kau lalui, semakin besar azam kau untuk menuntut ilmu untuk keluarkan kau dari kepompong kesusahan hidup tu.



latar masa cerita ni ialah pada tahun 1975. apa yang dipaparkan memang tak berbeza daripada latar tahun tu. aku rasa macam tengok cerita lama pulak siap kualiti filem ala ala zaman 70-an. latar tempat pulak dekat pulau belitung, indonesia. memang sangat pure kampung. aku suka sangat. sinematografinya cantik. terutamanya masa babak kat tepi pantai yang ada jaluran pelangi. lalang kuning dia yang tinggi tinggi tu buat aku rasa nak baring sambil kira bintang kat langit waktu malam je. *berangan*






keindahan dan nilai estetik cerita laskar pelangi ini terletak pada jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan kepada awam. cerita ni mengingatkan aku kepada zaman dulu dulu masa comot comot dengan baju sekolah. zaman tak matang main dengan kawan kawan. zaman berhingus lap pakai sapu tangan bawak siap siap dari rumah. oh indah sungguh.

syoknya main hujan

tidak dinafikan bahawa filem ini berjaya menyentuh hati dan sanubari aku. sedih dan sangat bermakna jika ditonton dengan penuh penghayatan. mungkin sebab aku dah berada dalam aliran pendidikan, maka aku terfikir bahawa watak bu muslimah yang telah dilakonkan dengan jayanya oleh cut mini terasa begitu dekat dengan aku. dalam filem ini, bu muslimah ialah salah seorang guru yang bertugas di sekolah SD Muhammadiah. dengan segala susah payah, walaupun dapat peluang untuk bertugas di sekolah di bandar, tapi dia tetap tegar untuk mengajar dalam kampung tu. bagi sesiapa yang dah berada dalam alam pendidikan, mesti tahu bahawa pengajaran bu muslimah banyak berlaku di luar bilik darjah. sesuatu yang jarang dilakukan di sekolah bandar. mungkin itu kelebihan berada di sekolah kampung yang serba kekurangan macam dekat pulau belitung.

watak yang paling kuat dalam cerita ni ialah lintang. seorang anak sulung yang bertanggungjawab menjaga adik adiknya di rumah, dan merupakan murid paling pandai dalam kelas. korang bayangkan, mencongak tak guna kalkulator. korang ada?



dua sahabat baik.
ikal dan lintang.

mungkin aku agak lampi sebab filem ini dah keluar tahun 2008, tapi baru sekarang aku tergerak hati nak tengok. terima kasih kepada kawan aku, piko yang telah merekemenkan aku untuk tengok filem ni. memang terkesan dalam hati aku. kalau aku sendiri ada dekat tempat bu muslimah, aku sendiri tak tahu sama ada aku tegar atau tak untuk tempuh kesusahan macam tu sekali. harap harap mampu. kalau tak sia sia la ilmu yang aku belajar lima tahun setengah selama ni.

kepada sesiapa yang masih belum terbuka pintu hati untuk tengok cerita ni, aku sarankan supaya tengok. tak rugi. jalan cerita yang mudah difahami dengan dialog bahasa melayu-riau (macam bahasa melayu kat malaysia jugak sikit sikit) tapi tetap akan meninggalkan kesan dalam hati. tapi bagi yang tak suka cerita yang agak slow macam ni, mungkin akan rasa yang cerita ni bosan. bagi aku tak bosan langsung. cuba hayati betul betul. jangan hayati sambil tidur sudah. memang la tak dapat apa apa.

empat setengah bintang untuk filem ni.

gambar ihsan pakcik google.

itu saja. selamat menonton. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...