mereka yang hebat

Tuesday, November 22, 2011

lagenda sinarama



gambar di atas merupakan majalah sinarama dalam bungkusan yang akan diagihkan kepada semua bekas guru pelatih ipg kampus raja melewar. maka berakhirlah segala persoalan dan kontroversi lagenda sinarama setelah sekian lama kelahiran majalah ini dinantikan oleh semua pihak.

ada cerita yang aku ingin kongsi dengan semua pembaca blog aku. nak dijadikan cerita, selepas berakhirnya minggu minggu sibuk yang penuh dengan aktiviti menyiapkan assignment dan exam, maka pada hari yang berbahagia hari jumaat lepas bersamaan dengan 18.11.2011 barulah bermula aktiviti membungkus majalah ini untuk penghantaran ke seluruh malaysia. jumlah kesemua majalah yang akan dibungkus dengan teliti satu persatu ialah 98 buah.. campur tolak dengan yang tak beli dan yang dah dihantar kepada tuannya.

sebenarnya, di sebalik cerita kali ni, aku nak sangat sangat meluahkan rasa terima kasih kepada the enthusiastic ichang. because this enthusiastic friend of mine make it happen. disebabkan ahli editorial yang lain dah balik, maka ichang la yang sanggup berkorban untuk melaksanakan mission yang not so impossible ni.

kerja bermula pada pukul 2 petang. mula mula kami berdua tampal setem atas sampul surat. ichang takut setem tu tanggal kalau tampal dengan air, jadi ichang suruh aku pakai gam. biar melekat tak tanggal tanggal dah. takpe la. aku ikut je sebab aku tau dia memang detail.

ichang sangat caring. alamat atas sampul surat tak boleh print dan tampal macam tu je. sebabnya takut alamat tu tertanggal ataupun terkoyak. lagipun kalau print, takut terkena air dan ink akan smear. dah tak nampak alamat.. dah susah dah nak hantar.. jadi.. setiap alamat atas sampul surat tu dia yang tuliskan. aku pun tulis jugak. ada la dalam 20 orang punya alamat. haha. oke fine sikit gila. tak sebanyak yang ichang tulis. ichang tulis untuk kelima lima unit bekas guru pelatih pismp batch 2007. kesian ichang. sampai tertidur tidur nak tulis alamat tu. sebab takut salah tulis alamat, ichang tidur pukul 3 pagi selama 3 jam. pukul 7 pagi, ichang sambung tulis semula untuk dua unit lagi. ya. ichang make it happen.

aku tolong jugak. tolong gam sampul surat tu. tapi bila dah separuh sampul surat aku tolong gam, tiba tiba ichang nak bukak balik semua. aku tanya la dia, kenapa? ichang kata dia takut majalah tu basah kena air. sekarang kan musim hujan tak kira masa. penat je kita buat cantik cantik tapi nanti basah.. lepas tu ichang sendiri start motor pergi beli pembalut plastik pagi pagi pukul 8.30 pagi. mana la ada kedai bukak pagi pagi macam tu? hari sabtu kot.. tapi ichang yang enthusiastic ni pergi jugak. dia kata insyaAllah rezeki cikgu cikgu ni ada pagi pagi ni. jangan risau. ya. ichang yang enthusiastic memang positif.

sebahagian sampul surat yang dibuka semula.

lepas tu, aku print setiap alamat maktab untuk ditampal atas sampul surat. mana la tahu kalau ada alamat yang dah bertukar ke apa ke, senang sikit nak pulangkan. nak tulis satu satu takut lambat. kali ni aku tampal selotep jernih atas setiap alamat maktab biar kalis air. kalau boleh petang sabtu tu terus nak pos kat semua 98 orang tu. dalam pukul 9.30 ichang sampai rumah. surprisingly dia bawak pembalut plastik, selotep, dan gam untuk balut setiap majalah sinarama tu. ichang kata dia beli kat kedai borong. alhamdulillah. nasib baik ada. sebab ichang positif, benda yang dia hajatkan pun ada. siap bawak balik nasi lemak dengan air kotak lagi. biar ada tenaga nak buat kerja, kata ichang. adoi. caring betul ichang. memang detail.

lepas sarapan, ichang pun balut satu satu majalah tu. letih pinggang pun dia tak peduli asalkan semua siap hari tu jugak. biar semua selamat dihantar dan sampai ke destinasi. balutan dia cepat tapi kemas je. sabar betul ichang. lepas dah balut, majalah pun masuk dalam sampul surat dan digam semula.

ichang yang tengah tekun membalut.

sambil tu, ichang suruh aku check setiap alamat semula sebelum hantar ke pejabat pos. punya la detail ichang ni. aku semak alamat ni semua ikut unit. lepas dah pasti betul alamatnya, aku akan bubuh cop 'editorial sinarama' kat tepi alamat maktab atas sampul surat tu untuk sahkan setiap alamat dah disemak.

alamat yang perlu disemak satu persatu.

lepas siap alamat tu disemak, aku bahagikan semula ikut unit. tinggal nak hantar je kat pejabat pos. ichang sempat cakap kat aku, moga moga semua orang puas hati dengan apa yang dah kami sediakan ni. yelah. dah mencuba yang terbaik lepas segala proses, risiko dan halangan yang mendatang untuk hantar majalah ni. andai kata masih ada yang tak puas hati, kami mintak maaf banyak banyak. yelah. kami manusia biasa macam anda jugak. huhu.


semalam ataeya, tasya dan pika dah selamat hantar semua ni kat pejabat pos seremban. sama sama la kita doakan agar semua majalah ni selamat sampai depan pintu rumah anda. amin.

p/s : special thanks to ichang for make it happen. very very grateful to have ichang! terima kasih jugak kepada dr. k dan pn. faiziah. semua kawan kawan villa angsana. sori sepahkan rumah korang. hehe. kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung.. my beloved housemate sebab hantar aku ke sana ke mari, sibling ejad belikan setem, ataeya pinjamkan kereta hantar majalah ke pejabat pos, tasya dan pika tolong angkat majalah, KE dan zu tolong survey di pejabat pos, dan semua yang aku tak sebut namanya.. minta maaf banyak banyak dan terima kasih. semoga Allah saja yang dapat membalas budi dan kebaikan anda semua.

sekian terima kasih.

10 comments:

  1. rajinnya balut satu satu majalah sinarama tu..

    ReplyDelete
  2. nabihah : yang rajin tu kawan cikgu..
    betul la tu.. takut nanti majalah tu basah.. :)

    ReplyDelete
  3. terkantoi ngn gua masa malam yg hening itu

    p/s: sape ichang??

    ReplyDelete
  4. akime : ichang tu kawan aku. ahli editorial sinarama jugak. huhu.

    ReplyDelete
  5. wah..terharunye...
    klo ade org yg xpuaz hati lg tu xaula..
    lg2 org yg berhampiran ngn maktab nuuunn yg bising tu...huuu..
    saborjela housemate yang tersyg...

    ReplyDelete
  6. betul.. yang tak mengalami memang tak faham..
    takpe. sabar tu sebahagian daripada iman.
    nasib baik la ada housemate cam kau. hehe :)

    ReplyDelete
  7. cikgu pun rajin jugak..betul tu. kawan cikgu tu memang mempunyai tahap kesabaran yg tinggi..

    ReplyDelete
  8. xpe..mmg aku sgt memahami mu housematee...huuu

    ReplyDelete
  9. Congrats becos did an Ultimate job Hush & the team. Wow!! This is something what I can see the enthusiastic & determination after all the sting words thrown by the others 'bout Sinarama. Appreciative to post this thing & harap2 I can be like those yg siap balut lagi Buku Sinarama yg WORTH MORE for memories kept inside.

    ReplyDelete
  10. thanks lowoyon. ya. saya tahu majalah ni memang dah jadi kontroversi sejak mula proses ambil gambar lagi. dulu2 sebelum dilantik jadi ahli editorial saya fikir panjang jugak sebab tugasnya berat dan perlu bergerak dalam teamwork. kalau teamwork lemah semua tak jalan. nasib baik sekarang semua dah setel. takpelah. let bygone be bygone. harap2 kalau sinarama keluar lagi lepasni, ahli editorial yang terpilih terdiri daripada yang berwibawa, tak putus asa, dan ada kesabaran yang tinggi.

    i guess you should try it too. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...