mereka yang hebat

Friday, February 24, 2012

kerak nasi


aku dengan partner praktikum aku, jiji telah ditakdirkan mengajar di sekolah kebangsaan seremban jaya selama 3 bulan. sebuah sekolah yang terletak kat senawang. lebih kurang 15 minit perjalanan dari bandar seremban.

hari ni, 24 februari 2011, bersamaan dengan hari lahir ayahanda GB sk seremban jaya ni, genap sebulan aku dan jiji dah 'bersekolah' kat sekolah ni. walaupun baru sebulan, tapi dah macam macam pengalaman yang kitorang lalui. lepas satu.. satu lagi. dan lagi. dan lagi. dan lagi. ada yang melibatkan murid murid, ada yang melibatkan cikgu cikgu, sampailah ke tenaga sokongan macam mokcik cleaner, mokcik guard, dan mokcik kantin. setiap seorang daripada warga kerja kat sekolah ni ada peranan dan watak masing masing. sampaikan kalau aku dan jiji imbas balik apa yang dah berlaku  antara kitorang dengan mereka, mesti ada je kenangan yang membuatkan kitorang tersenyum dan ketawa sendiri. macam orang tak betul dah tapi waras lagi sebenarnya. hahaha. oke tak kelakar.

1. cons : masa mula mula masuk sekolah ni, aku dan jiji dah 'dihadiahkan' dengan jadual maksimum untuk seorang cikgu praktikum. ya. kitorang dapat 12 masa bersamaan dengan 360 minit dalam seminggu. 5 waktu untuk subjek major dan 1 waktu untuk subjek minor. ini first time dalam hidup aku untuk dapat jadual maksimum. jadi agak letih jugak bila datang part nak buat RPH (rancangan pengajaran harian) dan siapkan ABM (alat bantu mengajar). hari hari berdating dengan RPH je kerja aku walaupun perkara paling malas untuk aku lakukan dalam dunia ni ialah membuat RPH. 

tulah. siapa suruh jadi cikgu? kan dah.. hahaha. 

pros : walaupun aku agak kemalasan bila berhadapan dengan RPH, tapi aku paksa jugak rasa malas tu untuk pergi jauh jauh. syuhh. syuhh. jangan goda aku ye, encik malas! sebab nanti bila dah jadi cikgu betul betul nanti, lagi banyak waktu mengajar dan kelas yang aku kena handle. nasib baik waktu tu RPH akan jadi makin ringkas seringkas ringkasnya. huh. puas hati aku! haha.

nasib baik jugak ada praktis dengan the dodoi's hujung minggu masa minggu pertama dan minggu kedua. kira macam reward myself jugak la tu. 

2. cons : aku dan jiji dapat kelas KSSR. kitorang la manusia paling bahagia dalam dunia ni bila dapat subjek KSSR *tangan di bahu*. sebab bila dapat kelas KSSR, automatik kitorang akan jadi pentaksir merangkap penilai *tiba tiba* dan automatik jugak kitorang kena bukak satu folder khas untuk KSSR. wah.. seronoknya! *tangan di bahu lagi* 

pros : walaupun kitorang dapat KSSR, banyak benda baru yang kitorang pelajari. let's say kitorang tolak untuk amik KSSR tu, lambat laun kitorang : cikgu cikgu muda yang single-hot-available ni akan menerima jugak tugas tugas jadi penggubal soalan, pentaksir dan segala bagai yang berkaitan dengan KSSR ni jugak. ya ya i knew i always have time for these things. haha. masa tu nanti takkan baru terhegeh hegeh nak belajar semua benda? time and tide wait for no man. 

by the way, kitorang berusaha untuk hias folder KSSR dengan cantiknya. excited la katakan. mentang mentang la satu kelas je. cuba kalau banyak kelas KSSR yang dipegang? kirim salam la jawabnya nak menghias paling cantik di dunia.. yang penting kemas dan ada semua isi penting. *gelak jahat*

3. cons : waktu jadual yang disusun rapat dan berturut turut. contohnya pukul 8-9 pagi ada kelas tahun 2, pukul 9-10 pagi sambung pulak kelas tahun 5. aku ada satu habit iaitu suka sarapan pagi dalam pukul 9 ke 10 pagi. selalunya time tulah perut aku macam ada security alarm yang mengeluarkan siren berupa lagu dangdut dan rock kapak. nasib baik dah biasa makan lambat. jadi gastrik aku yang dulu asyik datang tak diundang dah macam segan nak datang pulak sekarang. malas aku nak manjakan sangat sakit tu. biarkan dia main jauh jauh.

pros : bila jadual disusun berturut turut, penat yang datang tu sekali harung je. contohnya lepas habis 2 jam kat kelas, lepas tu dah relax gila gila, pergi makan sedap sedap kat kantin mak timah yang cemerlang, kemudian boleh sambung buat RPH dan ABM kat meja sendiri. 

heaven!

4. cons : masa mula mula datang dalam minggu pertama, aku masih ingat lagi, cikgu cikgu kat sekolah ni memang kuat mengusik sampaikan ada satu tahap tu aku naik rimas gila gila. disebabkan tak suka diusik dan ditanya banyak soalan yang tak berkaitan, aku lebih banyak diam daripada bercakap. ada jugak sesetengah cikgu yang bila kitorang tegur.. even hadiahkan senyuman yang paling lemak manis berkrim bajet disukai ramai sekalipun, tetap tak dapat mencairkan hati mereka untuk balas senyuman dan teguran kitorang tu. kadang kadang bila fikir, ada ke salah yang kitorang dah buat? ada yang tak kena ke? risau jugak. almaklumlah. aku hanya.. seorang pendatang.. kebetulan pulak minggu pertama tu aku betul betul tak sihat. batuk yang teruk.. tambah dengan selesema. suara jadi sengau macam itik serati. memang pakej terbaik ah sampai tak mampu nak beramah mesra lelebih sangat. huh. emosi terganggu betul.. 

last last kitorang hanya mampu berfikir positif. mereka busy kot..

pros : masuk minggu kedua.. ketiga.. dan seterusnya, bila kesihatan makin terjaga, atas nasihat seorang cikgu yang baik.. *credits to kak aishah* aku dengan jiji pakat senyum sokmo nanananana ganu kiteee kat semua cikgu cikgu kat situ. ya. semua termasuk la staf sokongan. tegur dengan semua orang walaupun mereka mungkin akan pelik dan merasakan sesuatu yang aneh telah berlaku pada diri kitorang. entah. mungkin penangan makan sarapan pagi setiap hari kat kantin mak timah yang cemerlang kot.. mungkin dalam masakan di kantin mak timah yang sedap itu, mokcik kantin telah membubuh doa syifa' sebagai resipi rahsia ke.. mana la tau, kan? alhamdulillah. lembut hati i, noks!

selepas kitorang 'mentebiatkan' diri beberapa lama, perubahan positif pun berlaku. cikgu cikgu pun dah selalu senyum bila kitorang senyum. give and take. tak kira la siapa pun yang senyum dulu. kalau dulu kitorang yang pergi bertanya pada cikgu cikgu, sekarang ni cikgu cikgu tu pulak yang prihatin tanya macam macam soalan kat kitorang.. daripada soalan yang paling simple macam :

"asal mana dik?"
"kau ni orang jawa eh, dik?"
"dik.. korang taknak balik ke dik?" 

sampailah ke soalan yang complicated macam :

"dik.. macam mana nak install printer ni?"
"dik.. youtube kat facebook akak takleh main la dik.. adik tau camne nak install adobe flash player, tak?"
"dik.. kau dah ada boyfriend?"

=.=

5. cons : salah satu kelas yang kitorang ajar terdiri daripada kelas hujung. sebenarnya, takde salah dan masalahnya pun untuk mengajar kelas hujung. normal la tu. yang menjadi cabaran tu ialah kebanyakan murid tak boleh menulis, mengeja, membaca.. dan ada antara sebab sebab berikut menjadi faktor kepada murid kurang faham atau kurang jelas dengan arahan daripada cikgu. bila tak faham, kelas jadi bising. yang kedua, selalunya kelas ni terdiri daripada murid murid yang sangat aktif. stamina dan kadar percakapan serta tenaga diorang yang banyak mungkin menyebabkan cikgu jadi mengah untuk mengawal kelas. 

pros : sila rujuk entri aku yang ini : bukan tin kosong. sesi apresiasi.

murid murid sekolah ni pun tak terkecuali. tiada diskriminasi. sebenarnya, makin kita berusaha untuk kenal anak anak murid kita, makin kita sayang pada diorang. entah la. sebab bagi aku, makin kita kenal dengan diorang, makin banyak benda baik yang kita boleh nampak kat diorang yang orang lain tak nampak. diorang oke je sebenarnya. cuma pendekatan kita pada diorang yang berbeza. baik caranya, baik la penerimaannya. 

simple.

kesimpulannya, ada dua pengajaran yang aku dapat bila berpraktikum kat sekolah ni.

1. cabaran tu kalau tak datang sekarang, dia akan datang kemudian. kalau datang awal, lebih awal la kita belajar. vice versa. 


2. mak aku pernah cakap.. kerak nasi kalau disimbah air hari hari, lambat laun lembut jugak. orang dewasa ke.. bebudak ke.. kalau yang jenis hardcore, hari hari kita cakap elok elok, kita tegur cara baik, kita sentuh hati dia dengan kasih sayang, lama lama jadik softcore jugak. ada ke softcore? bedal jelah janji korang faham. hehe.

lain kali aku cerita lagi pengalaman yang lain pulak sepanjang waktu praktikum aku dan jiji bersekolah kat sini. terlalu banyak sampai aku nak kena detail kan satu satu. sabar ye. sabar tu kan sebahagian daripada iman.. huhu. 

jumpa lagi dalam entri lain. sekian terima kasih. 

*gambar ehsan google images*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...