mereka yang hebat

Friday, August 12, 2011

bukan tin kosong


minggu ke-5 dan ke-6 praktikum.
lokasi : sekolah

never underestimate other people's talent.
let's see the proofs.


nama dia amirul. a special boy i would say. tengok hasil seni dia.
hebat, bukan?



budak nakal tapi buat hasil kerja seni,
memang nampak comel di mata aku. :)



ni lagi sorang. nampak baik je, kan?



kelas 2C.
yang bising dan suka kacau orang aku bagi duduk berdua.


selalunya murid yang paling nakal siap paling cepat. cantik pulak tu. sebab apa?

1. kadar metabolisma tinggi. jadi diorang ni lebih aktif berbanding murid lain.
2. imaginasi dan kreativiti diorang memang tinggi. diorang tak takut nak ekspresikan apa yang diorang rasa.

nakal nakal budak. biasa la. macam kita dulu dulu jugak. apa? dulu baik je tak pernah nakal? hahaha. geli tekak aku dengar.

lain kali aku upload gambar dan lukisan mereka pulak sebagai bukti.

berikut ialah tips yang aku selalu guna bila masuk mengajar kelas seni :

1. banyakkan guna lagu, pergerakan, dan tarian. masa dulu dulu aku rasa tarian ni macam satu benda yang lame. what for aku perlu menari untuk anak anak murid aku? macam kelakar je. but, hey, it's quite fun you know? bila lagi korang nak tunjuk bakat menari korang yang terendam tu? hahaha oke tak kelakar.

2. duduk dalam group. kenapa buat grouping? sebab murid murid aku ni suka bebenor bercakap. lepas tu selalu tak bawak barang seni. kalau buat group, kita dah kurangkan risiko murid akan berjalan dan meminjam barang daripada kawan kawan diorang yang lain. lepas tu bercakap terjerit jerit macam la jauh beribu batu. kalau duduk group atau berdua, nak bercakap boleh, tapi perlahan sikit. sesama ahli group je. so, masalah bising tu kurang sikit. kerja pun siap sebab barang seni boleh share. lagi satu, aku gunakan pendekatan mentor-mentee. yang dah dapat catch-up ajar murid yang lemah / slow / lambat pick-up. belajar dengan kawan kan lebih terasa dekat sebab sebaya. kerja cikgu pun akan jadi mudah sikit.

3. bawak barang seni lebih. pesan kat murid supaya bawak lebih sebab takut nanti ada kawan diorang yang terlupa bawak. termasuklah aku sendiri sebagai cikgu pun bawa barang lebih. paling penting barang barang macam gunting, pensel warna 24 batang sekotak, kertas A4 (ganti kertas warna), kertas lukisan, dan gam. dah habis pakai, pulang terus atas meja guru kat depan. kita senang, murid pun senang.
4. galakkan murid bawa barang sendiri. kalau asyik share je, naik lemak ah. kena ingatkan murid bawa barang selalu. ala. kita pun selalu lupa macam mak nenek jugak kan? nak marah murid yang tak bawak barang boleh, tapi jangan selalu sangat. kalau selalu marah lama lama diorang immune. so, takkan dengar arahan dan selalu buat hal dalam kelas. lagi susah nak kawal.

5. buat tunjuk cara depan kelas, kemudian ringkaskan arahan. dah namanya kelas seni, mesti la kena tunjuk cara, kan? lagi best kalau ada ABM langkah langkah yang dah siap lukis kat kad manila lepas tu tampal depan kelas. huish. tu dah tahap cemerlang tu. aku sendiri kadang kadang je buat. huhu. kalau murid yang tak faham, ajar secara individu. kalau terlalu ramai yang tak faham, tunjuk cara mana yang tak faham tu depan kelas terus. sekali harung ajar. tak faham jugok? buat group mana yang tak faham tu. bagi bimbingan special baik punya kat diorang. adik adikku. insyaAllah boleh! (nyanyi macam lagu 'mari mengaji' kat tv9)

tu jela kot buat masa ni. ada lagi yang lain, nanti la aku share ya. aku pun tak pro. bertatih lagi. ni pun aku banyak tanya kat cikgu cikgu lain (termasuk la tanya kat mak aku hehe). lain murid lain la pendekatannya. kan? kan?

oke. tak boleh menulis lama lama. nak siapkan kerja lagi ni.
dah habis. sekian terima kasih.

12 comments:

  1. selamat menjadi guru yang cemerlang...

    ReplyDelete
  2. best la budak-budak ni.boleh masuk dlm blog cikgu diaorg..

    ReplyDelete
  3. dapat x jemputan tuk jd pnegepost d sudut paksi? nak jemput ni.. klu takde leh la bg email.. tq:)

    klu sudi, email email pd email
    mcana71@yahoo.com

    setiap pos tiada royalti la..hahah..

    komen ini adalah elektronik, tidak memerlukan tanda tangan..hahaha

    ReplyDelete
  4. nabihah : hehe. you're next. tunggu entri cikgu nanti. :)

    ReplyDelete
  5. cryclown : eh.
    orang amatur macam saya kalau post entri mahu ke orang baca?
    mungkin ada yang lebih baik lagi yang boleh jadi pengepost.
    apapun, terima kasih kerana sudi invite saya, ya. huhu.

    ReplyDelete
  6. ok cikgu. I'm waiting ... lalalala

    ReplyDelete
  7. hahaha.. motif kita tuk diri sendiri dulu:) anyway..ten q gak:)

    ReplyDelete
  8. hihi...paham2...jd cikgu mmg camtuh...
    kene kreatif sket + byk2kan brsabor...
    klau x kita yg sakit otak plak nnti...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...