sekolah tempat aku berpraktikum kali ni bernama sk chembong yang terletak di rembau. klasik bukan namanya? sudahlah klasik. aneh pulak tu. sekolahnya lagilah aneh. blok a dan blok b dipisahkan oleh tanah adat. lebar tanah adat yang jadi pemisah dua buah bangunan blok sekolah tu kira kira 15 - 20 meter.
mengikut sejarah, sekolah ni dah wujud sejak tahun 1903. ada lagi papan tanda bukti sekolah ni dah wujud sejak 1903 dekat dewan sekolah tu. dewan sekolahnya pulak unik. terletak dekat tingkat atas bangunan lama sekolah yang menghadap kawasan belakang. bangunan kayu lagi. lantai papan you. masih kukuh lagi. selalunya dewan sekolah kan letaknya di depan. tulah. aku dah kata sekolah ni unik. cubalah percaya.
padang pulak terletak depan bangunan blok b. jadi kalau murid murid dan cikgu yang baik hati ada kelas PJ, kena la keluar kawasan sekolah dan menyeberang jalan untuk pergi ke padang. padang sekolah ni unik. all in one. you name it. you get it. gawang gol bola baling dan bola sepak ada (share satu gelanggang yang sama), tiang gol bola jaring ada, tiang net untuk sepak takraw sekali dengan bola tampar dengan badminton. sekolah ni mengamalkan perkongsian bijak kerana kawasan padang yang terhad. jadi kalau petang khamis khasnya, ada aktiviti 1 murid 1 sukan, meriah gila macam hari raya. ya. agak unik di situ.
warga kerja sekolah ni peramah. dari cikgu cikgu sampai la cikgu GPK dengan GB. semuanya ada rapo baik. walaupun terpisah dua blok, tapi semua cikgu kenal satu sama lain. sebabnya GPK 1 sekolah ni, cikgu yazid, susun jadual kelas untuk semua cikgu supaya semua cikgu dapat ajar tahap satu dengan tahap dua. so, takdelah timbul masalah 'kau buat hal kau, aku buat hal sendiri'.
setiap cikgu ada cara yang tersendiri. cikgu yazid suka benda benda berkaitan sejarah. suka kumpul barang barang lama. dah macam sherlock holmes jugak aku tengok kadang kadang. kalau siasat sesuatu sejarah tu, sampai akar umbi dia boleh gali. memang terbaik. lagi satu, cikgu yazid ni kelakar pulak tu. kadang kadang cakap macam betul betul serius tapi sebenarnya dia bergurau je. aduh. banyak kali kitorang cikgu pelatih ni tertipu. tipah tertipu bang! aww! oke sangat lame. haha.
ada sorang cikgu ni pulak fobia dengan belon yang ditiup. terbayang bayang kalau belon tu pecah kat muka. hai.. macam macam.
yang paling aku suka tentang sekolah ni ialah lagu sekolah dia. sangat catchy kot. macam lagu wali band bak kata hausmate kesayangan dan rakan rakan praktikum satu sekolah. almaklum saja. lagu ni baru cipta tahun lepas untuk gantikan lagu lama yang berentak march. tapi, aku suka lagu ni walaupun lirik untuk korus redundant sampai 6 kali.
ilmu bina kehidupan.. ilmu bina kehidupan.. ilmu bina kehidupan kita.. (ulang 2 kali)
ni antara snippets gambar yang sempat aku amik. yang papan tanda 1903 tu je yang aku belum amik lagi. gambar pun tak banyak atas faktor kekangan masa untuk mengambil gambar. kalau bersiar siar dalam kawasan sekolah asyik tak bawa kamera je. hehe. mungkin lain kali aku akan upload.
p/s : saja je nak edit kasi striking. hehe.
sekian terima kasih.
eh gua ingat cerita pasal sigs tadi,. haha.
ReplyDeletebest kn lagu sekolah saya? rancak je. Sebelum ni,slow je. Tu lah yg buatkn budk2 kt sekolah ni lemah je. tapi sekarang,bila time nyanyi lgu sekolah mesti brsemangat.(Ehh.. kenapa banyak sangat 'je' saya?)
ReplyDeleteyaya : haha. dengg. salah. cuba lagi di lain masa. hehe.
ReplyDeletenabihah : banyak 'je' sebab tak banyak 'sangat'. boleh tak macam tu? hehe.
hehehe..leh wat album:)
ReplyDeletemr. legend : hehe. insyaAllah.
ReplyDeleteboleh kot...layan je.(masih gunakan perkataan 'je'). correction:best kn lagu sekolah saya? rancak sangat. Sebelum ni,slow sangat. Tu lah yg buatkn budk2 kt sekolah ni lemah sangat. tapi sekarang,bila time nyanyi lgu sekolah mesti brsemangat.*akhirnya ,ayat saya berakhir dengan 'ngat'.macam pantun plak.hmm.. saya comment panjang sangat
ReplyDelete