lokasi : kelas 2C
aiman : cikgu, cikgu. bila besar nanti saya nak jadi bomba.
haikal : (duduk di sebelah aiman) eh. aku pun nak jadi bomba jugak.
azmi : aku la nak jadi bomba.
aku : oke oke. siapa kat sini nak jadi bomba angkat tangan?
6 orang murid. lelaki semuanya.
aiman : ala sibuk je. taknak la jadi bomba. nak jadi askar la.
haikal : eh. sama la. aku pun nak jadi askar jugak!
aiman : eh. tadi kau kata nak jadi bomba?
haikal : tak. aku dah tukar cita cita aku.
aiman : cikgu, cikgu. dia nak jadi askar tapi kena cubit sikit pun dia dah sakit cikgu. mana boleh jadi askar, kan?
aku senyum je.
syahirah : cikgu, cikgu. saya nak jadi cikgu.
aku senyum lagi.
aku : berapa ramai yang nak jadi cikgu?
4 orang budak perempuan kelas semua angkat tangan.
aku : izzati, awak nak jadi cikgu jugak? awak nak jadi cikgu apa?
izzati : saya nak jadi cikgu PS. macam cikgu.
ehem. blush sekejap. ehe.
ikhwan : cikgu, cikgu. saya rasa kalau izzati jadi cikgu mesti dia garang dengan anak murid dia cikgu.
aku : hmm? kenapa awak cakap camtu?
ikhwan : dia ganas cikgu. dengan lelaki pun dia boleh pukul. kalau jerit pun kuat cikgu.
aku : eh. bagus la. jadi cikgu memang la kena garang (ayat nak mengusik diorang)
aiman : tapi dia tomboy, cikgu.
haikal : ha'a cikgu. dia tomboy.
izzati dah menjeling.
izzati : korang nak kena eh dengan aku?
aiman, haikal, ikhwan : tengok cikgu. betul kan saya cakap?
haha.
aku : ish. betul la. izzati memang garang. takpe izzati. cikgu doakan awak jadi cikgu ye suatu hari nanti. awak belajar pandai pandai tau!
izzati : hehe. terima kasih cikgu. saya memang nak jadi cikgu PS. macam cikgu.
*blush*
nanti azzati leh simbah murid murid dengan warna air merah..hehehehe.. ckp kat dia tau, n kim slm:)
ReplyDeletenama dia izzati la.
ReplyDeletehaha.
warna air merah? sangat kejam. haha.
kalau jumpa insyaAllah sampai la salam tu. ehe.