mereka yang hebat

Thursday, August 4, 2011

pengkritik part-time


dekat rembau ni, selain bazaar ramadhan yang menghidangkan pelbagai juadah makanan yang lazat lazat, ada satu lagi keistimewaan yang aku tak pernah alami lagi dekat mana mana tempat sebelum ni. ya. karaoke kat restoran di tasik rembau.

mula mula aku ingatkan bila bulan mulia sudah tiba, aktiviti menyanyi pun berpuasalah jugak. rupanya tidak. tapi satu je la yang bagusnya. masa bulan puasa ni karaoke cuma start lepas terawih di surau dan masjid sudah berakhir.

lagu lagu pun boleh tahan. dari lagu dangdut, ramlah ramramram, senyumlah senyumlah ahai cik mek molek. hatoi! sampailah lagu rock kapak, rock parang dan rock gergaji berantai semua ada. kalau dah start menyanyi tu, korang tunggu la pukul 1 ke 1.30 pagi nanti baru habis. mak aih. jangan ditanya macam mana kitorang boleh tidur. hasil 'dodoian' karaoke tuuuuu jugakk. rela atau tak tadah jela telinga ya? erk.

dari tempoh karaoke start tu, aku dan hausmate kesayangan ni terpaksa jugaklah pinjamkan telinga ni. yelah kan. nak buat macam mana. speaker dia mantop sesangat sampaikan dari hujung tasik pun boleh dengar sampai ke rumah. yang nyanyi sedap tu, hmm, alhamdulillah. terima kasih banyak banyak diucapkan. sejuk perut tambah tambah kalau baru lepas makan. tapi kalau sebaliknya.. err.. den tak ghoti la nak koba camno. pikir la sendiri. huhu.

malam malam sebelum tidur, pillow talk aku dan hausmate akan digantikan dengan sesi kritikan ala AF.

"hmm.. yang ni pitching lari la"
"go back and study. boleh lagi ni"
"korang ni nak nyanyi ke nak main main? sini bukan playground"
"alalalalallalallaalala.. suara dah sedap tapi lari tempo pulakk. spoil la! huhu"
"hihihihihihihihiih *gelak guling guling tak mampu berkata apa*"

boleh dikatakan setiap malam jugak la dengar orang menyanyi. banyak betul tenaga diorang ni tau. ish ish. tapi kalau nak thrill ala ala seram sikit, cuba dengar time 12 tengah malam ke atas. ye. ada orang yang 'mambang mabuk minum brandy' dan 'ting tong' menyanyi. macam mana aku tau? senang je nak detect. kalau dah lirik pun tak betul, tak jelas, mengempor, pitching pun turun naik tak stabil, tempo lari.. ha.. tu maknanya ada la tu yang 'kurang waras' menyanyi. termasuklah dalam bulan mulia ni jugak. eh. korang ingat takde ke? ada je.. memula aku pun macam 'tersentap mak nak aku sudah tidak percaya padamu lagi'. tapi tulah hakikatnya. unbelievable? believe it.

disebabkan ada orang orang yang 'ting tong' ni, aku dan hausmate pun dah tak ke restoran tasik rembau tu. dulu dulu masa tak tau ada la jugak pergi situ sekali dua sebab nak try makanan kat situ. lepas je tau langsung tak pergi. seram weh. takpe takpe. tak rugi pun. masak kat rumah lagi sedap. kan? kan? heeee *perasan*

lagi tiga minggu je aku dan hausmate akan habiskan masa di rembau ni. salah satu yang akan aku ingat sudah tentu la lagu lagu karaoke dari restoran tasik rembau ni. bila fikir fikir balik, aku teringat pulak sesi karaoke dalam cerita 'man laksa' dengan cerita 'cun'. ha. korang bayangkan la sendiri macam mana ek. imaginasi korang kan hebat. lepas ni kalau balik seremban, takdenya lagi der lagu lagu ni dah. tidur la kau dalam senyap sunyi.

oh ya. mungkin sesi pillow talk akan ada semula kot.

sebelum terlambat, selamat berpuasa kepada semua.
dah habis. lain kali tulis lagi. sekian terima kasih.



p/s : sekarang ni tengah lagu airmata kasih.. berlinangan.. berlinangan selalu...
alalalalalallalallalala hatoiii!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...