mereka yang hebat

Saturday, September 10, 2011

sesi apresiasi


masih ingat lagi pada entri aku yang bertajuk 'bukan tin kosong'? aku ada cakap yang aku akan letak hasil karya anak anak murid aku. jadi, berikut adalah gambar hasil karya yang sempat aku pilih secara rawak kerana terlalu banyak. maaf atas kelewatan. aku mulakan dengan kelas adik adik hinggalah ke kelas abang abang kakak kakak sedara sedari.


gambar di atas ialah hasil karya izzati huda dari 2C. tajuk P&P haritu ialah corak tampalan kertas. bidang membuat corak dan rekaan. aku gunakan teknik 'ayah, mak, anak' untuk buat tampalan secara bertindih tu. credits to emak sebab ajar guna teknik ni. thanx mak. :)

cara-cara : guna tiga helai kertas warna yang berlainan warna. kemudian, satu warna 'ayah', satu warna 'mak', dan satu warna 'anak'. warna 'ayah' kita buat koyakan besar, warna 'mak' buat koyakan sederhana besar, dan warna 'anak' buat koyakan kecik. hasil karya yang izzati buat ni dikira memenuhi kriteria sebab ada penindihan warna, mengikut tiga saiz berlainan seperti ditetapkan dan yang paling penting sekali memenuhi ruang kertas lukisan.

berikut adalah hasil karya murid kelas 2C yang lain :

ini azhad punya hasil karya. ada 'ayah', ada 'mak', dan ada 'anak'. tapi warna 'mak' dengan 'anak' tu tak bertindih. kalau diikutkan, kriteria tu dah lengkap walaupun warna 'emak' dengan 'anak' tak bertindih. sebab masih berlaku tindihan warna pada corak yang dihasilkan. kiranya dia gunakan kreativiti sendiri instead of hanya ikut balik apa yang cikgu dia tunjuk ajar depan kelas.


yang ni pulak aizad punya hasil karya. berbanding dengan hasil karya izzati dan azhad, saiz koyakan kertas untuk ketiga tiga saiz adalah besar dan tak sekata antara satu sama lain. penggunaan ruang juga tak terkawal dan corak juga tak tersusun. asal boleh. pada mulanya, masa dia buat hasil karya dia ni, dia nak hantar tapi separuh kosong. katanya "penat la cikgu nak koyak banyak banyak". aku sambut hasil karya separuh siap tu sambil berkata.. "oke. tapi cikgu bagi B jelah". terus dia capai semula kertas yang aku dah amik dari tangan dia tu dan sudahkan kerja tampal menampal atas kertas lukisan tu. hahaha. oke lah tu kan daripada hantar hasil kerja yang separuh siap?


haa. yang ni special case sikit. ya. tidak aku nafikan memang ada tindihan warna. ada 'ayah, mak, anak'. ada tiga warna. dan ada tiga saiz yang berlainan. tapi.. dia betul betul buat ikut tiga figura yang aku sebut tu. satu 'ayah', satu 'mak', dan satu 'anak'. haila. kudut bebenor anak murid aku yang sorang ni. aku datang kat meja dia masa dia tengah buat. aku pun tegur dia.."kenapa buat macam ni?". dia diam je dan sudahkan kerja sampai habis. inilah hasilnya. haha. memang di luar pemikiran aku. namanya faddly. gila kreatif!



yang ni pulak namanya nota bunga. bidang membentuk dan membuat binaan. fungsinya adalah untuk menggantung nota pesanan atau things-to-do. bersungguh sungguh betul diorang ni buat benda ni sampaikan masa dah habis pun cepat cepat siapkan sebab nak hantar jugak macam kawan kawan lain. mungkin sebab masa apresiasi yang berlangsung 10 minit sebelum habis kelas tu, aku gantungkan tali kat depan kelas dan kemudian diorang akan datang dan sepit sendiri nota bunga yang diorang dah hasilkan ni. jadi, masing masing seronok tengok nota bunga diorang tergantung. bangga la tu dengan hasil kerja masing masing. kemudian pandai pulak tu buat comparison sesama diorang. tahu bezakan yang mana cantik, yang mana layak dapat A. jangan risau. walaupun kena kritik diorang open kot. tak kesok langsung. sesi apresiasi berjalan dengan aktif. wajib la. dah murid murid pun aktif. huhu.


yang ni pulak hasil karya kelas 2A. ohh oh oh. ni bukan kuih raya betul ye. harap maklum. idea buat kuih ni datang daripada classmate aku iaitu ilah dan encik yaakob. credits and thanx to both of them. seperti biasa, kuih kuih bagai ni dibuat pakai doh yang terdiri daripada tepung, garam dan air. gigih betul menguli waktu malam sebelum mengajar keesokan hari tu.

*credits jugak kat ejad sebab tolong memantapkan doh tu. kau memang gagah perkasa, dol!*

P&P dijalankan oleh roommate kesayangan, ruziathul amira sebab aku tak mengajar PSV 2A. memang seronok gila. budak budak pun enjoy buat tambah lagi siap pasang lagu raya lagi untuk hadirkan mood raya tu. budak budak siap menyanyi nyanyi pulak tu sambil buat. murid yang selalunya tak pernah duduk diam terus fokus sebab buat benda alah ni. kelass kau maria!

habis dah kelas darjah 2. sekarang kita tengok hasil karya darjah 4C pulak.

yang ni namanya marakas. colourful gila, kan? ajaib betul bila budak budak kelas ni bawak barang barang yang aku pesan. sebabnya, sebelum sebelum ni, kelas ni la yang paling liat sekali nak bawak barang seni. mungkin diorang dapat agak yang minggu depannya aku nak buat marakas, sebab tu diorang excited nak bawak barang yang aku pesan kot? hahaha. entah. berjoget sakan kot anak anak murid aku keliling kelas dalam barisan kereta api sambil menggoncang marakas yang dah siap ni masa sesi apresiasi. waka waka eh eh! jangan memain noks!

cara-cara : mula mula lipat dua kertas warna. kemudian potong berjalur jalur. tampal atas botol air yang dah dibuang label. kemudian tampalkan bahan bahan terbuang atau hiasan macam labuci / manik / glitter (gunakan gam UHU). akhir sekali masukkan pasir / beras / kacang hijau. tadaaa! dah siap. dah boleh goncangkan sambil menari.

aku pilih tiga marakas ni sebab ketiga tiganya budak lelaki yang buat. selalunya yang kita tahu budak lelaki ni kerjanya tak teliti. tak kemas. asal boleh. asal siap. kan? mungkin lepas ni kita kena ubah persepsi tu. sebab anak murid aku yang lelaki lelaki ni dah buktikan yang tanggapan tu salah. cuba tengok cara diorang tampal hiasan tu. detail gila kot. yang ada manik kaler magenta tu hasil kerja ketua darjah kelas 4C. namanya izham. siap susun manik tu satu satu untuk hasilkan corak baru. inovasi dan kreatif. so, jangan ingat kelas 'belakang belakang' tak boleh buat, oke? anda salah sama sekali.


yang ni dibuat oleh hazwan. murid aku yang sorang ni susahnya la nak datang sekolah. sampai la satu hari aku pesan dekat kawan dia yang bernama ramdhan supaya suruh dak hazwan ni datang waktu kelas aku esoknya. sekali.. betul betul dia datang esoknya! terperanjat betul aku. aku cakap je. tak tahu pun dia datang sekolah betul betul. lepas dari tu dia selalu datang sekolah. seronok betul aku. selalunya hasil kerja dia cantik. dia ni kita ajar sikit tapi faham banyak. gambar yang kat atas ni tajuknya 'ikan di dasar laut'. bidang menggambar. teknik resis. *credits to mira untuk idea ni*. masa dia tengah warna, aku tanya dia.. "nape pilih warna pink?". aku pelik sendiri. yela. gaya macam brutal tapi suka kaler pink? apakah? dia jawab sebab dia suka kaler pink. hazwan. suka kaler pink. owwww so sweet! muka legend tapi hati cute rupanya. hee :)

(aku sendiri pun tak suka kaler pink.. huhu..)

oke. kita beralih pula ke kelas 5A. untuk kelas ni aku buat capan bunga sakura. bidang menggambar. teknik tiupan dan capan pakai kertas suratkhabar guna warna air / warna poster. untuk set induksi aku ajarkan tarian ringkas kemudian menari dengan iringan muzik. lagu para para sakura, tarian trauma by ayumi hamasaki.


ni cikgu dia punya.


ni anak murid cikgu dia punya.
dari kiri : siti sufiah, muhd syazani, syafiqah husna.

tiga karya ni dipilih sebab ketiga tiganya unik. maksud aku, yang paling unik antara karya karya lain. sebelum diorang hasilkan karya ni, aku terangkan dalam kelas tentang campuran warna. kaedah soal-jawab dan brainstorming. jadi warna ungu yang kita lihat tu adalah hasil campuran warna yang diorang berjaya buat sendiri.

diorang bebas untuk pilih warna yang diorang nak guna. kalau tengok, setiap murid hasilkan dengan cara yang berbeza. macam sufiah, dia combine dua warna iaitu biru dan ungu. cara dia buat capan pun besar besar, rapat, dan secara rawak. nampak macam ala ala bunga dandelion sikit. syazani pulak tak combine warna, tapi hasil kerja dia kemas. kalau tengok sekali imbas, macam cikgu dia punya kan? huhu. memang anak murid yang taat. syafiqah husna pulak combine tiga kaler. mencapah sungguh pemikiran dia ni. capan bunga yang dia buat pun nampak sebijik sebijik.

untuk kelas 5B, salah satu P&P yang dibuat ialah fail poket. kira yang ni teknikal sikit sebab ada pengukuran yang perlu dibuat. aku pilih fail poket yang dibuat oleh azli azrul sebab dia letak biodata. aicheceh.. siap letak makanan dengan minuman kegemaran lagi tu. moto hidup dengan ucapan pun ada? haish. macam macam. yang mickey mouse tu pun dia lukis.


sekarang kita pergi pulak kelas 5C. kelas paling famous kat sekolah. sebab apa? sebab murid muridnya special. bukan kanak kanak istimewa ya. nakal dia lebih sikit je dari orang lain. tapi takpe. aku suka. haha. :)

aku tak ajar PSV 5C. aku ajar PJ je. gambar ni credits to mira. dia amik masa sesi P&P kostum guna kertas suratkhabar. buat secara berkumpulan. budak budak bergiat aktif masa aktiviti buat baju bagai ni. sesi apresiasi pulak ada fashion show. wuhuu! kelass kau maria! P&P ni bersempena hari merdeka. bebudak enjoy gila. yang buat aku terharu tu..

cikgu. amik la gambar.. nak bagi cikgu ami tengok..

hehehe. terharu seh!


dari kiri : fawwaz, luqman, isma, diana hanim.

walaupun aku tak ajar PSV kelas 5C, tapi aku still rapat dengan diorang sebab aku ajar PJ kelas diorang. diorang suka seni. jadi dipendekkan cerita fawwaz tanya aku macam mana nak buat hiasan dinding macam kawan kawan darjah 5A dengan 5B buat. aku pun cakap kalau nak belajar bawaklah lidi dua batang sorang. mula mula cuma fawwaz dengan idzham je pun yang datang belajar buat. kemudian adwa, lepastu afiq, lepastu rafizi, lepastu rumie, saifullah, jayakumar, lepastu terus satu kelas 5C belajar buat benda tu. hafifi yang jarang datang sekolah tu pun boleh buat.


ada gambar lain sebenarnya.. tapi.. data dalam kad memori hilang.. huuuuu!

pergi mana mana pun diorang buat. masa perhimpunan pun buat. dalam kelas cikgu lain pun diorang dok menganyam la benda tu sampai siap. dah macam zombie kena pukau dah aku tengok. sekejap je dah dapat pick-up. ralit betul. lepas siap satu, diorang buat lagi, lagi, dan lagi. cikgu cikgu lain sampai naik pelik. aku lagi la pelik. mula mula tu aku provide benang bulu sebab diorang taktau benang bulu tu apa. tak pernah tengok macam mana rupanya. sekali bila dah tau, diorang sendiri yang pergi beli benang bulu tu kat pekan. sanggup tu mintak mak diorang belikan. bila tengok kesungguhan diorang sampai macam tu sekali, aku memang tak percaya yang diorang ni nakal nakal. diorang ni lembut hati sebenarnya. masih boleh dibentuk.




hasil kerja murid tahun 5A, 5B, 5C.
kelas 5A buat anyaman ni pakai reben.

itulah dia serba sedikit tentang hasil karya dan perangai murid murid kesayangan aku ni. macam macam ragam. ada sekali tu, masa hantar hasil karya, dekat belakang kertas lukisan tu dia tulis macam ni..


alolololo comel gila! :)

p/s : setiap orang ada bakat masing masing. bersyukur la kerana kita menjadi diri sendiri hari ini. sayangi anak anak murid anda. mungkin diorang bakal perdana menteri pada masa akan datang. siapa tahu?

8 comments:

  1. lela : hehe. tak la hebat mana. biasa je.

    cipol : aminnn.

    en. syed : tunggu entri saya akan datang.. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kene buat pameran tuk diorang..hehehe

    ReplyDelete
  3. mr. legend : tau takpe. berbakat betul diorang ni. lagi kreatif dari cikgu diorang. huhu.

    ReplyDelete
  4. kalau ada murid yang ngadu cikgu nye tak bagi A+, siaplah cikgunyer!

    ini ugutan, seriusly!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...