disebabkan perempuan single ni hot stuff, maka perempuan single yang hot stuff ini perlulah pandai menjaga diri supaya tak terperangkap oleh godaan syaitan mahupun godaan sweet talker ataupun lebih dikenali secara saintifiknya buaya darat. buaya darat ni bahaya. sebab apa dia bahaya? sebab, buaya darat ni ada satu hobi unik iaitu suka mengungkapkan kata kata manis penuh pengharapan sampaikan korang, perempuan single yang hot stuff lagi suci mulus ni, cair macam coklat cadbury dan terpedaya dengan kata kata manis buaya darat ni. lepastu, tiba tiba yang perempuan single yang hot stuff pulak jadi tajuk utama dalam paper pasal bunuh diri la, lari ikut boyafren pergi lombok la, dan macam macam lagi. yang peliknya, buaya darat tetap maintain reputasi yang cemerlang. itulah beza perempuan single yang hot stuff dengan buaya darat.
ini tidak adil, tidak adil baginya.. (nyanyi macam yuna)
jadi, sebagai salah seorang warga Malaysia yang prihatin, aku telah membuat sedikit kajian tentang cara cara untuk perempuan single yang hot stuff menangkis godaan buaya darat. biar padan muka buaya darat tersebut.
1. hot stuff, sila jual mahal. tak payah nak buat jualan murah Y.E.S sangat. tak ke mananya. just play hard-to-get. bukan dibuat buat, tapi jadikan benda tu satu kebiasaan. jual mahal yang macam mana? macam ni. andai kata si buaya darat ajak keluar dating berdua, sila buat buat tak dengar ataupun bagi je alasan yang korang dah nak kahwin esok jadi tak boleh keluar dating dengan dia. korang tak tau ke? kalau keluar berdua je, senanglah sikit si buaya darat ni nak jadikan korang stok geli geli diorang. pegang sana pegang sini. lepastu korang jadi stok second hand. lepastu senang la yang si buaya darat ni bagitau satu dunia yang korang ni easy person. teringin ke macam tu? solutionnya, kalau buaya darat ajak keluar, korang ajak la segerombolan bala tentera (kawan kawan korang) mengiringi korang pergi dating. lagi bagus kalau pergi satu bas. insyaAllah selamat. mesti buaya darat akan bertukar menjadi tikus rattatouille lepas tengok bala tentera yang korang bawak. ataupun kalau nak lagi bagus, mintak je ayah korang temankan sambil bawak senapang gajah. habis cerita.
2. tak payah layan mesej atau call yang tak penting. buaya darat ni ada macam macam jenis. ilmu yang diorang pakai ni tinggi. ada penggoda kelas diploma, kelas degree, dan kelas PhD. just name it. bersepah ada kat luar sana. lagi manis kata kata diorang tu, lagi tinggi la tauliah diorang. dan setiap pertemuan yang dirancang oleh buaya darat tu selalunya bermula dengan sms ataupun call. bila ditanya siapa, mulalah bagi alasan lame macam..
'oh sori salah nombor'
'oh sori salah hantar mesej. ingatkan nak hantar kat adik saya tapi terhantar kat awak pulak. alang alang dah tersalah hantar ni, boleh saya tau siapa nama? hehehehehehehehhehehehehe'
rasa macam nak sumbat je mulut dia yang tengah ketawa tu dengan tauhu sumbat.
anda anda yang hot stuff, silalah mengerti bahawa tak rugi pun kalau tak layan orang orang macam ni. kalau dia betul betul ikhlas nak kenal dengan anda, dia akan approach guna cara yang terbaik dan paling gentleman contohnya dia jujur mintak sendiri nombor telefon daripada anda dan secara face-to-face bagitau yang dia nak berkawan dengan anda, ataupun lagi bagus jumpa mak ayah anda dan masuk meminang terus. bukannya dengan cara pass nombor telefon anda sana sini, dapat nombor anda secretly daripada kawan anda, lepastu dia sms atau call, menyamar la nama yang bukan bukan contohnya farid kamil ke, aaron aziz ke, aliff aziz ke, aziz satar ke.. dan lain lain la. ingat cool sangat ke? geli gila dan sangatlah tak cool.
3. nyatakan pendirian dan sebab kenapa anda tak layan mereka. kenapa kena buat macam ni? sebab..
1. supaya buaya darat ni faham dan tahu yang anda bukan type type perempuan murahan mahupun stok geli geli.
2. supaya tak beri harapan atau tak membuatkan buaya darat ni menunggu anda macam menunggu buah durian yang tak gugur sebab memang takkan gugur langsung pun.
3. supaya buaya darat ni ada rasa hormat dan takkan main main dengan anda anda yang hot stuff, tambah pulak kalau anda yang hot stuff ni ada black belt.
senang kata, anda yang hot stuff perlulah memberitahu secara direct kepada buaya darat kerana selalunya buaya darat tak faham bahasa kiasan. nama je sweet talker, tapi kalau perempuan berkias tak pulak nak faham. itu yang aku tak faham. jadi, bila buaya darat faham, dia akan berundur cara baik dan takkan ganggu anda dengan taktik taktik lame yang anda dah lama tahu dah. biarlah buaya darat tu bazirkan masa diorang dengan perempuan hot stuff lain pulak.
berdasarkan tips menangani buaya darat yang aku dah bagi ni, aku harap semua perempuan yang single lagi hot stuff ni dapat mempraktikkan ilmu dan tips ni pada masa akan datang. kalau perempuan single yang hot stuff macam anda ni diperdaya free free je oleh sang buaya darat, maka akan berkurang la perempuan single yang hot stuff kat dalam dunia ni. jangan rasa rugi kalau korang tak layan golongan buaya darat ni. jangan rasa takut jadi single atau tak laku kalau korang yang hot stuff ni tak layan buaya darat ni. percayalah, kalau korang jual murah lelaki memang suka. tapi suka buat stok geli geli jelah. bukan stok buat bini.
anda anda yang hot stuff, silalah mengerti bahawa kalau seseorang lelaki tu baik, dia takkan simplicity ajak korang pergi tempat yang bukan bukan, dia takkan sms atau call tengah malam dan bergayut lama lama just nak dengar suara korang baru bangun tidur sebab katanya seksi, dia takkan cakap pakaian korang yang macam sarung pembalut nangka tu cantik, dia takkan keluar suka suki dengan korang berdua, dia takkan pegang raba sana sini, dan dia takkan berjalan macam belangkas ke hulu ke hilir tapi tak nikah lagi. sebab dia akan berusaha memelihara kehormatan diri perempuan yang dia sayangi. kalau dah diorang pun sayang nak rosakkan anda yang hot stuff, apatah lagi anda sendiri yang menjadi hot stuff ni. kenalah lebih sikit protect diri anda sendiri. mak ayah bukan sentiasa berkepit dengan anda 24-7.
pendek kata, simpan je perkara terbaik dalam diri korang untuk suami korang nanti. you're not that cheap after all, hot stuff.
itu sahaja untuk kali ini. sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment