mereka yang hebat

Sunday, April 21, 2013

u-turn


dalam hidup ini, tak semua benda akan berlaku seperti yang kita rancang.

aku menghadiri perlawanan sofbol empat hari lamanya. sampai aku dah tak tau apa yang dah terjadi kat sekolah. empat hari sebenarnya bukan sekejap.

sepanjang ketiadaan dia, aku cuba biasakan diri tanpa kehadiran dia dalam kelas. aku tahu perit untuk terima hakikat, sebab pernah sekali itu aku denda dia berdiri dalam kelas sebab tak bawa buku teks untuk subjek aku. bila aku kenang semula, aku rasa bersalah yang teramat. dia bukan murid kesayangan aku, dan aku tak pernah ada murid kesayangan. kasih sayang aku tiada bezanya. tapi aku melihat dia dari sudut yang berbeza. dia berbeza. kerana dalam nakalnya dia, ada sesuatu yang istimewa tentang dia. aku tahu dia tidak menantikan kehadiran aku di dalam kelas. tetapi ketekunan yang dia tunjukkan sungguh membuatkan aku terharu.

hari isnin minggu seterusnya, aku masuk ke kelas dia seperti biasa. masa aku melangkah masuk ke dalam kelas, perkara pertama yang aku perhatikan adalah mejanya. walaupun sentiasa kosong, aku tetap juga perhatikan meja kosong itu. meja kosong itu ibarat tanda kegagalan aku sebagai seorang guru. dalam hati, aku sering berdoa meja itu takkan kosong seperti sekarang. aku berharap keajaiban muncul dan dia duduk semula di tempatnya itu.

dan hari ini, mejanya tidak kosong seperti selalu. dia ada di situ. aku tak sedar dan tak tahu langsung yang dia dah kembali semula ke sekolah. kali ini, imejnya lebih kemas.

setahu aku, buku tulis dia dah hilang. tak ada pun pada aku. aku dah bagi balik kepada semua murid semasa dia dah tak ada dulu. kesian dia. tapi entah macam mana buku itu dia jumpa semula. dan dia simpan. tahu tahu bila aku minta buat latihan, dia gunakan buku latihan yang sama dia gunakan sejak dulu. dan dia orang pertama yang menyiapkan latihan dan menghantarnya terus ke mejaku.

minggu lepas, pertama kali dalam sejarah, dia bawa buku teks sivik semasa subjek aku. aku tak mahu prejudis, tapi sebab tak percaya, aku datang padanya. aku selak helaian pertama buku teks tersebut. dia senyum tanpa kata kepadaku. kemudian terus dia selak bahagian paling belakang buku teks itu..

tertera namanya di ruangan peminjam. baris yang terakhir sekali.

aku terkaku kat situ jugak.

"cikgu tak percaya? hari ni saya bawa buku teks tau, cikgu" katanya bangga.

aku nak menangis. terharu sangat. tapi aku tahan. mana boleh menangis depan student!



dia kembali semula. dan akulah orang pertama yang tersenyum sebab dia.


syukur.

sesungguhnya doa kita semua telah termakbul. syukur ya Allah. dan terima kasih kepada yang mendoakan.
aku mahu buat yang terbaik. peluang sebaik ini takkan datang berulang kali.

terima kasih juga kepada dia. sumber kekuatan, semangat, dan inspirasi untuk aku teruskan perjuangan aku.

4 comments:

  1. tahniah Hush, teruskan usaha untuk membentuk kanak-kanak. I am here because of the teachers who never fail to motivate me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik vivana.. just doing what i'm responsible to.. thanks a lot for dropped by here and still supporting my blog. fyi, saya juga selalu blogwalking blog anda. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...