mereka yang hebat
Sunday, May 5, 2013
kerana sayang
sesungguhnya Allah memberi kita sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita mahukan.
kerana kita ialah hamba. yang menjadi pemilik hati kita ialah Allah. maka Allah lebih mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dalam hati kita walaupun ia hanya bisikan yang sementara.
oleh itu, tugas kita ialah berusaha yang terbaik. tetapi kadangkala, mungkin apa yang kita usahakan dan rancang itu adalah sesuatu yang kita mahukan, bukan apa yang kita perlukan. kadang kadang, walau bagaimana baik dan hebat sekalipun perancangan kita, yang berkuasa untuk menentukan hanyalah Allah, yakni sebaik baik perancang.
ingatlah, berdoa juga adalah salah satu usaha. berdoa itu ibarat kita 'online' terus apa yang terbuku dalam hati kita pada Allah. mungkin apa yang kita doakan takkan termakbul dalam masa terdekat, dalam satu atau dua hari, atau sebulan, atau setahun.. kerana Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan hamba-Nya dalam usaha untuk memohon sesuatu. seberapa sabarnya manusia dalam menjadi hamba-Nya yang dikasihi. seberapa tingginya iman sebagai seorang Muslim yang sejati. kerana dalam proses mendidik hati, pasti memerlukan kesabaran dan iman yang tinggi. Allah takkan menguji hamba-Nya dengan sia sia. seseorang yang lambat diperkenankan sesuatu oleh Allah, akan melipat gandakan usahanya lagi, akan menanamkan kesabaran dengan lebih tinggi lagi, dan lebih mengenali Yang Maha Khaliq dengan lebih dekat lagi. seseorang yang lambat dimakbulkan doanya, akan lebih menghargai sesuatu apabila telah mendapat apa yang dipohon atau dihajatkan selama ini.
ketika Allah rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah yang istimewa melalui Jibril a.s yang isinya adalah ujian. dalam hadith Qudsi Allah berfirman :
"pergilah kepada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" - (hadith riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
andai kata sesuatu itu ditakdirkan bukan menjadi milik kita selepas kita berusaha yang terbaik, yakinlah bahawa Allah telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik buat kita. mudah sahaja. sebabnya Allah sayang kita. bukti? udara untuk kita bernafas sekarang. percuma. walaupun berapa banyak maksiat dan dosa yang kita lakukan setiap hari di atas muka bumi Allah ini. setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita, petanda bahawa dalam jutaan manusia di atas muka bumi Allah ini, Allah telah melihat kita yang sangat hina dan kerdil ini dalam segenap keramaian manusia. ajaib bukan? maka yakinlah bahawa sesuatu itu datang dengan rahmat Allah. dan perginya sesuatu yang kita sayang juga dengan rahmat Allah. setiap apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang terselindung, yang hanya dapat dibaca oleh hamba-Nya yang melihat dengan menggunakan mata hati. wallahu'alam.
rezeki itu satu ujian. kejayaan itu satu ujian. kegagalan itu satu ujian. kecantikan itu satu ujian. kekurangan itu satu ujian. pujian itu satu ujian. kejian itu satu ujian. perasaan sedih itu satu ujian. perasaan cinta dan sayang itu juga satu ujian.
"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - (Surah Al-Baqarah : ayat 216)
ya. kerana Allah sayang kita.
sumber rujukan : http://dirihamba.blogspot.com/2012/05/allah-memberikan-apa-yang-kita-perlu.html
sekadar renungan bersama dari seorang hamba Allah yang khilaf.
sekian terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment