mereka yang hebat

Friday, May 17, 2013

penjenayah fesyen


kadang kadang kita rasa banyak benda kita nak buat, tapi masa makin suntuk.
membuatkan apa yang kita rancang dan nak sangat buat tak tercapai.

aku seorang fashion disaster. penjenayah fesyen. dulu dulu masa zaman sekolah ataupun belajar kat maktab, aku akan pakai baju kurung dengan sneakers dan backpack converse kesayangan aku walaupun aku pergi ke kuliah. tudung dengan baju kurung jarang matching. selamba badak je aku sauk apa yang ada dan pakai. pernah sekali tu sebab kemalasan yang menggila, aku pakai je apa yang aku nampak depan mata. aku pakai tudung biru muda dengan baju kurung hijau pekat. betul betul macam bangla. sampai pernah kena tegur dengan pensyarah. dan digelar 'penjenayah fesyen' oleh kawan aku. betapa susahnya aku nak biasakan diri pakai pakaian formal dari atas sampai bawah full set dan memakan masa bertahun tahun untuk aku berubah.

aku pun tak tau adakah sebab aku ini degil ataupun ego. tapi yang pastinya, aku sangat selesa tanpa kasut tumit dan beg tangan yang merimaskan. fungsi sneakers yang aku pakai adalah untuk mengelakkan aku jatuh terpelecok tiba tiba di khalayak ramai ataupun melecet dekat tumit kaki akibat lama berjalan atau berdiri. dan fungsi backpack adalah untuk aku letakkan telekung bila aku nak berjalan ke mana mana, dan mengelakkan daripada aku sakit bahu akibat pakai beg tangan yang cuma boleh bawak sebelah bahu je. tapi seriously, dengan gaya yang macam tu membuatkan orang rasa pelik dan asyik suruh aku berubah untuk jadi lebih feminin.

tapi sejak aku masuk mengajar kat sekolah menengah, benda tu berubah sikit sikit. aku agak pelik bila students lebih pandai fesyen berbanding aku. nampak sangat yang aku ni out-dated dan buta fesyen. haha. aku ada seorang student, yang lebih suka tengok aku pakai tudung bawal berbanding selendang. bukan ke selendang dah jadi satu trend sekarang ni? ramai je umat manusia yang pakai selendang lilit lilit bagai nak gila. cantik je aku tengok. aku pakai selendang sebab ianya lebih mudah dipakai berbanding tudung bawal. ada selendang aku yang tak payah digosok. tapi student aku yang sorang ni terbalik. dia lebih suka the plain tudung bawal. whaaa? satu persoalan bermain di fikiran aku..

hipsterkah dia??

HAHAHA. oke tak kelakar.

dan kebanyakan masa bila aku pakai selendang, dia akan minta aku pakai tudung bawal. peliknya dia.

kesian selendang selendang aku dah lama terabai. dan aku pulak kena rajinkan diri menggosok tudung bawal pada setiap malam sebelum pergi ke sekolah. dan ini menyebabkan kebanyakan masanya aku sentiasa bertudung bawal daripada berselendang. pelik tapi benar.

kadang aku pakai juga selendang, kalau aku malas nak pakai tudung bawal ataupun sebab aku rasa selendang tu lebih matching berbanding tudung bawal.


dan sekarang ni, 24 jam yang kita ada sehari, terasa cepat berlalu pergi.

masa hari guru semalam, ada antara students yang hadiahkan selendang pada aku. masa makin suntuk. aku rasa tak sempat untuk aku pakai semuanya. lagipun kebanyakannya selendang bercorak, dan baju kurung aku pulak tak banyak yang plain colour.

bilanya aku nak pakai kedua duanya macam ni?

banyak benda yang tak terlaksana lagi. dan semakin hari itu dekat, aku semakin rasa kosong.
aku rasa macam apa yang aku bagi kat mereka selama ni tak pernah cukup. kalau boleh, aku memang nak puaskan hati semua orang sebelum aku pergi. supaya tak ada hajat yang tak tertunai dan tak ada hati yang terkilan disebabkan sikap aku yang tidak peka.



biar masa ini beku dan menjadi kenangan terindah untuk kita semua.





apa yang pasti, lepas ni keadaan takkan sama macam rutin hidup aku yang sekarang. 
tipu kalau aku tak rasa apa apa.







oh. how i hate this feeling!


2 comments:

  1. hahaha..kita serupa sebab ada orang panggil aku "fashion killer". bangga siot org bagi pangkat gitu.
    diorg mana berani.. kata je maskulin..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi-five! haha.
      bila selesa vs jelita.. fesyen sekarang lebih kepada jelita, bukan selesa. itulah masalahnya.

      nasib baik saya simple sahaja orangnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...