19.02.2012
lokasi : highway lekas - dari susur ampangan ke senawang.
aku stuck di tengah highway seawal jam 7.20 pagi. forever alone. masa tu dalam perjalanan ke mesyuarat PIBG di sekolah tempat aku berpraktikum di sk seremban jaya. pengalaman terbaik melibatkan kereta saga flx yang baru mengenal erti hidup di dunia selama sebulan setengah.
jannah.. kenapa manja sangat ni? why? por que?
mesyuarat mula pukul 8 pagi. dalam kemalasan di pagi hari aku ketepikan jua segala selimut, bantal dan tilam empuk bagai. kemudian bersiap, menunaikan kewajipan subuh dan sempat lagi membuat secawan air milo sebelum bertolak ke sekolah pada pagi yang bersejarah tu. sambil aku sibuk pakai tudung, aku sempat panaskan enjin dalam 15 minit. kemudian baru la aku bergerak menuju ke destinasi.
hari ahad macam ni, tak sesibuk hari hari biasa. kalau waktu pukul 7 pagi biasanya dah jam gila dekat kawasan depan maktab dan depan sekolah menengah menuju ke kem askar sikamat tu. jadi, konon konon sebab nak elak jam, aku pun lalu jalan belakang iaitu laluan highway lekas yang dekat gila kat belakang rumah aku tu.
maka dengan semangat yang berkobar kobar, aku pun memandu 'jannah' ke sekolah. saja je letak nama jannah. sedap kan nama kereta aku? hahaha. oke tak kelakar. 10 minit pertama memang smooth je perjalanan. takde kelainan apa apa yang luar biasa. semuanya elok dan baik baik saja. perfecto. tapi, betul kata orang tua zaman dulu kala.. langit tak selalu cerah. kusangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengah hari. tengok. berpuitis pulak aku. biasalah. nak dapatkan mood sedih tu sikit. sedih tak? sedih tak? *annoying* haha. kejap lagi korang baca la sampai habis baru tau sedih ke tak.
sampai je masuk highway nak ke senawang, jalan masa tu agak berbukit. masa aku tengah tekan minyak, masa tu lah cerita bermula. jannah ingin bermanja dengan aku. jannah, sorry sayang, kau bermanja memang tak kena masa dan tempat. kelajuan yang meningkat sikit demi sikit drop daripada 90km/j dan terus turun 80 km/j.. 70 km/j.. dan seterusnya. masa tu aku dah detect ada sesuatu yang tak kena dengan jannah. sebab, dulu aku pernah mengalami situasi di mana RPM kereta drop tetiba macam ni. tapi masa tu aku keluar dengan member member aku ramai ramai. dan kelajuan jadi drop sebab clutch plate kereta patah (masa tu kereta housemate aku.. kancil manual). nasib baik masa kejadian yang dulu tu kitorang keluar ramai ramai. walau panik macam mana pun, kawan kawan ada sekali dan boleh fikir secara berjemaah cara nak selesaikan masalah kereta tu.
tapi sekarang ni, situasinya ialah aku seorang diri. ya. forever alone macam biasa. wuuuu..
disebabkan aku pernah mengalami situasi macam ni, aku pun dengan selamba cool nya bagi la signal ke kiri, dan terus park kereta kat bahu jalan. masa tu cuba korang bayangkan. aku sorang sorang. kereta pun macam segan je nak lalu pagi pagi kat highway tu. dah la kawasan sekeliling tu hutan.. banyak pokok.. ada pulak tu sebuah bangunan macam warehouse kat opposite jalan menghala ke kajang. macam cerita house of wax pun ada aku rasa. tapi takde la sampai meremang bulu roma aku. aku relax kejap. aku cuba matikan enjin dan hidupkan semula. aku terfikir mungkin enjin overheat atau mungkin jugak sejuk sangat tu yang dia meragam pagi pagi tu. tapi tak jadi jugak. aku cuba banyak kali. sama jugak. aku tarik nafas. nasib baik aku tak panik dan tak menangis. rilek je sudah. aku ada terfikir nak tahan kereta yang lalu, tapi disebabkan aku belum cukup terdesak waktu tu, aku pun batalkan hasrat aku tu.
aku stay dalam kereta barang seminit dua. dari seminit menjadi lima minit.. sepuluh minit.. lima belas minit.. dua puluh minit.. berfikir sekejap. aku ketuk ketuk stereng kereta dengan hujung jari. mencari idea. apa yang aku patut buat? siapa yang aku kena call dulu untuk inform situasi aku sekarang ni? masa tu apa yang aku fikir ialah confirm aku akan datang mesyuarat PIBG lambat. waktu tu dah pukul 7.50 pagi. padahal GB dah pesan suruh datang 15 minit lebih awal. ulang ulang permintaan GB tu bermain di minda ini waktu tu. rasa bersalah sangat. adoiyai. sori sangat sangat tuan guru besar!
berikut ialah sequence yang aku terfikir nak lakukan pada waktu tu :
1) call jiji bagitau aku stuck kat highway, so that dia boleh bagitau kat guru besar dan guru pembimbing yang aku bakal lewat sampai ke sekolah. tolong mintak maaf bagi pihak aku. kesulitan amat dikesali.
2) call ayah atau mak aku, nak tanya di manakah gerangannya buku manual kereta. kot kot la ada benda yang aku boleh fix sendiri dalam saat saat genting macam tu.
3) call housemate kesayangan. mintak nombor pakcik abu, mekanik kereta yang pernah tolong jumper kan kereta housemate masa kat jusco dulu. kot dia boleh merajinkan diri untuk datang dan tolong tengokkan apa masalah kereta aku tu.
aku pun call mengikut apa yang aku dah plan. aku call ketiga tiga mereka. cuma masa tu ayah dengan mak aku je yang tak angkat telefon. aku syak mak dengan ayah mungkin tengah sedap bersarapan dengan family abang aku dekat kajang nun. kalau ikutkan hati, aku taknak call ayah dengan mak aku. taknak la menggangu keharmonian mereka di pagi ahad yang indah tu. (drama tak ayat aku? drama sangat kan? hahaha) nanti diorang risau pulak kalau dapat tau yang anak gadisnya yang baik hati dan cool ini stuck di tengah highway. macam mengada ngada je nak bagitau. tapi aku terfikir untuk inform sebab mana la tau kan kalau apa apa jadik kat aku, atleast diorang tau yang kali terakhir waktu aku call ialah aku ada dekat highway nak ke senawang. nasib baik la tak hujan. kalau hujan? erk. oke fine taknak bayangkan.
lepas je aku call jiji, jiji dan yuni pun bergegas la dari sekolah menaiki 'manja'; sejenis kereta kancil kepunyaan kak ngah jiji yang jiji pinjam khas sempena hari PIBG. ada hikmah rupanya kitorang pergi asing asing hari tu.. merasa jugak aku naik 'manja'. terima kasih 'manja'. kaulah heroku pada hari kejadian.
sementara nak tunggu diorang berdua sampai, yuni sempat call husband dia untuk tolong tengokkan kereta aku yang tersadai tu. tak sampai sepuluh minit, din (husband yuni) datang. dua minit lepas tu, pakcik peronda highway lekas pulak datang. kebetulan pakcik tu tengah jalankan rutin dia meronda kawasan tu waktu pagi. terus dia buat report dekat pihak lekas highway. nasib baik ada diorang berdua. takde la aku sorang sorang je kat situ. lepas tu mira pun mesej nombor pakcik abu. tanpa berlengah, lepas je dapat nombor pakcik abu, aku pun terus call beliau. nasib aku baik sebab walaupun hari tu hari ahad, tapi ramai insan insan yang datang menghulurkan bantuan meringankan beban ala ala rancangan bersamamu *berangan*. terharu betul aku. beliau terus call kawan beliau untuk tow jannah dan dibawak ke bengkel beliau. almaklum hari ahad. proton servis tak bukak. aku rasa ada eloknya kereta tu 'menginap' kat bengkel pakcik abu dulu daripada tersadai kedinginan kebekuan forever alone di tepi highway lekas ni. aku ni dah la first time kena macam ni. satu apa pun taktau. nombor proton servis taktau. nak tengok tengok kereta taktau. apa yang aku tau? tau isi minyak, cek angin tayar dengan drive je. tipikal perempuan. jadi sebab tu aku tak call proton servis.
tak lama lepas tu ayah call balik. aku pun bagitau cerita sebenar. nasib baik ayah cool je. ayah cakap apa apa pun refer dulu kat proton servis sebab jannah masih dalam warranty.
oh.. macam tu rupanya.. (memang jenis lurus bendul macam mr. bean betul aku ni. haila..)
lepas din dengan pakcik peronda highway lekas tu tolong tengokkan kereta aku itu, din detect kereta aku ada something wrong dengan gearbox dia. sebab dia kata, kalau kereta auto, minyak boleh tekan, tapi tak jalan.. maksudnya ada la tu something wrong dengan gearbox dia. ya. din betul. pakcik abu pun cakap camtu gak. jujur cakap, bila sebut je gearbox.. apa yang terlintas di fikiran aku ialah sup gearbox (aku tak pernah pun makan.. cuma selalu dengar je nama sup tu). oke. waktu genting macam tu pun aku masih lagi boleh berimaginasi yang pelik pelik. haish.
lain pulak halnya dengan jiji dan yuni. disebabkan 'manja' kepunyaan kak ngah jiji agak manja, maka dia perlu dipanaskan enjinnya lebih kurang 20 minit jugak. sebab ada time time 'manja' akan loading untuk buat 'u-turn', 3 penjuru, malah reverse pun perlukan loading selama beberapa saat. dengan penuh kesabaran, jiji dan yuni memanaskan manja terlebih dahulu sebelum keluar dari sekolah untuk menjemput aku. sudahlah kena panaskan enjin 20 minit, sampai kat highway boleh pulak jiji dan yuni salah jalan sampai ke temiang jauhnya.. alahai jiji.. alahai yuni..
yuni lagi best. dengan kudutnya dia ingat boleh buat u-turn dekat highway.
ARE YOU KIDDING ME, YUNI? HAHAHA. lawak la kau ni!
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 10 minit jadi hampir setengah jam atas masalah masalah teknikal yang berlaku. siap orang tow datang lagi awal dari budak berdua tu. sabor jelah aku. hahaha.
masa diorang akhirnya sampai kat tempat kejadian, first thing yang diorang buat ialah gelak tak berhenti sepuas puasnya. diorang gelak sebab semata mata nak amik aku, diorang dah sesat punyalah jauh siap kena bayar tol pulak tu. nasib baik bawak dompet. kalau tak macam mana la agaknya nak bayar duit tol pulak tu. dah tambah lagi satu masalah pulak. takkan la aku nak jalan kaki sepanjang highway tu nak bayarkan tol pulak? *sekadar imaginasi liar* gila. hahaha.
lepas tu, aku pun naik kereta. jiji terus gerak. tak sampai 500 meter, aku pun suruh jiji stop.
aku : weh.. taknak tunggu orang towing ke? nanti taktau bengkel dia katne..
jiji : ha'ah la. sori sori aku excited sangat sampai terlupa. hahahahahaha. (sambung gelak lagi untuk beberapa minit sambil tunggu lori towing tu bergerak)
banyak betul tenaga diorang gelak pagi tu. haha.
yuni sempat amik gambar sebagai kenangan. siap amik lokasi lagi tu. ingat sampai bila bila. katanya.
lepas tau bengkel semua kat mana apa semua.. aku pun bayar duit tow. nasib baik sehari sebelum tu sempat amik duit cash. so, ada la spare dalam dompet. towing rm60 lepas kawtim baik punya dengan pakcik towing tersebut. kalau ikut harga patutnya aku kena bayar rm80. agaknya dia tak sanggup kot tengok aku buat muka welfare kat situ, terus bagi rm60 tanpa banyak soal. alhamdulillah. save duit aku rm20. haha.
lepastu, aku, jiji, dan yuni pun bergegas balik ke sk seremban jaya dengan kelajuan maksima 80 km/j. almaklum sahaja nama dia manja. tapi bak kata jiji, masa saat saat genting on the way nak amik aku tadi, 'manja' berlari kencang cecah 100 km/j. kira hebat tu bagi sebuah kereta seperti 'manja'. tabik spring kat 'manja' sebab banyak berjasa hari tu.
sampai kat sekolah, semua cikgu tanya aku..
apa cerita? macam mana boleh jadik macam tu? cuba cerita dari awal.. boleh akak tau apa masalahnya.. dan banyak lagi soalan dan cadangan yang diorang bagi kat aku. aku pun jawab dan cerita satu satu kat diorang dari mula sampai la habis.
ada sekumpulan cikgu ni.. bertiga. yang aku paling ingat salah seorangnya aku panggil kak wan. kak wan banyak bagi nasihat kat aku sebab suami dia pun ada line line dengan orang orang proton servis. aku syak mungkin suami dia owner bengkel proton servis atau yang seumpama dengannya. kak wan memang prihatin. dia siap cakap kalau ada apa apa masalah berkaitan dengan kereta, bagitau la dia. dia boleh mintak suami dia tolong tengokkan FOC. alhamdulillah. ramai betul yang offer bantuan tak kira la time aku susah atau senang. dalam apa cara sekalipun. terima kasih banyak banyak kat semua.
dalam pukul 10.30 pagi barulah aku betul betul duduk dalam dewan tu. ramai ibu bapa yang hadir. sebenarnya, kitorang takde tugas yang khas pun. cuma tolong jadi pencatat untuk mesyuarat tu. meluaskan lagi pengalaman bak kata cikgu cikgu di situ. memang banyak pun pengalaman aku pada hari tu. tapi mostly sebab kereta la. hahaha. takde kaitan dengan PIBG langsung!
habis mesyuarat, aku pun balik beramai ramai satu kereta dengan jiji, yuni, dan suria. apa lagi, menaiki manja kesayangan la. sempat lagi balik tu singgah tesco beli 'each a cup' untuk menghiburkan hati ini. seriously, aku tak rasa sedih pun. maybe jugak sebab kereta still under warranty. cuma risaukan tempoh masa nak baik jelah. harap harap cepat sembuhnya.. semoga cepat sembuh, jannah.
19 februari 2012. hari yang sangat sibuk dalam hidup aku.
akan bersambung di part two. aku mahu tidur dulu. selamat menunggu.
sekian terima kasih.