mereka yang hebat

Tuesday, November 29, 2011

first love (a little thing called love)



selalunya aku akan review cerita yang ada genre selain cinta, kecuali cerita 'you're beautiful', 'sungkyunkwan scandal', dan 'coffee house'. dan semuanya ialah cerita korea. dan oh filem nur kasih. tapi hari ni aku nak review filem yang berasal dari thailand. sebuah filem cinta zaman sekolah. seperti yang kita semua tahu, selalunya filem dari thailand biasanya terdiri daripada genre seram, thriller ataupun aksi. sebab tu bila aku dapat tahu yang genre cerita ni ialah cinta, aku rasa nak tengok sebab :

1. genre cinta untuk filem di thailand adalah sangat rare.
2. saja nak tahu adakah filem ini sehebat cerita cinta dari negara lain ataupun akan menyelitkan unsur seram dan thriller seperti filem filem tipikal thailand yang lain.

filem ni release tahun 2010 dan dinobatkan sebagai movie of the year 2010 kat thailand. filem ni telah diarahkan oleh puttipong pormsaka nasakonnakorn wasin pokpong. jangan tanya aku siapakah dia. aku cuma copy balik dari wikipedia je. hehe. info info lain yang berkaitan ada dalam link wikipedia ni :


filem ni sebenarnya bagi aku sama je macam cerita cinta budak sekolah yang lain. tapi aku tertarik dengan cara pengarah tu menggarap plot cerita ni. mungkin sebab genre cinta yang ada unsur komedi kot. so dia tak serius dan tak bosan. selalunya kalau cerita cinta memang tak sah kalau takde babak yang geli geli lepastu disebabkan diorang bercinta bagai nak rak, efek kat pelajaran lepastu lelaki berebut sorang girlfriend la apa la. uh. bukan bukan. dalam cerita ni memang cerita pure budak sekolah innocent yang taktau apa apa. seseorang yang menjadi secret admirer bertahun tahun lamanya. hmm. ingat senang ke jadik secret admirer, hah?

pure innocent nam

nam dan rakan rakannya yang kudut macam dia jugak.

watak nam sebagai watak utama memang berjaya dihayati sepenuhnya oleh pelakon tu. macam tu jugak dengan watak shone. pada mulanya, nam ni memang seorang student perempuan yang zero, takde kelebihan apa apa langsung kecuali excellent dalam matapelajaran bahasa inggeris. disebabkan dia nak mendekati shone, pelajar paling popular kat sekolah dia, dia bertekad untuk berubah. from zero to hero. tambah pulak ayah nam yang bekerja sebagai chef kat US dah berjanji kalau nam dapat ranking 1st, dia akan belikan tiket kapal terbang untuk nam ke US. so, as time goes by, dia pun cuba perbaiki diri dia dari semua aspek. fizikal dan mental.

tapi, sepanjang tempoh dia bersekolah tu, tahun demi tahun, hampir empat tahun jugak, dia tak pernah pun beritahu kat shone yang dia suka dekat shone. sebab shone tu popular, lagipun dia rasa diri dia loser gila. sape la nak kat dia. begitulah apa yang ada dalam fikiran nam pada masa tu. tapi bila masuk tahun keempat, kawan shone yang baru pindah dari sekolah lain tetiba syok kat nam, dan akhirnya jadikan nam ni girlfriend dia.

satu hari masa valentine day, masa tahun terakhir shone kat sekolah tu, nam bertekad untuk luahkan perasaan dia pada shone face to face. tapi masa tu dah terlambat sebab seminggu sebelum tu, shone dah pun couple dengan orang lain.


*spoiler alert* part yang paling aku suka ialah masa shone balik rumah lepas valentine day kat sekolah tu, dia bukak semula notebook yang penuh dengan gambar nam. sebenarnya, shone dah lama suka nam cuma dia tak pernah nak tunjuk je. gambar dan catatan sejak nam tu tahun pertama sampai la tahun keempat. dan semua benda kecik pasal nam pun dia catat dalam notebook tu. cuma dia tak pernah luahkan je kat nam. dia pun rasa bila dia pun dah ada couple, nam pun masa tu dah ada couple, so perasaan diorang tu dah jadi takde makna lagi. oleh sebab tu, shone pun letak notebook tu depan pintu rumah nam.

kebenaran di sebalik babak ni buat aku terharu. ohh.

kalau nak tahu apa jadik lepastu, silalah tengok sendiri. huhu.

sebenarnya aku ni susah sikit nak suka cerita cinta sebab selalunya jalan cerita dia sama je. yang lebih teruk tu, ada cerita cinta yang meleweh dan buat aku mengantuk. tapi bagi aku, cerita ni ringan dan senang difahami. jalan cerita pun simple, tak kompleks dan tak mengarut. dan mungkin ada yang pernah mengalami situasi macam dalam filem ni. berbaloi la tengok cerita ni. bagi penggemar cerita cinta, aku suggest kat korang untuk tengok cerita ni. memang best.

sekian terima kasih.

Thursday, November 24, 2011

jangan putus asa kalau korang lampi atau blur


otak manusia memang unik. kalau ikut fakta, ada lebih kurang 100 juta saraf dalam otak manusia yang dipanggil neuron dan digerakkan oleh impuls yang melakukan segala aktiviti yang kita buat setiap hari. oke. itu cuma salah satu fakta basic yang aku ingin terangkan. yang lain boleh google sendiri. jangan malas malas.

apa yang aku ingin kongsi kali ni ialah kepantasan otak kita untuk menerima sesuatu perkara dalam kehidupan kita. otak manusia ni berbeza beza antara satu sama lain. korang selalu tak dengar kawan kawan korang cakap korang ni cepat pick-up ke, atau.. 'weh, lampi la kau ni', atau apa apa jelah yang melambangkan tahap kepantasan korang berfikir.

kenapa tahap kepantasan otak manusia berfikir ada yang cepat dan ada yang lambat? sebenarnya itu semua bergantung kepada seseorang individu tersebut jugak. kadang kadang faktor persekitaran. contohnya kalau seseorang tu dicop 'lampi', atau 'blur', sebenarnya benda benda tu adalah psikologi yang selalu orang sekeliling ulang ulang, jadi bila dah selalu orang ulang ulang benda tu kat korang, korang pun akhirnya percaya yang korang memang seorang yang lampi mahupun blur. sama jugak kalau ada yang kata korang ni genius atau pandai. sebenarnya kalau nak pandai boleh je belajar. boleh je amik kelas. pergi berguru ke. ataupun cara yang paling senang korang suruh je member member korang cakap ulang ulang atau panggil korang 'pandai'. lama lama benda tu akan jadi psikologi yang korang akan pegang dan last last korang sendiri akan percaya yang diri korang tu memang sejak azali dah memang pandai. senang kan?

ada jugak manusia yang duduk dalam kategori 'ketinggalan zaman' atau 'ketinggalan keretapi'. contohnya, group korea DBSK (ada yang panggil TVXQ) dah wujud sejak tahun 2003 yang mana salah seorang ahlinya ialah kim jaejoong. ya. 'wangja' yang agak charming itu. (charming sebab dia boleh tulis lirik dengan cipta lagu sekaligus). waktu tu dan yang paling kemuncak tahun 2006, bermulalah hallyu wave bila diorang ni jadi topstar satu dunia. semua yang gila korea waktu tu sibuk cerita pasal DBSK. jaejoong.. jaejoong.. sampai naik rimas aku. masa tu jaejoong jadi lead vocalist tapi ada aku kesah? muka hensem? cute? tang mana tu? jambu adalah. tak minat pun DBSK. oh. sangat 'ter'jujur pulak pengakuan aku tu. haha. apa yang charming nya sangat si jaejoong tu? tolonglaaaa.

eh kejap, kejap.. kau MIMING ke jaejoong?
(betapa sarkastik dan prejudisnya aku pada jaejoong..pada masa tu)

huh. apakah??

tapi lepas 8 tahun dah berlalu, DBSK pun dah bubar, jaejoong muncul sebagai cha mu won dalam 'protect the boss'. oke. ehem. persoalannya sekarang..

kenapa setelah sekian lama berlalu, baru sekarang ni aku rasa yang jaejoong tu sebenarnya agak charming rupanya..
kenapa? KENAPAAAA??? *argh! chongmal..*

realitinya dia seorang komposer. macam tak percaya pulak aku.

itu sebabnya aku kata otak manusia ni unik. tambah lagi kalau yang kategori kura kura, lampi.. uh. lepas 8 tahun baru ada kesedaran nak tengok jaejoong tu betul betul? hadoi. mungkin sekarang nampak jaejoong makin matang. tapi tak jugak. muka jambu aku tak kisah sangat. sebab hakikatnya aku tak pernah nak amik tau pasal jaejoong. tak pernah nak google pun. rupanya latar belakang dia pun bukan lahir lahir terus kaya. banyak je kerja part time yang dia buat sejak umur dia 15 tahun lagi. basuh pinggan mangkuk, cuci lantai, emcee tv show, sampai jadi askar extra dalam filem taegukgi pun dia buat rupa rupanya. kiranya dia dah rasa kesusahan hidup dan dia pun capable untuk buat sesuatu macam tulis lirik atau compose lagu. tulah. tak kenal maka tak cinta. dah cinta asyik mimpi jaejoong je pulak. haish. masalah betul.

masalahnya bukan jaejoong je. semua benda aku ni jenis lambat nak suka. macam lagu 'love story' yang taylor swift nyanyi tu pun. dah ulang 174,868 kali kat radio pun aku masih tak faham kenapa la semua orang suka betul dengan lagu ni. apasal? apasal korang suka? tolong la jangan suka lagu tu. tapi, 6 bulan lepas tu bila lagu tu pun mula orang dah tak nak dengar, dah nak muntah hijau la, nak tutup telinga la, nak tukar radio la, apa la.. masa tu la aku baru suka lagu ni. tengok. orang dah lama suka sampai naik bosan, aku pulak baru sibuk nak mencuba. zaman dah berlalu. memang lampi.

banyak lagi examples lain. tapi malas nak elaborate satu satu. mesti korang pun pernah melalui apa yang aku rasa jugak kan?

aku rasa antara faktornya ialah, kalau kita tak suka sesuatu, jangan terus terus nak pangkah je. buat biasa je sudah. jangan benci sangat. tapi kalau kes geli takpe. contohnya kau tak suka dia sebab dia asyik asyik nak tuju cheesy line je kat kau. padahal kau tahu benda tu meaningless. memang haruslah dipangkah habis habisan. hahahah. oke fine tak kelakar pun.

kalau sesuatu tu ada keburukan, mesti jugak ada kebaikannya. kenapa kita kalau dah benci sesuatu, kita tak nampak langsung kebaikannya? sebab, bila kita dah benci, benda benda baik pun nampak buruk je kat mata kita. ye dak? eleh. tak payah nak tipu. kadang kadang dalam otak aku pun ada terfikir gak benda benda jahat camtu. hehe. jadi, cuba belajar menerima keburukan dan kebaikan sesuatu tu tanpa syarat. kalau tak boleh terima banyak, terima sikit pun jadiklah. nanti tak pasal pasal jadik macam aku. dulu sikit sikit.. 'apa? jaejoong? yang jambu tu? oh pleaseeee la kau muka cute je nak buat apa?'. sekarang ni jaejoong la 'wangja', jaejoong la intan payung ye.. pandai la aku. amekaw!

solusinya, boleh tuju lagu? lagu bencinta dari faizal tahir. untuk pengajaran kita semua. haha. memandai je aku. dah la baik aku berhenti sebelum aku merepek lagi panjang.

sekian terima kasih.

Tuesday, November 22, 2011

lagenda sinarama



gambar di atas merupakan majalah sinarama dalam bungkusan yang akan diagihkan kepada semua bekas guru pelatih ipg kampus raja melewar. maka berakhirlah segala persoalan dan kontroversi lagenda sinarama setelah sekian lama kelahiran majalah ini dinantikan oleh semua pihak.

ada cerita yang aku ingin kongsi dengan semua pembaca blog aku. nak dijadikan cerita, selepas berakhirnya minggu minggu sibuk yang penuh dengan aktiviti menyiapkan assignment dan exam, maka pada hari yang berbahagia hari jumaat lepas bersamaan dengan 18.11.2011 barulah bermula aktiviti membungkus majalah ini untuk penghantaran ke seluruh malaysia. jumlah kesemua majalah yang akan dibungkus dengan teliti satu persatu ialah 98 buah.. campur tolak dengan yang tak beli dan yang dah dihantar kepada tuannya.

sebenarnya, di sebalik cerita kali ni, aku nak sangat sangat meluahkan rasa terima kasih kepada the enthusiastic ichang. because this enthusiastic friend of mine make it happen. disebabkan ahli editorial yang lain dah balik, maka ichang la yang sanggup berkorban untuk melaksanakan mission yang not so impossible ni.

kerja bermula pada pukul 2 petang. mula mula kami berdua tampal setem atas sampul surat. ichang takut setem tu tanggal kalau tampal dengan air, jadi ichang suruh aku pakai gam. biar melekat tak tanggal tanggal dah. takpe la. aku ikut je sebab aku tau dia memang detail.

ichang sangat caring. alamat atas sampul surat tak boleh print dan tampal macam tu je. sebabnya takut alamat tu tertanggal ataupun terkoyak. lagipun kalau print, takut terkena air dan ink akan smear. dah tak nampak alamat.. dah susah dah nak hantar.. jadi.. setiap alamat atas sampul surat tu dia yang tuliskan. aku pun tulis jugak. ada la dalam 20 orang punya alamat. haha. oke fine sikit gila. tak sebanyak yang ichang tulis. ichang tulis untuk kelima lima unit bekas guru pelatih pismp batch 2007. kesian ichang. sampai tertidur tidur nak tulis alamat tu. sebab takut salah tulis alamat, ichang tidur pukul 3 pagi selama 3 jam. pukul 7 pagi, ichang sambung tulis semula untuk dua unit lagi. ya. ichang make it happen.

aku tolong jugak. tolong gam sampul surat tu. tapi bila dah separuh sampul surat aku tolong gam, tiba tiba ichang nak bukak balik semua. aku tanya la dia, kenapa? ichang kata dia takut majalah tu basah kena air. sekarang kan musim hujan tak kira masa. penat je kita buat cantik cantik tapi nanti basah.. lepas tu ichang sendiri start motor pergi beli pembalut plastik pagi pagi pukul 8.30 pagi. mana la ada kedai bukak pagi pagi macam tu? hari sabtu kot.. tapi ichang yang enthusiastic ni pergi jugak. dia kata insyaAllah rezeki cikgu cikgu ni ada pagi pagi ni. jangan risau. ya. ichang yang enthusiastic memang positif.

sebahagian sampul surat yang dibuka semula.

lepas tu, aku print setiap alamat maktab untuk ditampal atas sampul surat. mana la tahu kalau ada alamat yang dah bertukar ke apa ke, senang sikit nak pulangkan. nak tulis satu satu takut lambat. kali ni aku tampal selotep jernih atas setiap alamat maktab biar kalis air. kalau boleh petang sabtu tu terus nak pos kat semua 98 orang tu. dalam pukul 9.30 ichang sampai rumah. surprisingly dia bawak pembalut plastik, selotep, dan gam untuk balut setiap majalah sinarama tu. ichang kata dia beli kat kedai borong. alhamdulillah. nasib baik ada. sebab ichang positif, benda yang dia hajatkan pun ada. siap bawak balik nasi lemak dengan air kotak lagi. biar ada tenaga nak buat kerja, kata ichang. adoi. caring betul ichang. memang detail.

lepas sarapan, ichang pun balut satu satu majalah tu. letih pinggang pun dia tak peduli asalkan semua siap hari tu jugak. biar semua selamat dihantar dan sampai ke destinasi. balutan dia cepat tapi kemas je. sabar betul ichang. lepas dah balut, majalah pun masuk dalam sampul surat dan digam semula.

ichang yang tengah tekun membalut.

sambil tu, ichang suruh aku check setiap alamat semula sebelum hantar ke pejabat pos. punya la detail ichang ni. aku semak alamat ni semua ikut unit. lepas dah pasti betul alamatnya, aku akan bubuh cop 'editorial sinarama' kat tepi alamat maktab atas sampul surat tu untuk sahkan setiap alamat dah disemak.

alamat yang perlu disemak satu persatu.

lepas siap alamat tu disemak, aku bahagikan semula ikut unit. tinggal nak hantar je kat pejabat pos. ichang sempat cakap kat aku, moga moga semua orang puas hati dengan apa yang dah kami sediakan ni. yelah. dah mencuba yang terbaik lepas segala proses, risiko dan halangan yang mendatang untuk hantar majalah ni. andai kata masih ada yang tak puas hati, kami mintak maaf banyak banyak. yelah. kami manusia biasa macam anda jugak. huhu.


semalam ataeya, tasya dan pika dah selamat hantar semua ni kat pejabat pos seremban. sama sama la kita doakan agar semua majalah ni selamat sampai depan pintu rumah anda. amin.

p/s : special thanks to ichang for make it happen. very very grateful to have ichang! terima kasih jugak kepada dr. k dan pn. faiziah. semua kawan kawan villa angsana. sori sepahkan rumah korang. hehe. kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung.. my beloved housemate sebab hantar aku ke sana ke mari, sibling ejad belikan setem, ataeya pinjamkan kereta hantar majalah ke pejabat pos, tasya dan pika tolong angkat majalah, KE dan zu tolong survey di pejabat pos, dan semua yang aku tak sebut namanya.. minta maaf banyak banyak dan terima kasih. semoga Allah saja yang dapat membalas budi dan kebaikan anda semua.

sekian terima kasih.

Wednesday, November 16, 2011

resipi bihun singapore


kali ni aku nak share kat semua cara cara buat bihun singapore yang paling simple dan mudah. dan macam biasalah.. ikut style aku. kepada orang orang singapore, kalau salah jangan marah ye.. saya budak baru belajar main masak masak. haha. oke tak kelakar.

hidangan untuk : 5-6 orang

bahan-bahan A: (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
5-7 tangkai cili padi
1 camca besar lada hitam

bahan-bahan B:
1 batang lobak merah (dihiris panjang panjang)
1 keping fishcake (dipotong ikut suka anda - jangan terlalu besar)
fishball (ikut suka banyak mana - dipotong dua)
1 keping tauhu (dipotong kecik kecik)

1 peket bihun
1 camca besar lada hitam (ditumbuk kasar- dimasukkan sebelum bihun diangkat)
garam dan perasa sesedap rasa

cara-cara:
1. mula mula, rendam bihun dalam air panas. kemudian toskan airnya. letak tepi dulu.
2. tumis bahan A dalam kuali. minyak tu dalam setengah ke 1 senduk je. jangan banyak sangat nanti bihun tu berminyak so tak sedap karang. tumis sampai naik bau.
3. lepastu masukkan bahan B. kacau guna sudip. tujuan masukkan bahan B ni supaya tauhu tu tak hancur, fishball dan fishcake tu masak, dan lobak merah tu tak keras sangat so dia sedang sedang saja kerangupannya.
4. lepas agak agak lobak merah tu dah tak keras sangat (jangan sampai layu), masukkan bihun. kacau dengan sudip di kedua dua belah tangan untuk mendapatkan impak yang maksima. gaul sebati semua bahan dalam kuali puan puan sehingga mereka betul betul mesra dan cukup kasih sayang ya. masukkan garam dan perasa. gaul lagi.
5. kemudian, taburkan lada hitam yang dah ditumbuk kasar tu. gaul sekejap. tutup api.
6. akhir sekali, hidangkan bihun dalam bekas yang comel comel.
7. sedia untuk diperhabiskan beramai ramai.

tadaaaaa! dah siap. yok serangggg!


selamat mencuba!

Friday, November 11, 2011

11, 11, 11. banyak la aku punya sebelas!


aku kena tag oleh cipol.
demi menunaikan janji joni kau tu cipol.. aku siapkan jawapan kepada soalan soalan tag kau tu.
nah. amekaw!

1. what your parents calls you?
nina / na

2. what your siblings calls you?
(if you don't have any, consider your cousins or close relatives)
nina / akak / kak nina

3. what your friends calls you?
nina / batik / ichigo / cikgu

4. what name people usually calls you?
nina / batik

5. have you ever watched a horror movie alone in a dark room? if yes, what movie is it?
pernah. midninght meat train, final destination, ju-on, long khong, etc..

6. what cartoon character suits you the best?
errr.. aku tak cute so takde kot. hahaha oke tak lawak langsung.

7. which part of yourself you hate @ dislike the most?
can be body parts, or internal maybe attitude.
aku ada bad habit : handphone asyik misplace / letak merata rata / silent.

8. what do you think about guys who cooks?
protective. peka. handsome. HAHA.

9. what do you think about girls who can't cook?
tak bersedia nak kahwin. malas berusaha.

10. what kind of attire or clothes which you think guys should never wear?
mafela. lain la kalau kau pergi / stay oversea.

11. what kind of attire or clothes which you think girls should never wear?
inner + spaghetti / tube + mini skirt + leggings.. tapi tiba tiba kau pakai shawl.
WHAAAA???

Wednesday, November 9, 2011

picture of the month



4 bulan sudah.
ketawa pun dah pandai.
lepas ni cerita lagi ya? banyak yang acik nina nak dengar dari aira. ^^

Wednesday, November 2, 2011

buah bidara



kingdom : plantae
division : magnoliophyta
class : magnoliopsida
order : rosales
family : rhamnaceae
genus : ziziphus
spesies : z. mauritania
binomial name : ziziphus mauritania

gambar kat atas ni ialah buah bidara. ni la gambar yang aku kata nak upload haritu. buah bidara ni banyak terdapat kat bahagian utara pantai timur contohnya kelantan dan siam. buah bidara ni sebenarnya banyak ditanam di thailand. tapi sekarang kat malaysia pun dah banyak ditanam dah pokok bidara ni.

pada asalnya, buah bidara ni tumbuh meliar dalam hutan. tapi sekarang sejak buah bidara ni dah semakin komersial, maka buah ni banyak dijual dekat pasar malam dan pasar basah khususnya dekat negeri kelantan. masa aku pergi kelantan haritu (rujuk entri lepas), aku beli buah bidara ni dekat pasar wakaf che yeh. sekilo rm5. jadi aku dengan mak aku pun beli la sekilo. saja nak tau apa la rasa buah ni kan. selalu dengar pantun je. padahal tak pernah kenal pun buah ni. entah wujud ke tak atau sekadar disebut suka suka dalam pantun je. akhirnya dah terjawab dah persoalan yang selama ini gedik bermain dalam kepala dan otak aku.

saiz buah ni lebih kurang macam epal hijau yang biasa dijual dekat supermarket kat tempat tempat beli belah yang biasa kita kunjungi. cuma ada dekat sesetengah tempat buah ni bersaiz kecik sikit. ada kat sesetengah tempat lain pulak yang saiznya lagi besar daripada buah epal hijau. macam macam. tapi berdasarkan research yang aku buat sendiri kat internet, pokok bidara yang ditanam sendiri akan menghasilkan buah bidara yang besar besar dan gemuk gemuk dan banyak sangat dalam satu pokok sampai tak habis dimakan. dengan syarat pokok bidara tu ditanam menggunakan teknik tut atau anak pokok. katanya murah je anak pokok bidara ni. rm5 je sepokok. entah la. aku tak pernah pulak beli dan tanam anak pokok bidara. makan buahnya je yang aku tau.



dulu dulu aku ingat pokok bidara ni jenis menjalar.
rupa rupanya macam pokok rambutan je padahal.

tekstur luar buah ni pulak sebijik macam buah epal hijau. warnanya hijau muda. ada yang warna kuning kehijauan ala ala pucat sikit pun ada. buah bidara ni tak payah buang kulit pun takpe. tak mendatangkan mudarat pun. makan dengan kulit kulit sekali pon sodap.


ni la rupa luar dia. licin berkilat macam epal hijau.
yang kat atas ni baru keluar dari peti ais.

tekstur dalam buah pun ala ala epal hijau jugak. macam sengkuang cina sikit pun ada. warnanya putih. dalam buah ni ada biji yang macam buah sour plum. mula mula aku potong pun terkejut sebab aku expect buah ni sebijik la macam epal hijau. ada bijik yang macam buah epal jugak. rupanya luar je macam epal hijau, dalam macam sour plum. macam buah hybrid pulak. kecelaruan genetik. pan-asian. rupa rupanya memang buah tu macam tu. haha. amboi jakunnya aku.


rasa buah ni pulak sebenarnya tak tergambar dengan kata kata. hanya tekak kita je yang faham apa rasanya. haha. oke oke. rasa dia rangup. kruk krak kruk krak. kalau buah epal hijau lembut sikit, buah ni pulak keras sikit. macam lebih kurang buah lai. rasa dia pulak macam buah lai campur sengkuang cina sikit campur pisang kaki sikit. wah wah. eksotik gila kan? tulah. unik betul ciptaan Allah ni. sedap memang sedap. aku suka je. buah ni agak tawar, tapi bila dah lama makan dekat hujung hujung tu rasa manis. err.. faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni?

khasiat buah ni kalau secara saintifik untuk tubuh badan (kalau ada la) aku taktau pulak. yang aku tau buah bidara boleh dimakan. tak beracun. itu sudah pasti. tapi yang aku baca setakat ni kegunaan buah bidara ni sebenarnya terletak dekat daunnya. daunnya digunakan buat mandi jenazah. untuk tujuan penyucian la kiranya. penggunaan daun bidara bagi tujuan ni adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. ada termaktub dalam hadith. aku dah search dah dalam wikipedia.

dalam penggunaan bahasa melayu pulak, buah bidara ni dijadikan perlambangan dalam pantun. kenapa buah bidara? kenapa tidak buah nangka ke, buah nona ke, buah naga ke. jawapannya, suka hati nenek moyang kita lah. mereka yang buat pantun tu. lagi satu persoalan. adakah buah bidara sebenarnya memang dimakan bersama sama dengan nasi lemak macam dalam pantun tu?

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih aku turutkan.

jawapannya, no, no, no. itu memang tidak mungkin. saja je mereka letak frasa 'nasi lemak buah bidara' tu. sebab sedap macam tu. nenek moyang kita pun letaklah. kita yang taktau apa apa ni pun ikut la sampai hari ni. *ayat sarkastik*

ish. cuba la rajin sikit berfikir. hmm. hmm. aku rasa mungkin sebab :

1. penggunaan suku kata yang mencukupi : na/si/le/mak/bu/ah/bi/da/ra.
2. kedua dua item ni menunjukkan perlambangan kaum melayu. yelah. nasi lemak, buah hutan macam buah bidara kan sinonim dengan orang orang melayu zaman dulukala? orang sekarang macam kita ni je yang susah nak jumpa buah bidara ni. tapi takpe. nasib baik ada jual kat pasar.

apa apa pun, aku rasa pantun ni sepatutnya jadi pengajaran untuk generasi sekarang. generasi sekarang dah tak terkawal. semua ikut hati tanpa berlandaskan agama. cuba kalau agama tu letak nombor satu. insyaAllah tak jadi macam apa yang berlaku zaman sekarang. buang anak sana sini macam buang anak kucing. kucing pun tak buang anak kot. kalau nak cari pasangan, tak payah couple couple. buang masa, tambah dosa. jumpa je mak ayahnya. mintak izin nak kahwin. jangan membelakangkan parents. kalau takde restu mak ayah, janganlah teruskan lagi perhubungan tu. takut tak berkat pulak hidup kita nanti. amboi aku ni.. dah macam program ustazah pilihan pulak gaya gayanya. takpe la. sekadar perkongsian tak salah kan. eh. jangan la seram pulak dengan apa yang aku cakap ni. hadoi. tolong la jangan.

oke. setakat ni je. pasal buah bidara je pun dah boleh jadi satu entri kan. haha. harap harap ilmu yang aku sampaikan ni bermanfaat dan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita semua.




link info buah bidara :

sekian terima kasih.

Tuesday, November 1, 2011

laskar pelangi



laskar pelangi, sebuah filem indah berasal dari indonesia yang telah diarahkan oleh riri reza. filem ini diterbitkan pada tahun 2008, dan diadaptasikan daripada sebuah novel yang bertajuk 'laskar pelangi'. novel tersebut adalah hasil tangan penulis indonesia, andrea hirata pada tahun 2005. cerita ini digarap berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh penulis.

terdapat sepuluh orang watak kanak kanak yang menjadi tunjang utama dalam filem ini.

ikal. lintang. ah kiong. trapani. borek/samson.
mahar. sahara. harun. kucai. syahdan.

cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak kanak yang meneruskan persekolahan dengan hanya seramai sepuluh orang. sepuluh orang yang membawa makna yang besar kepada mereka. sebab ada sepuluh orang tulah, baharulah sekolah SD Muhammadiah tu akan dibuka. guru yang mengajar kat sekolah tu ada tiga orang. tapi watak yang ditonjolkan ialah watak bu muslimah. bu muslimah nilah yang gigih mengajar dan mendidik anak anak yang sepuluh orang ni dan menggelarkan mereka sebagai laskar pelangi.

diorang takde pakaian seragam sekolah. apa pun boleh asalkan kau datang sekolah. itulah tema baju diorang. dekat sekolah kampung kat tengah tengah pulau ni, mana la ada laptop, internet, komputer (jangan berangan. lagipun tu kan zaman 70-an), meja kerusi pun macam nak tak nak je wujud kat sekolah tu. sekolah pun macam tinggal hari nak roboh je. tapi sebab sepuluh orang murid yang hati waja ni nak bersekolah punya pasal, diorang tetap datang sekolah siap belajar lagi pandai daripada bebudak bandar yang sekolah kat tengah tengah pekan. bukanlah pengarah mahupun penulis novel ni nak mendiskriminasikan kanak kanak bandar dengan luar bandar macam cerita tipikal melayu yang lain, tapi apa yang aku faham, mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni ialah semakin banyak halangan dan kesusahan hidup yang kau lalui, semakin besar azam kau untuk menuntut ilmu untuk keluarkan kau dari kepompong kesusahan hidup tu.



latar masa cerita ni ialah pada tahun 1975. apa yang dipaparkan memang tak berbeza daripada latar tahun tu. aku rasa macam tengok cerita lama pulak siap kualiti filem ala ala zaman 70-an. latar tempat pulak dekat pulau belitung, indonesia. memang sangat pure kampung. aku suka sangat. sinematografinya cantik. terutamanya masa babak kat tepi pantai yang ada jaluran pelangi. lalang kuning dia yang tinggi tinggi tu buat aku rasa nak baring sambil kira bintang kat langit waktu malam je. *berangan*






keindahan dan nilai estetik cerita laskar pelangi ini terletak pada jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan kepada awam. cerita ni mengingatkan aku kepada zaman dulu dulu masa comot comot dengan baju sekolah. zaman tak matang main dengan kawan kawan. zaman berhingus lap pakai sapu tangan bawak siap siap dari rumah. oh indah sungguh.

syoknya main hujan

tidak dinafikan bahawa filem ini berjaya menyentuh hati dan sanubari aku. sedih dan sangat bermakna jika ditonton dengan penuh penghayatan. mungkin sebab aku dah berada dalam aliran pendidikan, maka aku terfikir bahawa watak bu muslimah yang telah dilakonkan dengan jayanya oleh cut mini terasa begitu dekat dengan aku. dalam filem ini, bu muslimah ialah salah seorang guru yang bertugas di sekolah SD Muhammadiah. dengan segala susah payah, walaupun dapat peluang untuk bertugas di sekolah di bandar, tapi dia tetap tegar untuk mengajar dalam kampung tu. bagi sesiapa yang dah berada dalam alam pendidikan, mesti tahu bahawa pengajaran bu muslimah banyak berlaku di luar bilik darjah. sesuatu yang jarang dilakukan di sekolah bandar. mungkin itu kelebihan berada di sekolah kampung yang serba kekurangan macam dekat pulau belitung.

watak yang paling kuat dalam cerita ni ialah lintang. seorang anak sulung yang bertanggungjawab menjaga adik adiknya di rumah, dan merupakan murid paling pandai dalam kelas. korang bayangkan, mencongak tak guna kalkulator. korang ada?



dua sahabat baik.
ikal dan lintang.

mungkin aku agak lampi sebab filem ini dah keluar tahun 2008, tapi baru sekarang aku tergerak hati nak tengok. terima kasih kepada kawan aku, piko yang telah merekemenkan aku untuk tengok filem ni. memang terkesan dalam hati aku. kalau aku sendiri ada dekat tempat bu muslimah, aku sendiri tak tahu sama ada aku tegar atau tak untuk tempuh kesusahan macam tu sekali. harap harap mampu. kalau tak sia sia la ilmu yang aku belajar lima tahun setengah selama ni.

kepada sesiapa yang masih belum terbuka pintu hati untuk tengok cerita ni, aku sarankan supaya tengok. tak rugi. jalan cerita yang mudah difahami dengan dialog bahasa melayu-riau (macam bahasa melayu kat malaysia jugak sikit sikit) tapi tetap akan meninggalkan kesan dalam hati. tapi bagi yang tak suka cerita yang agak slow macam ni, mungkin akan rasa yang cerita ni bosan. bagi aku tak bosan langsung. cuba hayati betul betul. jangan hayati sambil tidur sudah. memang la tak dapat apa apa.

empat setengah bintang untuk filem ni.

gambar ihsan pakcik google.

itu saja. selamat menonton. sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...