mereka yang hebat

Sunday, June 26, 2011

petua menjaga muka


di sini ada beberapa petua untuk menjaga muka. ni cuma apa yang aku amalkan la. (aku punya petua biasa biasa je. kalau nak advance lagi sila google ya). mostly untuk mengurangkan masalah kulit berminyak. jom tengok satu satu.


1. guna pucuk muda jambu batu. petua ni aku dapat kat tv masa umur aku 14 tahun. ilmu ni dapat secara tak sengaja. bukak bukak tv pagi pagi je tertengok kat MHI pasal benda ni. aku ni mana la nak percaya benda benda petua sangat ni pun sebenarnya. aku gelak je masa mula mula dapat tau tentang petua ni. jadi sebab daya ingin tahu dan rasa tak percaya yang terlalu tinggi, aku pun try la buat. (eleh gelak gelak try jugak). hmm. not bad la. memang kurang berminyak dah muka aku pastu. bila kurang berminyak, kurang la jerawat kat muka. kulit pun jadi segar je.

caranya : amik beberapa helai pucuk muda daun jambu batu ni, pastu bawak masuk dalam bilik air. basuh muka dengan air biasa. pastu ramas pucuk daun jambu batu ni dan gosokkan dekat muka sampai la daun tu jadik lunyai. ulang la 2-3 kali. petua ni kena amalkan dalam masa 2 minggu setiap kali korang mandi. yela. mandi kena la cuci muka sekali ye tak noks? apa? mandi sekali sehari je? err.. no comment.



2. minum air kosong sebelum tidur. petua ni aku dapat dari cikgu sekolah rendah aku iaitu madam nancy masa aku darjah 5. (terima kasih madam. hehe). asalnya ialah beliau tanya aku kenapa muka aku ni berminyak sangat. then aku cakap 'macam mana tak berminyak madam? asyik lari kat padang je. tak sempat nak basuh muka lepas tu.'. kemudian beliau bagi satu solution. beliau suruh aku minum air kosong sekurang kurangnya satu gelas sebelum tidur. kemudian bangun tidur pun minum atleast satu gelas air kosong. kemudian banyakkan minum air kosong sepanjang hari. beliau kata, minum air kosong ni boleh buang toksin dalam badan masa proses buang air dan berpeluh. kemudian melancarkan peredaran darah. air kosong yang kita minum tu jugak boleh counter balik proses pengeluaran minyak kat muka.

lagi sekali. aku mana la nak percaya. macam karut je. tapi disebabkan aku tak percaya aku pun try jugak la. yela. ilmu free orang bagi kan? nak jugak tengok iya ke betul betul berhasil? ke yo yo o je?

oke fine. madam nancy betul. sampai hati aku doubt beliau.
sampai sekarang pun aku amalkan benda ni. dah jadi macam habit pulak dah.



3. kerap cuci muka. maksud aku bukan cuci pakai pencuci muka. cuci pakai air bersih biasa je. tapi jangan pulak lepas bersenam berpeluh peluh tu korang cuci muka. kalau berpanau karang aku buat taktau je. jalan terbaik ialah korang lap dulu muka yang berminyak lepas aktiviti bersukan tu dengan tisu atau kain tuala yang bersih. kemudian baru cuci muka dengan air bersih. lama lama kalau korang buat benda ni (kerap cuci muka), korang dapat rasa muka korang akan jadi kurang berminyak berbanding sebelum sebelumnya. cuba la weh. jangan tak percaya dengan aku pulak. haha.



4. ambil wuduk. paling kurang pun sehari lima kali kan? takde la berat sangat. kalau tak buat jugak yang ni taktau la aku nak cakap apa. yang ni bukan la petua pun. tapi ada kaitan dengan penyucian (taharah). bersuci ni bukan secara zahir je. tapi yang dalaman pun kena suci jugak. bila yang dalaman tu bersih, automatik yang luar pun orang pandang suci je. bersih je. barulah ada nur. tapi wuduk kena ikhlas weh. jangan la pulak korang niat wuduk tu sebab nak jaga muka pulak. tu dah ke lain dah tu niat korang.


sebenarnya aku takde la expert pun bab jaga muka ni. disebabkan aku student, so tak mampu la nak beli es ke dua la oley la bagai. ni semua pun ilmu yang aku dapat secara free je. aku pun terniat nak share dengan korang. korang try la. takde la try hari ni pastu esok muka korang terus jadik licin macam sutera pulak kan. melampau ah tu. huhu.

selamat mencuba.

sekian terima kasih.
*gambar semua ihsan uncle google*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...