03.06.2011
lokasi : kinokuniya, klcc.
hari ini hari jumaat. dan minggu ni cuti sekolah. oh. masa cuti ni la nak pergi memanjakan diri. bukan dekat spa atau salun. nampak sangat itu bukan aku kot. ya. aku memanjakan diri kat kinokuniya, klcc.
first time aku jejak kaki kat kinokuniya ialah pada bulan 5 tahun 2006. masa tu aku form 5. sejak aku pernah beberapa kali pergi situ, aku terus jatuh cinta kat kedai buku tu. kalau dah duduk kat situ memang boleh hanyut terus. lupa diri jap. tempat tu ialah aku punya favourite bookshop lepas MPH kat midvalley. entah ek. maybe sebab tempat dia besar kot. maybe. oh ya. siap ada satu section ni khas untuk manga sahaja. semua komik manga tu siap ikut abjad dan harga sebuah komik manga boleh cecah rm30.00 ke atas untuk sebuah. bayangkan la kalau bersiri siri? erk. huiii. kalau otaku yang pergi sini memang heaven la jawabnya.
tapi satu benda yang aku perasan. sebenarnya, kinokuniya dah rombak semula susun atur buku buku ikut section. so maybe dia khaskan tingkat atas untuk art section je kot. hmm. memula pening jugak tengok tapi nampak lebih kemas dari yang sebelumnya la. kalau dulu masuk entrance je dah jumpa novel melayu. sekarang section novel melayu dekat belakang. novel inggeris dekat 'island'. dua dua section dah terpisah jauh dah.
yang kelakarnya, lepas beberapa tahun aku discover tempat tu, baru semalam aku tau yang art section wujud rupanya kat tingkat atas. selama ni aku pergi kinokuniya, aku tak pernah pulak terfikir yang kedai buku yang sebesar besar alam tu ada lagi rupanya bahagian tingkat dekat atas. pulak tu, tingkat atas ni dikhaskan untuk art section sahaja. cool gila kan? siap ada kafe bagai kat situ. tak sempat pulak aku nak amik gambar. excited sangat bila dah nampak art section kat atas tu.
sebahagian daripada art section kat tingkat atas.
dekat art section ni ada banyak bidang dia pecahkan. ada interior design, photography, fine art, fashion design, architecture, dan macam macam lagi la. aku dengan adik aku sempat explore subsection fine art je. sejam lebih dekat fine art je. memang tak cukup kalau sejam lebih je kat art section tu. buku untuk fine art je dah memang banyak gila. rambang mata weh tengok buku buku kat situ. cuma biasa la. buku dalam negara untuk seni memang sikit sangat yang diterbitkan. kebanyakannya dapat daripada balai seni lukis negara punya penerbitan.
salah sebuah rak fine art.
dah lepas merambangkan mata dan soaked kat situ, aku, adik aku, dengan mak aku beli buku pastu balik. heh. aku rasa lain kali aku mesti nak datang sini lagi. lagipun, koleksi komik gempakstarz memang sentiasa ada stok kat sini. so kalau teringat nak beli yang mana takde pun boleh datang je beli kat sini lain kali. untuk semua jenis buku kat sini, mana yang takde stok tu, boleh order dulu. kakitangan yang jaga bookshop ni pun makin ramai. so senang la kalau nak cari buku yang kita nak tu.
untuk masa sekarang ni, pembelian rm500 ke atas dapat baucer rm50. so, memang berbaloi baloi ah.
persoalannya, kenapa la kinokuniya ni ada satu je kat malaysia?
haish. kalau ada kat jb kan best.
No comments:
Post a Comment