mereka yang hebat

Thursday, June 23, 2011

resipi asam pedas ikan merah


resipi ni ikut suka suka hati style aku. disediakan upon request by my beloved housemate. :)

bahan-bahan A: (dikisar/ditumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
sejemput cili kering.. lebih kurang 20 tangkai (digunting, direndam dalam air panas)
(kalau cili kering takde, boleh pakai cili giling 1 setengah mangkuk kecik)

bahan lain:
2 ekor ikan merah (nak pakai ikan lain pun boleh. takde hal)
3 tangkai daun kesum
1 keping asam keping (kalau takde, nak pakai asam jawa pun boleh.. 2 sudu makan perahan air asam jawa)
4 tangkai cili padi - diketuk (kalau nak ekstra pedas la. boleh tambah lebih kalau nak)
1 senduk minyak masak
1 setengah mangkuk air
garam
gula
perasa

cara-cara:
1. panaskan minyak dalam periuk. tumis bahan A sampai naik bau dan pecah minyak sikit.
2. bila dah naik bau, masukkan 1 setengah mangkuk air. toksah pakai mangkuk hok besar tu. mangkuk yang sedang sedang saja.
3. kemudian tunggu kuah tu mendidih. ada la dalam 5-7 minit kot.
4. bila dah mendidih, masukkan gula, garam, dan perasa secukup rasa.
5. kacau sikit guna senduk. tunggu sampai kuah bertukar warna merah pekat sikit.
6. kemudian, masukkan ikan merah yang dah disiang dan dipotong kepada beberapa bahagian tu.
7. lepas masukkan ikan tu, biar je. jangan kacau dulu. biar ikan tu aman di situ selama 3-4 minit.
8. cuba anda rasa. kalau agak agak tak sedap, tambah la bahan bahan perasa lagi sampai dia jadi sedap.
9. masukkan asam keping.
10. masukkan 3 tangkai daun kesum. bukan daun ketum ya anak anak. tak pasal pasal ada jugak yang mabuk karang.
11. tunggu sekejap sampai isi ikan bertukar jadi putih dan kental. tak payah cucuk pakai garfu nanti hancur karang ikan tu..
12. lepas dah masak, hidang asam pedas dalam pinggan atau mangkuk dengan comelnya.

tadaaaa. dah siap. nilah hasilnya..


meh close up sikit..

tu dia.

petua:
1. lepas siang ikan tu, lumur sikit dengan serbuk kunyit dengan garam sikit. sebab apa? entah. dah biasa buat camtu. hehe.
2. pakai cili kering yang dikisar dengan bawang dan kunyit lebih sedap result dia berbanding pakai cili giling. pakai cili giling ni kurang pedas dan kurang kick sikit rasa dia.
3. jangan bubuh air banyak sangat. kalau terlebih sudah karang kuah asam pedas jadi cair. bila cair dah susah nak alter.
4. andai kata kuah terlebih sudah airnya, tambah lagi cili kering yang dah dikisar atau cili giling. syaratnya goreng sekejap kat kuali lain, lepas tu masukkan dalam kuah tadi. kalau tak masak dulu nanti ada yang sakit perut karang.. haa.. tak tau.. huhu..
5. lagi sedap kalau bubuh bendi atau kacang panjang. masukkan bendi/kacang panjang tu sebelum masukkan asam keping.
6. kalau nak buat asam pedas style nyonya melaka, tambahkan 1 tangkai bunga kantan yang dibelah dua. tambahkan time last masa bubuh daun kesum tu.
7. kalau pakai ikan merah, jangan masak lama sangat. nanti hancur berderai ikan tu.
8. jangan selalu kacau kuah asam pedas time masak. kalau tak asam pedas akan jadi hanyir sebab protein dalam ikan akan keluar dengan pesatnya.


kalau tak sedap takpe. cuba la banyak banyak kali. lama lama jadik sedap la tu. ala aku pun tak reti masak gak. kita belajar la sama sama sampai sedap eh? eh?

haha.

selamat mencuba. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...