mereka yang hebat

Thursday, June 16, 2011

di sebalik angry birds


korang pernah main angry birds? ya. application kat iphone tu. actually selain iphone atau whatsoever, angry birds juga ada versi google chrome. anda boleh klik kat sini untuk try main game application ni kat pc. kalau dah download benda alah ni, nak main time offline pun takde hal.

oke. since angry birds ni dah jadi macam satu fenomena sekarang, aku terasa macam nak buat satu entri yang agak berkaitan la jugak dengan permainan angry birds ni. misi angry birds ni ialah menghapuskan musuh yang telah mencuri telur kepunyaan budak budak angry birds ni iaitu makhluk mughallazah yang berwarna hijau. makhluk ni macam macam saiz ada. dari sekecik keciknya sampai la atuk atuk dia pun ada jugak. yang pakai helmet besi pun ada jugak.

so, seperti semua sedia maklum, permainan ni banyak menggunakan kemahiran fizik di mana seseorang tu perlu bijak menganggar jarak dan strategi yang betul untuk runtuhkan kubu makhluk hijau tu. lepas tu kena tahu kelajuan, daya pecutan dan arah balingan yang tepat supaya dapat hapuskan semua musuh musuh tu.

dusyumm!

oke. angry birds ni jugak banyak menggunakan kemahiran spatial iaitu kemahiran menggunakan ruang. ruang dari segi jarak, ketinggian, arah dan lain lain lagi. maksudnya pemain kena pandai mengagak cara apa yang perlu digunakan untuk melastik burung angry birds yang cute tu supaya makhluk hijau tu boleh mati lebih dari sekor dalam satu satu masa.

angry birds yang nampak je cute tapi brutal.

jadi, kita boleh simpulkan yang permainan angry birds ni banyak menggunakan logik atau dengan kata lain mencabar pemikiran otak sebelah kiri (HOKI - hemisfera otak kiri) dan ada sikit gabungan daya kreativiti (untuk strategi / berfikir di luar kotak) ataupun kita panggil juga pemikiran otak sebelah kanan (HOKA - hemisfera otak kanan). so, angry birds ni boleh jugak disimpulkan sebagai 90% HOKI dan 10% lagi ialah HOKA.

so, apa kaitannya angry birds dengan kemahiran spatial la, kemahiran fizik la, HOKA la, HOKI la dan lain lain lagi tu?

ya. jawapannya ialah pemain angry birds ni sebahagian besarnya ialah lelaki. aku ulang. sebahagian besarnya lelaki. itu bermaksud bukan la semua yang main angry birds ni lelaki. perempuan pun ada jugak. tapi kenapa ramainya lelaki? sebab lelaki ni rata ratanya banyak menggunakan otak sebelah kiri diorang iaitu pemikiran logik. lagi satu, permainan ni memang mencabar minda tambah lagi kalau dalam satu satu sublevel tu kubu yang makhluk hijau tu bina tak runtuh, tambah pulak makhluk hijau dalam kubu tu boleh buat muka rilek je takde apa efek langsung tergambar kat muka dia, memang boleh menaikkan kemarahan. bukan angry birds yang marah, tapi kita yang naik marah sebenarnya sebab tak dapat habiskan satu satu sublevel tu. geram gila. ya. aku pun pernah alami perasaan tu. memang.. ggrr.

sesiapa yang rasa permainan angry birds ni senang, tu maksudnya keupayaan spatial dan pemikiran logik dia sangat tinggi.

untuk kukuhkan lagi kesahihan fakta yang aku bentangkan ni (cheh! perkataan 'bentangkan' tu macam la ni teori yang satu dunia boleh pakai kan), aku ada terbaca dalam sebuah buku ni. bunyi dia macam ni :

keupayaan spatial adalah kebolehan menggambarkan dalam mindanya bentuk objek, dimensi, koordinat, nisbah, pergerakan dan geografi. ia juga kebolehan menggambarkan objek yang diputar dalam satu ruang, mencari arah di kawasan yang mempunyai halangan dan keupayaan melihat objek dalam perspektif tiga dimensi. tujuannya bagi menganggar pergerakan sasaran dan tahu bagaimana cara menangkapnya.

kanak kanak lelaki lebih baik dalam ujian koordinasi tangan dengan mata. ini menjadikan mereka lebih baik dalam permainan yang melibatkan bola. itulah sebabnya lelaki lebih obsesif dalam permainan kriket, golf, bola sepak, bola keranjang dan apa jua sukan yang melibatkan anggaran koordinat, melontar, mengejar, ataupun menembak kepada sasaran.

... keupayaan spatial lelaki terletak pada otak kanan. mereka juga perlu mengagak kelajuan yang diperlukan bagi menangkap mangsa. mereka turut mengira berapa kuat tenaga yang diperlukan bagi membunuh binatang buruan dengan batu ataupun anak panah. keupayaan wanita pula terletak di kedua-dua belah hemisfera otaknya. walau bagaimanapun, ia tidak terletak di lokasi yang khusus serta tidak dapat diukur seperti otak lelaki. hanya 10% wanita memiliki keupayaan spatial yang setanding dengan lelaki.

(allan & barbara pease, 2011)

oh. rupanya macam tu. sebab tulah lebih ramai lelaki dekat kawasan arked game dekat kompleks beli belah berbanding perempuan. dan sebab tu jugaklah lebih ramai lelaki yang jadi mekanik, jurutera, arkitek, dan juruterbang.

sebenarnya ada banyak lagi, tapi korang pandai pandai la nak google sendiri. masing masing dah besar kan.

tapi yang bagusnya, permainan ni boleh menajamkan tumpuan menyerang secara tepat. lepas tu kena ada strategi yang brilliant untuk menumpaskan musuh. so boleh meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. kemudian kena banyak 'think out of the box'. jadi, selain boleh release stress, boleh la meningkatkan kemahiran kemahiran logik. jangan sampai sendiri yang jadi angry sebab angry birds sudah. haha.

dah habis. sekian terima kasih.

gambar semua pakcik google punya.

6 comments:

  1. logik jugak fikiran aku ni. aku suke men angry bird.. haha. tp tak suke burung kaler merah, dengan burung patah balik kaler hijau tu. merepek je. tension aku main. huhuh


    *aku teruje kwn2 aku ade blog. hihi. :D

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah lagi main yang ada burung kaler hijau tu.
    haha.
    burung kaler merah tu biasa biasa je.
    tapi semua pun aku suka.
    haha. :)

    takleh challenge blog kau la. aku punya blog biasa je.
    hehe.

    ReplyDelete
  3. Ad y real punya tak..mcm tak puas main guna jari saja..huhuh

    ReplyDelete
  4. nak yang real punya kena lastik sendiri.
    haha.

    ReplyDelete
  5. weh main level lain pulak. nanti ade burung kaler hijau! ahaha.

    *blog aku pun biasa biasa je. batik, rindulah! hehe. :)

    ReplyDelete
  6. rindu kau jugaakk!
    haha!
    weh nanti raya datang la rumah aku.
    *berfikiran jauh*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...