mereka yang hebat

Friday, May 13, 2011

sungkyunkwan scandal


the jalgeum 4 :
moon jae shin, lee seon joon, kim yoon shik, goo yong ha

rasanya dah lama aku tak buat review. so, hari ni aku nak kongsi tentang drama korea yang aku baru habis tengok. drama ni release tahun lepas, 2010.

cerita ni berkisar tentang student dalam universiti sungkyunkwan pada era joseon. masa tu, yang dibenarkan belajar cuma lelaki je. kaum lelaki ni belajar untuk menjadi pegawai kerajaan pada masa tu. tapi, ada seorang perempuan yang bernama kim yoon hee (dilakonkan oleh park min-young) yang memang pandai gila tapi yela kan, mana la dia boleh pegi belajar. so, dia pun cari duit dengan menulis transkrip dengan bahan ulangkaji untuk calon student yang amik peperiksaan untuk masuk universiti sungkyunkwan.

kemudian, dia ditakdirkan berjumpa dengan seorang anak perdana menteri masa tu, lee seon joon. konon lee seon joon ni ala ala bajet sikit la. yela. dahla anak orang kaya, pandai pulak tu. tapi, ish. dia memang cool la. suka suka. sebab dia ni down to earth dan simple je orangnya.

lepas tu, sebab terdesak nak menyara keluarga punya pasal, kim yoon hee pun menyamar guna nama adik dia iaitu kim yoon shik untuk amik peperiksaan masuk universiti sungkyunkwan. sebab kalau masuk universiti sungkyunkwan, dia akan dapat duit belanja (biasiswa) dan perubatan percuma. lepas tu bermulalah cerita dia yang sebenar benarnya. dia jumpa dan berkawan dengan bebudak lain selain lee seon joon. kawan dia yang lain tu ialah moon jae-shin/geol-oh (yoo ah in) dan goo yong ha/yeorim (song joong ki). tapi entah kenapa, dalam banyak banyak watak ni, aku paling suka watak goo yong ha. sebab dia paling natural. dah la suka senyum. cute betul la. kelakar pulak tu. haish. dah. takleh puji lebih lebih kang tak tido malam aku. haha.


argh! *histeria jap*

bagi aku cerita ni best sebab jalan cerita dia tersusun dan tak berterabur. lagipun bukan cerita cheesy-helpless romantic semata mata. sesiapa yang biasa duduk hostel, sangat sesuai tengok cerita ni sebab banyak berkisar tentang pertentangan antara senior dengan junior. macam budak budak. haha. teringat masa laluku menjadi seorang junior dan senior. haha. lawak.. lawak..

geol-oh dan goo yong ha.

pastu, cerita ni ada semua tema. persahabatan, kesungguhan menuntut ilmu, misteri yang perlu dirungkai, dan.. hmm.. percintaan di alam sekolah. kadang kadang susah nak define benda tu. tapi dalam sungkyunkwan scandal ni macam rilek je aku tengok. memang sepadan sangat aku tengok. ada beberapa scene dalam cerita ni takdela romantik pun kalau ikutkan, tapi kalau korang faham betul betul romantik sebenarnya. eh? apa yang aku cakap ni? hmm oke fine whatever la. hahaha. *gelak sandra bullock*


yang penting cerita ni buat korang rasa nak bercinta. seriously. selain tu, despite of the simpleness and hardship of life, cerita ni memang ada selitkan perbezaan darjat yang sebenarnya sampai sekarang pun wujud lagi pada masa sekarang ni. macam a bit lame. tapi. hmm. reality hurts. ya i know. and, cerita ni memang terbaik wok dari segi BFF qualities. memang memperhalusi maksud 'kawan sampai mati' sehabis habisnya. i tersentuh, oke!

api! api!

antara yang aku tak puas hati pasal cerita ni ialah ending dia macam nak rushing je nak habis. tak menyempat tau. huh. nyampah! tapi takdela rush sangat. cuma ada sikit tergesa gesa bila dah nak ke episod last tu. but still, happy ending yang cute, simple dan puas hati semua orang. agaknya kalau ada sequel dia pun aku sanggup tengok walaupun lagi 20 episod. haha. gila.


bagi sesiapa yang suka jalan cerita yang tak bosan, tak meleweh, ada mesej yang tak merapu, dan kalau korang suka cuci mata tengok lam ja korea ala ala model, cute, dan hot, silalah tengok cerita ni. sangat dialu alukan. haha. overall, aku puas hati la tengok cerita ni. sampai tiga orang kot rekomen kat aku suruh tengok cerita ni.

lastly, hidup goo yong ha! :) *tiba tiba*
oke. sekian sahaja. terima kasih.

credits to Sungkyunkwan Scandal - DramaWiki for the info.
semua gambar ihsan google.

2 comments:

  1. nak tengok citer nih, tapi x de masa lagi! haha~
    How's life girl? great i bet!
    my blog? hm~ malas nak update lately.nanti la.hehe~

    ReplyDelete
  2. shy : pegi la tengok. best woh! haha.. :)
    my life macam biasa kat sini. just doing fine. and i hope the same goes to you too. :)
    jangan lupa update blog, ya! i'll be waiting!
    tak sabar nak 'jalan jalan' lagi kat uk! hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...