mereka yang hebat

Tuesday, May 31, 2011

10 wishes

Day 5 : 10 wishes.


1. external hard disk baru.
tiga hard disk yang ada sekarang dah full.

2. boleh masak char kuey tiaw yang terpaling sedap.

3. DSLR.

4. panjat gunung kinabalu.

5. backpacking to korea.

6. bungee jumping.

7. ice-skiing.

8. main layang layang.

9. memiliki sebuah library untuk menempatkan koleksi komik kesayangan aku.

10. memiliki sebuah rumah sendiri. petite pun tak apa janji bersih dan kemas.

Sunday, May 29, 2011

coffee house



hari ni aku nak review satu cerita drama korea yang bertajuk coffee house. antara pelakon yang menjayakan cerita ni ialah kang ji hwan, ham eunjung (t-ara), park si yeon (ex-miss korea yang sangat anggun jelita), dan entah la yang lain lain tu sape. korang boleh google kejap lagi ye. huu. drama ni ada 18 episod.

coffee house ni adalah cerita tentang seorang penulis yang bernama lee jin-soo yang sangat keras kepala, degil, style 'ikut suka aku la', cerewet gila, sarkastik, sangat teliti, dan pelik. dia ialah penulis di bawah syarikat penerbitan buku dan kafe yang dimiliki oleh seo eun-young (park si yeon). seo eun-young ni pulak ialah satu satunya best friend lee jin-soo sejak zaman universiti lagi. dah lama diorang kenal. hampir sepuluh tahun. itu yang menjadikan seo eun-young dengan lee jin-soo ni best friend gila gila dan tak ada gap langsung walaupun seo eun-young tu presiden syarikat.

dia ni sangat detail dan cerewet oke!

pada suatu hari yang permai, lee jin-soo pun hire la seorang setiausaha. namanya kang seung-yeon (ham eunjung t-ara). kang seung-yeon ni seorang yang careless tapi bercita cita tinggi nak jadi setiausaha yang pro. dia seorang je yang paham dan boleh tahan dengan perangai lee jin-soo yang pelik tu. oh. aku admire watak kang seung-yeon dalam cerita ni sebab dia sangat penyabar dan innocent. innocent tu yang nampak cute dan kelakar.

omo! sangat innocent kot?!

antara scenes yang ada dalam drama ni.

dipendekkan cerita, suatu hari bekas tunang seo eun-young balik dari somewhere-only-he-knows then cari balik seo eun-young kat korea. dia nak balik kat seo eun-young. tapi seo eun-young tak nak.

sebab seo eun-young sebenarnya suka kat best friend dia, lee jin-soo. tapi dia tak pernah luahkan pun.


kalau macam tu, kang seung-yeon apa cerita?

oh. the rest, kena tengok sendiri.

ending drama ni agak kematangan sikit dan bukan sesuatu yang korang akan expect dari awal cerita. ada tiga kekuatan yang aku tengok dalam cerita ni :

1. pada episod episod awal, banyak gila scenes yang sangat kelakar dan komikal. cerita ni bagi aku sangat bertenaga walaupun lokasi dia lebih banyak sekitar bangunan syarikat penerbitan dan kafe tu (satu bangunan yang sama). idea pengarah dia untuk jalan cerita ni memang lain dan tak tipikal dan.. ah. senang kata memang terbaik wok ah!

2. watak lee jin-soo (kang ji hwan) dalam cerita ni. aku pernah tengok dia berlakon jadi hong gil-dong dalam cerita hong gil-dong. apa yang bestnya ialah dua dua watak ni adalah berbeza sebab dalam hong gil-dong dia lebih banyak guna aksi tapi dalam coffee house, dia nampak lebih relaks, sofistikated dan matang. tapi still sama dalam pembawaan watak gila gila tu. dia pun dah makin kurus sekarang. maybe dia kuruskan badan untuk drama ni kot.

3. stylist dalam drama ni memang terbaik sebab baju baju yang diorang pakai dalam cerita ni semua cantik cantik especially baju untuk watak seo eun-young. dia cantik, berkaliber, high level of confidence, gila gila, simple, dan tak terlalu feminin dari segi sifat dalaman dia. kebanyakan baju dia sebenarnya simple je tapi entah la ek. adakah sebab dia ex-miss korea yang menyebabkan apa yang dia pakai pun nampak cantik je walaupun pakai t-shirt biasa? entah la.

sangat cantiknya puunn!

aku rekomen cerita ni kat korang sebab OST dia best. lepas tu jalan cerita dia unik dan tak tipikal macam drama korea yang lain. cerita yang bukan laid back dan santai semata mata. penuh dengan makna tersirat dan memaksa korang untuk berfikir dan predict apa yang akan berlaku selepas tu. tapi, never predict something that is unpredictable. aku tabik pengarah drama ni sebab buat sebuah drama korea yang double thumbs-up yang bukan tipikal. i like.


untuk info yang lain lain lagi, sila berkunjung ke link ni.


sekian terima kasih.

Saturday, May 28, 2011

10 things i want to say to one person


Day 4 : 10 things i want to say to one person.

actually, i'm not a person with words. sorry if what i wrote are kind of disturbing. hee ^^


1. kau annoying sangat. tapi aku sayang kau.

2. tapi boleh tak kau jangan nak annoying sangat?

3. jangan gedik. boleh?

4. terima kasih makcik. makanan kat kafe ni SANGAT SEDAP DAN MURAH PULAK TU.
saya terharu sangat.

5. babai pakcik dan makcik. sekarang saya dah tinggal luar.
terima kasih kerana menjaga saya selama ni.

6. kak ayu, nak softcopy running man eh?
nanti nina datang rumah kak ayu oke!

7. apasal kau cute sangat, eh?

8. you're such a sweet talker. CONGRATS!

9. oppa! saranghae! hee ^^

10. thanks for being there for me. :)

Tuesday, May 24, 2011

10 fakta tentang student IPT


entri ni aku tujukan khas kepada semua yang bergelar student di institut pengajian tinggi (IPT). tak kesah la korang ni student universiti ke, IPG ke, kolej ke, sama je der. takde banyak beza pun. kalau dah namanya student, tetap akan mengalami benda benda yang aku senaraikan kat bawah ni. berikut adalah 10 fakta tentang seseorang yang bergelar student IPT yang aku nampak secara random. mungkin ada dan mungkin takde kat korang korang yang bergelar student ni. ataupun yang ex-student. ehem.

jom kita tengok satu satu.

nyam nyam nyam sedapnya

1. makan bungkus / makan luar.
ni yang paling famous. nak nak kalau korang tinggal kat hostel. yela. dapur takde. pantri lagi la takde. dapur rumah warden ada la. kesian. takpe la aku paham sangat. kalau rajin sikit, korang pergi la berebut atau main chop chop 'aku nak pakai dapur surau dulu'. ah tak kira! (sambil hentak hentak kaki kat lantai). lain la kalau korang tinggal luar. kau nak masak nasi beriani gam pun takde orang nak kesah. ada aku kesah? eh, aku kesah kot. kalau ada yang masak lebih hulur hulur la sikit ke sini. hahaha. oke tak lawak.

2. makan lewat malam.
dikenali juga sebagai supper. bukan super girl yang super junior nyanyi tu eh. ini kes lain. aku pun tak paham kenapa student suka supper. kenapa eh? asal lewat malam je lapar. yang lagi haru tu, nak cari makanan malam malam buta tu yang payah. dah la demand macam orang kaya walaupun duit takde. nak dominos la. nak kay-ef-si la. nak mek-di la. macam macam. padahal bukannya boleh keluar pun kalau korang merayu sekalipun kat pak guard mintak nak keluar sebab lapar. berjaya ke? takkan berjaya punya. try la buat kalau korang tak caya.

3. stay up sampai jauh malam.
yang part ni memang tipu la kalau pukul 11 malam sharp korang yang student ni dah tido. suci gila perangai. paling paling pun mesti pukul 12 tengah malam atau 1 pagi. lain la kalau yang kes penat sebab siang dah aktif sangat kan. ataupun korang memang jenis 16 jam sehari tido. kalau kurang daripada 16 jam korang akan bertukar jadik kucing F4 ke. mana la tau kan. *ayat sarkastik*. lagipun, kalau tak stay up, macam mana korang nak siapkan assignment? macam mana nak study untuk exam? lepas pukul 12 tengah malam la waktu yang paling suci untuk berhibernasi dengan buku buku dan microsoft word di depan laptop sambil menikmati secawan hot chocolate. oh. memang heaven sangat! apa? tak pernah buat macam tu? OKE FINE.

ni je? takde yang lagi banyak ke?

4. waktu nak siapkan assignment.
urgh. ni la waktu waktu yang paling kacau bilau sekali dalam kehidupan seorang student. menyampah betul! kalau buat assignment je takpe. ni nanti time nak print la ada masalah. time nak hantar la ada masalah. tu belum masuk yang dah hantar tapi kena reject dua tiga kali. hadui la. pening, migrain, rasa nak demam, geram, rasa nak bakor semua ada.

5. hal dengan pak guard dan kafe.
yang ni.. hmm.. macam mana nak explain ek? ala. tipu la takde masalah dengan dua benda ni sepanjang korang bergelar student. kalau tak berlaku jugak, mungkin korang ni bukan student tegar kot? *erk*. tak. maksud aku, mesti korang kategori student yang terpaling baik gila ah. terpaling. baik. dan gila. pakej tu. hehe. kalau masalah kat pak guard selalunya masalah kereta luar (termasuk la kereta penjaga) tak dapat masuk dalam kawasan lepas pukul 6 petang. (ni dikira curfew ke?). takpun kalau hujan lebat sekalipun korang kena buat maraton pecut sebab teksi tak dibenarkan masuk dalam walaupun barang korang banyak gila tambah lagi hujan lebat gila. memang terbaik wok! eh? tak. aku tak sarkastik. ini bukan cubaan. ini betul betul punya kejadian.

6. PAMA.
ni jenama bank. bank ni special sikit. kalau nak duit kita S.O.S je. nanti tau tau dalam akaun duit dah ada. tadaa! magic kan? magic kan? heh. aku pun kalau dah sesak kena la S.O.S PAMA gak. hadoi.

7. waktu peperiksaan.
aku ada terbaca kat blog cikgu cute ni. entri dia bertajuk 10 perkara yang membencikan ketika peperiksaan. memang aku rasa pernah berlaku kat semua orang, kan? cepat mengaku semua kalau tak cikgu rotan! time periksa ni yang paling aku tak suka nak hadapi ialah menulis jawapan esei dan mengantuk dalam dewan peperiksaan. dua perkara tu yang paling.. haish. malas la nak cakap.

takpe. facebook kan ada.

8. berchatting dengan classmate kat facebook / blog.
haha. yang ni siap bukak group kot. apa apa info share la sama sama kat situ. oke la tu kan. jimat kredit. hehe. tapi sebenarnya kalau pikir pikir balik, kelakar tau kalau kita berchatting sambil balas balas komen kat facebook. tambah tambah lagi kalau yang berbual sekali tu adalah roommate kau. i repeat. roommate kau. haha. reply mereply padahal satu bilik. memang kelakar oke.

9. tempat lepak favourite.
yang ni memang ada banyak. selalunya port lepak ni penuh time elaun/biasiswa baru masuk atau bila dah exam. konon konon meraikan habis exam la? agaknya kot. nak release tension. nak berjoli katak. nak huhahuha. nak ngok ngek ngok ngek. dan lain lain lagi la alasan kau. kalau aku, aku suka tengok movie dengan rakan rakan seperjuangan. takpun pergi arcade main game para para. sekarang para para kat jusco seremban 2 tu dah lain. dah pakai button dah. tapi aku dah jarang main kat situ sejak aku dah pernah mengajar kat sekolah ni. ada sekali tu anak murid aku cakap kat aku..

"cikgu, semalam saya nampak cikgu kat jusco pakai baju kurung warna biru. heeeeeee"

erk. nasib baik aku tak buat benda bukan bukan masa tu.

10. barang kau barang kau, barang aku pun barang kau jugak.
ni paling selalu. kadang kadang istilah 'pinjam' tu bermaksud 'weh aku amik ni eh?'. kadang kadang tu sampai tak sedar barang dah hilang. tau tau je dah hilang. magic tau. surprise sangat tau. macam eric leong. aku nasihatkan lain kali kita bawak dua bekas pensel macam tips cikgu zara. ha. setel. tak payah gaduh gaduh.

oke tu je. kesimpulannya, biasa la tu. jadi student memang macam tu. kalau paling baik sekalipun mesti pernah rasa semua yang aku senaraikan ni. kan? err. satu je lagi yang aku tak tulis. couple. sebab yang ni tak semua orang pernah rasa. so tak fair la kalau aku letak sini. kalau korang nak korang tambah la sendiri ek?

babai. sekian terima kasih.
*semua gambar ihsan google*

Monday, May 23, 2011

10 things i hate


Day 3 : 10 things i hate.

1. terkejut daripada tido secara tiba tiba.

2. ada kuliah tiba tiba.

3. lelaki gatal, miang, atau seumpama dengannya.

4. kena paksa buat sesuatu yang aku tak suka.

5. air tumpah atas meja.

6. sweet talker.

7. penipu dan tak jujur.

8. lagu 'sayang sayang sayang' - aliff aziz.

9. nasi tomato.

10. perangai aku yang cepat kesian. cepat kesian = senang diperdaya.

Saturday, May 21, 2011

nur kasih the movie



siapa pernah tengok drama nur kasih, angkat tangan macam saya~
siapa dah tengok movie nur kasih, angkat tangan macam saya~

oke. lame. lame, lame, lame semua lame.

aku dah tengok nur kasih the movie ni. dan ini review berdasarkan apa yang aku tengok pada movie ni.

sebelum movie ni ditayangkan, aku merupakan salah seorang peminat drama nur kasih ni. yang mana episod yang miss tu, aku tengok online. sanggup, oke! haha. gila. ceh! nampak je muka takde perasaan. dalam hati ada taman bunga raya rupanya. *erk*

oke fine. just.. cut the crap.

cerita ni diarahkan oleh kabir bhatia. skrip ditulis oleh isteri dia, mira mustaffa. apa yang aku dapat lihat secara keseluruhan, penyampaian kabir bhatia tak pernah mengecewakan. paling terbaik dalam cerita ni ialah sinematografi dia. sawah padi dia. fuhh! sesuatu yang baru bagi pengarahan kabir bhatia selepas drama nur kasih. cantik sangat.


jalan cerita yang digarap bagi aku adalah sesuatu yang berbeza. sebenarnya, selepas aku dah tengok drama nur kasih, aku mengharapkan persembahan cerita yang berbeza daripada kabir. dan, aku dapat simpulkan berjaya walaupun expectation aku terhadap filem ni lebih tinggi sebenarnya. tema yang diketengahkan ialah kasih sayang yang tinggi antara pasangan suami isteri iaitu adam dan nur amina.

part yang paling aku suka dalam cerita ni ialah bila adam dan nur amina ada kat jordan. ya. aku realize. diorang suka sangat pergi melancong negara negara timur tengah kan? biarlah. duit pengarah dia. korang ada? anyway, suka tengok petra, jordan tu. senibina yang cantik dan halus. hmm. ada kaitan ke?

persoalan yang paling menyentuh hati aku ialah bila adam berdoa camni..

"aku sanggup berkorban apa saja, tapi jangan ambil nur amina daripada aku.."

*lebih kurang macam ni la dialognya*

doa adam tu makbul kot. makbul sebab apa? korang pergi la find out sendiri. karang tak surprise pulak kalau aku cerita kat sini. korang kan suka surprise eric leong. apa? tak suka? tak suka sudah.

bagi yang tak suka jalan cerita yang slow, tak tau pulak aku. ya. cerita ni agak slow. perlu penghayatan yang tinggi. ada gaya penceritaan macam cerita 'sepi' dan 'cinta' sikit, yang mana kabir ada menggunakan flashback dalam penceritaan movie ni.

sebenarnya, aku tak pernah nangis dalam panggung wayang. tapi untuk movie ni.. err.. aku.. err.. 'ter'nangis la pulak. ah. maybe aku je yang emo lebih kot? oke fine whatever. cerita ni.. hmm. memang sedih. maksud aku, sedih gila oke! standby la sekotak tisu kat sebelah bila korang nak tengok cerita ni.

untuk review lebih lanjut, boleh pergi ke sini.

aku bagi 4 setengah bintang untuk cerita ni.


10 things i love

Day 2 : 10 things i love.

1. coklat beryl's bittersweet.

2. warna ungu. hitam. putih.

3. fotografi.

4. tengok cerita korea dan movie.

5. kuetiau goreng basah / char kuey tiaw dengan teh ais.

6. baca komik.

7. berjalan jalan melihat alam secara backpacking.

8. balik rumah secara surprise ala ala eric leong.

9. tempat semulajadi macam bukit, gunung atau tepi pantai.

10. bunga sunflower.

Thursday, May 19, 2011

of my beloved hero




tarikh : 19.05.2011
lokasi : bilik, hostel.

hari ni hari khamis. aku tak balik rumah. bukan sebab hari ni hari khamis dan bukannya hari sabtu atau ahad. tapi sebab hari ni aku ada exam.

huh.

tetiba rasa nak sangat balik rumah. nak jumpa ayah.

aku ingat lagi masa kecik dulu, aku ni memang budak degil. suka nak ikut kepala sendiri je. tak fikir orang lain. dulu masa kecik kecik, aku selalu mintak benda bukan bukan kat ayah.

"ayah, nak komik doraemon ni, yah."
"ayah, nak cd linkin park - hybrid theory ni, yah."
"ayah, nina nak amik banyak barang ni nak bawak balik asrama. boleh, yah?"

dan macam macam lagi. ayah kata oke je. tapi yang cd linkin park tu je. ayah tak tunaikan. entah ya? agaknya kalau aku mintak cd uji rashid mesti laju je ayah belikan. huhu.

ayah tak reti nak tunjuk dia sayang kat aku. tapi ada sekali tu time aku sakit, ayah la yang paling sibuk hantar aku pergi hospital sampai ayah sendiri lambat masuk kerja. siap amik cuti lagi. aduh la ayah. buat apa la ayah susah susah.

bila aku dah besar sikit, ayah tegur cara aku berpakaian. mesti sopan. mesti tutup aurat. kalau tak ayah suruh tukar balik baju. bukan sebab ayah orang kariah surau. tapi ayah malu tengok anak dia yang keluar kadang kadang dah macam nangka balut bergerak dah rupanya. oke fine. last last sebab geram, aku sarung t-shirt kerja aku yang warna hijau yang orang nepal kat tempat kerja aku selalu pakai tu siap dengan handsock. baru la ayah nak hantar aku pegi driving school. haha.. ayah.. ayah..

tapi hari ni, birthday ayah. tapi, aku, anak dia ni tak balik. padahal, time aku sakit dulu, dia la yang sampai amik cuti sebab nak hantar aku pegi hospital. sanggup datang kerja lambat. hmm. teruk kan aku?

mungkin minggu ni pun aku tak balik. sampai minggu depan. tu pun balik lambat sebab nak pindah rumah sewa lagi. dari ayah balik umrah hari tu, aku belum lagi tengok muka ayah secara live. rindu pulak tiba tiba kat ayah.

ayah,
happy birthday.
nina tengah sengkek ni. tak dapat belikan ayah apa apa. tapi nina ada amik cerita hindustan lama dari kawan nina. nanti nina burnkan dalam cd eh bagi kat ayah. nanti kalau free free boleh ayah tengok. ayah kan suka tengok cerita hindustan? bila fikir balik, kesian kat mak dengan ayah. time nina birthday, sampai pass kek kat abang (macam pass baton pulak hehehe) suruh hantar kat nina. tapi time birthday ayah ngan mak, sebijik kek pun nina tak mampu nak belikan. haish. terkilannya rasa. dah la duduk jauh dengan mak ayah.

ayah,
sebab nina ni anak yang degil, nina nak mintak maaf banyak banyak la kat ayah. banyak susahkan ayah. maafkan nina ek ayah? boleh?




SELAMAT HARI JADI, AYAH.
semoga Allah panjangkan umur ayah. limpahkan rezeki yang berkat untuk ayah. sejahterakan hidup ayah.

amin.

*gambar ihsan google*

Monday, May 16, 2011

10 things about me


aku telah ditag oleh cipol. tag itu adalah :


oke.

aku..


1. kuat tido.

2. suka coklat beryl's bittersweet.

3. tak boleh minum nescafe.

4. manusia paling pemalas nak jawab call atau reply mesej.

5. tak suka online chat.

6. pemalas tahap kronik.

7. suka main pc game. takpun farmville.

8. tahan tengok cerita korea sampai pagi.

9. bercakap dalam tido kalau dah penat sangat.

10. berangan nak beli basikal yang ada bakul kat depan dengan DSLR tapi tak beli beli pun sampai sekarang.


aku nak tag :

blogger lain yang terbaca entri ni.

dedikasi 16 mei


tarikh : 16.05.2011


kepada cikgu cikgu dan semua pensyarah yang pernah ajar aku dari tadika sampai la sekarang ni kat IPG.
kepada EMAK, seorang bekas cikgu yang banyak memberi inspirasi, dorongan, dan teman terbaik.
kepada AYAH, yang selalu berkongsi cerita dan menjadi 'tutor' yang terbaik di rumah.
kepada kawan kawan yang sudah bergelar pendidik. yang sedang berjuang mengajar anak anak bangsa.
kepada kawan kawan yang masih lagi guru pelatih. yang sama sama mengharungi susah senang bersama.
kepada semua guru dan pendidik.



the mediocre teacher tells.
the good teacher explains.
the superior teacher demonstrates.
the great teacher inspires.
~William Arthur Wards~

which one is you?

fikir fikirkan. :)


"SELAMAT HARI GURU"

Saturday, May 14, 2011

being single is not a crime


gambar ihsan google.


dua hari lepas aku call salah seorang kawan aku. rindu sangat dengan dia. tanya khabar, kongsi cerita. tiba tiba, terkeluar la cerita ni.

elle : eh. kau tahu kan aku ada dua orang best friend aku yang aku selalu cerita kat kau tu?
aku : hmm. aku tahu. kenapa?
elle : sekarang mereka berdua dah berpunya.
aku : oh. mesti diorang bahagia kan sekarang?
elle : mungkin. aku harap diorang bahagia.
aku : kau oke? kau bahagia tak?
elle : aku oke je. bahagia. tapi tipu la kalau aku kata aku tak jealous dengan diorang.
aku : habis tu? kau tak nak cari seorang? mungkin nanti kau pun akan bahagia macam kawan kawan kau sekarang.
elle : entah la. haha.
aku : kau nak aku tolong carikan ke?
elle : haha. entah ya. boleh jugak kot? haha (berseloroh)

sahabatku elle,
suatu hari nanti mesti kawan kawan kau tu akan datang dan mengadu kat kau itu ini bila diorang ada masalah dengan partner diorang. trust me. kau akan jadi tempat mengadu diorang. so, bersedialah. kalau apa yang aku cakap ni betul, kalau sampai waktu tu, kau jadilah pendengar setia yang paling baik untuk kawan kawan kau. belajarlah daripada pengalaman diorang.

sahabatku elle,
being single is not a crime. trust me. kau ingat bahagia sangat ke pasangan yang bercouple? no. not as sweet as you think. slowly. take your time. kau pun muda lagi. i'm not saying that love isn't important but why need to rush? it's oke, bud. aku taknak kau tersalah pilih. percayalah, suatu hari nanti, akan ada seseorang yang akan hadir dalam hidup kau. yang dapat sapu air mata kau kalau kau sedih dan akan temankan kau ketawa sampai terguling guling sampai keluar air mata untuk kau. yang dapat terima baik dan buruk kau. yang dapat bahagiakan kau. yang dapat sempurnakan hidup kau. seseorang yang sanggup untuk habiskan usia dia dengan kau. seseorang itu pasti akan datang. trust me.

because you're damn precious to be beside the best one. yes. orang tu ialah suami kau.


huh. oke fine. sejak bila aku jadi dr. love ni?

Friday, May 13, 2011

sungkyunkwan scandal


the jalgeum 4 :
moon jae shin, lee seon joon, kim yoon shik, goo yong ha

rasanya dah lama aku tak buat review. so, hari ni aku nak kongsi tentang drama korea yang aku baru habis tengok. drama ni release tahun lepas, 2010.

cerita ni berkisar tentang student dalam universiti sungkyunkwan pada era joseon. masa tu, yang dibenarkan belajar cuma lelaki je. kaum lelaki ni belajar untuk menjadi pegawai kerajaan pada masa tu. tapi, ada seorang perempuan yang bernama kim yoon hee (dilakonkan oleh park min-young) yang memang pandai gila tapi yela kan, mana la dia boleh pegi belajar. so, dia pun cari duit dengan menulis transkrip dengan bahan ulangkaji untuk calon student yang amik peperiksaan untuk masuk universiti sungkyunkwan.

kemudian, dia ditakdirkan berjumpa dengan seorang anak perdana menteri masa tu, lee seon joon. konon lee seon joon ni ala ala bajet sikit la. yela. dahla anak orang kaya, pandai pulak tu. tapi, ish. dia memang cool la. suka suka. sebab dia ni down to earth dan simple je orangnya.

lepas tu, sebab terdesak nak menyara keluarga punya pasal, kim yoon hee pun menyamar guna nama adik dia iaitu kim yoon shik untuk amik peperiksaan masuk universiti sungkyunkwan. sebab kalau masuk universiti sungkyunkwan, dia akan dapat duit belanja (biasiswa) dan perubatan percuma. lepas tu bermulalah cerita dia yang sebenar benarnya. dia jumpa dan berkawan dengan bebudak lain selain lee seon joon. kawan dia yang lain tu ialah moon jae-shin/geol-oh (yoo ah in) dan goo yong ha/yeorim (song joong ki). tapi entah kenapa, dalam banyak banyak watak ni, aku paling suka watak goo yong ha. sebab dia paling natural. dah la suka senyum. cute betul la. kelakar pulak tu. haish. dah. takleh puji lebih lebih kang tak tido malam aku. haha.


argh! *histeria jap*

bagi aku cerita ni best sebab jalan cerita dia tersusun dan tak berterabur. lagipun bukan cerita cheesy-helpless romantic semata mata. sesiapa yang biasa duduk hostel, sangat sesuai tengok cerita ni sebab banyak berkisar tentang pertentangan antara senior dengan junior. macam budak budak. haha. teringat masa laluku menjadi seorang junior dan senior. haha. lawak.. lawak..

geol-oh dan goo yong ha.

pastu, cerita ni ada semua tema. persahabatan, kesungguhan menuntut ilmu, misteri yang perlu dirungkai, dan.. hmm.. percintaan di alam sekolah. kadang kadang susah nak define benda tu. tapi dalam sungkyunkwan scandal ni macam rilek je aku tengok. memang sepadan sangat aku tengok. ada beberapa scene dalam cerita ni takdela romantik pun kalau ikutkan, tapi kalau korang faham betul betul romantik sebenarnya. eh? apa yang aku cakap ni? hmm oke fine whatever la. hahaha. *gelak sandra bullock*


yang penting cerita ni buat korang rasa nak bercinta. seriously. selain tu, despite of the simpleness and hardship of life, cerita ni memang ada selitkan perbezaan darjat yang sebenarnya sampai sekarang pun wujud lagi pada masa sekarang ni. macam a bit lame. tapi. hmm. reality hurts. ya i know. and, cerita ni memang terbaik wok dari segi BFF qualities. memang memperhalusi maksud 'kawan sampai mati' sehabis habisnya. i tersentuh, oke!

api! api!

antara yang aku tak puas hati pasal cerita ni ialah ending dia macam nak rushing je nak habis. tak menyempat tau. huh. nyampah! tapi takdela rush sangat. cuma ada sikit tergesa gesa bila dah nak ke episod last tu. but still, happy ending yang cute, simple dan puas hati semua orang. agaknya kalau ada sequel dia pun aku sanggup tengok walaupun lagi 20 episod. haha. gila.


bagi sesiapa yang suka jalan cerita yang tak bosan, tak meleweh, ada mesej yang tak merapu, dan kalau korang suka cuci mata tengok lam ja korea ala ala model, cute, dan hot, silalah tengok cerita ni. sangat dialu alukan. haha. overall, aku puas hati la tengok cerita ni. sampai tiga orang kot rekomen kat aku suruh tengok cerita ni.

lastly, hidup goo yong ha! :) *tiba tiba*
oke. sekian sahaja. terima kasih.

credits to Sungkyunkwan Scandal - DramaWiki for the info.
semua gambar ihsan google.

Monday, May 9, 2011

jangan nak sweet sangat


hard candy with a surprise center.
*gambar ihsan google*

kisah ni merupakan kisah sebenar yang berlaku pada kawan aku. punya kawan. biarlah aku panggil dia cik zee. pada suatu hari, cik zee ni keluar makan dengan dua orang kawan dia, azra dengan chiko. makan kat tempat biasa biasa je. biasalah. kebajetan.

kemudian, tengah sibuk la cik zee dan rakan rakan tengah mencedok nasi dan lauk bagai, tiba tiba datang la seorang pakcik tua mendekati cik zee.

pakcik : em, pinggan mana ya?
cik zee : tu kat sana pakcik (sambil mata tengok arah pinggan)
pakcik : mana? (pakcik tu pandang cik zee)
cik zee : (tahan sabar) yang tu pakcik.. (sambil ibu jari tunjuk arah pinggan) (berfikir : mungkin pakcik ni rabun kot)
pakcik : mana?
cik zee : (melepaskan keluhan sambil pandang chiko) chiko, tolong tunjukkan pinggan kat pakcik ni, chiko.
chiko : yang tu pakcik. (sambil tunjuk kat pinggan yang tersusun)
pakcik : ohh..

lepas tu, pakcik tu pun tanya cik zee.

pakcik : belajar lagi ke?
cik zee : ha'ah pakcik.
pakcik : belajar mana?
cik zee : ****
pakcik : asal mana?
cik zee : hah? (sebutan pakcik tu tak jelas sebab gigi depan dah tak ada)
pakcik : asal mana?
cik zee : ******
pakcik : oh.. area mana?
cik zee : hah? (mengelak)
pakcik : area mana?
cik zee : (buat tak dengar. pandang tempat lain tak jawab.)

pakcik tu terus membebel bercerita macam macam benda. masa tu si cik zee ni fikir macam pakcik tu macam bapak bapak la kan. suka bercerita. normal la. tengok gaya pun takde la pakcik ni pandang cik zee semacam ke apa ke. cuma dia suka berbual sorang sorang walaupun cik zee ni tak layan langsung pun. macam agak kurang ajar bunyinya. tapi cik zee pun tak tau nak cakap apa sebenarnya.

lepas tu, tengah cik zee dan rakan rakannya nak amik port makan, tetiba elok je pakcik tu parking sebelah meja cik zee ni. (padahal pakcik ni datang dengan kawan and anak kawan dia, oke!) dia masih bercerita. yang si cik zee ni memang jenis malas nak dengar orang bercerita benda benda merepek yang dia sendiri pun tak faham. akhirnya sebab rasa kesian, cik zee pun ada la bertanya satu soalan (satu je pun) kepada pakcik ni tentang anak anak dia yang dia dok asyik ceritakan sangat tu. konon konon kesian la dengan pakcik ni bercerita sorang sorang takde sape nak layan kan. entah la. pastu yang peliknya boleh pulak pakcik ni bercerita sampai salasilah tujuh keturunan pun semua dia nak bercerita kat cik zee. sampai satu masa cik zee ada terfikir jugak. mungkin pakcik ni em.. tak.. berapa nak.. emm (cik zee cakap tergantung macam tu je. jangan tanya aku kenapa).

time makan pun, cik zee ni dok tunduk je. makan la senyap senyap walaupun duduk satu meja dengan rakan rakan lain. kadang ada jugak cik zee berbual dengan dua orang rakannya tu. takdenye der nak sambung sambung cakap dengan pakcik tu. pakcik kat sebelah tu pulak, tak habis habis bercerita sampai naik rimas jugak la cik zee ni. dengan dua orang kawan cik zee yang lain tu dia tak berborak pulak. mungkin sebab azra dengan chiko berbual dua orang. yang cik zee ni layan diri sendiri je dari tadi.

habis makan, cik zee terus bangun. basuh tangan. dan bayar. masa tu la pakcik tu pulak sama sama habis makan. kemain lagi tau. siap tanya cik zee "dah bayar ke?".. dalam hati cik zee.. "hamboi pakcik.. siap nak tolong bayarkan pulak dah?" tapi yang terkeluar dari mulut cik zee cuma.. "dah.".

lepastu cik zee duduk semula kat meja makan tadi. sama la pakcik tu, amik port dia tadi semula. tak balik terus. yang si chiko dengan azra tak habis makan lagi. dalam 2 minit pastu baru la habis makan. itu pun chiko dah pandang je pakcik sebelah tu semacam.

cik zee terus signal azra dengan chiko suruh cepat. nak balik cepat. dah rasa semacam dah lepas si chiko jeling pakcik tu semacam. si azra ni yang agak lampi dengan signal tu, boleh nak duduk lagi sambil nak habiskan air dalam gelas lagi. aduh la. saat genting pun azra boleh sedap sedap lagi menikmati sirap ais dia tu. hadoi la azra ni pun! lepas seminit cik zee dan chiko bagi signal, barulah azra balik ke dunia sebenar. baru faham. habis yang tadi tu? haha. entah. tanyalah azra.

tiba tiba, hah, part ni la klimaksnya. pakcik tu berdiri. pakcik tu keluarkan handphone dari poket seluar dia. kemudian dia hala kamera handphone tu (walaupun dari jauh) tepat ke muka cik zee. tiba tiba..

chiko : pakcik buat apa ni?? (pandang pakcik sebelah tu)
pakcik : pakcik nak amik gambar dia ni ha..
chiko : pakcik mana boleh amik gambar kawan saya ni macam tu je? kalau pakcik nak pun pakcik mintak la izin dulu dengan dia!

cik zee terkedu. sungguh. seriau dengan tindakan berani pakcik tu.
cik zee tunduk. tutup muka. tak sanggup kena amik gambar free free tanpa kebenaran camtu.

lepastu korang tahu? dengan beraninya, cik zee kata pakcik tu boleh pulak mintak kebenaran dia nak amik gambar muka dia tu. hamboi hamboi pakcik.. gatal ye kau!

sorry la pakcik. saya tak suka amik gambar..

itu je yang mampu cik zee cakap. membara dalam hati Allah je yang tahu. tapi disebabkan hormat orang tua yang baya ayah ayah tu punya pasal, cik zee tak sanggup nak ungkap kata kata kesat kat pakcik tu. dan masa tu cik zee cakap sambil angkat muka tengok pakcik tu, tiba tiba *SNAP*. pakcik tu dah pun capture gambar dia. peh! berani betul pakcik tu! nasib baik kebetulan cik zee tutup hidung dengan mulut dia masa bercakap dengan pakcik tu. tapi tak tahulah kalau rupa dah capture dalam handphone tu macam mana pulak kan? tak sempat pulak nak rampas handphone tu dan delete. kalaulah cik zee tegas sikit masa tu..

tak.. gambar ni.. ish.. gelap la.. tak nampak apa pun..
kata pakcik tu.

cik zee pun apa lagi. terus bagi isyarat mata kat azra dengan chiko. 'blah jom. cepat'

diorang bertiga keluar dari kedai dengan perasaan membara. chiko dengan azra cakap, cik zee diam je dalam kereta. trauma. terus tak cakap apa apa. menyesal la layan orang baik macam tu. (layan ke?) itu kes tak layan sangat tu. kalau lagi melayan tadi? cik zee pun tak tahu nak cakap apa.

pengajarannya, kalau jumpa orang kat luar sana, walaupun pangkat ayah ayah, berhati hatilah. kadang kadang kita tak sedar kalau apa yang kita buat tu nampak sweet sangat di mata orang. kita senyum sikit pun dah nampak sweet. cakap sepatah pun dah nampak sweet. tulah. what to do if some of us born to be as a sweet person. kan? memang tak boleh nak dinafikan. tapi.. tapi.. tapi.. korang fikir la sendiri. sampai nak capture gambar dalam handphone bagai. ish. seram dok. bayangkan la entah dia nak buat apa la kat gambar tu kan. mana la kita nak tahu. ye tak? hadui la. zaman sekarang ni ramai orang tak senonoh kat luar sana. orang kalau pakai elok pun jangan nak percaya sangat. itu pun chiko cerita kat aku seluar yang pakcik tu pakai sebenarnya terbalik. hah? apa kes?

gadis gadis di luar sana. tolonglah. lain kali jangan nak sweet sangat.
sekian terima kasih.

Sunday, May 8, 2011

lagu untuk ibu part 2



lagu untuk ibu part 3



My Mother Yusoff Islam Nasyeed song



mother.
mother.
mother.
father.
:)

sempena hari ibu


08.05.2011.
lokasi : rumah.

korang dah ucap selamat hari ibu? bagus. sekarang jom kita layan filem pendek ni. hmm. aku suka la makcik ni. terbaik wok. selebihnya, biarlah video ni yang bercerita.



lagu untuk ibu




buat seseorang yang bernama ibu. this is for you.

of the birthday girl


07.05.2011
lokasi : seremban ke johor bahru

hari ni hari sabtu. dan minggu ni merupakan hari ibu. patutnya hari ni kalau ikut plan, aku, mira dan ejad nak pergi rembau. nak riki sekolah tempat aku dan mira bakal berpraktikum nanti. maka, dalam pukul 1.15 petang tu, kami pun gerak la dari seremban. sebelum tu, pergi makan dulu dekat kedai kak ana. lepas tu, doze off pergi jusco s2 pulak. hantar servis printer adik ejad. saja. yela. nama pun tengah takde kerja kan..

then, paham paham sendiri la wok kalau dah kat jusco tu. kiri kanan depan belakang sepanjang jalan kat kedai kedai tu memanjang ada je sale hari ibu. memang menggoda, oke. fine. sabar nina sabar. aku cuma mampu pandang pandang jeling jeling je. tahan la hati weh. pastu aku jalan lagi ke depan. aku terpandang iklan ni..

Mother is the biggest blessing and gift for you, so why don't you celebrate?

hmm. rasa macam kena perli pulak. haha. oke fine. tak boleh jadi ni! aku cari mira dan nekad dah. aku mesti balik rumah. ad-hoc. aku nak jumpa mak. nak ucap selamat hari ibu depan mak.

aku pun decide nak cari hadiah. aku dan mira pergi cari kasut. yang sebenarnya, aku suka betul bagi mak aku kasut. bukan apa. sebabnya aku suka bila tengok mak aku pakai kasut yang aku belikan. em. bukan. yang sebenarnya bukan kasut tapi sandal. mak aku lagi suka pakai sandal. minggu lepas bila aku balik rumah, aku rasa kesian sangat tengok sandal yang mak aku pakai. sandal yang lain, dan bukan yang aku bagi dulu. sebabnya sandal yang aku bagi dulu tapaknya dah haus. maka, ibuku yang tercinta ini pun simpan la sandal tu sebelum sandal tu rosak teruk.

oke back to our story. kitorang pun pergi la mencari. sebenarnya, ada sepasang kasut ni la haii.. aku dah 'ter'berkenan la pulak tapi.. argh! TAKDE SAIZ LA PULAK.. HATOIYYAI PUUNN! grr. geram ni. sabar lagi. belek kasut lain. belek punya belek.. tetiba.. terpandang sepasang sandal yang baik punyaa. aku apa lagi. terus amik dan bayar kat kaunter. pinjam jusco card ejad jap.

pastu, disebabkan mak aku suka sangat minum air buah, aku pun belikan la air buah. dan. hmm. part ni la yang aku rasa macam ala ala rancangan 'bersamamu' sikit. aku ingat nak beli kek. sekali pergi survey.. mak datuk. rasa nak tercekik. huii.

MURAH BETUL la pun!
takde yang lagi mahal ke?
i tak main la yang murah murah ni.
hahaha.

nasib baik aku tengok ada alternatif lain. aku pergi kat big apple donuts kat sebelah baker's cottage tu. beli 6 pieces punya. ehem. bukan 6 packs ye.. huhu..

mak, ini je yang nina mampu bagi kat mak.
*gambar amik dari google*

niat nak riki sekolah terbantut. akibatnya, ejad dan mira jela yang pergi rembau sambil melawat adik ejad. eager nak balik punya pasal kan.. dah habis membeli belah, ejad dan mira pun hantar aku kat terminal bas. aku terus amik tiket balik waktu tu jugak. dah la sehelai sepinggang. haha. aku kan memang suka buat kerja gila. berlenggang la aku dengan big apple dan sandal hadiah untuk mak aku tu kat tangan sambil menggalas beg sandang converse kaler purple yang berisi air buah dengan dompet je. dah la bateri handphone pun dah nak kong. alahai. redah jela.

disebabkan konon konon nak buat surprise ala ala eric leong..

surprise!! cantik tak..?? cantik kan..

maka aku hanya menelefon mak aku bila dah sampai tol skudai. yela. ayah aku pergi umrah. macam mana nak amik aku kat stesen bas ni pulak ye tak? memula tu, konon tanya kabor mak. apa khabar mak? cheh! bajet anak mithali la ni? tetiba call tanya kabor bagai? pastu dah ngok ngek tanya macam macam, berbual macam macam, baru la aku cakap yang aku dah nak sampai stesen bas. terkejut beruk mak aku dibuatnya. ampun mak! sori mak! hehe. mak pun apa lagi. terus datang amik kat stesen bas. yela. aku pun dah lupa bas tambang nombor berapa nak naik nak sampai ke rumah aku tu. dah lama sangat tak naik bas tambang kat situ. kesian mak. dah la hari ibu. buat surprise eric leong pulak tu. nasib baik la mak aku ni penyabar orangnya. macam anaknya jugak. hehehe.

sampai kat rumah, biasa la. apa lagi. bercerita sampai ke pagi. kitorang termasuk adik lelaki aku kat rumah makan big apple sama sama.

mak,
nina nak cakap sikit ni. nina tahu nina banyak sangat buat salah kat mak. mintak yang bukan bukan kat mak. selalu sakitkan hati mak. mintak mak masakkan makanan feveret nina. nina minta maaf. sebab tak jadi anak yang baik. mak doakan la nina jadi anak yang solehah. yang dengar cakap mak. tengok tu. nina mintak lagi macam macam kat mak.. hehe..

sempena hari baik bulan baik ni, nina nak ucapkan selamat hari ibu. bukan kat mak sorang je, tapi untuk semua ibu orang lain sekali kat luar sana. ibu ibu pembaca blog nina. semua la. mesti diorang pun ada ibu yang hebat macam mak. kan?

mak,
nina pun tak tahu la sama ada mak akan baca entri ni atau tidak. nina tak pandai la nak cakap 'nina sayang mak'. tapi, mak mesti tahu benda tu kan walaupun nina tak cakap? hehe. biasa la. nina kan anak mak. :)

sebelum terlambat. ni untuk mak. selamat hari ibu. dan SELAMAT HARI LAHIR, MY SWEET BIRTHDAY GIRL. thanks for being my mother. :)


Sunday, May 1, 2011

resipi sambal tumis ikan bilis


meh sini aku ajar cara masak sambal tumis ikan bilis yang paling mudah sekali. macam ABC.

bahan-bahan :


25 tangkai cili kering (kira.. jangan tak kira..)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
semangkuk kecil/segenggam ikan bilis (dibelah dan dibersihkan)
3 sudu makan gula melaka asli (dicincang halus)
1 sudu makan asam jawa
2 senduk minyak masak
garam dan perasa sesedap rasa

cara-cara :
1. cili kering digunting-gunting, direndam di dalam air panas selama 5 minit. (untuk lembutkan cili kering)
2. sambil tu, rendam ikan bilis dengan air panas. rendam la barang 3-4 minit. (kalau ikan bilis yang korang beli tu jenis liat ketegaq la)
3. basuh segala jenis bawang di atas. kemudian potong potong. pastu tuan tuan dan puan puan, tuskan cili kering tadi, kemudian masukkan cili kering tu, bawang merah dengan bawang putih dalam blender. blend la sampai korang puas hati. (agak agak lumat jugak la. haluuss *quote dari harith iskandar*)
4. panaskan minyak dalam kuali.
5. lepas minyak dah panas, tumis bahan yang dah diblend tadi.
6. tunggu sampai sambal tadi pecah minyak. you know what is pecah minyak? kalau dah ada blurp o.0 blurp o.0 kat atas sambal tu. ala, macam volcano tu.
7. pastu, masukkan gula melaka. ala, jangan segan segan. masukkan je dengan sepenuh keyakinan anda ya tuan tuan dan puan puan.
8. kemudian, lepas gula dah cair dan sebati dengan sambal, ha.. masa ni la nak masukkan ikan bilis tu. nak tau dah sebati ke tak, warna sambal akan transform jadi merah gelap sikit.
8. kemudian, masukkan air asam jawa. oh no no no. bukan air asam jawa yang dalam botol tu. buat sendiri air asam tu dengan campur setengah cawan air dengan asam jawa. kacau kacau sikit. pastu masukkan dalam sambal tadi.
9. jangan lupa kecilkan api kalau taknak sambal korang hangus.
10. pastu, masukkan garam dan perasa sesedap rasa. agak agak dalam 2 camca garam, 2 camca perasa. itu ikut sedap tekak aku la. korang ada? huhu.
11. hiris bawang bulat bulat. masukkan dalam sambal. kacau la lagi.
12. kacau rata pakai sudip. dah agak agak kering tu, angkat. hidang la comel comel atas meja. yela. korang suka yang comel je kan. huhu lagi.

tadaa.. setelah bertungkus lumus.. inilah hasilnya. *pling*


petua :
1. pastikan bahan yang ditumis tu betul betul masak (pecah minyak aka keluar blup blup) supaya sambal tu tak pedas sangat, tak mudah basi, dan takkan buat korang sakit perut. kalau sakit perut tu.. maknanya.. err.. *ehem*
2. pakai gula melaka lagi sedap result dia berbanding gula pasir atau gula biasa. kalau agak agak korang dah hero sangat ala ala merong mahawangsa kan, tak payah la nak letak letak gula bagai. pastu buat la muka macho tahan pedas.
3. jangan guna api besar sangat masa masak. nanti sekampung tahu korang masak sambal resipi tradisi mak aku ni. bersin je keje. guna api kecik sudah. untuk elakkan sambal berkerak, kacau sambal tu sekali sekala. lain la kalau korang teringin nak rasa kerak sambal tu rasanya macam mana, kan?

sambal ikan bilis yang istimewa ini sedap dimakan dengan nasi lemak, ubi rebus, lempeng kelapa, dan lontong. lontong? tu makanan johor. lain kali la aku share cara cara nak buat lontong macam mana ek. makan dengan nasi putih je pon sodap.


selamat mencuba! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...